Aku Musafir

Aku Musafir

Saturday, July 16, 2011

Doa Seorang Wanita....

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah...
Hati ini telah terpaut pada seorang hamba-Mu,seorang yang menjadi milik-Mu,yakni fulan bin fulan. Namun,tidak ku ketahui sama ada ianya hanyalah perasaan yang berlandaskan nafsu dan syaitan durjana atau perasaan yang membawa kepada mardhatillah. Diri ini keliru dek kerana terdetiknya perasaan seumpama ini. Aku takut jika perasaan ini tidak mendapat barakah-Mu malah menjadi perasaan yang membawa kepada dosa.

Ya Allah...
Jika benar fulan bin fulan adalah jodohku yang telah Engkau coretkan ketika kami berada di alam rahim,dekatkanlah dan satukanlah hati kami dengan cinta mardhatiwalidaina wa mardhatillah agar kelak kami bahagia di dunia dan akhirat. Jika benar insan ini akan menjadi imam untukku dan anak-anak kami,halalkanlah hubungan kami dengan ikatan yang sah. Jadikanlah dirinya imam yang soleh agar aku menjadi makmum yang solehah dan menariknya ke syurga cinta yang abadi milik-Mu.

Ya Allah...
Jika fulan bin fulan bukan milikku,tabahkanlah dan damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu supaya aku tidak kecewa dan menyalahkan takdir. Pimpinlah hatiku daripada tersasar dan hilangkanlah perasaan cintaku terhadapnya agar tidak menjadi zina hati. "Jangan engkau menghampiri zina." Pertemukanlah aku dengan mujahid yang lebih baik daripadanya dan pertemukanlah fulan bin fulan dengan mujahidah yang lebih baik daripadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu....

Amin ya Rabbal 'alamin....








Monday, July 4, 2011

LEMAH DALAM PERKASA [Lelaki]

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi......

Alhamdulillahi rabbil a'alamin.Syukran Lillahi ta'ala kerana masih lagi diberi nikmat mata untuk melihat ciptaanNya,nikmat telinga untuk mendengar perkara2 ma'aruf,nikmat mulut untuk menyampaikan sesuatu ilmu yang diperolehi,nikmat tangan untuk menulis ilmu2 yang bermanfaat sebagai perkongsian kita bersama dan juga nikmat kaki untuk menuju ke tempat2 yang diredhai Allah..insyaAllah kesemua nikmat yang diberi ini akan sentiasa digunakan untuk mendapat mardhatillah...insyaAllah....Allahu Akbar!!

Pada pagi yang sungguh sunyi dan syahdu ini,ana nak kongsikan seuatu.Ianya tentang realiti bagi kaum lelaki dan juga kaum wanita.

..........................................................................................

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Caeser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Caeser juga jatuh ke tangan Cleopatra. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita (maaf). Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh sang wanita,padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikian hebatnya wanita. Anda (wanita) amat berkuasa dan amat perkasa. Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergelojak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seorang wanita di sisinya, mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin mak cik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasanya dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan ana dan kelebihan yang dianugerahkan Allah itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan perkasanya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka lelaki itu lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkan kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan pelbagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecah-pecahan.

Maka itulah lelaki, walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengari, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairahnya hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan.(wallahu a'alam). Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalu gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka,nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.
....................................................................................................................................


Wallahu ta'ala a'alam.....