Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, August 23, 2012

Masihkah Ada Cinta?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Antum dah baca tentang poligami yang ana post beberapa hari lepas? Kali ini ana ada satu kisah yang agak menarik dan tersentuh hati ana. Tapi, sebelum itu ana nak memberitahu kisah yang bakal ana tulis kejap lagi sesuai untuk orang yang dah berkahwin. Mungkin ada antara antum yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin atau bakal berkahwin lagi satu.Untuk orang yang masih muda remaja pun boleh juga kalau nak baca. Kisah ini ada pengajarannya tersendiri. Apa pengajarannya? Tunggu dulu. Antu, kena baca terlebih dahulu. Ok..Jom ambil masa sekejap untuk baca kisah ini. ^_^

............................................................................................................................

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, "Abang ada sesuatu nak beritahu". Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. "Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?". Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. "Mengapa bang? Apa salah saya?". Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina.

Air matanya mula menitis. ku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku, kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakan padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. Sepuluh tahun kami berkahwin tetapi malam ini kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari perceraian kami melainkan tempoh sebulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai seuami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan perceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh satu bulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke bilik pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan semua ini kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu perceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil keawa dan berkata, "Ayah dukung ibu ya". Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya. Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkah cintaku padanya masih ada. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. "Semua baju saya besar". Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas difikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan dihatinya lantaran sikapku selama ini. Tanpa sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata, "Ayah, cepatlah dukung ibu keluar". Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sendiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkarta, "Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman." Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat.  Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia, "Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sudah sedar saya masih cintakan dia."

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua, "Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain." Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan aku tulis, "Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita".

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

...........................................................................................................................

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang antum lakukan adalah sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi, carilah  masa  untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami antum dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain. Binalah halawatul bait antu, Hargailah setiap pengorbanan pasangan antum dan hargailah mereka selagi kita dapat melihat,dapat sentuh dan dapat bergurau senda sebelum semua itu tinggal kenangan yang tidak akan dapat dikembalikan.



Pengajaran daripada kisah di atas, antum boleh fikir sendiri. Bukan ana tidak mahu kongsi, tapi biarlah antum sendiri yang mengetahuinya.

"TIDAK SEMUA PERKARA PERLU DIUNGKAPKAN. KADANG-KADANG IA PERLU DIFAHAMI SENDIRI MELALUI SETIAP PERGERAKAN KITA"









Wednesday, August 22, 2012

P.O.L.I.G.A.M.I.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam aidilfitri..
POLIGAMI!!
Bak kata sahabat ana, apabila sebut / dengar saja perkataan P.O.L.I.G.A.M.I sudah pasti kebanyakan kaum hawa akan sensitif. Seperti sahabat ana juga lah. Dia sangat sensitif bila dengar pasal poligami. Kami pernah ‘bergaduh mulut’ tentangnya. Dia tak setuju dengan poligami. Dia mempetahankan prinsip hidupnya yang taknak pada poligami. Kelakar bila dikenangkan kembali. Sebelum ini ana juga tak pernah terfikir tentang poligami. Langsung tak terlintas difikiran mengenainya, apatah lagi mengalaminya. Sebelum ini, ada seorang sahabat bertanya pada seorang hamba Allah, katanya, “Adakah awak setuju dengan poligami?”. Hamba Allah ini menjawab, “Selagi mana saya hidup dan mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, suami saya (bakal) tak boleh kahwin lain.” Jawapan hamba Allah ini membuatkan ana tersenyum dan teringatkan jawapan yang pernah ana jawab tentang poligami.
Kenapa tetiba ana bercakap pasal poligami? Semua ini membuka minda ana selepas ana dan sahabat2 diberi tugasan menyiapkan esei sebanyak 5 helai dan berdasarkan esei yang kami buat, kami kena buat forum berkaitan dengannya. Kumpulan ana memilih tajuk di atas. POLIGAMI.  Sebelum ini tak terlintas di fikiran untuk berfikir tentang poligami kerana ana langsung tak fikir pasal kahwin dan tiada perancangan langsung buat masa sekarang. Biarlah ianya datang sendiri tanpa diundang. Pasal kahwin pun ana tak fikir, ini kan pula pasal poligami. Jauh sekali bagi ana untuk memikirkan hal2 sebegini. Alhamdulillah, dek kerana tugasan yang diberikan lecturer ana buat sedikit research tentang poligami, banyak ilmu yang ana dapat.
Poligami ditakrifkan sebagai seorang lelaki atau suami yang berkahwin lebih daripada seorang isteri. Berdasarkan ayat 3 daripada surah  an-Nisa’ yang bermaksud, Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.”  Berdasarkan daripada ayat ini, dapatlah difahami bahawa Islam hanya membenarkan poligami, bukannya menggalakkan. Jika seorang suami itu tidak mampu berpoligami, memadailah hanya seorang isteri. Bagi mana2 lelaki yang memasang hasrat untuk membina cawangan satu lagi, haruslah diingatkan supaya meneliti terlebih dahulu syarat2 poligami dan tanya pada diri mengapa ingin membuka cawangan baru? 

Ana sebagai seorang wanita sangat memahami perasaan kaum sejenis yang mana sudah pasti setiap isteri yang dimadukan sudah pasti tidak mahu berkongsi kasih dan cinta suaminya dengan orang lain. Memang itulah fitrah semulajadi wanita. Namun, jangan salah faham. Bukan bermakna mereka melanggar syariat Islam dan bukan bermakna mereka menolak terus poligami. Cuma, fitrah wanita yang mempunyai perasaan cemburu dan perasaan itu juga adalah anugerah dari Allah. Sebelum ini ana juga pernah ditanya, adakah ana bersetuju dengan poligami? Jawapan yang ana berikan itu, sebenarnya bukanlah jawapan dari hati ana sepenuhnya, kadang2 ada jawapan yang tak perlu diungkapkan biarlah ianya tersimpan dan menjadi rahsia diri sahaja. Ana setuju dengan jawapan daripada sahabat ana. Dia berkata, dia tidak tahu macam mana nak jawab soalan seperti itu kerana dia tidak mempunyai pengalaman dan dia juga  tidak berani mengeluarkan apa2 pandangan buat masa sekarang kerana setiap manusia boleh berubah. Mungkin apa yang dia katakan sekarang, tidak sama dengan apa yang dia bakal kata suatu hari nanti (jika dia dimadukan).

Ana terfikir akan jawapannya. Ada betulnya dan ada logiknya. Tapi, tak salah juga kan jika kita memberi jawapan berdasarkan pandangan kita. Salah satu jawapan yang ana dapat ( selagi saya masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab  sebagai isteri, suami saya tak boleh kahwin lain.). Jawapan ini mengelirukan ana, adakah boleh si isteri berkata begitu dan bolehkah si isteri tidak mengizinkan suaminya berkahwin lain sedangkan isteri adalah milik suami dan isteri kena taat dan patuh pada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam? Sebenarnya banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran ini apabila berbicara soal kahwin atau pun yang sewaktu dengannya.
Walaupun ana tidak mempunyai pengalaman untuk ke arah itu dan masih lambat lagi untuk menempuhi pengalaman tersebut, tidak salah kan untuk ana berkongsi ilmu apa yang ana dapat berdasarkan pemerhatian. Ana mempunyai mata untuk melihat dan memerhati, mempunyai telinga untuk mendengar kisah2 atau pengalaman hidup orang lain dan ana mempunyai akal fikiran untuk berfikir mengenai apa yang lihat dan dengar.


Ok lah, ana pun taknak cerita panjang tentang POLIGAMI kerana ana tidak arif dalam bab2 ini. Post pada kali ini, ana tujukan pada sahabat2 satu team BI dengan ana, syukran jiddan atas kerjasama yang diberikan dan juga idea2 yang bernas untuk menjayakan forum kita pada hari tersebut.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfirti..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sahabat-sahabatku sekalian. Pertama sekali ana ingin meminta maaaf kerana telah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini. Hampir sebulan (kot) tidak menjenguk keadaan blog. Rasanya tak terlambat lagi untuk ana ucapkan Minal Aidil Wal Faizin..Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat semua pembaca blog ana.

Alhamdulillah, sudah selesai 30 hari kita berada dalam bulan yang penuh barakahNYA. Bulan yang sangat istimewa dimana terdapat satu anugerah/ kurniaan yang sangat tidak terhitung nilaiannya, iaitu Lailatul Qadr. Bagaimana dengan madrasah puasa antum? Adakah antum dapat mentarbiahkan diri sepanjang sebulan berada di Madrasah Ramadhan Karim? InsyaAllah, ana harap kita semua dapat mentarbiahkan diri dan dapat istiqamah dalam mengerjakan ibadat sehingga nyawa bercerai dari jasad. Semoga segala amalan yang telah kita laksanakan pada bulan Ramadhan akan terus kekal dan insyaAllah bertambah baik. InsyaAllah.

Aidilfitri pada tahun ini serba simple. Biskut raya hanya 4 jenis saja yang kami buat. Itupun setelah dipujuk untuk membeli kelengkapan untuk membuat biskut. Kek kegemaran juga tidak dapat dirasa pada tahun ini. Tapi, bukan bermakna kami tidak sambut raya,kan? 

Raya!! Apabila perkataan ini disebut, pasti akan tergambar di minda antum ada langsir baru, kuih raya, kemas rumah, balik kampung, berkumpul dengan sanak saudara. Yang pastinya jelas tergambar di wajah, perasaan gembira. 

Namun, adakah pernah terfikir bagaimana nasib manusia yang tidak senasib dengan kita? Pagi tadi, ada berlaku kebakaran di sebuah rumah (x ingat kat mana).. Sekelip mata kehidupan mereka sehelai sepinggang.  Bagaimana pula mereka yang tetiba kehilangan orang tersayang pada pagi syawal, di saat yang lain sedang bergembira? Pernahkah terlintas di minda kita tentang semua itu? Asif. Bukan bermaksud kita tidak boleh gembira pada hari raya. Namun, jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. 

Tiada kata yang bermain-main di minda untuk menggerakkan jari jemari ini menari di 'keyboard' laptop kesayangan. Hanya sebagai luahan dan sebab nak update blog. InsyaAllah, ana akan kongsikan satu kisah/ cerita benar yang berlaku pada hamba Allah ini. Kisahnya agak menarik dan membuka minda hamba Allah itu untuk berfikir tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran. Nak tahu kisah apa? Nantikan..InsyaAllah.. :) 

Di kesempatan ini, ana sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat antum yang sudi menjadi follower, mahunpun yang singgah sekejap di blog ana.