Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, April 10, 2014

Doa Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

Teman, betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini teruskan perjuangan

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambaMu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu..

~ Doa Perpisahan By Brothers ~





Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Tiada yang lain yang perlu ku ucapkan syukur melainkan hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
AKU juga bersyukur kepadaNya kerana masih dikurniakan kenikmatan hidup dan kekuatan untuk meneruskan permusafiran yang sudah pasti tidak akan berhenti sehingga maut menjadi noktahnya. Alhamdulillah hari ini juga jari jemari ini dapat menari riang di keyboard seperti ada sesuatu yang ingin dicurahkan ke tirai blog tersayang.

Sebentar tadi sahabat2 telah pun membaca bait2 Doa Perpisahan yang telah disampaikan oleh kumpulan nasyid Brothers. Apa yang AKU faham berdasarkan bait2 tersebut, lagu ini menceritakan tentang saat perpisahan sahabat dengan sahabat yang mana ukhwwah mereka terbina kerana Allah. Betapa manisnya jika ukhwwah itu kerana Allah.

Lagu ini berjaya membuat sesiapa saja yang memahami setiap bait kata itu mengalir airmata. Masihku ingat sewaktu pertama kali AKU mendengar lagu ini yang disampaikan oleh dua orang guru praktikal dan ketika itu AKU berusia 9 tahun. Dan masihku ingat lagi raut wajah serta nama mereka dan kini masih AKU dapat bayangkan suasana ketika mereka mengalunkan Doa Perpisahan ini. AKU juga masih ingat suara tangisan sahabat yang berada di hadapan meja AKU, dialah student pertama yang mencurahkan airmata. Pertemuan kami dengan guru2 praktikal selama 3 bulan berakhir dengan tangisan perpisahan. Masihku ingat, Cikgu Z memperkenalkan aku kepada dunia sajak, dan sehingga kini masih AKU masih simpan. Masihku ingat, CIkgu R yang pada awalnya kami dimaklumkan beliau berasal dari Sarawak dan akhirnya ia terungkai selepas kami mengetahui perkara sebenar. Cikgu R jualah mengajar kami sesuatu yang sangat berbeza. Kami enjoy dengan teknik beliau mengajar yang berjaya menarik perhatian kami. Perpisahan ini merupakan perpisahan pertama bagi AKU.


“Cikgu, terima kasih untuk sepanjang tiga bulan pertemuan kita. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih kerana tidak jemu melayan kerenah dan kenakalan kami. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat. Terima kasih untuk pengalaman baru. Terima kasih untuk segalanya. Cikgu, walaupun kita telah lama loss contact, saya sentiasa ingat setiap detik yang bermakna sepanjang cikgu mengajar kami. Semua memori masih kekal tersimpan. Cikgu, setiap kali lagu ini kedengaran pasti saya akan teringat kenangan2 yang dilakar. Saya harap cikgu sentiasa sihat dan sentiasa berada di dalam rahmatNya, insha Allah. Terima kasih cikgu.”



Untuk kali kedua, lagu ini dipasang ketika  AKU berusia 17 tahun bersama lagu KAU SAHABAT KAU TEMAN daripada Hijjaz. Ok, AKU taknak cerita panjang sejarah ini.



Untuk kali ketiga, lagu ini sengaja dipasang oleh salah seorang My Second Family ketika AKU dan sahabat melangkah keluar dari “United Kingdom” pada 22 Mac 2014. Gudjob sahabat kerana melajukan lagi tangisan kami bertiga. Boleh dikatakan 2 hari berturut-turut kami ‘bermain’ dengan airmata tatkala seorang demi seorang sahabat pulang ke teratak masing2 selepas mencipta berjuta-juta kenangan suka dan duka. Ya, merekalah keluarga keduaku yang tiada ganti. Walaupun sepanjang tiga tahun kami bersama, pasti ada salah faham. Namun sebenarnya ia makin mengeratkan silaturrahim antara kami. Tiada sesuatu di dunia yang sempurna, pasti ada kelemahan. Dan jika timbul kelemahan, kami akan tampung dengan kelebihan lain. selepas pertemuan tiga tahun, masing2 ada pilihan sendiri. Tapi itu bukanlah alasan untuk kami tidak berhubung. Hubungan pasti manis dan bermakna jika kerana Allah. Apa2 pun, insha Allah jika ada jodoh ketemu lagi.. J



Bila ada perpisahan, Doa Perpisahan ini jualah yang akan kedengaran. Dan AKU harap itulah kali terakhir AKU dengar lagu itu untuk perpisahan..