Aku Musafir

Aku Musafir

Monday, March 2, 2015

Aku Dan Netball

Alhamdulillah. Hampir 3 minggu AKU training netball tiap2 petang untuk berjuang menaikkan nama kos kami dalam persada sukan. Walaupun hanya di peringkat fakulti, tapi AKU rasa puas kerana dapat mengaplikasikan ‘ilmu netball’ yang telah AKU pelajari sewaktu di tahun 6 dulu. Pada awalnya, aku tidak mendapat keizinan untuk mewakili sekolah dalam perlawanan ini kerana bimbang terlalu penat dan akan menggangu pelajaran. Memandangkan selepas tamat waktu persekolahan, semua pelajar Tahun 6 perlu menghadiri kelas tambahan seperti yang biasa dilakukan oleh semua sekolah di Malaysia sebagai persediaan UPSR. Selepas selesai kelas tambahan, semua pelajar pulang ke rumah masing-masing kecuali semua pemain-pemain netball yang menjadi penghuni padang yang luas terbentang bersama-sama guru yang akan melatih kami.

Bagi setiap pemain netball, bengkak di jari itu adalah perkara biasa. Akibat daripada tersalah tangkap bola atau bola yang dilempar itu terlalu kuat. Dan AKU pernah mengalaminya ketika training. Pengalaman pertama bengkak jari memang sakit. Sehinggakan tidak dapat fokus semasa training. Bengkak itu dibiarkan selama 2 hari. Dan hari ketiga barulah AKU dibawa untuk diurut jari ini. (AKU x bagitau parents pun jari nim bengkak) Alhamdulillah bengkak semakin surut hari demi hari cuma lambat sedikit kerana AKU tetap training. Sejurus selepas kejadian itu, AKU sebenarnya hampir dihalang untuk meneruskan training ini. Walaubagaimana pun, AKU tetap teruskan dan aku mampu buktikan walaupun hanya mewakili sekolah. Akan tetapi, ia merupakan suatu ilmu dan pengalaman baru yang AKU dapat.

Pada alam menengah, aku ‘berehat’ dari menyertai mana-mana aktiviti kesukanan terutamanya perlawanan netball samaada peringkat rumah sukan mahupun peringkat sekolah. Kerana ketika itu, AKU banyak melibatkan diri dalam persatuan (sengaja xnak join sukan dh). So,AKU tiada banyak pengalaman sebagai pemain, hanya pemerhati.

Di alam u pula, AKU kembali aktif (xlah aktif mne pun) dalam dunia bola jaring. Bermula dengan perlawanan persahabatan anjuran kos AKU sendiri. Kemudian, AKU cuba dibawah anjuran fakulti pula. Dan peristiwa yang paling AKU tak dapat lupa adalah 2 perlawanan bola jaring yang berbeza penganjurnya tetapi dalam masa yang sama. Tempat yang berbeza. Antara kedua2 tempat tersebut tidaklah terlalu jauh. Setelah selesai sesi pertama perlawanan antara fakulti, AKU terus ke perlawanan di antara batch (memandangkan pengajur kos AKU sendiri). Terasa penat tidak terkata. Walaubagaimana pun, batch kami menjadi juara dalam perlawanan antara batch. Alhamdulillah. Rasa berbaloi dengan kepenatan yang AKU alami. Dan buat kali pertama, AKU menyertai perlawanan bola jaring yang diadakan pada malam hari (lupa penganjurnye). Dan malam itu jugalah sekali lagi tercipta satu sejarah berulang dimana jari AKU sekali lagi menjadi mangsa bola. Ya, jari yang sama sewaktu di Tahun 6 dulu. Alhamdulillah, kerana sakit dijari ini tidaklah seteruk Tahun 6 kerana AKU urutnya sendiri (sebab dah ada pengalaman sakit tuh). Namun begitu, sakit kali ini juga tidaklah terasa sakitnya kerana AKU lebih merasai manisnya ukhwwah kami sebagai satu pasukan dan juga rakan2 yang hadir memberi sokongan walaupun pada malam hari.

Dan kali ini pada tahun 2015, sekali lagi sejarah berulang buat kali ketiga pada jari yang sama. Ia terkena sewaktu training untuk perlawanan yang bakal diadakan beberapa hari saja lagi. Syukur Alhamdulillah bengkak dijari tidaklah mengambil masa yang terlalu panjang untuk surut. Hanya 2 hari sahaja walaupun sekarang masih lagi terasa kesannya. AKU harap pasukan kami menjadi juara bagi perlawanan kali ini, insha Allah. AKU akui ada pasukan yang jauh lebih hebat dari pasukan kami, tetapi ia bukanlah suatu alasan untuk kami berputus asa. Kami akan meneruskan perjuangan kami. Walaupun kami tidaklah begitu hebat seperti yang lain, namun sedikit sebanyak dapat menaikkan nama kos kami dalam dunia sukan dan juga membuka mata insan-insan lain bahawa pelajar-pelajar seperti kami juga boleh bersukan.

Sepanjang latihan, apa yang aku dapat lihat hubungan kami menjadi semakin erat walaupun berbeza kos. Itulah kemanisan yang perlu ada dalam hubungan.



Aku akan teruskan dengan dunia netball insha Allah.. =)