Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, February 21, 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan Bercouple..

"Aku memang sangatmencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku lupa Allah."

Alhamdulillah.. Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah. Ya.. Begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman ini.

Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusam untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa. Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke syurga atau ke neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke syurga? Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." 

(Surah al-Baqarah: 216)

Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan.. Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ber'couple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi betemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum perkahwinan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiadalagi kejutan yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkanlah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah.Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga dia Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya. 

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu, dan cinta kepada orang yang mengasihiMu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMu. Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon contaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apayang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu, RasulMu dan hambaMu yanng soleh.  Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yag Engaku cintai. Ya Allah, jadinkalah aku mencintaiMu segenap caintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu."

(Hadis riwayat At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda, "Inilah doa yangbiasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s")


gambar sekadar hiasan

Wednesday, February 13, 2013

"Anda Mampu Mendidiknya"

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut. 

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.


Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.