Aku Musafir

Aku Musafir

Monday, August 29, 2011

SYAWAL BAKAL MENJELANG....

Assalamualaikum wbt....

Salam akhir ramadhan dan salam aidilfitri...

Alhamdulillah wa syukur lillah...diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan menikmati kenikmatan ramadhan yang terakhir..InsyaAllah mudah-mudahan diberi nafas lagi untuk bertemu dengan syawal esok hari,insyaAllah....

Hari ini ana bukanlah ingin berkongsi ilmu cuma ingin memberi sepatah dua kata buat pembaca2 sekalian. Dikesempatan ini,ana seorang insan yang lemah lagi hina disisi Allah ini ingin memohon seribu dan jutaan kemaafan andai diri ini pernah melakukan perkara2 atau terkasar bahasa sepanjang perbicaraan yang membuatkan antum terasa atau terkecil hati samada secara sedar atau tidak.

Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN  kepada ahli bait ana yang terletak di sebuah kampung dalam salah sebuah negeri pantai timur.Tidak lupa juga buat saudara mara di Kelantan.Guru2 di SMAKH,sahabat2 di batch93 di SMAKH,adik2 GPS SMAKH (Geng Pengawas Sekolah),sahabat2 di universiti,pensyarah2 dan semua yang mengenali diri ini.

Semoga syawal tahun ini membawa seribu pengertian setelah sebulan kita berada di bulan Ramadhan yang merupakan madrasah buat kita semua.


 SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN




Wednesday, August 10, 2011

AHLAN KARIM YA RAMADHAN...

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan karim....

Alhamdulillah wa syukur lillahi ta'ala kerana diri ini masih berkesempatan menikmati barakahnya ramadhan dan dapat menikmati kehidupan yang sementara ini. Suatu hari nanti,pasti akan bercerai jasad dan nyawa seterusnya 'meneruskan' kehidupan di alam kedua. Hanya berbekalkan amalan yang disediakan sepanjang bermusafir di dunia ini. Rasanya belum terlambat lagi untuk ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT MENIKMATI RAMADHAN. Hari ini hari ke-10 seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat melakukan dan meningkatkan serta istiqamahkan amal ibadah yang kita lakukan sehingga akhir hayat,insyaAllah. Malam ini ana nak kongsi dengan pembaca-pembaca semua tentang kelebihan ketua segala bulan,yakni Ramadhan.

1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t., Ertinnya : " Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa." (Al-Baqarah;183)

2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t. diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu Lailatul Qadar. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah mengfardhukan atas kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya." (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3. Bulan yang dipilih untuk solat terawih dimalamnya. Solat terawih adalah solat sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Sepanjang malam bulan Ramadhan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

4. Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, solat sunat dan sebagainya.

5. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah s.a.w. menawan kota Makkah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi Ka'abah dan Makkah menjadi suci sebagaiman yang Allah s.w.t.  kehendaki.

6. Berlakunya Nuzul Quran pada 17 Ramadhan yang disambut pada setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-Quran. Diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

7. Dipelihara dari dosa. 
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, Ramadhan ke    Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi segala dosa besar." (Riwayat     Muslim dan Abu Hurairah)

8. Dibuka pintu syurga, ditutup segala pintu neraka. Syaitan dibelenggu.
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah bin Farqad sedang    dia menceritakan tentang hal Ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.    Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan     tentang hal Ramadhan, katanya : " Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata : " Didalam bulan Ramadhan     dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan." Berkata Nabi lagi,
" Seorang Malaikat berseru, Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan ai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah diri kamu. "Malaikat terus menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadhan." (Riwayat Ahmad dan Nasa'i)

9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah s.w.t.
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Rasulullah s.a.w. bersabda, telah diberikan kepada umatku     dibulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku ;

    * Dipermulaan Ramadhan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah melihat kepadanya,nescaya      tidak diazabnya selamanya.
    * Bau mulut mereka diwaktu petang lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
    * Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
    * Allah menyuruh kepada syurganya dan berkata kepadanya, " Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu 
       untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan 
       kemuliaan-Ku.
    * Pada akhir malam Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari sahabat 
       bertanya : " Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?" Nabi menjawab : " Apakah engkau tidak melihat 
       kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya 
       disempurnakanlah upah-pah mereka." ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar,Al-Baihaqi dari Jabir)

10. Sejarah berlaku peperangan Badar Al-Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah      kegemilangan Islam.



Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan dibulan Ramadhan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat dibulan Ramadhan.
Wahai sahabat-sahabatku,beramallah pada bulan Ramadhan seperti Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir...