Aku Musafir

Aku Musafir

Sunday, October 23, 2011

5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim bin Adham berkata, "Jika kamu mahu menerima LIMA syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, janganlah kamu memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya," tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memaka rezekiNya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim. "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di muka bumi-Nya." Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata,"Wajai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya, anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh-Nya." Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya. Kalau memang yakin demikian, apakaah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.' Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundur datangnya kematianmu, lalu bagaimana engaku boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apakah syarat kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat, jangan engkau ikut bersamanya."

Kata-kata tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Friday, October 21, 2011

UNTUK RENUNGAN PARA ISTERI [3]

--> Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,membaikkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah kurniakan nur hingga tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

--> Thabit al Banani berkata : "Seorang wanita dari Bani Israel yang buat sebelah matanya,sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya, matanya yang buta telah sembuh. Allah kurniakan karamah ( kemuliaan ) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya."

--> Rasulullah s.a.w. bersabda :"Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10 ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya."

--> Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebaikan pun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."

--> Sabda junjungan Rasulullah s.a.w.: "Sebaik-baik wanita adalah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."

--> Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : "Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."

--> Abu Bakar As Siddiq mengatakan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah,laknat malaikat juga laknat manusia."

Friday, September 23, 2011

UNTUK RENUNGAN PARA ISTERI [2]

--> Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli. Diriwayatkan bahwa pada suatu hati,ketika Rasulullah bersama-sama isteri-isteri (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isteri baginda masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami,ya Rasulullah?" Rasulullaah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Ab Daud dan Tarmizi)

--> Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Kiamat,tidak ada nur baginya." (Riwayat Tarmizi)

--> Sabda Rasulullah s.a.w. : "Dikahwini wanita kerana empat sebab; kerana hartanya,kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu bertuah." (Riwayat Bukhari)

--> Rasulullah s.a.w. bersabda: "Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwinnya)."

--> Nabi s.a.w. bersabda: "Wanita yang taat akan suaminya,semua burung di udara ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

--> Sabda Rasulullah s.a.w. : "Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah mana saja pintu yang disukainya tanpa dihisab."

--> Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa saja wanita yang bermuka masa, sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya,maka itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."

--> Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik ia miskin atau kaya.

--> Ibnu Umar berkata bahawa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab Baginda, "Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di atas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan diizinkan suami,kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suamidan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan izinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembaali ke rumahnya."

--> Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Tidak boleh seoraang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

--> Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Tidaklah putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."

--> Dari Mu'az bin Jabal, bersabda Rasulullah " Siapa saja wanita yang berdiri di atas kedua kakinya membakar untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya  dari api neraka."

Friday, September 9, 2011

UNTUK RENUNGAN PARA ISTERI [1]

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya." Sayidina Aisyah bertanya, "Mengapa,wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

--> Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesushan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

--> Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Wanita,apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki." (Riwayat Ahmad,Ibnu Hibban,Thabrani dan Anas bin Malik)
 
-->  Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada Hari Akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."

--> Imam Thabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menlaknya.

--> Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila lari wanita dari rumah suaminya,tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)."(Riwayat Hassan)

--> Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: "Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

--> Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan,kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

-->  Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah,tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar,mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tirmizi)

Monday, August 29, 2011

SYAWAL BAKAL MENJELANG....

Assalamualaikum wbt....

Salam akhir ramadhan dan salam aidilfitri...

Alhamdulillah wa syukur lillah...diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan menikmati kenikmatan ramadhan yang terakhir..InsyaAllah mudah-mudahan diberi nafas lagi untuk bertemu dengan syawal esok hari,insyaAllah....

Hari ini ana bukanlah ingin berkongsi ilmu cuma ingin memberi sepatah dua kata buat pembaca2 sekalian. Dikesempatan ini,ana seorang insan yang lemah lagi hina disisi Allah ini ingin memohon seribu dan jutaan kemaafan andai diri ini pernah melakukan perkara2 atau terkasar bahasa sepanjang perbicaraan yang membuatkan antum terasa atau terkecil hati samada secara sedar atau tidak.

Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN  kepada ahli bait ana yang terletak di sebuah kampung dalam salah sebuah negeri pantai timur.Tidak lupa juga buat saudara mara di Kelantan.Guru2 di SMAKH,sahabat2 di batch93 di SMAKH,adik2 GPS SMAKH (Geng Pengawas Sekolah),sahabat2 di universiti,pensyarah2 dan semua yang mengenali diri ini.

Semoga syawal tahun ini membawa seribu pengertian setelah sebulan kita berada di bulan Ramadhan yang merupakan madrasah buat kita semua.


 SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN




Wednesday, August 10, 2011

AHLAN KARIM YA RAMADHAN...

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan karim....

Alhamdulillah wa syukur lillahi ta'ala kerana diri ini masih berkesempatan menikmati barakahnya ramadhan dan dapat menikmati kehidupan yang sementara ini. Suatu hari nanti,pasti akan bercerai jasad dan nyawa seterusnya 'meneruskan' kehidupan di alam kedua. Hanya berbekalkan amalan yang disediakan sepanjang bermusafir di dunia ini. Rasanya belum terlambat lagi untuk ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT MENIKMATI RAMADHAN. Hari ini hari ke-10 seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat melakukan dan meningkatkan serta istiqamahkan amal ibadah yang kita lakukan sehingga akhir hayat,insyaAllah. Malam ini ana nak kongsi dengan pembaca-pembaca semua tentang kelebihan ketua segala bulan,yakni Ramadhan.

1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t., Ertinnya : " Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa." (Al-Baqarah;183)

2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t. diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu Lailatul Qadar. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah mengfardhukan atas kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya." (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3. Bulan yang dipilih untuk solat terawih dimalamnya. Solat terawih adalah solat sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Sepanjang malam bulan Ramadhan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

4. Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, solat sunat dan sebagainya.

5. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah s.a.w. menawan kota Makkah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi Ka'abah dan Makkah menjadi suci sebagaiman yang Allah s.w.t.  kehendaki.

6. Berlakunya Nuzul Quran pada 17 Ramadhan yang disambut pada setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-Quran. Diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

7. Dipelihara dari dosa. 
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, Ramadhan ke    Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi segala dosa besar." (Riwayat     Muslim dan Abu Hurairah)

8. Dibuka pintu syurga, ditutup segala pintu neraka. Syaitan dibelenggu.
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah bin Farqad sedang    dia menceritakan tentang hal Ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.    Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan     tentang hal Ramadhan, katanya : " Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata : " Didalam bulan Ramadhan     dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan." Berkata Nabi lagi,
" Seorang Malaikat berseru, Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan ai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah diri kamu. "Malaikat terus menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadhan." (Riwayat Ahmad dan Nasa'i)

9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah s.w.t.
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Rasulullah s.a.w. bersabda, telah diberikan kepada umatku     dibulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku ;

    * Dipermulaan Ramadhan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah melihat kepadanya,nescaya      tidak diazabnya selamanya.
    * Bau mulut mereka diwaktu petang lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
    * Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
    * Allah menyuruh kepada syurganya dan berkata kepadanya, " Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu 
       untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan 
       kemuliaan-Ku.
    * Pada akhir malam Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari sahabat 
       bertanya : " Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?" Nabi menjawab : " Apakah engkau tidak melihat 
       kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya 
       disempurnakanlah upah-pah mereka." ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar,Al-Baihaqi dari Jabir)

10. Sejarah berlaku peperangan Badar Al-Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah      kegemilangan Islam.



Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan dibulan Ramadhan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat dibulan Ramadhan.
Wahai sahabat-sahabatku,beramallah pada bulan Ramadhan seperti Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir...










Saturday, July 16, 2011

Doa Seorang Wanita....

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah...
Hati ini telah terpaut pada seorang hamba-Mu,seorang yang menjadi milik-Mu,yakni fulan bin fulan. Namun,tidak ku ketahui sama ada ianya hanyalah perasaan yang berlandaskan nafsu dan syaitan durjana atau perasaan yang membawa kepada mardhatillah. Diri ini keliru dek kerana terdetiknya perasaan seumpama ini. Aku takut jika perasaan ini tidak mendapat barakah-Mu malah menjadi perasaan yang membawa kepada dosa.

Ya Allah...
Jika benar fulan bin fulan adalah jodohku yang telah Engkau coretkan ketika kami berada di alam rahim,dekatkanlah dan satukanlah hati kami dengan cinta mardhatiwalidaina wa mardhatillah agar kelak kami bahagia di dunia dan akhirat. Jika benar insan ini akan menjadi imam untukku dan anak-anak kami,halalkanlah hubungan kami dengan ikatan yang sah. Jadikanlah dirinya imam yang soleh agar aku menjadi makmum yang solehah dan menariknya ke syurga cinta yang abadi milik-Mu.

Ya Allah...
Jika fulan bin fulan bukan milikku,tabahkanlah dan damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu supaya aku tidak kecewa dan menyalahkan takdir. Pimpinlah hatiku daripada tersasar dan hilangkanlah perasaan cintaku terhadapnya agar tidak menjadi zina hati. "Jangan engkau menghampiri zina." Pertemukanlah aku dengan mujahid yang lebih baik daripadanya dan pertemukanlah fulan bin fulan dengan mujahidah yang lebih baik daripadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu....

Amin ya Rabbal 'alamin....