Aku Musafir

Aku Musafir

Wednesday, January 1, 2014

Jodoh Berdua..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Syukurku ke hadrat Ilahi kerna masih dapat bernafas hingga ke saat ini. Hari ini merupakan hari pertama tahun 2014. Halaman pertama daripada 365 halaman telah diselak dan dicatat dengan diari-diari kehidupan saya sebagai anak, pelajar dan yang pasti sebagai musafir di bumi Allah ini.


Untuk entri pertama tahun 2014 nie,  saya taknak bercerita apa-apa sebab tiada apa yang istimewa berlaku hari ini. Perjalanan kehidupan masih berjalan seperti biasa. Tapi, saya ingin kongsikan lirik sebuah lagu. Sebelum nie lagu Kau Dan Aku, sekarang nie lagu nie plak. Lagu nie adalah lagu yang baru sahaja dikeluarkan pada detik 12 tengah malam tahun baru oleh penyanyi nasyid kegemaran saya, iaitu Hafiz Hamidun. Ramai yang tertunggu-tunggu lagu full ini. Begitu juga saya. Lepas saja dengar teaser lagu itu, memberi tanda tanya kepada saya. Bagaimana lirik penuh lagu tersebut. Lagu ini tentang apa? Lepas saja dengar lagu itu yang dikeluarkan semalam, respon pertama adalah senyum.. n_n Rasanya sahabat-sahabat dah dapat agak lirik yang bakal saya kongsikan. Tak lain tak bukan.. *Baca lirik dulu yer.. 




Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku ini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insha Allah ke syurga
Bersatu kasih kita

Tajuk: Jodoh Berdua
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Hafiz Hamidun

Selamat mendengar bagi yang belum mendengar. =)