Aku Musafir

Aku Musafir

Saturday, April 16, 2011

Ujian Selalunya Membuat Kita Lebih Tabah..

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yg x seberapa ini.Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kekuatan dan keupayaan untuk mencoretkan coretan dalam blog ini sebagai tatapan anda semua dan juga untuk peringatan kepada diri ini.InsyaAllah...
Pagi ini,ana nak kongsi sesuatu...Persoalan yang sering kali kita persoalkan.Tanpa disedari jawapannya sudah tersedia di dalam sebuah kitab suci yang akan menjaga kita di alam barzakh jika kita membacanya sewaktu kita hidup di dunia ini....Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian.Memang perit dan sedih untuk menghadapinya.Tapi,kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam.Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas,kita akan cepat putus asa,kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah swt.Jadi,bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu?Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah,dan bacalah al-Quran...
 <ALA BIZIKRILLAHI TATMAINNUL QULUB>
Sesungguhnya,banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya (al-Quran)..Segala jawapan ada di dalamnya..
Semoga dengan jawapan yang anda semua akan ketahui selepas ini,bisa meleraikan segala persoalan-persoalan yang bermain di benak fikiran kita..InsyaAllah...

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia iu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-SURAH AL-ANKABUT ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-SURAH AL-BAQARAH ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-SURAH AL-BAQARAH ayat 286

RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.-SURAH AL-IMRAN ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,(di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan).-SURAH AL-IMRAN ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang,dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."-SURAH AL-BAQARAH ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..-SURAH AT-TAUBAH ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-SURAH AT-TAUBAH ayat 129


Wallahu ta'ala 'alam....

Saturday, April 9, 2011

BIARLAH DIA SEORANG YANG ..........................

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah.....hari nie ana nak kongsi satu lgi kate2....erm???nak kte puisi..tak..nk kte sajak pom x jugak...ana assume sbg kte2 hikmah,k...xtually,kate2 nim khas utk insan bernama LELAKI...tapi,ia juga sesuai utk WANITA juga macam ana..hehe....erm..pndek kate..sesuai utk sume lah...n sape2 yg akn bce nih,hrap2 pham ler...coz ia mmberi mksud yg dalam sgt...utk sape2 yg bce jer tpi x pham...jgn buat2 pham..tpi,kne pham...FAHAM!!!

BIARLAH DIA SEORANG YANG BUTA...
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara2 maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan ALLAH
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin,Bosnia,Ambon dan seumpamanya

BIARLAH DIA SEORANG YANG BISU...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracuni fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan dia lantang menyuarakan kebenaran

BIARLAH DIA SEORANG YANG BAKHIL...
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
Dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgit
Kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya
Demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka bumi

BIARLAH DIA SEORANG YANG PAPA...
Papa dalam melakukan maksiat
Papa dalam ilmu2 yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
Memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
Dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
Untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan ALLAH



p/s:xtually,kte2 ni ana copy dri blog sorg hamba Allah nim...hehe..renung2kan dan selamat menghayati.... ^_^

Sunday, April 3, 2011

Rintihan Seorang Isteri...

~ MUNAKAHAT ~

Dengarlah pinta sederhanaku ini...
Sesungguhnya aku hanya ingin...

Menjadi ibu dari anak-anakmu...
Menjadi jurumasak dari laparmu...
Menjadi jurupijit dari lelahmu...

Menjadi teman dari sepimu...
Menjadi pendengar dari keluh kesahmu...
Menjadi tangis dalam sedihmu...
Menjadi tawa dalam bahagiamu...

Menjadi penopang dalam rapuhmu...
Menjadi penyejuk dalam marahmu...
Menjadi makmum dalam solatmu...
Menjadi pengamin dalam doamu...
Menjadi maaf dalam khilafmu...

Maka...Peluklah aku dengan syahadahmu...
Hangatkan aku dengan solatmu...
Belailah aku dengan shaummu...
Kucuplah aku dengan imanmu...
Naungi aku dengan munakahat...

Kerana aku cintamu kerana ALLAH...
Bukan nafsumu....


Friday, April 1, 2011

Disebalik April Fool!!

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah wa syukran lillah kerana bley lgi ana menaip sebarang ilmu untuk perkongsian kite sume...Tanpa kuasaNya,sudah pasti ana x mampu utk menulis coretan dalam blog nih...Alhamdulillah jugak kerana hari nie dah masuk bulan ke-4 bgi tahun 2011...bermkna dah 4 bulan ana menikmati anugerah kurniaanNya pda thun nih...Alhamdulillah...
Hari nie,1 April 2011...kebiasaanya kalau kalau first day utk bulan 4 nih,mesti sesetengah manusia yg sedang asyik mengusik atau pun mengenakan kawan2nya dengan niat hanya untuk ber"APRIL FOOL"...Oh yer,sebut pasal April Fool nih,ana ader satu cerita yg mmg ana perlu kongsi....Kisahnyer juga berkait tentang April Fool..
Ikuti kisah disebalik A.P.R.I.L. F.O.O.L.
......................................................................................................

Setiap kali menjelang 1hb April,sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa2 untuk dipermain-mainkan.Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.Yang penting,mereka puas melihat muka mangsa2 mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun,tanpa mereka sedari,kadang kala lawak2 biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.Sewaktu zaman sekolah dahulu,penulis pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini.Seorang suami yang jahil tentang agama,telah mengucapkan "Aku ceraikan kau dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untuk melawak.Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'.Selepas itu,giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera2 Kristian.Penduduk2 Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 Islam dari Sepanyol.Penduduk2 Muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan.

Orang2 Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokannya harinya (1hb April),mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan kemudian membakar rumah2 penduduk Islam.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki,perempuan dan anak2 kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan,orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
(Petikan daripada Risalah Fikrah upmu-unimas)
......................................................................................................

Wassalam.........