Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, May 13, 2011

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah wa syukur lillahi ta'ala kerana diberi kekuatan dan peluang untuk ana mencoretkan sebagai tatapan kita semua.CINTA..Pabila sebut sahaja pasal C.I.N.T.A pasti takkan tiba ke penghujung perbincangan.Tidak kira tua atau muda.Oleh sebab itu,hari ni ana nak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan perkataan yang telah ana tulis kat atas.Hayya naqrau!!...

"Kasih manusia sering bermusim,sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,sayang Tuhan janji-Nya pasti."

Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan.Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama,kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi kepada seseorang yang boleh bergelar suami,pilihlah seorang lelaki yang ...
1.   Kuat Agamanya
Biar sibuk macam mana,solat fardhu tetap terpelihara.Utamakanlah pemuda yang kuat pengalaman agamanya.Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya,Fatimah.Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda yang paling miskin.

2.   Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya.Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3.   Tegas Mempertahankan Maruah
Pernahkah dia pernah menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4.   Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa,lupakan saja si dia.

5.   Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6.   Tidak Liar Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara.Jika ya jawabnya,dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7.   Terbatas Pergaulan
Sebagai lelaki,dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang,tetapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8.   Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sama sepertinya.

9.   Bertanggungjawab
Rasa tanggungjwabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya.Jika ibu bapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat,nyata dia tak bertanggungjawab.

10.  Tenang Wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka.Wajahnya tenang,setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.



Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya....

Wallahu ta'ala a'alam....