Aku Musafir

Aku Musafir

Tuesday, June 26, 2012

KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA!


Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "

Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air."
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

                                                                   gambar sekadar hiasan

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’]

Saturday, June 9, 2012

Luahan Hati..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah bersyukur diri ini ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana diri ini masih lagi dapat bernafas di dunia milik NYA. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala nabi yakni Nabi Muhammad s.a.w dan juga buat keluarga dan sahabat serta para mujahid mujahidah di bumiNYA.

Sudah lama rasanya diri ini tidak mengintai tirai blog kesayangan dek kerana terlalu seronok dapat bersama keluarga tersayang  setelah sekian lama tidak bertemu dan ahli baru pada bulan Mac baru-baru ini. Alhamdulillah, terbinalah sebuah masjid setelah hampir setahun dalam proses 'pembinaan'. Diharap mahligai cinta yang tersergam indah akan terus indah dan bercahaya disirami keimanan seterusnya akan kekal hingga ke syurga cinta yang abadi. InsyaAllah.

Melihat mereka bercinta selepas nikah adalah perkara yang sangat indah dan sangat dituntut dalam agama. Keindahan itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan juga digerakkan jari jemari di keyboard. Tetapi ia hanya bisa dirasai dengan pengalaman sendiri. Diri ini tidak mampu untuk menceritakannya kerana belum menghadapi proses tersebut dan masih belum sampai masanya lagi. Semua itu hanya dapat dirasai individually (ada ke perkataan nie?). 

Tamat kisah tu.. (tak nak sentuh banyak2..) ^_^

Hari ini bermulalah kisah sebagai seorang mahasiswi. Baru berpisah dengan keluarga sudah terasa rindu. Rindu yang teramat sangat. Rindukan suara ummi papa,abang2,adik,kakak2 ipar dan juga si comel penyeri keluarga. Terasa berat kaki ini melangkah keluar dari teratak tersayang meninggalkan keluarga walaupun jarak yang memisahkan kami hanya 22km sahaja. Namun, disebabkan amanah yang bakal diri ini pikul, ku gagahi jua demi fardhu ain yang dituntut dalam Islam. Bak kata pepatah Arab yang bermaksud, 'Menuntut ilmu wajib ke atas setiap Muslim.' InsyaAllah diri ini akan buat yang terbaik untuk keluarga tersayang. 

Salam Sayang & Salam Rindu buat keluarga tersayang yang jauh mata tetapi dekat di hati.. ^_^



Syukran jazilan buat antum yang sudi membaca luahan kerinduan buat keluarga tersayang..


Sunday, June 3, 2012

Mujahadah Seorang Mujahidah 9


“Sayang,bangun sayang.Sayang…,” tenang sahaja suara yang terdengar di telinganya.

Wardatul Shaukah tersedar.Bergegas dia bangun takut dimarahi lagi.

“Ye bang…,”jawabnya ketakutan.Disapunya air mata yang memenuhi kelopak mata dengan jari-jemarinya,lembut.

“Abang…,”Wardatul Shaukah menggosok-gosok matanya.
Keadaan di dalam bilik itu tidak sama seperti di dalam bilik rumah banglonya semalam.

“Astaghfirullah haladhzim…,”lantas Wardatul Shaukah meludah tiga kali disebelah kirinya.

Rupanya ia mimpi semata.Wardatul Shaukah menoleh jam ditangannya.Tepat jam tiga pagi.Rupa-rupanya suara yang tenang mengejutkannya tadi adalah suara Wildan suaminya yang sekarang,bukan seperti dalam mimpi.

‘Mungkin doa abang Wildan yang tulus itu hadir mengejutku,terima kasih ya Allah kerana menyampaikan doa suamiku.,’fikirnya dalam hati.

Wardatul Shaukah bangun dan bersiap untuk mengadap pencipta Agungnya.Dia bersyukur semua yang terjadi tadi hanya mimpi semata.Dia menangis sepuas-puasnya di dalam solatnya pagi itu.
***


“Assalamualaikum,sayang abang.Ape khabar?,”sapa Wildan dari arah belakang Wardatul Shaukah.

“Waalaikumussalam warahmatullah,owh abang...alhamdulillah baik-baik saja.Abang macam mana?,”balas Wardatul Shaukah sopan.Dia menyalami suaminya tanda hormat.

“Alhamdulillah,abang sihat.Sayang makin cantiklah abang tengok.Ada orang ngorat tak ni?,”usik Wildan membuatkan Wardatul Shaukah tersipu malu.

“Segala puji bagi Allah abang.Kalau ade pun,abang saje di hati sayang bang.Abang yang berhak ke atas sayang.Abang terbaik buat sayang,tak mungkin sayang pilih yang lain.,”balas Wardatul Shaukah,mengeratkan lagi kasih-sayang antara mereka suami isteri.

Mereka menggunakan masa menunggu untuk berlepas ke Malaysia sebaik mungkin dengan bertanya perkembangan sesama sendiri sepanjang empat tahun mereka tidak bertemu.
***


‘Alhamdulillah,apa yang aku mimpi hari tu tidak terjadi di alam realiti.Malah sebaliknya,segala keadaan amat baik sekali.’bisik Wardatul Shaukah di dalam hati.

Wardatul Shaukah dan Wildan baru sahaja tiba dirumah mama dan abah Wildan.Mereka baru pulang dari menziarah Ummi dan Abi Wardatul Shaukah.Walaupun masih keletihan,tetapi rindu menyebabkan semua rasa letih hilang sekelip mata.

“Bang Ngah…Kak Ngah…,”jerit Aman dan Amin berlari laju ke arah Wildan dan Wardatul Shaukah.

“Bang Ngah dan Kak Ngah takut tak naik tinggi-tinggi?Ma cakap Bang Ngah ngan Kak Ngah terbang pegi belajar.Tak takut ke…?,”tanya Amin ingin tahu.

“Apelah Min ni,pengecut.Mesti la tak takut,dapat terbang tinggi,boleh tengok pemandangan dari atas.Kan Bang Ngah,Kak Ngah,”kata Aman tidak setuju dengan pertanyaan Amin sebentar tadi.

Masa cepat berlalu,sekarang umur mereka sudah mencecah 10tahun.

“Iye betul cakap Man tu,tak takutlah Min.Sebagai seorang lelaki,kita tak boleh rasa takut dengan benda-benda macam ni.Kalau kita takut,macam mana nak berperang nanti?Macam mana nak selamatkan dunia?Macam mana nak tegakkan Islam?Nabi kita sungguh berani orangnya.Mesti kita semua nak jadikan beliau contoh kan.Betul tak?”tanya Wildan.

Wardatul Shaukah berlalu memberi ruang kepada Wildan untuk menyedarkan adik kembarnya itu.

“Betul,erm..nabi kita berani,macam mana tu Bang Ngah?Bang Ngah ceritelah lama tak dengar Bang Ngah cerita kan Man kan?,”tanya Amin berkobar-kobar.Mata kedua adik kembarnya itu langsung tidak beralih dari tadi memandang Wildan.

“A’ah,Bang Ngah citelah..,”rayu Aman pula.

“Baiklah,seperti yang telah diceritakan oleh Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu tentang keberanian Rasulullah S.A.W,beliau mengatakan,apabila dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kami pun berlindung di belakang Rasulullah S.A.W, tidak ada seorang pun yang paling dekat kepada musuh daripada beliau.”,cerita Wildan dengan penuh semangat.

“Wahh..beraninya.Kalau Min,Min mesti duduk belakang sekali.Min tengok dalam tv yang ramai-ramai darah tu,kena bom,takuttt sangat…kesian kat diorang kan Bang Ngah.Macam mana Rasulullah terlalu berani ye Bang..erm..Min nak berani macam Rasulullah juga.,”sayu Amin meluahkan perasaan sebenarnya.

“Erm..itu baru sedikit adikku,semasa perang Uhud, disitulah terjadi peristiwa besar yang menunjukkan keperkasaan Rasulullah S.A.W dan keteguhan serta kesabaran beliau atas luka yang diderita pada peperangan tersebut.

Sahal bin Sa’ad telah menceritakan kepada kita tentang luka yang diderita beliau . Ia berkata: “Demi Allah, aku benar-benar mengetahui siapakah yang mencuci luka Rasulullah S.A.W, siapakah yang menyiramkan airnya dan dengan apa luka itu diubati.Katanya lagi, “Fathimah radhiyallahu ‘anha putri beliaulah yang mencuci luka tersebut, sementara Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu menyiramkan airnya dengan perisai. Namun ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha melihat siraman air tersebut hanya menambah deras darah yang mengucur dari luka beliau, ia segera mengambil secarik tikar lalu membakarnya kemudian membungkus luka tersebut hingga darah berhenti mengucur. Pada peristiwa itu gigi beliau patah, wajah beliau terluka dan kepala beliau terkoyak lebar.”cerita Wildan dengan nada dan gaya yang sesuai agar adik-adiknya dapat memahami dan merasai sendiri perasaan itu.

“A’aaaaa…sakitnya Bang Ngah.Kesian Rasulullah…isk isk isk..,”luah Aman tiba-tiba dengan tangisan.Dia sungguh menghayati penceritaan Wildan.Lantas dia memeluk Wildan.

“Ye Man,Rasulullah berani,berani kehadapan,walaupun tahu akibatnya,demi Allah,demi memperjuangkan agama Islam tercinta,beliau sanggup,biarlah dirinya dihina,disakiti,tetapi jangan Allah dihina,jangan agama Islam dikotori.,”Wildan menyimpulkan semula ceritanya,dan membalas pelukan Aman yang masih terdengar bunyi esakannya.Dia mengusap lembut kepala adiknya itu.Tangisannya makin berkurang.Amin melihat abang kembarnya dengan wajah yang sayu.Matanya mula berkaca.

“Man,Min,dah jangan kacau Bang Ngah.Bang Ngah kan baru sampai…,”kata mama Wildan tiba-tiba dari arah dapur.Dia sudah biasa bila melihat tiga beradik itu bersama,tentu Wildan menceritakan sirah Nabi memberi pengajaran dan contoh pada adik-adiknya.Segala tangisan,gelak ketawa,selalu didengarinya.

Lantas Wildan menyalami ibunya.Baru dia tersedar,agak lama dia bercerita pada adik kembarnya itu,sehingga lupa untuk bertemu dengan Mama dan Abahnya sejurus pulang tadi.Aman dan Amin beralih menonton rancangan kegemaran mereka yang ditinggalkan tadi.

“Tak kacaulah Ma,Man dan Min dah baik sekarang.Tak nakal dah.Erm..abah mana Ma?,”tanya Wildan hairan.

“Abah pergi masjid.Ada program katanya.Kejap lagi balik lah tu.Pergilah mandi dulu ye,tukar baju tu.”arah mama Wildan sebagai seorang ibu.

“Ye Ma.Man,Min,jangan nakal-nakal ye.Bang Ngah naik dulu.,”

“Baik Bang Ngah.,”jawab Aman dan Amin serentak.
***

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Kring Kring…
Kring Kring…

“Assalamualaikum…
“Apa?!...”jerit mama Wildan sejurus menjawab panggilan.

“Ma kenape?,”tanya Aman pelik dengan sikap mamanya itu.
“Ma,sape tepon Ma?,”tanya Amin pula.

“Abah..abah accident…,”tergagap-gagap mama Wildan memberitahu perkara sebenar.

“Man,Min,panggil Bang Ngah dan Kak Ngah,kita pergi hospital sekarang,cepat…!,”kalut mama Wildan,hatinya mula resah,segala kemungkinan boleh berlaku.Air mata mula berjuraian dipipi.

***


“Alhamdulillah,Encik Wahab dalam keadaan stabil sekarang.,“ujar doktor muda itu.

“Alhamdulillah,”serentak ahli keluarga Wildan termasuk Wardah bertahmid,bersyukur insan tersayang selamat.

“Terima kasih doktor,”ucap Wildan dan menyalami doktor muda tersebut.

“Boleh kami masuk?,”tanya mama Wildan.

“Erm,sebaiknya,saya sarankan sorang saja yang masuk.Bagi pesakit rehat dulu.,”ujar doktor muda itu.

“Ma masuk ye.Bang Ngah dan Wardah teman Man dan Min kat luar ni.,”ujar Wildan lembut di telinga mamanya yang masih terdengar esak tangisnya.Dia membiarkan mamanya masuk melihat abahnya yang terlantar di dalam sambil matanya melirik pada kedua-dua adik kembarnya yang terlena di atas kerusi semasa menunggu tadi.

“Doktor Shah,apa sebenarnya terjadi pada abah kami?,”tanya Wildan dengan menyebut nama sebenar doktor yang dilihatnya pada tag nama baju doktor muda itu.

Wardatul Shaukah mula berdebar.Dia terkejut mendengar nama tersebut.Tapi dia cuba menenangkan dirinya.

”Shah bukan seorang,”hatinya menenangkan.

Dia duduk bersebelahan adik-adik iparnya itu.Telinganya masih menangkap segala perbualan doktor muda itu dengan suaminya.

“Semasa Encik Wahab dibawa kesini oleh orang awam,seluruh badannya dipenuhi darah.Katanya accident dengan dua buah kereta di pembahagi jalan.Kepala Encik Wahab terhentak di atas jalan raya,Alhamdulillah tidak terlalu kuat kerana topi keledar yang dipakainya.Kakinya pula penuh luka,mujurlah tiada yang patah.Semuanya selamat.Subhanallah,selalunya kejadian seperti ini,penunggang motorsikal akan maut,itulah kekuasaan Allah kan.,”cerita Doktor Shah segala yang diketahuinya.

“Subhanallah,Alhamdulillah,”ucap Wardatul Shaukah sambil mengusap kedua-dua tapak tangannya ke muka.

Doktor Shah dan Wildan berpaling ke arah Wardatul Shaukah.
“Ini isteri saya,dan dua lagi tu adik kembar saya.,”ramah Wildan mempekenalkan ahli keluarganya.Dia semakin selesa bersama Doktor Shah yang baru dikenalinya itu.

Wardatul Shaukah terkejut,tidak sedar suaranya menganggu percakapan mereka berdua.

“Owh,Cik…,”
“Panggil Wardah je,”Wardatul Shaukah tunduk memperkenalkan dirinya.

‘Wardah?Ya Allah..adakah ini Wardah yang aku cari selama ini?Tak mungkin,tak mungkin,dia dah bersuami.,’monolog Doktor Shah di dalam hati.

“Owh Wardah,saudara nama siapa ye.Dari tadi kita berbual lupa pulak nak tanya nama.,”ujar Doktor Shah pula bersuara,risau lamunannya membuat orang lain berfikir negatif padanya.

“Wildan,panggil Wildan saja.A’ah kan,tak sangka pula kita boleh berkenalan disini.,”

“Betul tu cik Wildan..,”

“Ha..jangan bercik-cik ,panggil saja Wildan.,”

“Owh maaf,cik..eh,Wildan,Wardah.Saya pergi dulu ye,ada kerja sikit.Assalamualaikum.,”ujar Doktor Shah menamatkan perbualan.

Doktor Shah membuat helah.Hatinya tiba-tiba rasa cemburu terhadap Wildan.Hatinya mula memikirkan Wardah yang dikenalinya tadi.Sudah sekian lama dia mencari perempuan yang bernama Wardah,kawan alam mayanya yang mengubah hidupnya sehingga berjaya menjadi doktor dan imam muda juga.Dia pernah pergi ke tempat belajar yang diberitahu Wardah pada mulanya,tetapi dia tiada lagi disitu kerana telah dibuang.Sudah lama dia melupakan perkara itu,tetapi pada hari itu,kejadian tadi mengembalikan segala ingatannya pada perempuan yang dikaguminya,Wardah.
***


“Cik Wardah…,”panggil Doktor Shah ketika melihat Wardatul Shaukah keseorangan didalam bilik pesakit menjaga bapa mertuanya.

“Ye?!,”Wardatul Shaukah tersentak,dibalasnya dengan pertanyaan.Hatinya tidak tenang berdua sahaja dengan doktor muda itu.Bapa mertuanya masih koma sejak tadi lagi,belum sedarkan diri.Wildan pula menghantar mama dan adik-adik kembarnya pulang ke rumah untuk berehat dan akan datang kembali selepas itu.

“Erm..saya ade satu soalan.,”luah Doktor Shah,lupa tugasnya sebagai doktor disitu.

“Apa nama penuh awak?,”tanya Shah ingin memastikan kenalan mayanya atau tidak.Dia sentiasa mengingati nama yang indah itu kerana tidak pernah didengari nama sebegitu sebelum ini.Hatinya tidak keruan sedari tadi kerana memikirkan hal itu.Harapannya yang didepannya bukanlah Wardah yang dia tercari-cari selama ini kerana Wardah ini telah berkahwin,tidak sanggup dia menerimanya.

Setiap gadis yang mendampinginya ditolak satu persatu kerana mahu sekuntum mawar berduri itu.Mummy dan daddynya berkali-kali menasihatinya,langsung tidak dipeduli.

“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.

“Assalamualaikum…,”ujar Wildan memasuki bilik itu.Dia langsung tidak mengesyaki apa-apa bila melihat isterinya bersama doktor muda yang baru dikenalinya tadi di dalam bilik itu.

“Waalaikumsalam warahmatullah,”jawab Wardatul Shaukah dan Doktor Shah serentak.

“Erm..saya keluar dulu ye.,”Doktor Shah meminta izin keluar,persoalannya masih juga tidak terjawab.Hatinya mula resah.

“Baiklah,terima kasih banyak doktor.,”Wildan menyambut.

Wildan dan Wardatul Shaukah tidur di sebelah kanan dan kiri katil menjaga abah mereka.Tanpa mereka sedari,jari-jemari Pak Wahab mula bergerak-gerak.

“Ya Allah,terima kasih kerana selamatkan aku,terima kasih juga ya Allah kerana Engkau memberikanku anak dan menantu yang baik ini.,”ucap Pak Wahab sayu sambil mengusap kepala Wildan dan Wardah perlahan-lahan terharu.

Beberapa hari selepas itu…

“Shah,bila abah saya boleh balik?,”tanya Wildan kepada Doktor Shah di pejabatnya setelah melihat abahnya makin sihat dan cergas semula.

‘Kalau aku bagi keluar awal,bila lagi aku nak jumpa Wardah,bila lagi aku nak tahu sape dia sebenarnya?Ye,aku patut tahan Encik Wahab dulu sebagai umpan.,”bisik Doktor Shah dalam hati.

“Erm..insyaAllah minggu depan.,”balas Doktor Shah agak lambat.

“Tapi,bukankah abah saya dah sihat?,”tanya Wildan lagi agak pelik.

“Ye,tapi,Encik Wahab perlu tinggal di sini dulu,kerana ada rawatan khas untuknya.Supaya lukanya cepat sembuh.,”jelas Doktor Shah tanpa rasa malu menipu.

“Oh,baiklah,terima kasih Shah.Saya pergi dulu.”

“Sama-sama.,”

Wildan berlalu ke bilik abahnya ditempatkan dengan rasa kesal.Tidak sanggup membiarkan isteri tersayang menjaga abahnya sendirian.Dia terpaksa bekerja kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak patut diketepikan.
***


“Sayang,abang minta maaf tak dapat temankan sayang melawat abah.”

“Tak pe,sayang faham abang,abang ada tanggungjawab lain,sebagai isteri,sayang bertanggungjawab menjaga abah kita.Lagipun tak lama lagi abah dah boleh keluar kan.,”pujuk Wardatul Shaukah menghilangkan rasa bersalah suaminya.

“Sayang pergi dengan ape nanti?”

“InsyaAllah,sayang dah bincang dengan Ma,mungkin dengan teksi atau bas.,”

“Tak pe ke sayang,abang risaulah.”

“Abang,la takhaf,innallaha ma’ana.Jangan risau ye bang,Allah sentiasa ada untuk kita berharap di mana saje kita berada.,”

“Ye betul tu,ape pun hati-hati ye.Abang dah mula kerja esok.Ada ape-ape call abang ye.,”

“Ye abang,selamat malam.”

“Selamat malam sayang.,”
***


“Koh koh,Koh Koh…aduh,sakitnya tekak ni.Koh koh,”keluh Mama Wildan sendiri.

“Kenape Ma?Ma tak sihat ke?,”tanya Wardatul Shaukah menyedari ibu mertuanya itu terbatuk-batuk sedari tadi.

“Entah la Wardah,tiba-tiba je pagi ni macam nak demam je.Sejuk,sakit tekak pulak.,”

“Nanti kita pergi hospital kita minta ubat sekali ye.,”

“Eh,tak pelah,Ma tak makan ubat hospital tu.Pahit sangat.Tak pe nanti baik la tu.,”

“Oh ye ke,kalau macam tu,Ma rehat jelah kat rumah ye.Wardah boleh pergi sendiri melawat abah.”

“Tak pe,tak pe,Ma kuat lagi nak melawat abah.Koh..koh..,”balas Mama Wildan terbatuk-batuk tidak mahu mengalah.

“Ma,esoklah ye,Ma tak sihat tu.Esok,kita pergi sekali dengan abang Wildan.Esok abang janji nak hantarkan sebelum dia pergi kerja.”

“Erm..baiklah,Wardah kirim salam Ma kat abah ye.Jangan cakap Ma sakit,nanti risau pulak dia.,”pesan Mama Wildan lemah.

“Baik Ma.Ma jangan risau ye.Wardah naik bersiap dulu.,”
***


“Wardatul Shaukah…!Adakah awak?,”suara itu tiba-tiba kedengaran dari arah belakang Wardatul Shaukah ketika dia baru mula menjejak kaki masuk ke bilik bapa mertuanya ditempatkan.

“Iye…saya.Macam mana doktor tahu?,”

“Jadi betullah awak Wardatul Shaukah?Saya Shah.Shah UM.Ingat lagi tak,kita pernah chatting dulu.,”

‘Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wardatul Shaukah di dalam hati.Tidak disangka perkara ditakuti berlaku selama ini berlaku juga pada hari itu.

“Ermm..erm..saya ingat.Doktor lupakan saja perkara itu ye.Saya masuk dulu.,”balas Wardatul Shaukah ingin mengelak.Hatinya tidak keruan,takut menimbulkan fitnah kerana berduaan saja di situ.

“Kejap!,”jerit Doktor Shah.Dia tidak sanggup lagi menyimpan segala yang terpendam selama ini.

Wardatul Shaukah berhenti menghadap pintu bilik abahnya ditempatkan..Tidak sanggup melihat muka sahabat mayanya yang beberapa tahun dahulu ketika dia melayan nafsu bosannya itu.Rasa berdosa menerjah kembali.

“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.

“Tapi saya dah berkahwin.Saya minta maaf.Tak elok kita berdua di sini.,”

“Tak pe,saya kan doktor,orang akan pandang awak macam patient saya.”

“Ye itu pandangan orang.Tapi Allah?Dia tahu segalanya.Dia tahu isi hati setiap antara kita.Dia tahu niat kita!,”tegas Wardatul Shaukah.Pandangannya tetap tidak berganjak.
Doktor Shah tergamam.Tidak pernah perempuan berkata seperti itu kepadanya.Tegas pendiriannya menjaga ikhtilat.Itu yang membuatkan dia bertambah suka pada gadis itu.

“Saya minta maaf,saya tahu awak dah berkahwin.Awak dapat suami yang soleh dan baik yang memang sesuai buat awak.Siapalah saya.Tapi,saya Cuma nak luahkan segala yang saya pendam selama ni.Saya minta maaf,sebenarnya saya masih simpan id YM awak.Dan saya susah nak lupakan awak,even saya belum pernah jumpa awak sebelum ni.Saya rasa awak perempuan yang baik,yang solehah,sebab itu saya mencari-cari awak selama ni.Saya cari awak di UIA.Saya tak tahu awak belajar dekat UIA mana,so saya cari dekat setiap cawangan UIA.Rupanya awak di UIA Nilai,tapi sayangnya awak dah tiada kat situ.,”

Wardatul Shaukah terkedu seketika.Dia terkejut mendengar luahan hati doktor muda itu.Dia membiarkan doktor itu melepaskan segalanya dahulu.

“Saya tolak semua perempuan yang ingin mendampingi saya.Saya jaga pergaulan saya.Saya jaga semuanya,saya solat hajat minta awaklah jadi teman hidup saya,tapi,ternyata,doa saya tak dimakbulkan.Masa mula-mula saya dengar nama awak Wardah,saya terus teringat sahabat maya saya yang banyak memberi kekuatan kepada saya untuk menjadi muslim sejati.Tapi,saya tak mengharap sebab awak dah berkahwin.Saya harap Wardah yang saya tunggu-tunggu selama ini masih solo,masih anak dara.Tapi…,”

“Maafkan saya doktor,ramai lagi gadis diluar sana.Doktor jangan tunggu saya.Saya dah bersuami.,”

“Tapi,semua perempuan kat luar sana,tak sama dengan awak.Awak solehah,awak pakai tudung labuh,awaklah ibu yang sesuai untuk mendidik ana-anak saya nanti.,”luah Doktor Shah tanpa segan silu.

“Doktor,doktor kata saya solehah?Doktor tahu dari mana?Doktor tak tahu niat saya,doktor tak tahu setiap tindakan saya selama ini,jadi jangan judge macam tu.Tak semestinya orang yang tidak bertudung labuh tu cetek ilmu agamanya.Kadang-kadang mereka ni lagi terbaik dalam bidang agama.”

“Tapi…saya mengharapkan perempuan solehah yang menemani saya.Susah nak cari muslimah yang kuat agamanya sekarang,”luah Doktor Shah lagi.Hatinya lembut,suaranya mula berbaur esakan.Dia betul-betul mahu isteri yang terbaik yang dapat menasihatinya untuk memperbaiki segala kesilapannya.Dia mengharapkan keluarganya nanti keluarga yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam.Dia tidak dapat menerima gadis pilihannya itu sudah terlepas ke tangan orang lain.

“Doktor,doktor jangan mencari tanpa berusaha.Ye,mencari itu adalah satu usaha.Tapi adakah usaha kita itu mencukupi tanpa pertolongan dari Allah?Doktor,jika mahu yang terbaik,jadilah yang terbaik.Jika mahu yang solehah,jadilah seorang yang soleh.Tapi niat ingin menjadi soleh,janganlah kerana ingin mendapatkan isteri yang solehah semata.Saya menasihati perkara yang saya cakapkan ini juga untuk diri saya.Perbaiki diri kita,carilah cinta Allah.Bercintalah dengan Allah,buat segalanya niat hanya kerana Allah.InsyaAllah,bila tiba masanya,bila tiba saat doktor patut berkahwin,Allah yang akan menghadiahkan seorang isteri yang juga cintakan-Nya.Alangkah bertuahnya kita.Tidak rugi bercinta dengan Allah.Dialah pemilik sebenar cinta.Cintailah Dia,Dialah cinta yang hakiki.,”

Wardatul Shaukah berlalu masuk ke bilik itu.Dia mengucap syukur kerana Allah telah memberi kekuatan padanya untuk memberi kesedaran kepada lelaki yang digelar Doktor Shah itu.

“Subhanallah.Cinta Allah.Kenape aku tak pernah terfikir selama ni.Astaghfirullah haladhzim…,”kata Doktor Shah sendiri.Dia mendengar penuh khusyuk segala yang dituturkan Wardatul Shaukah sebentar tadi.Dia seperti baru terjaga dari mimpinya selama ini.Air matanya makin bercucuran.Semua yang berada disekeliling yang melihatnya tidak dihiraukan lagi,matlamatnya satu,mengejar cinta Allah.

Lantas dia berlalu ke surau terdekat.Dia mahu meminta ampun kepada Pencipta-Nya.Dia sedar selama ini,dia mengharapkan cinta dari seorang wanita yang juga diciptakan dari air mani yang jijik.Sepatutnya Allahlah yang perlu diutamakan dalam setiap perkara.Perubahan demi perubahan kepada yang lebih baik telah berlaku dalam diari hidup doktor muda itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Kring…kring…
Kring…kring…

“Assalamualaikum…,”

“Waalaikumussalam,Iqah,ape khabar?Macam mana dengan cucu ummi sihat ke?”

“Ummi…!Alhamdulillah,Iqah sihat,cucu ummi pun sihat.Iqah rindu sangat dekat Ummi.Ummi sihat?Bila Ummi nak datang Perlis ni?,”

“Alhamdulillah,ummi sihat,batuk sikit je.Ummi pun rindu kat Iqah,tak tahu lah bila ummi dapat pergi sana,ni abi Iqah ni sibuk sikit.Peperiksaan dah dekat,sibuk lah buat soalan untuk murid-murid dia tu.Dah lama Iqah tinggal kat Perlis ye,berapa bulan dah cucu Ummi tu?Ni,Wildan ade tak kat rumah?”

“Oh macam tu,tak pe lah.Nanti bila abang Wildan dapat cuti,Iqah ajak balik rumah ye.Wildan tak de,pergi kerja,petang baru balik.Cucu ummi ni baru 8 bulan.Dia suka tendang la Ummi.Macam mana la masa Iqah duduk dalam perut Ummi ye,sian kat Ummi.”ujar Wardatul Shaukah tenang sambil mengusap perutnya yang makin membesar.

“Nak dekat dah tu.MasyaAllah,cepatnya waktu berlalu ye.Tendang,gerak-gerak tu biasalah Iqah,masa mengandung ni lah pengalaman yang tak dapat kita lupakan.
Tak sangka kita bawa satu lagi nyawa dalam perut kita bersama kita sentiasa.Subhanallah kuasa Allah.Jaga baik-baik ye cucu Ummi tu.Ummi doakan anak Iqah ni sihat dan menjadi seorang yang beriman serta tabah menghadapi liku-liku kehidupan di dunia ni macam mak dia jugak.Amin.”

Wardatul Shaukah terharu dengan doa yang dilafazkan Umminya.Dia tidak menyangka banyak hikmah disebalik apa yang telah terjadi dahulu.Sehingga dia rasa bahagia bersama suaminya sekarang.

‘Syukur Alhamdulillah.Maha suci Engkau ya Allah.Engkau sebaik-baik perancang.’,doanya dalam hati.

“Amin,terima kasih ummi atas doa ummi.Ummi,Iqah bersyukur sangat,Ummi sentiasa memberi semangat pada Iqah tak kira susah atau senang.,”ucap Wardatul Shaukah,matanya mula berkaca.

“Memang tanggungjawab Ummi anakku.Nanti Iqah jadi mak,Iqah tahulah.Dah,jangan sedih sedih,nanti cucu Ummi pun sedih.Ok lah Iqah,Ummi nak masak dulu,nanti abi Iqah balik.Kirim salam Ummi kat Wildan dengan lafaz Assalamualaikum.Jaga diri baik-baik.Kalau ade ape-ape,telefon je Ummi ye.”

“InsyaAllah Ummi,kirim salam Iqah pada abi juga ye.Iqah sayang Ummi.Assalamualaikum.”

“InsyaAllah Iqah,Ummi sayang Iqah juga.Waalaikumussalam warahmatullah.”

Tit…tit...
Tit…tit…

1 Message received

Wardatul Shaukah membuka mesej yang baru sahaja masuk dalam telefon bimbitnya setelah dia meletakkan ganggang telefonnya.

Assalamualaikum…
Sahabatku Wardatul Shaukah,Jannah rindu sangat kat awak.Awak ape khabar?Kat Perlis kan?Kenape pindah sana?Dengar kata dah pregnant ye?
~Jannah~

Waalaikumussalam warahmatullah,Alhamdulillah ya ukhti fillah,saya sihat.A’ah kat Perlis,abang Wildan kena tukar kerja kat sini.Alhamdulillah,kandungan saya baru sahaja masuk 8 bulan.Macam mana kehidupan Jannah sekarang?
~Wardah~

Ye ker,Alhamdulillah,mesti comel baby tu nanti macam mak dia jugak kan.Dah dekat tu,nanti jangan lupa bagi tahu ye.Sebenarnya,Jannah nak jemput awak dan suami ke walimah Jannah dua minggu lagi.4 Julai ni.Jemput datang ye.Jannah ade pos kad kahwin,minta alamat kat Ummi awak hari tu.InsyaAllah tak lama lagi sampai la tu.
~Jannah~

Alhamdulillah...Tahniah Jannah,beruntung lelaki tu.InsyaAllah,kalau tak de aral melintang,saya dan suami mesti pergi.Rindunya kat Jannah,harap sangat dapat pergi nanti.
~Wardah~

Jazakillah.Jannah tunggu awak dan suami serta baby ye.Ok lah Wardah,jg diri,Assalamualaikum.
~Jannah~

InsyaAllah,syukran Jannah,Waalaikumussalam warahmatullah.
~Wardah~
***


“Jannah,abang kenal kan.Classmate abang dulu.Dia jemput kita ke walimah dia,4 Julai ni.Abang free tak masa tu?,”tanya Wardatul Shaukah sopan.

“Oh,Jannah,ni kad dia ye.Abang ambil kat luar tadi.Rajin dia pos kat kita ye.Tak sangka dia dah nak kawin.InsyaAllah abang tak de kerja hari tu,boleh la kita pergi.”balas Wildan penuh kasih-sayang.
“Alhamdulillah.Oh,kad dia dah sampai rupanya,Shahrul Nidhzom.Erm..ni bakal suami Jannah ye.Nice name.”puji Wardatul Shaukah jujur.

“Tapi,sayang kena jaga diri tau,due date dah dekat.Anak abi,duduk diam-diam ye.Jangan tendang-tendang ummi,sian dekat ummi.Nanti kita pergi walimah mak cik Jannah ye.,”kata Wildan perlahan sambil mengusap perut isteri tersayang.

Wardatul Shaukah tersenyum manja melihat telatah suaminya,mata mereka bertembung.Cinta mereka makin mekar akan kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka.
***


“Uwekk uwekk…”kedengaran tangisan bayi yang baru lahir dari bilik pembedahan dijalankan.

“Alhamdulillah.,”ucap seluruh ahli keluarga Wildan dan Wardatul Shaukah yang menunggu dari semalam lagi sesampai saja dari kampung di hospital sejurus menerima perkhabaran dari Wildan.Selepas empat jam,baru kedengaran suara tangisan bayi yang mereka nanti-nantikan.

Manakala Wildan menemani Wardatul Shaukah di dalam bilik pembedahan memberi semangat pada isteri tercinta untuk terus berjuang,bertarung nyawa selama beberapa jam tadi.

“Doktor,macam mana dengan dua nyawa di dalam?,”tanya Masyitah sementelah seorang doktor dan dua jururawat keluar dari bilik pembedahan itu.Semua berdiri tidak sabar mendengar perkhabaran baik yang keluar dari mulut doktor itu.

Doktor serta dua lagi jururawat itu tunduk dan menampakkan keseriusan di wajah mereka.

“Kenape doktor?Macam mana dengan anak saya?,”tanya Ummi Wardatul Shaukah mendesak,tidak sanggup menunggu lebih lama.

Doktor mula tersenyum.

“Bukan sahaja dua nyawa,malah,lima nyawa selamat.Tahniah,Puan Wardah baru sahaja melahirkan kembar empat.Dua lelaki dan dua perempuan.”ujar doktor itu.Senyumannya masih berbaki dan memandang ke arah Aman dan Amin yang nyenyak tidur di atas kerusi panjang berhampiran.

Pujian kehadrat Illahi tidak putus-putus dilafazkan.Mereka semua solat Subuh di surau yang telah disediakan di hospital itu.Sujud syukur tidak dilupakan.

“Iqah…,”panggil Ummi Wardatul Shaukah sejurus menjejak kaki masuk ke bilik yang ditempatkan anaknya itu.Wildan tiada disisi Wardatul Shaukah ketika itu.
Semua ahli keluarga yang lain turut masuk melawat Wardatul Shaukah.

“Ummi,Abi,Ma,Abah,Kak Masyitah…rindunya.Eh,Aman dan Amin pun ade.Terima kasih sudi datang.,”lemah suara Wardatul Shaukah.

Mereka berpelukan melepaskan rindu.

“Kak Ngah,mana baby?Kak Long cakap ade empat baby.Aman nak dua orang.”tanya Aman sambil menoleh kanan dan kiri mencari sesuatu.

“A’ah,Amin pun nak dua orang.,”

Wardatul Shaukah tersenyum mendengar keinginan adik iparnya itu.

“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dari pintu masuk dengan memangku dua bayi di kedua-dua belah tangannya.Dan dua lagi dipangku oleh dua orang jururawat dibelakang Wildan.

“Baby…!,”jerit Aman dan Amin dan berlari ke arah Wildan.

“Eh,Aman,Amin,mari sini.Nanti la,biar Bang Ngah pegang dulu.Nanti kita main dengan baby tu ye.,”larang Mama Wildan berhikmah.

“Baik Ma..!,”pantas mereka menjawab.Mereka sudah diajar supaya patuh dan hormat cakap orang yang lebih tua.

Dua jururawat tadi memberi dua bayi itu kepada Wardatul Shaukah yang bersandar di atas katil.Kedua-duanya dipegang dengan penuh rasa syukur.Hatinya tidak henti-henti mengungkap syukur dan hamdalah pada yang Esa.Wildan pula berdiri disamping isteri tercinta.

“Dah bagi nama ke?,”tanya Abah Wildan pula yang duduk di atas kerusi di sebelah katil Wardatul Shaukah.

“Alhamdulillah.Dah.”jawab Wildan melemparkan senyuman pada isteri kesayangannya.

“Ni Mohamad Wahiduddin dan Mohamad Wafiuddin,.”beritahu Wardatul Shaukah sambil menunjukkan bayi di kanan dan kiri yang dipegangnya.

“Dan ni pula,Nur Wajihah dan Nur Wasimah.,”beritahu Wildan pula menunjukkan bayi yang dipangkunya.

“MasyaAllah,sedap-sedap namanya.”puji Abi Wardatul Shaukah sambil menyambut Nur Wajihah yang diberi Wildan padanya.

“Meh,nenek nak pegang cucu nenek ni.,”pelawa Mama Wildan menghulurkan tangannya menyambut Mohamad Wahiduddin dari Wardatul Shaukah.

Mohamad Wafiuddin dan Nur Wasimah pula diberi pada Abah Wildan dan Ummi Wardatul Shaukah.

Kegembiraan terpancar pada setiap wajah di dalam bilik itu.Wardatul Shaukah dan Wildan berpandangan dan tersenyum kesyukuran.

“Assalamualaikum…,”satu suara memberi salam dari arah luar pintu.

“Waalaikumussalam warahmatullah.Jannah?Jannah…,”jerit Wardatul Shaukah sedikit tinggi terkejut dengan kehadiran pengantin baru itu tidak disangka-sangka.

Jannah terus masuk dan memeluk sahabat kesayangannya itu.

“Maaf Jannah,saya tak dapat datang walimah Jannah.,”

“Tak pe,Jannah faham.Awak perlu bertarung di sini.Tahniah,empat sekali dapat.Subhanallah.,”ucap Jannah terharu.Amat pemurahnya Allah.

“Tu,suami Jannah.,”beritahu Jannah sambil menunjukkan ke arah suaminya yang baru sahaja masuk ke bilik itu.

“Doktor Shah?,”kata Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.

“Awak kenal?,”tanya Jannah hairan.

“Ye,kami dah kenal Doktor Shah,dia yang merawat abah Wildan satu masa dulu.,”terang Wardatul Shaukah tenang.Tiada lagi rasa takut,kerana dia yakin Doktor Shah sudah berubah dan telah bertemu dengan pilihan yang tepat iaitu Jannah yang mula mengenakan pakaian sunnah yang sopan lagi menutup aurat itu.

“Alhamdulillah.Sungguh rapi perancangan Allah.Dipertemukan kita kembali tanpa disangka.Pelbagai cabaran,fitnah yang terpaksa awak hadapi,Jannah bangga dengan awak,tahniah mujahidah solehah…!Sungguh adil Allah,Dia memberikan apa yang patut pada setiap hamba-Nya.Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetapi dipendam,sungguhpun pedih tapi disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.Selamat berjuang sahabat.Perjalanan kita masih jauh.,”lancar Jannah menunturkan kata yang dihafalnya dari penanda buku yang pernah dihadiahkan oleh Wardatul Shaukah ketika dapat menjawab teka-teki satu masa dulu.

“Alhamdulillah sahabat,terima kasih.Yang penting keyakinan pada Allah.Keyakinan pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian adalah tarbiah dari Allah,semakin dekat bahtera kita kepada-Nya,semakin hebat taufan melanda.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,esok adalah harapan,genggam jadi kejayaan.,”tutur Wardatul Shaukah lancar.Air matanya mula keluar dari tubir matanya itu.Lantas memeluk Jannah,dilupakan rasa sakitnya ketika itu mengenang kembali perkara-perkara yang terpaksa ditempuhi sebelum ini.

Semua yang berada di dalam bilik itu juga turut terkena impaknya.
Kegembiraan tadi diganti dengan tangisan kerana bangga dengan seorang mujahidah yang bermujahadah untuk menetapkan dirinya atas jalan yang diredhai pencipta dirinya itu.
Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.


~~~TAMAT~~~