Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, November 6, 2014

Walimah 2nd Family

Jumaat / 7.11.2014 / 7.00 am

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Alhamdulillah Alhamdulilah thumma Alhamdulillah. Syukur lillahi ta’ala AKU masih menjalani kehidupan dengan izinNya. Moga hari ini dan seterusnya akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Sudah sebulan lebih blog AKU MUSAFIR tiada entri. Insha Allah malam ini entri  baru bakal bertandang pembuka kepada November. Sebulan lebih meninggalkan blog tersayang pasti ada peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku dalam masa tersebut.  Alhamdulillah 2 3 peristiwa menarik berlaku sepanjang AKU menyepi. Tapi AKU nak share satu jelah.. J

 ......*****......
11.10.2014 / Sabtu 

Alhamdulillah pada hari Sabtu 11 November 2014, salah seorang sahabat kami telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan keluarga beliau. Alhamdulillah kami dijemput ke majlis tautan hati pasangan sama cantik sama padan ini. Sekitar 9.00 pagi, majlis pertunangan berlangsung dan diikuti dengan majlis akad nikah di rumah beliau. Sekitar 11.30 pagi kami ke rumah beliau dari homestay. Sebenarnya sehari sebelum walimah, kami sudah ke rumah beliau (konvoi 6 buah kereta) dan menginap di 2 buah homestay (homestay lelaki dan homestay perempuan) yang berbeza arah tetapi terletak tidak jauh dari rumah beliau. Setelah tiba di rumah beliau, kami bersalaman dengan pengantin dan juga keluarga beliau, dan yang perkara yang tidak boleh dilupakan adalah cipta memori indah ini. Sakannya kami bergambar. Maklumlah, ini walimah pertama sahabat perempuan selepas sahabat lelaki sebelum ini. Selepas itu, kami menjamu selera, sembang-sembang melepaskan rindu dengan sahabat-sahabat yang telah bekerja. Tepat jam 1.00 tengahari, kami bertolak pulang ke bumi ilmu dan Alhamdulillah selamat sampai pada 5 .15 petang.

……*****…...

Barakallahulakuma kepada sahabat kami yang kini bergelar Puan Noor Fatihah dan juga zauj beliau, Encik Rahim. Semoga perkahwinan mereka kekal till Jannah dan mendapat anak-anak soleh solehah.



*teringat kata salah seorang sahabat kami, rais raisah sem 1 sudah..rais raisah sem lain bila lagi? Haha..(kebetulah rais raisah sem 1 tukar status awal)

p/s:  insha Allah, rais sem 3 dan raisah sem 2 bakal disatukan sebulan lagi. Konvoi lagiii!!! J

Tuesday, September 23, 2014

أشتاق لها..

Rabu/ 24.9.2014/ 12.45 am

Kuliah dah start hampir sebulan. Alhamdulillah. Tapi AKU masih rasa seperti kekurangan. Mungkin seseorang?? Mungkin sesuatu?? Apa yang AKU rasa sekarang tak sama dengan 3 tahun lepas. Terasa perbezaan yang amat ketara. Jika dulu, suka duka, gelak ketawa, tangis dan hiba, dikongsi bersama. Jika dulu, seiring sejalan ke kelas bersama. Jika dulu, sentiasa kebetulan memakai baju warna yang sama. Jika dulu, selalu masak bersama. Jika dulu, selalu disuruh makan hingga makin 'comey'. Jika dulu, selalu jogging bersama. Jika dulu, selalu tengok drama sama2. 

Kini, tiada lagi seiring sejalan. Tiada lagi kebetulan warna baju sama. Tiada lagi masak bersama. Tiada lagi yang membuat AKU 'comey'. Tiada lagi jogging bersama. Tiada lagi tengok drama sesama. Tiada lagi semua yang ingin diulangi. Ya!! Inilah 'sesuatu' yang kurang.. Mustahil ia berulang. Semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan-kenangan terindah yang tak pernah dialami sebelum ini. Dan ia berjaya dicipta tidak sampai 2 tahun. 

AKU mengenalinya sejak 3 tahun lepas lagi. Hanya mengenali nama dan wajahnya sahaja. Kami tidaklah begitu rapat. Namun, ketentuan Allah yang sangat ajaib menemukan kami di dalam bangunan yang sama. Dari situ, hubungan kami menjadi rapat dan semakin rapat. 

Namun belum puas kami melakar kenangan-kenangan indah, kami telah selesai memikul amanah sebagai pelajar dip. Kami berpisah 'sementara' untuk jangka masa yang tidak kami ketahui. Sebelum perpisahan lagi, AKU sudah diberitahu bahawa si dia tidak dapat berada di sini lagi atas kesulitan yang di alami walaupun hakikatnya dia sangat-sangat ingin meneruskan lagi hajatnya itu. AKU tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya menyokong keputusannya dengan sedikit berat hati. 

Tiba hari perpisahan dimana semua sahabat AKU akan pulang ke rumah masing-masing. Melihat seorang demi seorang keluar dari bangunan itu berjaya membasahkan pipi masing-masing dengan juraian airmata. Lagi sebak tatkala kami saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda salam dan pelukan perpisahan. Apa yang AKU terkilan, kami tidak dapat meluangkan banyak masa bersama pada hari itu kerana masing-masing sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. 

AKU tahu kami masih bisa berhubung lagi selepas ini seperti apa yang berlaku sekarang ini. Tapi, hati kami meronta-ronta mahu berjumpa. Dan AKU berharap Allah menemukan kami suatu masa nanti. Insha Allah..

'Seseorang' yang hilang itu adalah sahabat AKU yang tiada ganti.. NUR FATHIRAH ARIS.. 





p/s: maaf, pagi nie rasa nak citer pasal sahabat AKU..

Thursday, June 26, 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. AKU dapat menjalani rutin harianku seperti biasa. Moga ianya lebih baik dari semalam. Insha Allah. Alhamdulillah pagi Jumaat terakhir bulan
Sya’aban ini cerah.

Dah nak habis rupanya bulan Sya’aban. Dan pintu Ramadhan pula bakal dibuka Ahad ini, bi iznillah. Jadi, di kesempatan ini AKU ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada semua ahli keluarga dan saudara mara di Utara, Timur, Barat dan Selatan. Tidak lupa juga buat 2nd family, sahabat2 dan guru2 di sekolah rendah dan menengah, sahabat2 dan pensyarah2 di univeristi, serta buat semua sahabat yang sedang membaca entri ini yang sentiasa follow blog AKU MUSAFIR. Moga pena AKU MUSAFIR ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak. Insha Allah.

Moga kita dapat mengetuk pintu dan memasuki bulan Ramadhan yang didalamnya penuh barakah. Insha Allah. Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Insha Allah.



Allahumma bariklana fi rajab wa sya’aban wa ballighna ramadhan.. 



*******_______*******

Dan dibawah ini AKU ingin berkongsi sebuah lagu ramadhan yang bertajuk RINDU RAMADHAN yang disampaikan oleh salah sebuah kumpulan nasyid yang diminati, Devotees..

RINDU RAMADHAN

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti

Hadirnya setahun sekali
Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannyatak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah

Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan (2x)

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)

Lagu/Lirik:
Abd Halim Ahmad (Halim Devo)



❤ Hero Kita ❤

KERANDA UNTUK AYAH

Di sebuah kampung, tinggal seorang lelaki tua bersama isteri dan anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan dia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.

Tapi, itu cerita lama.
      
Kini dia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, dia tidak lagi bekerja. Dia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil.

Ayah, Iwan nak main benda ni, ayah tarik Iwan ye! Laung Iwan, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.

Boleh.. kejap ye. Ayah nak tebas semak ni dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Iwan ye, jawab si ayah, penuh kasih sayang.
            
Alaa.. Iwan nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah! pujuk Iwan yang berusia 11 tahun sambil menghentak-hentak kakinya.
           
“Ok, ok. Iwan duduk, ayah tarik.
          
Yeyey!! Ayah tarik laju-laju tau,gembira benar bila hajatnya dituruti. “Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Iwan turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti,” arah Iwan, sambil jarinya menunjuk ke hujung hutan.
            
“Ya Allah!” jerit si ayah, dia merasakan kakinya terpijak sesuau. Duri, barangkali. Mungkin juga kaca.
           
“Alaaa… Kenapa ayah berhenti ni? Iwan belum puas lagi. Tarikhlah lagi.”
           
Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Iwan lapar dan mengajak pulang unuk makan.
               
 **********-------------------------***********

Sesekali Iwan melihat kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, “Tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja,” ngomel si anak. Geram benar dia meliha ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa selain makan.
       
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Iwan membuat satu keranda kayu untuk ayahnya.
            
“Ayah! Masuk dalam ni,” tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
           
Iwan menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuah ceruntinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk membuang keranda yang berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan dia dan keluarganya.
           
Sampai di cerun, sebelum sempat Iwan menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.
            
“Hidup lagi rupanya,” bisiknya di dalam hati dan membuka keranda. “Hah, ayah nak apa lagi?”
            
“Ayah tahu Iwan nak buang ayah dari cerun ni. Iwan ank buang ayah, Iwan buanglah. Tapi Iwan janganlah buang keranda cantik yang Iwan buatkan ni. Mungkin anak Iwan perlukan keranda ni nanti.”
           
Terus melutut Iwan dengan berjurai airmata.

Hargai dan sayangilah ayah anda selagi nyawa dia dikandung badan.
Jika telah tiada, janganlah putus mendoakan kesejahteraannya di sana.

Kerana tanpa insan bernama ayah, tiada wujud kamu di dunia ini.

cc: http://panduanislam.com/blog/2011/04/keranda-ini-untuk-ayah/

*******--------------*******



27 Jun 2014 / 1.30am

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

Alhamdulillah. Masih dapat merasai nikmat kehidupan. Dapat mendengar melihat dan bertutur seperti biasa. Semua ini kerana kekuasaanNya. Kita tiada apa tiada daya tiada kekuatan dan tiada kesempurnaan. Entri kali ini agak berbeza. Cerita dulu baru muqaddimah. Takpe lah. Ada kelainan sedikit,kan. 

Sebenarnya dah lama AKU nak mengisi ruangan blog ini tentang lelaki bernama ayah. Namun tidak berkesempatan, tambahan pula tiada idea untuk memulakannya. Alhamdulillah pagi2 buta nie baru dapat idea. Itupun selepas jari jemari nie teringin explore situ sini, dan terjumpa pula artikel ini (di atas). 

Ayah!! Lelaki pertama yang kita dengar suaranya. Suara merdu itu melaungkan azan dan iqamat setelah kita dilahirkan. Insan ini jugalah lelaki pertama paling gembira menyambut kelahiran kita di dunia. Kebahagiaan dan senyumannya tidak pernah lekang saat melihat kita buat kali pertama. Bahagianya lelaki ini.

Lelaki ini jugalah yang membesarkan kita tanpa pernah rasa jemu. Lelaki inilah yang tidak pernah kenal penat lelah mencari nafkah demi sesuap nasi. Lelaki inilah kakinya berdarah kerana meredah lumpur dan pokok2 demi melihat perut kita kenyang. 



Tatkala kita berjauhan darinya kerana menuntut ilmu, lelaki inilah yang sering merindui kita. Lelaki inilah yang sentiasa basah bibirnya mendoakan kita tiap usai solat. Lelaki inilah yang paling gembira apabila kita pulang ke teratak. Lelaki ini pada zahirnya kita lihat seperti tiada sedikit pun rasa rindu, namun batinnya kerinduan yang tidak terungkap. Semua itu kita dapat lihat jika perhatikan dengan teliti.



Apabila usianya semakin bertambah, kita pula sudah mempunyai keluarga sendiri, rumah sendiri, tiada lain yang dipintanya melainkan kepulangan kita ke teratak kita dibesarkan. Memandang wajah dan dapat meluangkan masa bersama kita, itu sudah cukup mengubati kerinduan lelaki ini. Ya! Hanya itu saja yang dipinta. Wang dan material lain langsung tidak dipandang.

Ya!! Lelaki ini ialah ...

Papa! Abah! Abi! Ayah! Walid! Babah! Daddy!



Wira dan heroku dunia akhirat..

Ingatlah anak2, apabila mereka sudah tua mereka hanya ingin bersama dengan insan2 yang mereka cintai, sayangi dan kasihi. Oleh itu, bagi anak2 yang berjauhan dengan mereka pulanglah jika berkesempatan. Sentiasalah hubungi mereka. Jangan sampai terlewat..


Sayangilah Hargailah Kasihilah Cintailah Ayah..



Thursday, June 19, 2014

Allah Menjemputmu, Sayang..

19 Jun 2014 / 6.30pm

Pagi yang nyaman udara segar yang masih lagi kedinginan. Pagi tadi terdetik di hati untuk membuka facebook. Scroll punya scroll.. Tup!! Jari terhenti pada satu status. Berulang2 kali AKU membaca untuk meyakinkan diri bahawa AKU salah baca. Kali ke-3, mata AKU terhenti pada sebuah nama yang sangat AKU kenali. NUR AISYAH MOHD NOOR. Kini baru AKU sedar, aku tidak salah baca. Apa yang tertulis itu benar. Luluh hatiku, sebak di dada dan pipi mulai kebasahan. Sahabatku, Nur Aisyah Mohd Noor telah dijemput Penciptanya buat selama-lamanya. Akibat daripada kemalangan jalan raya. Kelu lidahku dan hanya bayangan wajah beliau bermain dimata. Seakan tidak percaya dengan berita ini. Tidak pernah diduga, insan yang pernah bekerjasama suatu ketika dahulu telah dijemputNya.

Sepanjang bekerjasama dengan arwah, arwah merupakan seorang sahabat, ketua yang sangat berdisiplin. Seorang yang sangat lembut, baik budi pekerti, tenang dalam menegur dan sabar menempuhi dugaan. Sentiasa tersenyum. Seingat AKU, langsung tidak pernah AKU lihat wajah marah padanya. Hanya senyuman dan ketenangan yang kulihat. AKU bersyukur sangat kerana pernah mengenali arwah, pernah bekerjasama dengan arwah.

Alhamdulillah, petang tadi sempat mengucup dan melihat wajah arwah buat kali terakhir. Sebak didada tidak dapat ditahan tatkala melihat saudara arwah membaca doa, melihat abang2 arwah menatap wajah adik mereka buat kali terakhir dan melihat ibu arwah yang juga cikgu sekolah AKU mengucup sekujur tubuh kaku di atas katil. 

Peristiwa yang berlaku hari ini sama dengan peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas, iaitu peristiwa AKU menerima khabar pemergian Teacher Rosniah akibat kemalangan.


Pertemuan pertama disambut dengan senyuman manis dan senda gurau. Pertemuan terakhir disambut dengan tangisan kesedihan dan kucupan terakhir buatmu. Moga dikau tenang di sana dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. 


Telah tiba saat waktu 
Kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa 
Telah menetapkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau 
Janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku 
Akanku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah
Terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati....



#NurAisyahMohdNoor
#DalamKenangan

Sunday, June 8, 2014

Penantian Insan Tersayang

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Alhamdulillah diberi kekuatan menggerakkan jari jemari dengan riang dan senang hati. sekarang nie musim cuti sekolah, tapi dah nak abis,kan? Xpe, masih ada masa lagi untuk dimanfaatkan terutamanya untuk bersama insan tersayang. (means keluarga sendirilah..) Pabila cuti sekolah tiba, anak-anak akan pulang ke kampung halaman. Mak dan Ayah gembira menantikan kepulangan anak-anak,menantu-menantu dan cucu-cucu tercinta. Halaman rumah dipenuhi dengan kereta anak-anak yang pulang. Dengar suara keriangan kanak-kanak bermain dan bergelak ketawa sesama mereka. Dan yang pasti akan dilakukan oleh Mak, adalah memasak favourite food anak-anak. Memasak dengan penuh gembira dan ditambah pula senyuman dan kasih sayang dalam masakan membuatkan masakan tersebut menjadi lebih sedap. Ayah pula tak putus-putus berbicara dengan penuh keriangan melepaskan kerinduan yang bertamu di hati selama ini.  

Tatkala cuti sekolah bakal melabuhkan tirai, anak-anak akan pulang ke rumah masing-masing menyambung kembali tugas harian. Tiada lagi suara gelak ketawa kanak-kanak. Rumah kembali seperti biasa. Perasaan sedih dan rindu kembali bertandang, namun Mak Ayah akan sentiasa menunggu kepulangan anak-anak mereka dengan tangan terbuka.

*Ketika jari jemari berhenti menari memikirkan ayat seterusnya, AKU teringatkan perbualan antara si anak dengan si bapa..

ANAK: Fikirkan ape tuh?
AYAH: Hurmm.. Susah hati lah..
ANAK: Kenapa?
AYAH: Anak-anak nak balik dah..
ANAK: …… (kelu lidah)


Ringkas, tapi penuh makna..



Friday, May 30, 2014

Aku Sudah Bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

....................................................................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."
                                                                                                     
"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

dipetik dari ILUVISLAM


Thursday, April 10, 2014

Doa Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

Teman, betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini teruskan perjuangan

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambaMu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu..

~ Doa Perpisahan By Brothers ~





Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Tiada yang lain yang perlu ku ucapkan syukur melainkan hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
AKU juga bersyukur kepadaNya kerana masih dikurniakan kenikmatan hidup dan kekuatan untuk meneruskan permusafiran yang sudah pasti tidak akan berhenti sehingga maut menjadi noktahnya. Alhamdulillah hari ini juga jari jemari ini dapat menari riang di keyboard seperti ada sesuatu yang ingin dicurahkan ke tirai blog tersayang.

Sebentar tadi sahabat2 telah pun membaca bait2 Doa Perpisahan yang telah disampaikan oleh kumpulan nasyid Brothers. Apa yang AKU faham berdasarkan bait2 tersebut, lagu ini menceritakan tentang saat perpisahan sahabat dengan sahabat yang mana ukhwwah mereka terbina kerana Allah. Betapa manisnya jika ukhwwah itu kerana Allah.

Lagu ini berjaya membuat sesiapa saja yang memahami setiap bait kata itu mengalir airmata. Masihku ingat sewaktu pertama kali AKU mendengar lagu ini yang disampaikan oleh dua orang guru praktikal dan ketika itu AKU berusia 9 tahun. Dan masihku ingat lagi raut wajah serta nama mereka dan kini masih AKU dapat bayangkan suasana ketika mereka mengalunkan Doa Perpisahan ini. AKU juga masih ingat suara tangisan sahabat yang berada di hadapan meja AKU, dialah student pertama yang mencurahkan airmata. Pertemuan kami dengan guru2 praktikal selama 3 bulan berakhir dengan tangisan perpisahan. Masihku ingat, Cikgu Z memperkenalkan aku kepada dunia sajak, dan sehingga kini masih AKU masih simpan. Masihku ingat, CIkgu R yang pada awalnya kami dimaklumkan beliau berasal dari Sarawak dan akhirnya ia terungkai selepas kami mengetahui perkara sebenar. Cikgu R jualah mengajar kami sesuatu yang sangat berbeza. Kami enjoy dengan teknik beliau mengajar yang berjaya menarik perhatian kami. Perpisahan ini merupakan perpisahan pertama bagi AKU.


“Cikgu, terima kasih untuk sepanjang tiga bulan pertemuan kita. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih kerana tidak jemu melayan kerenah dan kenakalan kami. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat. Terima kasih untuk pengalaman baru. Terima kasih untuk segalanya. Cikgu, walaupun kita telah lama loss contact, saya sentiasa ingat setiap detik yang bermakna sepanjang cikgu mengajar kami. Semua memori masih kekal tersimpan. Cikgu, setiap kali lagu ini kedengaran pasti saya akan teringat kenangan2 yang dilakar. Saya harap cikgu sentiasa sihat dan sentiasa berada di dalam rahmatNya, insha Allah. Terima kasih cikgu.”



Untuk kali kedua, lagu ini dipasang ketika  AKU berusia 17 tahun bersama lagu KAU SAHABAT KAU TEMAN daripada Hijjaz. Ok, AKU taknak cerita panjang sejarah ini.



Untuk kali ketiga, lagu ini sengaja dipasang oleh salah seorang My Second Family ketika AKU dan sahabat melangkah keluar dari “United Kingdom” pada 22 Mac 2014. Gudjob sahabat kerana melajukan lagi tangisan kami bertiga. Boleh dikatakan 2 hari berturut-turut kami ‘bermain’ dengan airmata tatkala seorang demi seorang sahabat pulang ke teratak masing2 selepas mencipta berjuta-juta kenangan suka dan duka. Ya, merekalah keluarga keduaku yang tiada ganti. Walaupun sepanjang tiga tahun kami bersama, pasti ada salah faham. Namun sebenarnya ia makin mengeratkan silaturrahim antara kami. Tiada sesuatu di dunia yang sempurna, pasti ada kelemahan. Dan jika timbul kelemahan, kami akan tampung dengan kelebihan lain. selepas pertemuan tiga tahun, masing2 ada pilihan sendiri. Tapi itu bukanlah alasan untuk kami tidak berhubung. Hubungan pasti manis dan bermakna jika kerana Allah. Apa2 pun, insha Allah jika ada jodoh ketemu lagi.. J



Bila ada perpisahan, Doa Perpisahan ini jualah yang akan kedengaran. Dan AKU harap itulah kali terakhir AKU dengar lagu itu untuk perpisahan..