Aku Musafir

Aku Musafir

Tuesday, September 23, 2014

أشتاق لها..

Rabu/ 24.9.2014/ 12.45 am

Kuliah dah start hampir sebulan. Alhamdulillah. Tapi AKU masih rasa seperti kekurangan. Mungkin seseorang?? Mungkin sesuatu?? Apa yang AKU rasa sekarang tak sama dengan 3 tahun lepas. Terasa perbezaan yang amat ketara. Jika dulu, suka duka, gelak ketawa, tangis dan hiba, dikongsi bersama. Jika dulu, seiring sejalan ke kelas bersama. Jika dulu, sentiasa kebetulan memakai baju warna yang sama. Jika dulu, selalu masak bersama. Jika dulu, selalu disuruh makan hingga makin 'comey'. Jika dulu, selalu jogging bersama. Jika dulu, selalu tengok drama sama2. 

Kini, tiada lagi seiring sejalan. Tiada lagi kebetulan warna baju sama. Tiada lagi masak bersama. Tiada lagi yang membuat AKU 'comey'. Tiada lagi jogging bersama. Tiada lagi tengok drama sesama. Tiada lagi semua yang ingin diulangi. Ya!! Inilah 'sesuatu' yang kurang.. Mustahil ia berulang. Semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan-kenangan terindah yang tak pernah dialami sebelum ini. Dan ia berjaya dicipta tidak sampai 2 tahun. 

AKU mengenalinya sejak 3 tahun lepas lagi. Hanya mengenali nama dan wajahnya sahaja. Kami tidaklah begitu rapat. Namun, ketentuan Allah yang sangat ajaib menemukan kami di dalam bangunan yang sama. Dari situ, hubungan kami menjadi rapat dan semakin rapat. 

Namun belum puas kami melakar kenangan-kenangan indah, kami telah selesai memikul amanah sebagai pelajar dip. Kami berpisah 'sementara' untuk jangka masa yang tidak kami ketahui. Sebelum perpisahan lagi, AKU sudah diberitahu bahawa si dia tidak dapat berada di sini lagi atas kesulitan yang di alami walaupun hakikatnya dia sangat-sangat ingin meneruskan lagi hajatnya itu. AKU tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya menyokong keputusannya dengan sedikit berat hati. 

Tiba hari perpisahan dimana semua sahabat AKU akan pulang ke rumah masing-masing. Melihat seorang demi seorang keluar dari bangunan itu berjaya membasahkan pipi masing-masing dengan juraian airmata. Lagi sebak tatkala kami saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda salam dan pelukan perpisahan. Apa yang AKU terkilan, kami tidak dapat meluangkan banyak masa bersama pada hari itu kerana masing-masing sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. 

AKU tahu kami masih bisa berhubung lagi selepas ini seperti apa yang berlaku sekarang ini. Tapi, hati kami meronta-ronta mahu berjumpa. Dan AKU berharap Allah menemukan kami suatu masa nanti. Insha Allah..

'Seseorang' yang hilang itu adalah sahabat AKU yang tiada ganti.. NUR FATHIRAH ARIS.. 





p/s: maaf, pagi nie rasa nak citer pasal sahabat AKU..