Aku Musafir

Aku Musafir

Sunday, January 17, 2016

Luahan Isi Hati Seorang Hafiz Hamidun

HH.. Siapa tak kenal gerangan dua huruf ini. Nama beliau sudah popular dikalangan pemuzik penyanyi tempatan dan juga antarabangsa terutamanya dikalangan munsyid. Bermula dengan sebuah kumpulan nasyid yang tidak kurang famousnya, UNIC dan kini telah bergerak secara solo. Jika dahulunya dikenali dengan Hafiz Unic, kini namanya termasyhur dengan Hafiz Hamidun
atau singkatannya HH. Ya, inilah pemilik nama yang berjiwa besar. Nama ini tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat nasyid. Beliau berjaya menerbitkan 3 buah album Zikir Terapi Diri yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat-peminat beliau. Bukan itu sahaja, banyak lagu yang telah dihasilkan sendiri oleh Hafiz Hamidun. Baik nyanyiannya sendiri mahupun munsyid-munsyid lain.

                                                            **********               
Jika masih ingat, dua tahun lalu penyanyi nasyid kontemporari, Hafiz Hamidun, 32, menghasilkan single berkonsep pop, Jodoh Berdua yang menyingkap ksah calon isteri jejaka dambaan ramai ini. Ketika itu, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dengan lirik dihasilkan sendiri Hafiz itu dianggap sesuai dijadikan lagu tema malis perkahwinannya kelak. namun, hingga kini, belum ada perkhabaran Hafiz akan bernikah biarpun baru-baru ini penyanyi itu berkongsi cerita akhirnya bertemu jodoh yang dicari-cari selepas lapan kali putus cinta.

**Terbaru, Hafiz telah muncul dengan single berjudul Janjiku yang dihasilkan sekali lagi bersama Azlan.

Single terbaru HH..

“Lagu itu menggambarkan perasaan saya terhadap perkahwinan. Saya berkongsi isi hati yang sudah bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan dengan berjumpa seseorang. Ia juga menceritakan hakikat untuk mendapatkan seseorang yang istimewa di hati, bukan mudah. Ia memerlukan pengorbanan di sebalik pertanyaan dan teka teki dalam sebuah kehidupan. Lagu ini bagai memberi jawapan kepada mereka yang menunggu-nunggu siapa pilihan hati saya selama ini,” katanya.

Katanya lagi, lirik lagu itu cukup bermakna kerana menyampaikan mesej bahawa perkahwinan adalah amanah penting.

“Antara bait lirik itu berbunyi, ‘memilihmu suatu amanah’. Jelas disini soal kahwin bukan perkara main-main, ia suatu amanah besar,” katanya.

Ditanya siapa si dia yang bertakhta di hati sekarang, Hafiz sekadar memberi bayangan dia sudah bertemu gadis pilihan. Meminta pengertian, Hafiz mahu dilihat tidak terlalu mengharap atau menggembar-gemburkan sesuatu yang belum pasti.

“Dalam hidup ini, kita hanya mampu merancang yang terbaik. Saya rasa seperti sudah jumpa idaman hati. Tetapi, iyalah, apa saja boleh terjadi. Saya harap peminat boleh mendoakan saya dalam hal ini. Kalau ada jodoh saya, insha Allah tak kemana. Apabila benda yang kita harapkan itu hadir dengan penuh ikhlas, insha Allah pengakhirannya diharap jadi baik. Dulu memang saya sibuk
hingga terpaksa mengabaikan soal rasa hati. Tapi kini, Alhamdulillah, dengan kerjaya yang kian stabil, soal kahwin itu sudah mula bermain di fikiran,” katanya.

Sumber:BHOnline
                                                ********** 

  
Jom dengarkan single terbaru Hafiz Hamidun.. 




Janjiku

Lagu: Azlan Abu Hassan

Lirik: Hafiz Hamidun
Hakcipta: Hafiz Hamidun

Indahnya segala ketentuan yang kuasa
Tidak akan tercepat dan terlewat
Dengan 
keyakinan dan dada berombakan

Melangkah kumenuju gerbang itu


Dikau 
yang kucari
Bukannya fantasi
Memiliki kekasih abadi


Kini 
terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu


Erti 
bahagia makin kuat kufahami
Makin mendalam aku mensyukuri


Jarak cinta kita
Hanya kisah silam
Dikau kini di hadapan mata


Ya Allah
Dikau limpahkan barakah
Dikau rahmatilah
Cinta kami berdua