Aku Musafir

Aku Musafir

Monday, February 21, 2011

TANDA-TANDA LEMAH IMAN...

Assalamualaikum....

Ingat x lagi..Ana ader sebut pasal buku cerita tentang kisah benar ustaz2 yg terlibat dlm pengurusan jenazah dulu??Ana lupe nak bgtaw...xtually,buku tu ader 20 kisah..Ana baru jer citer 1 kisah..so,ader lgi 19...Jangan bimbang..Ana akan sambung...cume ambek mse skit...hari nie ana xnak sambung lagi kisah tu..ana nak share something...mase duk khusyk 'belek' laptop nie..ana ader terjumpe nie...jadik ana rase ader baiknyer kalu ana share ngan pembaca sume...Semoga apa yg ana nk kongsikan nie,dapat memberi manfaat dan panduan untuk anda termasuklah tuan empunya blog nie...

TANDA-TANDA LEMAH IMAN

1.  Terus menerus melakukan dosa & tidak merasa bersalah.
2.  Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3.  Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan,seperti lambat untuk melakukan solat.
4.  Meninggalkan sunnah.
5.  Memiliki suasana yg goyah,seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah.
6.  Tidak merasakan apapun ketika mendengar ayat al-Quran dibacakan,seperti Allah mengingatkan tentang
     hukumanNya & janji-janjiNya tentang khabar baik.
7.  Kesulitan dalam berzikir dan mengingati Allah.
8.  Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9.  Menginginkan jabatan dan kekayaan.
10. Kikir & bakhil,tidak mahu membahagi rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
11.Memerintahkan orang lain unuk berbuat kebaikan,sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12.Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya.
13.Hanya memperhatikan yg halal & yg haram,& tidak menghindari yang makruh.
14.Mengolok-olok orang yg berbuat kebaikan kecil,seperti membersihkan masjid.
15.Tidak mahu mengambil berat tentang keadaan kaum muslimin.
16.Tidak merasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17.Tidak mampu menerima musibah yg menimpanya,seperti menangis dan meratap di kubur./
18.Suka membantah tanpa bukti.
19.Merasa tertarik dengan kehidupan dunia.
20.Takjub & terobsesi pd diri sendiri.

Nielah antara perkara yg membawa kpada lemahnya iman seseorang manusia.Moga kite dapat pelihara iman kite.InsyaAllah..Lain kali,ana akan kongsi plak perkara2 yg dapat meningkatkan iman...insyaAllah...

Sunday, February 13, 2011

Sihir Membunuh Dirinya Sendiri

Salam ukhwah....

2 hari lepas,ana ada baca buku tentang kisah benar yang diceritakan oleh beberapa orang ustaz.Pengalaman mereka semasa menguruskan jenazah.Buku ini diterbitkan pada 1998.Masa tu ana berumur 5 tahun.Cerita2 nie memang memberi banyak iktibar dan keinsafan pada ana.Jadi,hari nie ana nak kongsi pada semua pembaca.
Al-kisahnya.....

Kira-kira 4 @ 5 tahun lepas,ada seorang lelaki datang berjumpa saya.Umurnya dalam lingkungan 20-an dan saya memang kenal dia sebab rumhanya pun tak jauh dari rumah saya.Biarlah saya namakan lelaki itu sebagai Mat.Ayahnya pula,Karim,pun saya kenal tapi tak rapat sangat.Namun kedatangan Mat pada hari itu bukan kedatangan biasa,tetapi bawa satu hajat yang kemudiannya membawa saya kepada satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya.

"Ustaz,saya datang ni ada hajat sikitlah ustaz.Nak minta pertolongan ustaz,"kata lelaki itu memulakan bicara.Suaranya perlahan.Daripada air mukanya saya tahu dia ada masalah.

"Boleh,apa salahnya.Tapi apa masalahnya tu?"

Dia pun ceritalah tentang ayahnya yang sudah bertahun-tahun sakit teruk.Kata Mat,ayahnya itu terbaring,tak mahu makan,sampai badan jadi kurus kering macam mayat.Dia dah bawa ayahnya ke hospital,tapi doktor tak dapat kesan apa penyakitnya.Melalui cakap Mat itu,tahulah saya bahawa ayahnya terkena aniaya seseorang yang dilakukan menggunakan cara 'halus'.Atau lebih tepat lagi,sihir atau tuju-tuju.

"Macam ni ajalah,"kata saya,"Saya akan cuba apa yang terdaya.Yang penting kita minta tolong dengan Allah.Kta jangan fikir pasal orang yang aniaya ayah awak tu,tapi kita pertahankan diri dia dulu."

Saya bersiap dan terus pergi ke rumahnya.Pada masa itu saya masih tak tahu lagi cerita sebenar kenapa Karim sakit.Saya ingatkan cuma setakat sakit terkena buatan orang,itu memang cerita biasa,tapi rupa-rupanya ada cerita lain di sebaliknya.Itu sayan akan ceritakan kemudian.

Sampai di rumah Karim,saya liha dia terbaring macam mayat.Saya jumpa isterinya,biar saya namakan sebagai Kak Rafeah,dan minta dia ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku.

Menurut Kak Rafeah,suaminya itu sudah hampir 7 tahun menderita.Entah apa sebabnya,Karim tiba-tiba saja rasa badannya lemah tak bermaya dan sakit-sakit.Dekat setahun dia menghidap sakit itu,dan dah puas mereka jumpa doktor serta berubat cara kampung,tapi tak juga sembuh.Selepas beberapa lama,badannya makin lama makin lemah,tak lalu makan.

Apa yang merisaukan mereka,apabila masuk waktu Maghrib,Karim mula meracau yang bukan-bukan,tetapi racaunya yang paling selalu dan yang paling pelik ialah dalm bahasa Siam dan Orang Asli.Itulah yang diracaunya tiap-tiap malam.

Saya pun ada dengar dia meracau,tapi saya tak tahulah maknanya.Berterusanlah dia macam tu hingga ke Subuh.Apabila masuk saja waktu Subuh,dia elok semula.

"Tak apalah kak.Sabar ajalah,"kata saya kepada Kak Rafeah."Saya akan cuba tolong.Kita gunakan cara yang dibenarkan oleh Allah.Kita bukan nak balas dendam."

Mula-mula saya minta keluarga Karim berikan sedekah pada anak yatim.Alhamdulillah mereka buat sekadar yang mampu.Kedua,saya minta Karim buat sembahyang tahajud  setiap malam.Dalam sembahyang tu saya minta dia baca surah 3 Qul,wirid asma ul husna dan ayat Qursi serta baca doa.Alhamdulillah,Karim buat semuanya,tapi dengan pertolongan keluarganya sebab dia ni dah terbaring macam mayat.

Selain itu,kami buat majlis bacaan Yassin secara beramai-ramai selama 7 kali Jumaat.Apabila sampai kepada ayat ke-58 yang berbunyi,salamun qaulam mirrabbirrahim yang bermaksud ucapan salam sejahtera daripada Tuhan yang Maha Mengasihani,saya suruh mereka ulangi beberapa kali.Di samping itu ada doa lain yang dibaca minta sakit Karim disembuhkan.Dan tiap-tiap kali nak tidur,saya minta Karim minum air Yassin itu.

Allah itu Maha Mengasihani.Pada malam Jumaat ke-7,rawatan itu mula tunjukkan kemujarabannya.Apabila Karim minum saja air Yassin itu,masa itu kira-kira pukul 1.30 pagi,terkeluarlah muntah dari mulutnya.Dia bangun semula,tetapi terus pengsan.Dalam kelam-kabut,keluarga Karim telefon saya.

Selepas tersedar daripada pengsannya,Karim termuntah sekali lagi.Saya sampai di rumah mereka dan tak lama kemudian kami hantar Karim ke hospital.Tapi,sebelum itu,saya tengok-tengok muntah Karim,manalah kalau-kalau ada 'sesuatu' yang boleh jadi petunjuk.

Dari muntahnya yang busuk itu,saya lihat banyak nanah dan kotoran.Hanyir,busuk.Itu saja,saya tak jumpa benda-benda lain yang pelik.Di hospital Karim muntah sekali lagi.Alhamdulillah,sejak iu kesihatannya mula baik.Dia dah mula makan dan mula kenal orang,tapi ingatannya tidaklah baik betul lagi.

Tapi nak dijadikan cerita,sedang Karim mula beransur pulih,rupa-rupanya ada orang lain yang tengah menderita.Dia adalah Jais,sahabat baik Karim tetapi dialah orangnya yang menganiaya Karim dengan menggunakan sihir tuju-tuju.

Allah itu Maha Besar.Apabila Karim mula sembuh,sihir tuju-tuju yang dibuat oleh Jais tu balik semula kepada dirinya sendiri.Bagaimana ia berlaku cuma Allah saja yang tahu.Kami tidak melakukannya,malah tak pernah berniat untuk membalas dendam.

Kesan pertama yang diterima oleh Jais adalah rambutnya gugur.Sikat saja rambut,nah..segumpal terlekat pada sikat,berterabur atas lantai.Dekat lantai tu asyik jumpa rambut dia saja.Lama-kelamaan semua rambut dan bulu yang ada pada badannya,di kepala,di ketiak mahupun di kaki semuanya gugur.Badannya sihat,tapi licin berkilat,tak ada sehelai rambut pun yang tinggal pada badan.Bukannya nak menghina,tapi sebagai perumpamaannya,badan Jais tu dah jadi licin macam ikan keli.

Bunyinya macam lucu,tapi kalau kita tengok sendiri keadaannya agak ngeri.Bayangkanlah bagaimana rupa orang yang tidak ada bulu kening.Belum pun berjaya mengubat penyakitnya itu,badan Jais berubah pula semacam bersisik,kemudian susut macam mayat.Nak kata dia sakit tak pula sebab hospital kata dia sihat.Saya tahu keadaan Jais ni sebab saya ada menziarahinya di rumah beliau.

Rahsia mula terbongkar selepas dua tiga tahun Jais menderita sakit.Pada ketika itu kulitnya mengecut,kurus,badannya sejuk macam badan mayat.Terbaring saja,tak boleh berjalan.Mata pula terbonjol keluar,agaknya sebab tak tahan menanggung sakit.Dia tak makan,tak minum selama hampir 2 tahun.

Seperti Karim,apabila masuk saja waktu Maghrib,Jais mula meracau.Selain meracau dalam bahasa Siam dan Orang Asli,Jais juga meracau dalam bahasa Melayu,namun apa yang diucapkannya cukup untuk mendedahkan apa sebenarnya telah berlaku.

"Karim..ampunkan aku Karim.Aku sakit Karim.Macam mana engkau sakit macam tulah aku sakit.Karim..ampunkan aku Karim."

Itulah antara lain yang sering keluar dari mulut Jais semasa dia meracau.Daripada racaunya itu tahulah kami bahawa semua itu terjadi kerana tuju-tuju yang dihantarnya kepada Karim telah berpatah balik kepada dirinya sendiri.Kini Jais pula menanggung seksaan yang asalnya ditujukan kepada sahabatnya itu.

"Macam mana ni ustaz.Nak ampunkan ke ustaz?"tanya Karim kepada saya.

"Pergulah.Jumpa dia dan maafkanlah dia,"jawab saya.

Walaupun Karim sudah memaafkannya,namun Jais terus juga menderita beberapa tahun lagi.Akhirnya selepas menderita selama lebih 6 tahun,Jais meninggal dunia,dalam keadaan kurus kering,mata yang terbonjol dan menyedihkan.

Jais meninggal dunia di ambang Maghrib,walaupun langit tengah remang-remang.Seperti yang kita tahu,syaitan ni memang hebat masa Asar hingga Maghrib.Orang yang kena sihir pun akan mula menderita apabila masuk Maghrib.

Yang menyedihkan,Jais menghembuskan nafas terakhir seorang diri sebab semua anaknya tak ada di rumah.Semua ada urusan di luar hingga anak yang sepatutnya jaga dia pada hari itu pun ada urusan diluar.Kematian Jais disedari apabila anaknya itu balik selepas Maghrib.Kasihan.Sebagai sahabat,Karim menziarahi mayat Jais dan menyembahyangkannya.

Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku,namun sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa Jais tergamak menganiaya Karim.Mereka ni asalnya berkawan baik,rumah pun tak jauh,cuma kampung saja lain.Tapi sebab perselisihan faham dan dengki,iri hati dengan Karim,Jais pun gunalah cara 'halus'.Dia jumpa bomoh Asli dan Siam.

Pengalaman itu memberi pengajaran yang amat bermakna dalam hidup saya.Sedih apabila difikirkan kita orang Melayu,Islam,masih terus amalkan budaya Ph.D,Perasaan Hasad Dengki.Kalau kawan kita dapat rezeki lebih sikit,kita mula dengki,nak sihir.Kenapalah busuk sangat hati perut kita.Patutnya kita berusaha supaya kita juga berjaya macam kawan kita tu,buakan menganiayanya.

Sau lagi nasihat saya,kalau sakit,nak berubat,carilah doktor @ perawat yang gunakan ayat2 al-Quran.Yang pergi jumpa bomoh asli,Siam nak buat apa.Quran itukan ada penawar penyakit,cuma kena sabarlah.Sesungguhnya kemenangan itu dengan sabar.

Inilah hikmah ayat2 Allah.Surah an-Nisa,ayat 78-79 bermaksud,kebaikan apa pun yang kamu peroleh datangnya daripada Allah,bencana apa pun yang menimpa,asalnya daripada dirimu sendiri.Sesungguhnya kebaikan itu datangnya daripada Allah,keburukan datangnya daripada manusia.

Wassalam...

Friday, February 11, 2011

SEMUT OH SEMUT!!

Salam ukhwah....



Syukur lillahi ta'ala kerana diberi lagi masa dan ruang untuk mencoretkan coretan nie dalam blog sebagai tatapan dan renungan kita semua...mesti pembaca semua hairan...kenapa plak saya letak gambar semut nie??pagi tadi,saya ralit sangat tengok gelagat semut...semut2 nie tgh minum air....perhai punyer perhati..saya perasan sesuatu yang memberi inspirasi dan persoalan kepada saya...kalau diperhatikan,semut mempunyai semangat persaudaraan....kenapa saya berkata begitu??mana taknyer...setiap kali mereka (semut2 nie) bertemu antara mereka,mereka mesti akan 'bersalam' dahulu...mereka menyapa antara satu sama lain...saya pun erfikir sendirian...knapa semut hanya sejenis haiwan yang tidak dikurniakan akal,mampu membina perpaduan....kite nie plak sebagai manusia satu-satunya makhluk yang paling istimewa kerana dianugerahkan akal fikiran.kenapa tidak bley meniru seperti semut???bukankah dalam Islam juga mengajar kita tentang hidup berjiran??bersatu padau??maaf!!saya bukanlah nak tujukan pada mana-mana pihak...cume kite nie sebagai orang Islam..bukankah perpaduan iu diajar pada kita??di kawasan perumahan,contohnyer,ade sebahagian manusia langsung tidak mengambil peduli tentang jiran mereka...ada pula yang marahkan kite apabila kita mengambil tahu tentang mereka...mengambil berat pasal mereka...bukanlah saya nak katakan bahawa kite kena ambil tahu tentang soal hidup masyarakat di sekeliling kita...ada pepatah Melayu,'jangan menjaga tepi kain orang"...tapi, dalam Islam,kita kena jaga tepi kain orang...bukannya didalam kain orang...itulah sebenarnyer cara hidup kita sebagai orang islam yang juga hidup bermasyarakat....tak salah sekiranya kita menyapa orang yang kita jumpai...sampaikan salam pada mereka...bukankah memberi salam itu sunat??dan menjawabnyer pula wajib....
Tidak keterlaluan jika saya katakan kita patut meniru cara semut??