Aku Musafir

Aku Musafir

Wednesday, December 11, 2013

Jumpa Lagi..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. 

Alhamdulillah, saya masih dapat bernafas dan melihat dunia sehingga ke saat ini. Syukur serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan juga buat para sahabat mujahid dan mujahidah serta para pejuang Islam. Tidak lupa juga Al-Fatihah buat arwah ayah, arwah mek, arwah tok dan juga arwah tokki yang telah dijemputNya. 


Semalam, iaitu Hari Rabu (11.12.13) merupakan tarikh dan angka yang unik pada saya. Dan beberapa kenangan telah terlakar semalam. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat pengantin baru,selamat ulangtahun perkahwinan dan juga selamat hari lahir kepada sesiapa sahaja yang menyambutnya semalam mahupun hari ini. Pada saya, semalam juga merupakan hari yang takkan saya lupakan, iaitu perpisahan kami sekelas dengan seorang ustaz yang sangat kami hormati dan sayangi. Saya tidak mahu bercerita panjang kenapa kami terpaksa berpisah dengan ustaz kami. Beliau seorang yang sangat dekat dengan hati pelajar dan beliau jugalah yang mampu menyelami dan memahami jiwa kami. Di mata kami, beliau merupakan seorang insan yang sangat hebat. Sifat rendah diri dan positif memberi semangat kepada kami. 


Saya teringat akan suatu peristiwa dimana suatu ketika dahulu, saya dan beberapa sahabat lain bertemu dengan beliau untuk meminta pandangan. Alhamdulillah, beliau menyokong apa yang kami lakukan dan salah satu sebab kenapa kami tidak berputus asa pada ketika itu adalah kerana nasihat dan kata-kata semangat yang beliau berikan. Alhamdulillah, ahirnya kami berjaya membuktikan bahawa kami mampu melakukannya. Jika beliau menganggap kami ini sebagai inspirasi beliau, maka sukalah saya nyatakan bahawa beliau adalah semangat kami. Apa-apa pun, sekali lagi saya ingin nyatakan bahawa perpisahan ini adalah perpisahan yang tidak kami inginkan. Insha Allah, kita akan bertemu semula jika tidak dunia,insha Allah di akhirat. 


Saya tidak tahu apa yang ingin dinyatakan di sini. Tidak sanggup mengungkapkan perpisahan itu lagi. Semoga beliau akan terus menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari hari ini. Insha Allah, saya yakin rezeki beliau ada di mana-mana.


Bak kata beliau, "Patah tumbuh berganti." Tapi,belum pasti yang berganti itu sama dengan beliau...


KAMI AKAN SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK BELIAU..


Tuesday, November 26, 2013

Moments of KKDC III

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. 

Lama sudah diri ini tidak menjenguk blog kesayangan. Apa khabar kalian? Moga kalian sentiasa berada dibawah limpahan rahmatNya. Tidak lupa selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw serta buat keluarga Baginda, para sahabat dan mujahid mujahidah yang berjuang mempertahankan agama Islam. 


Alhamdulillah. Allah masih memberi diri ini kesihatan dan nikmat kehidupan untuk meneruskan kehidupan di pentas dunia yang penuh dengan permainan dan persoalan. Alhamdulillah, diri ini sekarang masih lagi berada di bumi ilmu bagi meneruskan satu semester sahaja lagi sebelum diri ini dan sahabat meneruskan kehidupan ke peringkat seterusnya. Cuti selama sebulan sebelum ini banyak memberi manfaat terutamanya apabila berada di negeri sebelah utara selama 2 minggu. Kalau angah dan kak aishah sedang membacanya, terima kasih akan sebuah pengalaman dan perkongsian selama 2 minggu itu. Dan yang paling tidak dilupakan dan yang dirindui, si kecil dan comel ini yang tak lokek dengan senyuman manisnya itu menyerikan lagi suasana di dalam rumah. Insha Allah, terasa ingin ke sana lagi.


Selepas sebulan menikmati cuti semester yang terasa cukup pendek, diri ini kembali semula ke bumi ilmu pada lewat petang sehari sebelum kelas bermula. (Nampak sangat taknak balik..hehe). Nasib baik jarak yang memisahkan bumi ilmu dengan teratak hanya 2+ km sahaja. Pada minggu pertama kelas bermula, diri ini bersama 46 orang lagi ke Perak kerana diri ini dan rakan sekelas menganjurkan kem di sana. Kami bertolak dari bumi ilmu pada jam 10.30 malam hari Khamis dan tiba di Perak pagi Jumaat pada jam 6.00 pagi. Kami solat subuh di sebuah masjid berdekatan dengan sebuah tempat yang bakal diri ini jejaki (mungkin). Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke tapak kem yang berada tidak jauh dari masjid tersebut. Tibanya di sana, kami terpaksa menaiki van untuk masuk ke tapak kem kerana bas tidak boleh memasukinya. Jalan yang sangat kecil dan berada di jauh di dalam hutan menyukarkan bas untuk masuk. Oleh itu, van ulang alik membawa kami ke sana. Tibanya di tapak kem, kami sarapan mihun goreng dab air teh yang telah disediakan oleh pihak kem. Setelah itu, kami terus ke dewan tertutup untuk meneruskan slot yang pertama, iaitu slot yang disampaikan oleh seorang ustaz yang juga merupakan kenalan seorang sahabat. 


Selesai slot pertama, kami diberi taklimat untuk slot yang kedua pula yang akan dilakukan pada sebelah petang. Selesai taklimat,makan tengahari dan solat zohor serta asar (jama' taqdim), kami meneruskan slot yang kedua. Bagi slot ini, kami keluar dari kawasan tapak kem dan ke tempat-tempat yang telah ditetapkan. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama akan ke KTM, iaitu kumpulan saya sendiri. Manakala kumpulan kedua akan ke Pekan seterusnya kumpulan ketiga ke Perhentian Bas. Kami melakukan sedikit perkongsian pendapat dengan masyarakat di tempat-tempat tersebut. Selesai slot kedua, kami pulang ke tapak kem. Saya dan 3 orang sahabat 'berjalan-jalan' di sekitar sebuah kampung yang terletak di Selangor untuk berjumpa dengan JKKK kampung tersebut. 


Pada malamnya pula, kami disajikan dengan hidangan slot Palestin yang disampaikan oleh saudara Aiman yang merupakan seorang yang aktif tentang hal-hal yang berkaitan dengan Palestin. Namun, sayangnya kerana saya tidak dapat join kerana pada malam itu saya dan beberapa sahabat lain menyiapkan kerja-kerja untuk keesokan harinya. Setelah selesai slot Palestin itu, ada aktiviti sampingan yang juga merupakan aktiviti kegemaran bagi muslimin. Aktiviti ini tamat pada jam 2 pagi. 


Keesokan harinya, seawal jam 8 pagi, kami bersarapan dan seterusnya Ketua Fasi membawa peserta meninjau keindahan alam di kawasan sekitar sambil berkongsi serba sedikit tentang tujuan aktiviti yang dilakukan semalam. Selepas itu, slot yang seterusnya dipanggil Explorace Dai'e. Explorace ini mempunyai 5 checkpoint dan mempunyai 4 kumpulan. Setiap checkpoint, peserta dikehendaki menyelesaikan masalah melalui situasi yang diberi. Contohnya, saya dan seorang lagi sahabat berada di checkpoint kedua dan situasi yang kami dikehendaki berlakon adalah pasangan couple yang sedang dating. Semasa explorace ini, ada beberapa perkara yang tidak akan saya lupakan. Pertama, pengalaman dikejar oleh angsa. Kedua, saya terpaksa menebalkan muka berlakon menjadi lelaki dan juga merupakan pasangan couple. Nasib baiklah sahabat saya seorang lagi itu perempuan. Ketiga, tanpa dirancang kami terpaksa berlakon dalam 3 situasi pada satu masa. Sehinggakan peserta pening untuk menyelesaikan. Apa-apa pun, semua ini sangat seronok dan merupakan pengalaman dan kenangan yang tak pernah saya alami. Bila teringatkan semula peristiwa-peristiwa tersebut membuatkan saya tersenyum sendirian. Malu pun ada. Jika sahabat-sahabat saya sedang membaca, terima kasih kerana menjadi watak tambahan dalam checkpoint kami. (kami xda payment ye.. ) Explorace ini tamat pada tengahari. 


Selepas itu, kami menikmati makan tengahari dan seterusnya bersiap-siap untuk pulang. Namun sebelum itu, pegawai pengiring kami memberi lampu hijau last minute untuk bermandi manda di sungai. Untungnya kami kerana tapak kem bersebelahan dengan sungai. Sejurus selepas mendapat lampu hijau, peluang yang diberi direbut sepuas-puasnya. Mereka terus merealisasikan hajat mereka. Walaupun pada awalnya, saya excited apabila mendapat tahu diberi keizinan 'terjun' sungai,  tapi saya tidak join mereka. Saya hanya tumpang excited untuk mereka. Bukan tidak mahu, tapi teringatkan pesanan ummipapa. Sudah pasti ummipapa tidak memberi keizinan untuk saya 'terjun' sungai walaupun dengan sahabat perempuan sahaja. Kalau anda sedang membaca kata-kata saya sebelum ini, rasanya pasti akan ada yang mengatakan anak manja, anak mak, dah besar tapi masih minta kebenaran mak ayah dan sebagainya. Saya tidak kisah akan semua itu. Kerana saya sentiasa meletakkan ummipapa dan keluarga  no.3 selepas Allah dan Rasul. Kalau mereka tidak izinkan walhal perkara kecil sekalipun, saya tidak berani membantah sebab saya bimbang akan kesan dan akibat jika saya tidak mendengar kata mereka. 


Berbalik semula pasal kem tadi, tepat jam 3 petang, majlis penutup telah dirasmikan oleh pensyarah daripada jabatan syu'bah kami sendiri. Sebelum majlis perasmian penutup, sudah semestinya pengarah program akan memberikan ucapan terlebih dahulu. Terharu apabila saya mendengar ucapan daripada pengarah program. Saya tidak mahu komen apa-apa tentang apa yang diucapkan dan apa yang terkeluar dari hatinya itu, apa yang boleh saya simpulkan beliau sangat-sangat bersyukur dan sangat-sangat berterima kasih kepada kami semua kerana menjayakan program ini walaupun pada hakikatnya beliau jugalah yang banyak memberi semangat dan kata-kata motivasi di saat saya dan sahabat-sahabat hampir berputus asa. Alhamdulillah..


Selesai majlis penutup, kami bertolak pulang pada jam 5 petang dan tiba di bumi ilmu pada jam 1 pagi. Alhamdulillah.. Allah permudahkan program ini.


Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah program, timbalan dan setiausaha yang bertungkus lumus dan tidak berputus asa menjayakan program ini walaupun pelbagai dugaan suka duka tangis dan tawa demi menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua AJK yang  memberikan komitmen yang tinggi serta kepada peserta-peserta yang menyertai.  Satu kejutan bagi saya apabila masih ada pelajar yang ingin menyertai walaupun pada malam kami ingin bertolak. Dan sudah semestinya buat kepada AJK jemputan dan satu-satunya AJK junior yang sporting dan tidak kering gusi. Terima kasih kerana sudi setia sehingga ke program selesai walaupun rakan-rakan anda tidak ingin menyertai, tapi anda masih kekal dan tidak berganjak menyertai kami. 


Terima kasih dan syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya ini merupakan program kerjasama daripada semua ahli kelas dan juga merupakan program yang terakhir sebelum kami keluar. Program ini jugalah memberi saya seribu satu pengalaman dan kenangan yang sudah pasti tidak akan dilupakan. Belum tentu saya keluar nanti, saya akan jumpa sebuah 'bangunan' yang utuh seperti kalian semua. 

Tuesday, October 8, 2013

Kau Dan Aku

Terpahat sudah suratan kisah bahagia
Kau dan aku diikat cinta kurniaNya
Kini bermula saat kita kemudinya
Ikatan suci mengharap redhaNya

Getar hati lafaz sakinah ku ungkap
Tanda dirimu sempurna ku miliki
Indah ikatan cinta yang telah terbina
Paksi mengharap cinta Yang Esa

Padaku kau cinta bawa bahagia
Saat kita sama rasa nikmat takdir cinta
Padamu ku cinta ikat kasih mesra
Mengharap ikatan ini kekal selamanya

Aku perlukanmu kau harap pimpinku
Doa hati kita (kan) utuh kemudi bahtera (cinta)

Jiwa kosongku kau isikannya
Terima diriku untuk mengukir sempurna
Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukil(kan) aku dan engkau sebuah cerita

Tajuk: Kau Dan Aku
Lagu/ Lirik : Shauqi Devotees
Susunan Muzik : Halim Devotees

Sambil-sambil tangan ini menari di keyboard, telinga mendengar lagu yang penuh makna ini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, lagu ini merupakan hasil luahan hati ikhlas seorang suami terhadap isterinya yang telah diikat dengan lafaz sakinah. Alhamdulillah, tumpang gembira untuk mereka. Saya dapat lagu ini daripada seorang sahabat (Fathirah) yang 'menghadiahkan' kepada saya. Kali pertama saya dengar lagu ini, sejujurnya saya tidak merasakan apa-apa yang istimewa. Namun setelah diulang hampir 2 hingga 3 kali, saya dapat rasakan sesuatu yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk dijelaskan. Apa yang boleh saya katakan disini (daripada kata hati), bait-bait ini mengandungi suatu luahan dari hati yang ikhlas dan rasa gembira seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami. 

Jangan salah faham..

Lagu ini sebenarnya tidaklah mendorong untuk saya berangan ataupun memikirkan untuk bertukar status. Masih jauh lagi perjalanan untuk ke arah itu. Malah, saya tidak memikirkan hal-hal itu. Pada saya, lagu ini sangat istimewa. Entahlah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak dijelaskan. Orang mungkin tak faham apa yang saya rasa apabila dengar lagu ini. Apa-apa pun, sahabat2 semua bolehlah search di youtube. Taip saja 'Kau dan Aku-Shauqi Kashim'. 

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SAUDARA SHAUQI KASHIM dan zaujah, ATHIRAH KHAZAR. SEMOGA IKATAN SUCI INI KEKAL HINGGA JANNAH ABADI. IN SHA ALLAH.

gambar sekadar hiasan

Saturday, September 14, 2013

Sesuatu Yang Aku Dapat..

Alhamdulillah..

Program Muslimah Anggun Anak Remaja (MAWAR) telah pun selesai semalam. Program yang berlangsung selama 2 malam 1 hari ini banyak memberi nasihat dan kesedaran akan betapa mahalnya dan beruntugnya menjadi seorang muslimah. Lebih-lebih lagi di malam majlis perasmian pembukaan program dan majlis penutup program. 


Pada malam majlis perasmian, banyak perkongsian daripada salah seorang pensyarah yang masih muda, cantik dan juga pada saya dia merupakan seorang muslimah yang sangat baik. Tidak semestinya pelajar pengajian islam itu lebih alim tentang islam, dan pelajar bukan pengajian islam itu kurang ilmunya tentang islam. Tetapi, sebaliknya.. Kita tidak sempurna dan masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kita tidak boleh menyangka bahawa kitalah student pengajian islam, so kita lebih tahu daripada mereka. Jangan riak,bongkak dan sombong dengan apa yang dimiliki. Tetapi, jadikanlah semua yang dimilki itu untuk kita sentiasa ingat dan bersyukur padaNya setiap masa.

Suka saya kongsikan di sini tentang kisah beliau yang sangat2 saya kagumi. Beliau bukanlah pelajar daripada pengajian islam, namun dalam kehidupannya, dia mengamalkan islam itu. Melihat raut wajahnya yang sangat manis dan tenang dipandang itu, hati saya mengatakan, "mesti suami dia hensem.." memandangkan dia sudah pun mendirikan rumah tanggaa. Sangkaan saya meleset apabila dia menceritakan tentang suaminya. Dia diuji dengan paras rupa yang mana wajahnya suaminya lain daripada kita semua, akibat daripada kemalangan. Sehinggakan ada yang bertanya pada beliau "adakah ini pilihan terakhir?" sewaktu beliau masih belum berkahwin.. Tetapi, dia yakin dengan apa yang Allah aturkan itu. Dia yakin bahawa suaminya itu adalah yang terbaik untuknya. Alhamdulillah, dia sangat bersyukur kerana mendapat suami sebegitu. Walaupun wajahnya tiada sedikit, tetapi dia sangat baik. Kata beliau lagi, "bila saya tengok suami saya, saya tak nampak pun sebelah wajahnya yang takde tu. Saya nampak comey jer..Kita nak pilih pasangan hidup bukan menilai paras rupa 100%. Tapi,pilihlah yang beragama." Lagi 1 pesanan daripada beliau, kita kena ikhlas apabila membuat sesuatu.. Malam itu, saya pulang dengan 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang sangat bernilai dan mahal hasil daripada perkongsian daripada pensyarah tadi.

Pada malam majlis penutup pula, saya dan muslimah2 yang hadir disajikan dengan sebuah lagu yang disampaikan oleh sahabat saya sendiri, bertajuk 'Muslimah' nyanyian asal oleh Nazrey Johani dan Puteriku Sayang nyanyian asal oleh kumpulan Hijjaz ft Mestica yang disampaikan oleh sahabat syu'bah lain. Bait-bait lagu ini sangat bermakna buat semua muslimah. Tidak jemu mendengarkannya. Selain itu juga, Noor Strong Dear Sister yang menjadi lagu tema MAWAR ini juga mengandungi maksud tersirat. 


Saya sebagai Exco MAWAR ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua exco, para sukarelawan, peserta-peserta dan tahniah kepada para pemenang.

Friday, July 12, 2013

Andai Ini Takdirku..

Andai ini takdirku..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..


sumber: karyawanbisu.blogspot.com








Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Kali Ini..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. =)


Hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam menunaikan ibadah puasa. Apa persediaan kita menghadapi puasa? Adakah kita menyambut ramadhan ini dengan hati yang gembira atau sedih kerana tak dapat makan di siang hari? Atau adakah pernah terlintas di fikiran kita bulan puasa ini menghalang kita daripada melakukan aktiviti-aktiviti seharian,menghalang daripada melakukan kerja-kerja? Persoalan-persoalan itu hanya anda yang tahu. Semuanya sudah terjawab dengan sendiri. Tepuk dada tanya IMAN.. =)


Hampir tiga tahun (termasuk tahun ini) aku berpuasa di bumi ilmu tanpa keluarga. Walaupun jarak antara bumi ilmu dengan rumah hanya 22km sahaja, bagi aku hari pertama sahur adalah hari yang bermakna. Mana tidaknya, tidak pernah berjauhan dengan keluarga tercinta. 


Namun, ketiga-tiga ramadhan ini juga memberi aku seribu satu pengalaman dan kenangan. Pengalaman bersahur,berpuasa dan berbuka dengan roommate dan housemate. Pengalaman berniaga di bazar ramadhan. Dan yang paling takkan aku lupakan, berbuka dengan sahabat-sahabat di bazar. Kami berbuka dengan bertemankan khemah putih,juadah-juadah dan juga peniaga-peniaga bazar. Itulah pengalaman dan kenangan yang aku takkan lupakan.


Sepanjang tiga tahun ramadhan, ramadhan kali ini terasa seronok. Seronok kerana aku dapat membantu sahabat-sahabatku menyediakan juadah berbuka puasa untuk dijual di bazar. Sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami. 


Setiap kali lepas Zohor, aku dan sahabat-sahabat lain akan 'berkampung' di bilik sahabat untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Antaranya popia sardin,murtabak mini (sardin dan sosej), onde-onde @ kuih melaka dan yang paling mendapat tarikan di bazar kami adalah cocktail. Cocktail jugalah resepi turun temurun dari kakak-kakak senior kami untuk berniaga di bazar. 


Setelah selesai, kami ke bazar selepas solat Asar untuk menggoreng popia dan murtabak mini. Kami akan tutup gerai bergantung kepada jualan. Jika jualan habis dijual, kami akan tutup. Jika tidak, kami akan berada disana sehingga waktu berbuka. 


Alhamdulillah. Walaupun penat, tapi ibrahnya sangat bermakna. Memandangkan ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir aku di bumi ilmu ini, aku akan manfaatkan ramadhan terakhir ini dengan sebaik mungkin. Dan sudah pasti aku akan merindui kenangan ramadhan ini. 


Panjangnya celoteh aku tentang ramadhan. Apa-apa pun, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM kepada keluarga tercinta, semua pembaca blog ini, sahabat-sahabat di SKC,SMAKH,SHAMS, dan di bumi ilmu serta guru2 di SKC,SMAKH,SHAMS dan pensyarah-pensyarah di bumi ilmu ini.






AHLAN YA RAMADHAN KAREEM... 


Friday, July 5, 2013

Mosque Tour Guide~ AKu Datang!!

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah akhirnya dapat juga mengintai tirai blog tersayang. Sekian lama tidak melayan blog ini mungkin sudah berdebu agaknya. Bukan tidak mahu, tapi masa tidak membenarkan diri ini menjenguk tirai blog disebabkan dengan kerja-kerja, assignment, aplikasi dakwah yang perlu dibuat, perbentangan, tesis dan macam-macam lagi. Kali ini ditambah pula dengan program yang bakal diadakan di negeri sebelah utara. 


Untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi tentang pengalaman pertama mengikuti Mosque Tour Guide di Masjid Kristal. Inilah aplikasi yang dimaksudkan tadi.  Sebut sahaja Masjid Kristal, pasti pembaca-pembaca semua dapat membayangkan macam mana bentuk masjid tersebut dan lokasi masjid ini berada. Mungkin ada sebahagian yang tidak tahu lokasinya, tak mengapalah. Kerna bukan niatku untuk menceritakan lokasi masjid ini berada, tapi apa yang ingin dikongsikan kali ini adalah PENGALAMAN PERTAMA MENJADI MOSQUE TOUR GUIDE. Mosque Tour Guide ini merupakan salah satu daripada aplikasi dakwah yang kami perlu buat berdasarkan kursus yang kami ambil.


Pada hari Selasa yang lalu, aku dan 39 orang sahabat sekelas menaiki bas untuk menuju ke Masjid Kristal yang terletak di salah sebuah pulau yang terdapat di Kuala Terengganu. Kami bertolak dari bumi ilmu pada jam 12.30 tengahari dan tba disana pada jam 1.30 petang. Alhamdulillah semasa kami tiba di sana, azan Zohor berkumandang. Tanpa melengahkan masa, kami terus menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Usai solat, kami didatangi sekumpulan pelancong Cina dari Melaka. Pada mulanya, aku tidak berani dan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Jadi, aku hanya melihat bagaimana beberapa sahabat-sahabatku meng'handle' pelancong-pelancong ini. Aku hanya melihat dan memerhati. 


Setelah beberapa minit mereka bersama pelancong-pelancong ini, ustazah memberi sedikit taklimat @ briefing tentang bagaimana caranya melakukan kerja-kerja ini. Tidak lama kemudian, datang pula tiga orang pelancong berbangsa Cina. Kali ini mereka datang dari Kuala Lumpur. Dua orang wanita dan seorang lelaki. Salah seorang daripada pelancong wanita itu sebaya dengan aku. Aku cuba memberanikan diri untuk menguruskan pelancong-pelancong ini. Mujurlah mereka pandai berbahasa Melayu. Jadi, mudah bagi aku untuk berinteraksi dengan mereka. Pertama sekali sebelum masuk ke dalam masjid, setiap pelancong akan dipakaikan jubah dan tudung yang disediakan khas bagi mereka yang tidak menutup aurat. Setelah itu, aku dan sahabat-sahabatku mengajak mereka masuk ke dalam. Kami menjelaskan satu persatu tentang keunikan seni bina masjid ini serta kami selitkan juga tentang keindahan Islam kepada mereka. Dengan harapan agar mereka tertarik dan berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Islam. 


Pelancong wanita yang sebaya dengan aku ialah Athina. Beliau merupakan pelajar yang menuntut di Hong Kong. Aku sempat bertanya tentang pandangan beliau apabila memasuki masjid ini, katanya, "Ini kali pertama saya masuk masjid." sambungnya lagi, "Peaceful." Itulah jawapan yang terpancul dari bibirnya apabila aku bertanya tentang perasaan beliau apabila memasuki masjid. Aku hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Tanpa melengahkan masa, aku dan sahabat menceritakan tentang azan, wudhu', cara solat dan juga tentang ka'abah. Setelah itu, ustazah pula mengambil alih tugas menjelaskan satu persatu tentang Islam. Aku hanya menuruti dari belakang sekaligus aku dapat belajar dengan lebih dalam bagaimana caranya untuk menjadi Mosque Tour Guide. 


Kami sempat bergambar sebelum mereka pulang. Setelah sekian lama kami melakukan tugas-tugas ini, azan berkumandang menandakan masuk waktu Asar. Kami solat berjemaah. Usai solat, kami terus pulang ke bumi ilmu. Sewaktu dalam perjalanan pulang, pak cik driver bas berhenti di gerai keropok lekor. Kaum muslimin turun dan menjamu keropok lekor manakala muslimat pula hanya membeli keropok lekor dan menjamu selera dalam bas. 


Apa yang aku dapat simpulkan tentang pengalaman ini, bukan mudah menjadi pendakwah. Banyak perkara yang kita perlu ketahui. Ya!! Tugas dai'e bukanlah mudah. Aku harap aku akan dapat peluang kedua ketiga dan seterusnya untuk aku meneruskan kerja-kerja ini. InsyaAllah. 



gambar sekadar hiasan

Sunday, June 2, 2013

Berbahagialah Wahai Wanita..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah wa syukur lillahi ta'ala kerana Allah masih lagi memberi aku ruang dan peluang untuk menikmati kehidupan yang serba indah. Namun, keindahan di dunia hanya sementara sahaja dan yang kekal hanyalah keindahan di syurga abadi. Sudah lama tidak mengintai tirai blog tersayang dek kerana agak 'sibuk' bersama keluarga tersayang. Maklumlah setelah sekian lama tidak bersama dalam sebuah keluarga besar dan ditambah pula dengan kehadiran seorang lagi ahli baru bulan Mei baru-baru ini. Alhamdulillah.. Seorang mujahidah dan juga srikandi Islam pertama lahir setelah seorang mujahid Islam pada tiga tahun lepas. Dan insyaAllah seorang lagi srikandi Islam bakal lahir ke dunia dalam masa 2 bulan lagi, insyaAllah.. Moga Allah permudahkan segala urusan dan moga semuanya selamat. ^_^


Untuk entri kali ini bukanlah ingin bercerita panjang mengenai srikandi Islam ini. Tetapi entri kali ini ingin berkongsi tentang sebuah artikel yang agak menarik perhatian aku tatkala membuka laman sosial facebook.. Artikel ini diambil daripada laman I Luv Islam.com.. insyaAllah kat bawah akan disediakan sekali linknya sebagai tatapan kalian jika ada yang ingin mengetahui dengan sahih.



Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Perlu tutup sana, tutup sini,
Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan. Stoking perlu pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati cepat sensitif.
Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan
Betapa susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan pada mereka bukan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?
Mengapa perempuan hebat?
Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.
Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'
Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'
Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T  pada kita.
Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?
Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?



Alhamdulillah begitulah serba sedikit perkongsian daripada diri ini untuk kali ini.. Moga kita bertemu kembali dengan entri yang lain pula..

Thursday, May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih berpeluang untuk menikmati kehidupan yang sementara dan sebuah kehidupan yang telah di'tulis' dalam skrip kehidupan sebagai hamba Allah. Tak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Hari ini hari kelima diri ini berada di 'sini'. Menjalani hari-hariku seperti biasa cuma rindu sudah mula berputik walaupun baru lima hari berjauhan dengan ummipapa. Lupakan sebentar kisah kerinduan ini. Oh ya, hari ini merupakan hari guru. Tidak berpeluang pergi ke sekolah untuk menyambut bersama guru-guru tercinta. 

Sungguh, banyak kenangan yang telah terlakar sewaktu di zaman persekolahan baik di sekolah rendah ataupun di alam menengah. Semua kenangan pahit dan manis menjadi suatu pengalaman yang takkan dilupakan. 

" Di kesempatan ini, saya Mujahidah Nasuha ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru. Terutamanya buat ummipapa,adik beradik,guru-guru dan juga buat pensyarah-pensyarah. Tanpa jasa kalian, saya tidak mampu berada di tempat saya sekarang. Ilmu yang cikgu-cikgu ajar, tidak akan luput. Allahu Akbar. Betapa mulianya cikgu-cikgu sekalian.. Terima kasih cikgu.."


Tuesday, April 30, 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah..masih bisa bertemu di alam maya ini dengan izinNya.. Sedang 'membelek2' fb untuk mencari info.. Terjumpalah info yang sangat menarik untuk dikongsi. Dan ana rasa ia boleh dijadikan sebagai entri untuk akhir bulan April bersempena dengan debaran menunggu detik kelahiran insan baru ke dunia.. insyaAllah..semoga dipermudahkan..

Oleh itu, entri ini ana tujukan khas buat kakak-kakak iparku kini hanya tinggal kira detik itu tiba.. =)

------------------------------------------------------------------------------

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. 

Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi.

Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.

Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.

Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.

Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.

Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.

Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...oleh itu bakal2 ibu..elakkan stress semasa mengandung)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

Sebab itulah bayi nampak comel :)



Sunday, April 21, 2013

Air Tangan Orang Tak Solat!!

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.

Sumber : Cikgu Dah (FACEBOOK)

♥ Luahan Seorang Suami ♥

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah wa syukur lillahi ta'ala kerana Allah masih memberiku nafas sehingga ke detik ini.  Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Apa yang kita dah lakukan sepanjang kehidupan kita? Apa yang kita dah lakukan untuk Islam sepanjang kehidupan kita? Tepuk dada tanya selera.. Eh,bukan.. Tepuk dada tanya IMAN.. =)


Ok, sedang-sedang duk asyik membaca status-status yang di'update' oleh penggemar fb ni, terjumpalah satu status ni.. Tersentuh hati baca kisah ini. Walaupun masih jauh lagi untuk bertukar status, tapi hati wanita mana yang tidak tersentuh apabila membaca kisah ini. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku betul-betul pada diri wanita. Betul tak? Wanita diluar sana juga bakal melalui detik-detik sebegini. Oppss.. Maksud diri ini, bukanlah 100% sama seperti kisah yang bakal diri ini kongsikan. Maksudnya di sini, setiap wanita akan melalui fasa perkahwinan seterusnya akan berstatus seorang ibu,betul lah kan?? =) (tetiba seronok plak cerita bab2 macam nie..)


Seronok!! Bukan kerana bakal menjadi ibu. Tetapi bakal menjadi ibu saudara kepada anak-anak saudara yang bakal lahir kedunia. InsyaAllah.. Tidak sabar pula rasanya menunggu kelahiran dua orang insan tersayang ke dunia. Semoga semuanya selamat. Allahumma amiin.. Ok lah. Sekarang ini, ana akan kongsikan sebuah kisah pengalaman seorang suami ketika menghadapi detik-detik cemas dan berharga.. =)




Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami


Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.




gambar sekadar hiasan

Sekian.. =)

Friday, April 19, 2013

Saya Rindu Awak,Sahabat...


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejatiu

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrahkan diatas kehendak Yang Esa

Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada disisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati


Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Malam ini terasa ingin berkongsi sebuah lirik nasyid yang disampaikan oleh salah sebuah penasyid kegemaran, iaitu Hijjaz. Siapa yang tak kenal dengan kumpulan ini,kan. Sebuah kumpulan yang dianggotai oleh empat orang sahabat. Dari dahulu hinggalah sekarang. Alhamdulillah, masih kekal. Dan apabila membaca bait-bait di atas, ana rasa antum pun sudah dapat mengagak tajuk nasyid ini. Tidak lain tidak bukan.. Kau Teman Kau Sahabat... Lagu inilah yang menjadi halwa telinga pada malam ini tatkala sedang update entry ini.

Tatkala mendengar lagu ini, diri ini teringatkan suatu peristiwa yang sangat menyedihkan. Dan peristiwa itu adalah peristiwa yang pertama kali berlaku pada diri ini. Diri ini juga mengharapkan persitiwa yang berlaku 3 tahun lepas, tidak akan berulang lagi. Sungguh, tidak sanggup lagi diri ini menghadapi peristiwa sebegitu. Lagu inilah yang menjadi peneman sepanjang 'pemergian' sahabatku. Entry hari ini, saya tujukan khas buat sahabat saya yang banyak mengajar saya tentang persahabatan..

Sahabat,
Sungguh aku rindukan dirimu..
Aku rindukan suaramu..
Aku rindukan gelak tawamu..
Aku rindukan senyumanmu..
Aku rindukan saat kita bersama..

Kehadiranmu ketika itu,
Banyak mengajarku tentang erti persahabatan..
Kehadiranmu ketika itu,
Merubah segalanya..

Sahabat,
Terlalu banyak memori sukaduka,
Yang kita tempuhi bersama..
Dikala aku kebuntuan,
Kaulah yang sedia membantu..
Dikala aku kesedihan,
Kaulah penawarnya..
Pengubat dukalara..

Sahabat,
Walau kita sudah jauh terpisah,
Terpisah kerana mencari ilmu..
Namun, dirimu sentiasa disisiku..

Sungguh,
Aku tak pernah melupakanmu..
Malah aku memaksa diriku memanggil kembali
Segala memori indah yang kita ukir bersama..

Aku berharap,
Agar ukhwwah yang terbina ini
Berkekalan sehingga ke syurga..

Saya harap awak baca ni. Sorry,terpaksa ambil masa awak untuk baca apa yang saya sedang rasakan sekarang ini. Terima kasih, sahabatku kerana sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu. Dan terima kasih jua kerana melayan kerenah saya nie.. =) Walau awak jauh nun di sana, tapi awak sentiasa dekat dihati saya..Dalam doa saya.. insyaAllah... Sahabatku, Farihah.. Sungguh saya rindu awak, Farihah... 3 tahun sudah..3 tahun kita tak bersua.. Saya harap suatu hari nanti, Allah akan pertemukan kita..insyaAllah..