Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, June 26, 2014

❤ Hero Kita ❤

KERANDA UNTUK AYAH

Di sebuah kampung, tinggal seorang lelaki tua bersama isteri dan anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan dia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.

Tapi, itu cerita lama.
      
Kini dia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, dia tidak lagi bekerja. Dia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil.

Ayah, Iwan nak main benda ni, ayah tarik Iwan ye! Laung Iwan, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.

Boleh.. kejap ye. Ayah nak tebas semak ni dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Iwan ye, jawab si ayah, penuh kasih sayang.
            
Alaa.. Iwan nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah! pujuk Iwan yang berusia 11 tahun sambil menghentak-hentak kakinya.
           
“Ok, ok. Iwan duduk, ayah tarik.
          
Yeyey!! Ayah tarik laju-laju tau,gembira benar bila hajatnya dituruti. “Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Iwan turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti,” arah Iwan, sambil jarinya menunjuk ke hujung hutan.
            
“Ya Allah!” jerit si ayah, dia merasakan kakinya terpijak sesuau. Duri, barangkali. Mungkin juga kaca.
           
“Alaaa… Kenapa ayah berhenti ni? Iwan belum puas lagi. Tarikhlah lagi.”
           
Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Iwan lapar dan mengajak pulang unuk makan.
               
 **********-------------------------***********

Sesekali Iwan melihat kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, “Tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja,” ngomel si anak. Geram benar dia meliha ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa selain makan.
       
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Iwan membuat satu keranda kayu untuk ayahnya.
            
“Ayah! Masuk dalam ni,” tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
           
Iwan menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuah ceruntinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk membuang keranda yang berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan dia dan keluarganya.
           
Sampai di cerun, sebelum sempat Iwan menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.
            
“Hidup lagi rupanya,” bisiknya di dalam hati dan membuka keranda. “Hah, ayah nak apa lagi?”
            
“Ayah tahu Iwan nak buang ayah dari cerun ni. Iwan ank buang ayah, Iwan buanglah. Tapi Iwan janganlah buang keranda cantik yang Iwan buatkan ni. Mungkin anak Iwan perlukan keranda ni nanti.”
           
Terus melutut Iwan dengan berjurai airmata.

Hargai dan sayangilah ayah anda selagi nyawa dia dikandung badan.
Jika telah tiada, janganlah putus mendoakan kesejahteraannya di sana.

Kerana tanpa insan bernama ayah, tiada wujud kamu di dunia ini.

cc: http://panduanislam.com/blog/2011/04/keranda-ini-untuk-ayah/

*******--------------*******



27 Jun 2014 / 1.30am

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

Alhamdulillah. Masih dapat merasai nikmat kehidupan. Dapat mendengar melihat dan bertutur seperti biasa. Semua ini kerana kekuasaanNya. Kita tiada apa tiada daya tiada kekuatan dan tiada kesempurnaan. Entri kali ini agak berbeza. Cerita dulu baru muqaddimah. Takpe lah. Ada kelainan sedikit,kan. 

Sebenarnya dah lama AKU nak mengisi ruangan blog ini tentang lelaki bernama ayah. Namun tidak berkesempatan, tambahan pula tiada idea untuk memulakannya. Alhamdulillah pagi2 buta nie baru dapat idea. Itupun selepas jari jemari nie teringin explore situ sini, dan terjumpa pula artikel ini (di atas). 

Ayah!! Lelaki pertama yang kita dengar suaranya. Suara merdu itu melaungkan azan dan iqamat setelah kita dilahirkan. Insan ini jugalah lelaki pertama paling gembira menyambut kelahiran kita di dunia. Kebahagiaan dan senyumannya tidak pernah lekang saat melihat kita buat kali pertama. Bahagianya lelaki ini.

Lelaki ini jugalah yang membesarkan kita tanpa pernah rasa jemu. Lelaki inilah yang tidak pernah kenal penat lelah mencari nafkah demi sesuap nasi. Lelaki inilah kakinya berdarah kerana meredah lumpur dan pokok2 demi melihat perut kita kenyang. 



Tatkala kita berjauhan darinya kerana menuntut ilmu, lelaki inilah yang sering merindui kita. Lelaki inilah yang sentiasa basah bibirnya mendoakan kita tiap usai solat. Lelaki inilah yang paling gembira apabila kita pulang ke teratak. Lelaki ini pada zahirnya kita lihat seperti tiada sedikit pun rasa rindu, namun batinnya kerinduan yang tidak terungkap. Semua itu kita dapat lihat jika perhatikan dengan teliti.



Apabila usianya semakin bertambah, kita pula sudah mempunyai keluarga sendiri, rumah sendiri, tiada lain yang dipintanya melainkan kepulangan kita ke teratak kita dibesarkan. Memandang wajah dan dapat meluangkan masa bersama kita, itu sudah cukup mengubati kerinduan lelaki ini. Ya! Hanya itu saja yang dipinta. Wang dan material lain langsung tidak dipandang.

Ya!! Lelaki ini ialah ...

Papa! Abah! Abi! Ayah! Walid! Babah! Daddy!



Wira dan heroku dunia akhirat..

Ingatlah anak2, apabila mereka sudah tua mereka hanya ingin bersama dengan insan2 yang mereka cintai, sayangi dan kasihi. Oleh itu, bagi anak2 yang berjauhan dengan mereka pulanglah jika berkesempatan. Sentiasalah hubungi mereka. Jangan sampai terlewat..


Sayangilah Hargailah Kasihilah Cintailah Ayah..



Thursday, June 19, 2014

Allah Menjemputmu, Sayang..

19 Jun 2014 / 6.30pm

Pagi yang nyaman udara segar yang masih lagi kedinginan. Pagi tadi terdetik di hati untuk membuka facebook. Scroll punya scroll.. Tup!! Jari terhenti pada satu status. Berulang2 kali AKU membaca untuk meyakinkan diri bahawa AKU salah baca. Kali ke-3, mata AKU terhenti pada sebuah nama yang sangat AKU kenali. NUR AISYAH MOHD NOOR. Kini baru AKU sedar, aku tidak salah baca. Apa yang tertulis itu benar. Luluh hatiku, sebak di dada dan pipi mulai kebasahan. Sahabatku, Nur Aisyah Mohd Noor telah dijemput Penciptanya buat selama-lamanya. Akibat daripada kemalangan jalan raya. Kelu lidahku dan hanya bayangan wajah beliau bermain dimata. Seakan tidak percaya dengan berita ini. Tidak pernah diduga, insan yang pernah bekerjasama suatu ketika dahulu telah dijemputNya.

Sepanjang bekerjasama dengan arwah, arwah merupakan seorang sahabat, ketua yang sangat berdisiplin. Seorang yang sangat lembut, baik budi pekerti, tenang dalam menegur dan sabar menempuhi dugaan. Sentiasa tersenyum. Seingat AKU, langsung tidak pernah AKU lihat wajah marah padanya. Hanya senyuman dan ketenangan yang kulihat. AKU bersyukur sangat kerana pernah mengenali arwah, pernah bekerjasama dengan arwah.

Alhamdulillah, petang tadi sempat mengucup dan melihat wajah arwah buat kali terakhir. Sebak didada tidak dapat ditahan tatkala melihat saudara arwah membaca doa, melihat abang2 arwah menatap wajah adik mereka buat kali terakhir dan melihat ibu arwah yang juga cikgu sekolah AKU mengucup sekujur tubuh kaku di atas katil. 

Peristiwa yang berlaku hari ini sama dengan peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas, iaitu peristiwa AKU menerima khabar pemergian Teacher Rosniah akibat kemalangan.


Pertemuan pertama disambut dengan senyuman manis dan senda gurau. Pertemuan terakhir disambut dengan tangisan kesedihan dan kucupan terakhir buatmu. Moga dikau tenang di sana dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. 


Telah tiba saat waktu 
Kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa 
Telah menetapkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau 
Janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku 
Akanku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah
Terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati....



#NurAisyahMohdNoor
#DalamKenangan

Sunday, June 8, 2014

Penantian Insan Tersayang

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Alhamdulillah diberi kekuatan menggerakkan jari jemari dengan riang dan senang hati. sekarang nie musim cuti sekolah, tapi dah nak abis,kan? Xpe, masih ada masa lagi untuk dimanfaatkan terutamanya untuk bersama insan tersayang. (means keluarga sendirilah..) Pabila cuti sekolah tiba, anak-anak akan pulang ke kampung halaman. Mak dan Ayah gembira menantikan kepulangan anak-anak,menantu-menantu dan cucu-cucu tercinta. Halaman rumah dipenuhi dengan kereta anak-anak yang pulang. Dengar suara keriangan kanak-kanak bermain dan bergelak ketawa sesama mereka. Dan yang pasti akan dilakukan oleh Mak, adalah memasak favourite food anak-anak. Memasak dengan penuh gembira dan ditambah pula senyuman dan kasih sayang dalam masakan membuatkan masakan tersebut menjadi lebih sedap. Ayah pula tak putus-putus berbicara dengan penuh keriangan melepaskan kerinduan yang bertamu di hati selama ini.  

Tatkala cuti sekolah bakal melabuhkan tirai, anak-anak akan pulang ke rumah masing-masing menyambung kembali tugas harian. Tiada lagi suara gelak ketawa kanak-kanak. Rumah kembali seperti biasa. Perasaan sedih dan rindu kembali bertandang, namun Mak Ayah akan sentiasa menunggu kepulangan anak-anak mereka dengan tangan terbuka.

*Ketika jari jemari berhenti menari memikirkan ayat seterusnya, AKU teringatkan perbualan antara si anak dengan si bapa..

ANAK: Fikirkan ape tuh?
AYAH: Hurmm.. Susah hati lah..
ANAK: Kenapa?
AYAH: Anak-anak nak balik dah..
ANAK: …… (kelu lidah)


Ringkas, tapi penuh makna..



Friday, May 30, 2014

Aku Sudah Bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

....................................................................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."
                                                                                                     
"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

dipetik dari ILUVISLAM


Thursday, April 10, 2014

Doa Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

Teman, betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini teruskan perjuangan

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambaMu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu..

~ Doa Perpisahan By Brothers ~





Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Tiada yang lain yang perlu ku ucapkan syukur melainkan hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
AKU juga bersyukur kepadaNya kerana masih dikurniakan kenikmatan hidup dan kekuatan untuk meneruskan permusafiran yang sudah pasti tidak akan berhenti sehingga maut menjadi noktahnya. Alhamdulillah hari ini juga jari jemari ini dapat menari riang di keyboard seperti ada sesuatu yang ingin dicurahkan ke tirai blog tersayang.

Sebentar tadi sahabat2 telah pun membaca bait2 Doa Perpisahan yang telah disampaikan oleh kumpulan nasyid Brothers. Apa yang AKU faham berdasarkan bait2 tersebut, lagu ini menceritakan tentang saat perpisahan sahabat dengan sahabat yang mana ukhwwah mereka terbina kerana Allah. Betapa manisnya jika ukhwwah itu kerana Allah.

Lagu ini berjaya membuat sesiapa saja yang memahami setiap bait kata itu mengalir airmata. Masihku ingat sewaktu pertama kali AKU mendengar lagu ini yang disampaikan oleh dua orang guru praktikal dan ketika itu AKU berusia 9 tahun. Dan masihku ingat lagi raut wajah serta nama mereka dan kini masih AKU dapat bayangkan suasana ketika mereka mengalunkan Doa Perpisahan ini. AKU juga masih ingat suara tangisan sahabat yang berada di hadapan meja AKU, dialah student pertama yang mencurahkan airmata. Pertemuan kami dengan guru2 praktikal selama 3 bulan berakhir dengan tangisan perpisahan. Masihku ingat, Cikgu Z memperkenalkan aku kepada dunia sajak, dan sehingga kini masih AKU masih simpan. Masihku ingat, CIkgu R yang pada awalnya kami dimaklumkan beliau berasal dari Sarawak dan akhirnya ia terungkai selepas kami mengetahui perkara sebenar. Cikgu R jualah mengajar kami sesuatu yang sangat berbeza. Kami enjoy dengan teknik beliau mengajar yang berjaya menarik perhatian kami. Perpisahan ini merupakan perpisahan pertama bagi AKU.


“Cikgu, terima kasih untuk sepanjang tiga bulan pertemuan kita. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih kerana tidak jemu melayan kerenah dan kenakalan kami. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat. Terima kasih untuk pengalaman baru. Terima kasih untuk segalanya. Cikgu, walaupun kita telah lama loss contact, saya sentiasa ingat setiap detik yang bermakna sepanjang cikgu mengajar kami. Semua memori masih kekal tersimpan. Cikgu, setiap kali lagu ini kedengaran pasti saya akan teringat kenangan2 yang dilakar. Saya harap cikgu sentiasa sihat dan sentiasa berada di dalam rahmatNya, insha Allah. Terima kasih cikgu.”



Untuk kali kedua, lagu ini dipasang ketika  AKU berusia 17 tahun bersama lagu KAU SAHABAT KAU TEMAN daripada Hijjaz. Ok, AKU taknak cerita panjang sejarah ini.



Untuk kali ketiga, lagu ini sengaja dipasang oleh salah seorang My Second Family ketika AKU dan sahabat melangkah keluar dari “United Kingdom” pada 22 Mac 2014. Gudjob sahabat kerana melajukan lagi tangisan kami bertiga. Boleh dikatakan 2 hari berturut-turut kami ‘bermain’ dengan airmata tatkala seorang demi seorang sahabat pulang ke teratak masing2 selepas mencipta berjuta-juta kenangan suka dan duka. Ya, merekalah keluarga keduaku yang tiada ganti. Walaupun sepanjang tiga tahun kami bersama, pasti ada salah faham. Namun sebenarnya ia makin mengeratkan silaturrahim antara kami. Tiada sesuatu di dunia yang sempurna, pasti ada kelemahan. Dan jika timbul kelemahan, kami akan tampung dengan kelebihan lain. selepas pertemuan tiga tahun, masing2 ada pilihan sendiri. Tapi itu bukanlah alasan untuk kami tidak berhubung. Hubungan pasti manis dan bermakna jika kerana Allah. Apa2 pun, insha Allah jika ada jodoh ketemu lagi.. J



Bila ada perpisahan, Doa Perpisahan ini jualah yang akan kedengaran. Dan AKU harap itulah kali terakhir AKU dengar lagu itu untuk perpisahan..




Monday, March 31, 2014

PRAY FOR MH370

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah…

Alhamdulillah.. Tidak lain yang disyukuri melainkan kerana masih bernafas dan diberi kesihatan.. Insha Allah.. Jari jemari ini seperti mahu ‘menari’ tetapi ketandusan idea plak.. Kejap menari kejap berhenti.. Memikirkan apa yang ingin dikongsi dengan sahabat2.. Oh ye, sebelum jari ini menari lebih lama, suka saya umumkan mulai hari ini saya akan bahasakan diri saya sebagai “AKU”. (macam besar je pengumuman tuh.. ==” )

“AKU”  mewakili nama blog ini.. AKU MUSAFIR.. Ok, berbalik kepada isu semasa yang ingin diperkatakan, yang mana sedang berlaku sekarang, iaitu MISTERI KEHILANGAN MH370..

Sebelum sahabat2 semua salah faham, suka AKU tegaskan bahawa apa yang bakal AKU tuliskan di bawah sama sekali TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG DENGAN UNSUR POLITIK.

Pesawat MH370 Kuala Lumpur- Beijing sepatutnya telah mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi pada 8 Mac 2014. Namun, ia tidak dapat dikesan pada jam 2.40 pagi hari yang sama. sejak hari itu, pelbagai spekulasi yang dibuat masyarakat. Ada yang buat lawak bodoh dan tidak kurang juga yang ingin meraih perhatian orang. Tak payahlah buat lawak2 itu semua, fikirkan perasaan ahli keluarga mangsa. Senang citer, bayangkan jika kita ditempat mereka. Apakah kita boleh nak buat lawak bodoh tu? Tepuk dada tanya iman lah..

Pada 24 Mac baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengadakan press conference pada jam 10 malam dan mengumumkan bahawa pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi.

Pada malam PC tu, AKU tak tonton sangat sebab PM speaking, pastu takde translate.. So, tak paham sangat.. Lagi pun malam tu, ada kerja sikit. Keesokan harinya, AKU mengadaplah tv dan tunggu berita. Ok, baru tahu apa yang PM sampaikan. Apa yang menjadi tarikan semua pihak berdasarkan apa yang dikatakan oleh PM adalah “Pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi.”

Suka AKU memberi pandangan terhadap apa yang difahami masyarakat tentang isu ini. PM mengatakan pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi.. Kenapa AKU besarkan perkataan BERAKHIR tu?? Sebab perkataan inilah yang menjadi salah faham dunia sekarang. Kenapa AKU berkata begitu?? Sebab pada mulanya AKU juga salah erti apa yang dimaksudkan BERAKHIR itu. Apa yang menjadi pemerhatian AKU, ramai yang samakan perkataan BERAKHIR itu dengan TERHEMPAS.. Tak samalah. Perkataan BERKAHIR itu tidak membawa maksud TERHEMPAS.. Kita tidak boleh membuat andaian dan spekulasi sendiri dengan perkataan BERAKHIR. Tambahan pula, tiada bukti yang mengatakan pesawat itu terhempas. Macam2 boleh jadi yang terbatas di pemikiran manusia. Jangan salahkan sesiapa kerana ia takkan dapat kembalikan mereka sebaliknya mencari mereka (pihak yang berwajiblah kan..takkan rakyat biasa ditugaskan mencari..hehe) dan berdoa agar mereka semua baik2 saja dan dilindungi serta selamat walhal kita tidak tahu keadaan mereka. Sungguh hanya Allah yang mengetahui setiap sesuatu walaupun sekecil zarah. Serahkan pada-NYA disamping berdoa dan berusaha.

AKU berpegang, SELAGI TIDAK JUMPA SELAGI  ITU AKU YAKIN MEREKA MASIH HIDUP!!

Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. AKU berharap agar ahli keluarga mangsa pesawat MH370 sentiasalah bersabar dan berdoa keselamatan mereka. Dan jika ditakdirkan mereka telah pergi, moga mereka diberi kekuatan dan redhailah pemergian mereka. Dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku PASTI ada hikmah sebaliknya. Sekali lagi AKU tegaskan bahawa setiap pandangan pendapat dan semua yang sahabat2 baca kat atas tadi adalah hanya PENDAPAT PERIBADI dan TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR POLITIK dan bukanlah untuk meraih femes,ok!!

Di bawah ini suka saya berkongsi doa yang telah dibaca oleh Hafiz Hamidun. Maaf.. Tak ingat bila dan di mana beliau membaca doa ini.

Bismilllahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil ‘Alamin
Wassolatu wassalamuala asyrafil anbiya’I walmursaliin
Wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Astaghfirullahal ‘azim (3x)

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau permudahkan

Wa anta taj ‘alul hazna idza syi’ta sahla
Dan Engkau menjadikan kesulitan, jika Engkau kehendaki pasti akan dipermudahkan.

Di atas ujian ini, kami menadah tangan kepadaMu Ya Allah
Berikanlah petunjuk di atas musibah yang berlaku
Berikanlah kekuatan kepada semua sanak saudara yang terlibat
Berikanlah ketabahan kepada semua yang berusaha
Berikanlah kelapangan dada kepada semua yang berdoa

Sekiranya rahmatMu berada di langit, Engkau turunkanlah kepada kami
Sekiranya rahmatMu berada di lautan, Engkau timbulkanlah kepada kami
Sekiranya rahmatMu berada di daratan, Engkau tunjukkanlah buat kami
Sesungguhnya kami lemah untuk menanggung ujian ini

La hawla wa la Quwwata illabillahi Aliyil Adzim
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Besar

Robbana aatina minladunka rahmataw wahayyi’ lana min amrina rosyada (Al-Kahfi:10)
Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.

Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina azabannar.

KeepPrayingForMH370






Thursday, March 27, 2014

MY SECOND FAMILY

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. 

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Alhamdulillahi rabbil 'alamiin syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dapat bernafas sehingga ke saat ini dan diberi kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di blog tersayang. Tak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kerana diri ini telah selesai menamatkan pengajian dip. selama 3 tahun. Mungkin pada sahabat2 yang membaca hanya akan memandang sebelah mata kerana setakat selesai dip. sahaja. Tidak mengapa. Sungguh saya tidak kisah kerana masing-masing punya pendapat. Dan setiap orang pasti berbeza pendapatnya. Ingin saya kongsikan sepanjang 3 tahun melakar kenangan bersama sahabat2 dalam suka dan duka, tangis dan tawa, semuanya dikongsi bersama. Dan sudah pasti sukar untuk dilupakan dan memang takkan dilupakan. 

Kadang2 bila teringat time mula2 masuk u, rasa macam lama sangat nak habis. Tapi bila dah habis nie, rasa 3 tahun nie seperti 3 bulan, sekejap saja. Sekarang nie pun masih terbayang2 kenangan terakhir semasa kami di lata. Sungguh manis dan sungguh indah. Kebiasaannya setiap kali tamat sem, pasti akan ada annual dinner. Start ber'annual dinner' masa sem 2, kemudian menjadi generasi sehinggalah ke sem terakhir cuma caranya saja berbeza. Ikhtilat tetap kami jaga. 

Dan yang sangat2 berbeza adalah masa last sem 3 dan sem 6.

Untuk sem 3, kitorang memang xbuat annual dinner. Tapi, kitorang buat solat hajat dan juga makan2 sikit pastu sambut birthday sahabat2 bulan 9. Malam itu pun idea daripada salah seorang daripada sahabat yang sanggup bertungkus lumus buat itu semua. Terharu sangat dan rasa dihargai. Syukran jiddan sahabat.. =)

Kelainan sem 6 pula, xda annual dinner tapi memang sangat2 berbeza dan tak pernah terlintas di fikiran. Ini pula hasil idea dari rais dan raisah. Kitorang melakar kenangan2 indah di salah sebuah tempat rekreasi yang sangat indah. Kat mana lagi kalau bukan di air terjun. Kitorang bertolak dari bumi ilmu pukul 12 tengah hari dan sampai dalam pukul 2 lebih kot (lupa dah)..then, kitorang lunch dengan nasi yang ditempah dan dibawa dari sini. Lepas tu, aktiviti bebas. Malam pula, kami berbbq dan adakan sikit akiviti yang agak mencabar minda dan kesabaran. And the most precious time is when all of us have to write something in the 'buku amalan' untuk setiap seorang. Time tu memang ambil masa yang sangat lama. Bayangkan seramai 37 orang perlu menulis dalam buku sebanyak 37 buah (untuk setiap sorang) pesanan or pape lah yang berkaitan dengan diri. wow!! After that, kami bertukar2 hadiah and aktiviti malam tu selesai sampai 2.30 pagi. 

Esoknya pula, kami ke Kelantan untuk berkunjung ke rumah ustaz yang sudah lama kami tidak jumpa dan tidak dengar beliau berbicara. =) Then, ke rumah salah seorang daripada sahabat. After isyak,kitorang bertolak pulang dan tiba di bumi ilmu pada jam 3.30 pagi. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, to all my DAK's friends yang juga merupakan KELUARGA KEDUAku, thanks a lot for being my friend. Hope our relationship till jannah,insha Allah. Ada jodoh,kita ketemu jua.

#SayangSahabatSelamanya #SahabatTillJannah #MySecondFamily