Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, December 17, 2015

Hai, Tenangnya Hati...

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. J


Alhamdulillah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat kesihatan nikmat merasai ketenangan dan semua nikmat yang tidak terhitung.

Alhamdulillah cuaca hari ini cerah, berangin dan tenang. Setenang hati ini. Allahu Akbar! Tiada lafaz yang boleh diungkapkan seiring dengan hati untuk menggambarkan betapa gembiranya dan tenangnya hati ini apabila semua perkara yang berlegar di fikiran terus hilang dan lenyap.


Pertamanya, syukur Alhamdulillah kerana telah selesai tanggungjawabku memegang jawatang MT ISM Dak bagi sem ini. Terlalu banyak pengalaman sepanjang berada dalam organisasi tersebut. Terutamanya, apabila bekerja dengan ahli MT dan Exco yang begitu memahami dan saling bekerjasama dan saling membantu. Walaupun pada awalnya AKU agak janggal dan awkward dengan suasana baru tambahan pula perlu bekerja dengan orang yang baru kenal. Namun, sepanjang satu sem itulah proses kami mengenali sahabat-sahabat MT dan Exco dengan lebih lagi. Dan AKU juga bersyukur kerana AKU berjaya mempraktikkan dalam organisasi ini apa yang telah AKU belajar semasa zaman diploma dulu. Alhamdulillah. Benar kata orang bahawa pengalaman mematangkan kita. Apa-apa pun, satu sem sudah selesai bermakna sudah selesai tanggungjawab kami dalam organisasi tersebut secara zahirnya. Jazakumullahu khairan kathira dan alfun syukran kepada semua MT dan Exco ISM Dak Sem 3 kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik. Sekalung tahniah dan takziah buat pimpinan baru sem depan atas pelantikan kalian sebagai pengganti kami. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan lebih baik. Keputusan jawatan adalah berdasarkan undian dari semua ahli  ISM Dak Sem 3 100%. Bukannya berdasarkan pilihan pihak kami. ISM Dak Sem 3 dalam kenangan.. J




Kedua, AKU bersyukur dan senang hati kerana dapat memenuhi hajat seorang sahabat AKU. Oleh kerana beliau terlalu menginginkan sesuatu itu, AKU dan sahabat2 yang lain berpakat membawa beliau ke tempat itu. Alhamdulillah. Gembiranya beliau membahagiakan diri ini. Terima kasih sahabat kerana menerima apa yang kami buat ini walaupun hanya simple-simple. 







Ketiga, yang inilah yang paling ditunggu-tunggu. Perancangan masa terdekat antara kami 3 sahabat. Planning sudah pun dibincangkan. Hanya tinggal permission, set the date and venue saja. Lepas tu, insha Allah proceed!! Tempoh yang diberikan tidak sampai setahun. Insha Allah jika kita bersungguh-sungguh untuk realisasikan impian kita, tidak ada istilah angan-angan mat jenin.. Moga kami dipermudahkan urusan untuk merealisasikan impian kami. Allahumma amiin..



Wednesday, August 12, 2015

Aku Rinduuuuu

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. J

Tiada ungkapan yang mampu di ungkapkan terhadap perasaan ini sekarang. Setelah hampir sebulan lebih menyepi di Aku Musafir tersayang. Bukan tidak mahu menyelak tirai blog tersayang, cuma keadaan yang tidak mengizinkan dan ditambah pula dengan ketiadaan idea dan inspirasi untuk memenuhi tirai Aku Musafir ini. Sebulan lebih menyepi membawa diri tadabbur alam ciptaan Yang Maha Pencipta, sudah pasti ada pelbagai cerita dan kenangan yang terukir. Ya! Sangat indah, sangat bahagia. J

Oh ya, rasanya dah terlalu lewat Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan segala salah silap tersalah bicara terkasar gurauan yang sedar mahupun tidak. Semoga kita semua menjadi lebih baik selepas mengharungi madrasah ramadhan selama sebulan. Dan tidak lupa juga anda yang berpuasa 6 syawal, mabruk ‘alaikum. Untuk Aidilfitri tahun ini, Aku rasa bertambah bahagia dan lagi bahagia. Suatu kebahagiaan yang Aku sendiri tak mampu nak gambarkan. Yang pasti, Aku sangat bahagia makin bahagia. Dan Aku juga yakin seluruh ahli keluarga Aku juga merasa perasaan yang sama. Alhamdulillah, kami berkongsi perasaan yang sama. Terima kasih Ya Allah, kerna memberikan kesempatan kepada kami untuk mengukir kenangan-kenangan yang begitu manis semanis kurma, mungkin. Atau lebih manis lagi. Mungkin semanis madu lebah.



Ok, habis satu cerita. Sebenarnya Aku nak cerita bab lain. Tapi memandangkan dah lama sangat Aku tak update apa-apa. Jadi apa salahnya Aku buka 2,3 cerita kan.  Sebenarnya, Aku sudah selesai tahun pertama degree. Insha Allah, masih berbaki 2 tahun. Sepanjang tempoh setahun ini, dapat classmates baru, pengalaman baru, suasana baru dan macam-macam lagilah. Sudah pasti berbeza dengan keadaan 4 tahun lepas. Mana tidaknya, selama tiga tahun bersama Sehati Berdakwah zaman diploma dulu. Susah senang, sakit perit, suka duka kami kongsi bersama. Dengan 40 ahli keluarga Sehati Berdakwah, 40 ragam ada. Ada yang gila-gila, sporting, baik, pemalu, pendiam, macam-macam lagilah. Tapi 40 ragam  inilah yang mencipta warna warni kehidupan Sehati Berdakwah.




Sungguh, Aku merindui segala kenangan terindah itu. Namun, Aku hanyalah manusia biasa dan mustahil untuk putar masa yang berlalu itu kembali lagi. Ya, masa sememangnya tidak boleh diputar kembali dan kenangan terindah itu tidak mungkin boleh diukir kembali. Ia sangat istimewa dan tiada dua. Tetapi, tidak mustahil jika kita dapat mengukir kenangan baru. J



Ok lah. Sampai sini dulu coretan kali ini. Dah kering idea sebab terlalu banyak kenangan yang dirindui sehingga tak mampu jari jemari ini menari mengikut irama bicara hati. Hanya mampu mengukir senyuman apabila fikiran memancarkan semua yang terjadi sepanjang tiga tahun. Terima kasih untuk segalanya, My Second Family, Sehati Berdakwah.

                                                                                                          cc gambar nie:najmi =)


Friday, June 26, 2015

PEREMPUAN

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.
Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.
Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.
Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.
Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.
Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.
Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.
Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.
Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.
Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.
Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.
Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.
Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.
Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.
Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.
Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.
Berbahagialah duhai muslimah.
Cut!


Thursday, April 23, 2015

KAMI

Mengimbau kembali kenangan-kenangan 2 sem bersama si dia. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dan apa yang kami lakukan sepanjang tempoh tersebut. Betapa indahnya AKU rasa dengan hubungan ini walaupun hanya dua semester tempoh pengenalan kami bermula dari sebuah peristiwa yang berlaku dan selepas itu Alhamdulillah hubungan kami makin lama makin akrab, makin kuat, makin utuh dan makin sayang. Keakraban dan sayang kami terbukti apabila mereka yang lain melihat kami selalu bersama. Makan bersama, ke kelas bersama, masak bersama dan antara yang paling sweet kami sedondon. Mana tak sweetnya, boleh dikatakan setiap minggu kami pasti sedondon tanpa dirancang. Lucu! Tersenyum sendirian mengingatkan kembali semua yang berlaku antara kami sepanjang setahun itu.

Namun, disebalik ke’sweet’an ini, sebenarnya telah berlaku sesuatu peristiwa yang sangat pahit, kelat, sakit dan pedih. Malas untuk AKU menceritakan peristiwa tersebut. Kerna terlalu sakit untuk diingati dan tidak perlu untuk diingati. Walaupun sudah setahun lebih, AKU tetap tidak dapat melupakan peristiwa ‘semalam’. Siapa, apa dan bagaimana.

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH..

Namun begitu, AKU bersyukur sangat kerana kami pernah diuji sebegitu rupa. Disebabkan ujian itulah hubungan kami masih kekal sampai sekarang. Tetap teguh. Dan hubungan ini tidak akan terpisah sampai bila-bila. Bahkan di syurga nanti, kami ingin bersama. Insha Allah..

Tempoh setahun itu, belum puas kami mengenali diri masing-masing. Kerana setelah selesai semester 6 (tahun akhir), kami akan membuat haluan masing-masing. AKU masih lagi menyambung pengajian di bumi ilmu yang sama, manakala dia telah pun bekerja (insha Allah akan sambung juga). Tipulah kalau kami tak sedih, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Sekarang, walaupun kami terpisah jauh, hubungan kami tetap kuat. Kami masih boleh berhubung, bertanya khabar, berkongsi cerita suka duka, kadang-kadang mengimbau kembali kisah-kisah dulu, kadang cerita masa depan. Semualah.

Pendek kata, perpisahan kami ini bukanlah satu alasan tidak boleh berhubung suka duka macam dulu. Cuma yang bezanya, tak nampak di mata.

Maaf! Sebelum anda fikir jauh, AKU ingin katakan bahawa si dia itu bukanlah suami mahupun tunang jauh sekali kekasih. Tapi dia ialah …

NUR FATHIRAH BINTI ARIS

Yup! Sahabat baik AKU dulu kini dan selamanya. Insan yang selalu memberi kata semangat, yang selalu mengingatkan AKU padaNYA. Alhamdulillah syukurku atas anugerahMU ini kerana menganugerahkan AKU seorang insan yang layak digelar SAHABAT.


“Kite harap awak baca entri nie ea. Amacam jiwang tak entri kali ni. Awak, terima kasih untuk segalanya. Tiada apa yang mampu kite balas. Hanya Allah yang mampu balas segala jasa n kebaikan awak. Ungkapan terima kasih nie pun belum tentu cukup untuk kite balas semua kebaikan awak. Sayang awak Fillah. Moga ukhwwah kita semakin kukuh kekal n dapat redha Allah. Moga ukhwwah ini terpelihara. Insha Allah..” 



Rindu nak masak tomyam n nasik lemak ngn awakkk..

Monday, March 2, 2015

Aku Dan Netball

Alhamdulillah. Hampir 3 minggu AKU training netball tiap2 petang untuk berjuang menaikkan nama kos kami dalam persada sukan. Walaupun hanya di peringkat fakulti, tapi AKU rasa puas kerana dapat mengaplikasikan ‘ilmu netball’ yang telah AKU pelajari sewaktu di tahun 6 dulu. Pada awalnya, aku tidak mendapat keizinan untuk mewakili sekolah dalam perlawanan ini kerana bimbang terlalu penat dan akan menggangu pelajaran. Memandangkan selepas tamat waktu persekolahan, semua pelajar Tahun 6 perlu menghadiri kelas tambahan seperti yang biasa dilakukan oleh semua sekolah di Malaysia sebagai persediaan UPSR. Selepas selesai kelas tambahan, semua pelajar pulang ke rumah masing-masing kecuali semua pemain-pemain netball yang menjadi penghuni padang yang luas terbentang bersama-sama guru yang akan melatih kami.

Bagi setiap pemain netball, bengkak di jari itu adalah perkara biasa. Akibat daripada tersalah tangkap bola atau bola yang dilempar itu terlalu kuat. Dan AKU pernah mengalaminya ketika training. Pengalaman pertama bengkak jari memang sakit. Sehinggakan tidak dapat fokus semasa training. Bengkak itu dibiarkan selama 2 hari. Dan hari ketiga barulah AKU dibawa untuk diurut jari ini. (AKU x bagitau parents pun jari nim bengkak) Alhamdulillah bengkak semakin surut hari demi hari cuma lambat sedikit kerana AKU tetap training. Sejurus selepas kejadian itu, AKU sebenarnya hampir dihalang untuk meneruskan training ini. Walaubagaimana pun, AKU tetap teruskan dan aku mampu buktikan walaupun hanya mewakili sekolah. Akan tetapi, ia merupakan suatu ilmu dan pengalaman baru yang AKU dapat.

Pada alam menengah, aku ‘berehat’ dari menyertai mana-mana aktiviti kesukanan terutamanya perlawanan netball samaada peringkat rumah sukan mahupun peringkat sekolah. Kerana ketika itu, AKU banyak melibatkan diri dalam persatuan (sengaja xnak join sukan dh). So,AKU tiada banyak pengalaman sebagai pemain, hanya pemerhati.

Di alam u pula, AKU kembali aktif (xlah aktif mne pun) dalam dunia bola jaring. Bermula dengan perlawanan persahabatan anjuran kos AKU sendiri. Kemudian, AKU cuba dibawah anjuran fakulti pula. Dan peristiwa yang paling AKU tak dapat lupa adalah 2 perlawanan bola jaring yang berbeza penganjurnya tetapi dalam masa yang sama. Tempat yang berbeza. Antara kedua2 tempat tersebut tidaklah terlalu jauh. Setelah selesai sesi pertama perlawanan antara fakulti, AKU terus ke perlawanan di antara batch (memandangkan pengajur kos AKU sendiri). Terasa penat tidak terkata. Walaubagaimana pun, batch kami menjadi juara dalam perlawanan antara batch. Alhamdulillah. Rasa berbaloi dengan kepenatan yang AKU alami. Dan buat kali pertama, AKU menyertai perlawanan bola jaring yang diadakan pada malam hari (lupa penganjurnye). Dan malam itu jugalah sekali lagi tercipta satu sejarah berulang dimana jari AKU sekali lagi menjadi mangsa bola. Ya, jari yang sama sewaktu di Tahun 6 dulu. Alhamdulillah, kerana sakit dijari ini tidaklah seteruk Tahun 6 kerana AKU urutnya sendiri (sebab dah ada pengalaman sakit tuh). Namun begitu, sakit kali ini juga tidaklah terasa sakitnya kerana AKU lebih merasai manisnya ukhwwah kami sebagai satu pasukan dan juga rakan2 yang hadir memberi sokongan walaupun pada malam hari.

Dan kali ini pada tahun 2015, sekali lagi sejarah berulang buat kali ketiga pada jari yang sama. Ia terkena sewaktu training untuk perlawanan yang bakal diadakan beberapa hari saja lagi. Syukur Alhamdulillah bengkak dijari tidaklah mengambil masa yang terlalu panjang untuk surut. Hanya 2 hari sahaja walaupun sekarang masih lagi terasa kesannya. AKU harap pasukan kami menjadi juara bagi perlawanan kali ini, insha Allah. AKU akui ada pasukan yang jauh lebih hebat dari pasukan kami, tetapi ia bukanlah suatu alasan untuk kami berputus asa. Kami akan meneruskan perjuangan kami. Walaupun kami tidaklah begitu hebat seperti yang lain, namun sedikit sebanyak dapat menaikkan nama kos kami dalam dunia sukan dan juga membuka mata insan-insan lain bahawa pelajar-pelajar seperti kami juga boleh bersukan.

Sepanjang latihan, apa yang aku dapat lihat hubungan kami menjadi semakin erat walaupun berbeza kos. Itulah kemanisan yang perlu ada dalam hubungan.



Aku akan teruskan dengan dunia netball insha Allah.. =)


Monday, February 9, 2015

Lagu Baru..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati warna-warni kehidupan. Moga diberi kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaNya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas junjungan baginda, Nabi Muhammad s.a.w. Tidak lupa juga, mendoakan kesejahteraan kepada saudara seIslam di seluruh dunia.

Hari nie AKU nak share lagu baru daripada munsyid terkenal dan top 5 munsyid yang diminati. Apa yang aku fahami mesej yang disampaikan melalui lagu ni adalah Allah tidak pernah melupakan hambaNya walaupun mereka sering melupakanNya. Dan disaat kita berputus asa, Allah sentiasa ada disisi kita dan kembalilah kepadaNya. Dan kita sentiasa memerlukan DIA. Sebagaimana dalam Kalamullah, bermaksud: “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (lupa ayat n surah apa) Rahmat Allah terbentang luas untuk hambaNya.

Kumpulan yang dimaksudkan ialah DEVOTEES dengan lagu barunya AKU PERLUKANMU.

Oh Tuhanku
Dengarkan suara hatiku
Lidahku kelu tak mampu berbicara

Oh Tuhanku
Tak terpikul segala dosaku
Ku takut KAU palingkanku
Dari pandanganMU

Aku selalu melupakanMU
Meski KAU tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMU
Dan ENGKAU mahu terima taubatku


Saat ku hirup udara sedalam-dalamnya
Tak terlintas untuk ku menghargainya
Saat mata terbuka dari lena
Hampir tiada ku rasa

Untuk mensyukuri tiap nikmat
Yang telah KAU pinjamkan
Malah sering aku meminta-minta

Aku selalu melupakanMU
Meski KAU tak pernah melupakanKU
Aku perlu pengampunanMU
Dan ENGKAU mahu terima taubatku


Kalaku tersasar KAU ingatkan
Tersungkurku KAU beri harapan
Tak pernah diri ini dipersiakan
Betapa besarnya rahmat dan kasihMU Tuhan

Aku selalu melupakanMU
Meski KAU tak pernah melupakanKU
Aku perlu pengampunanMU
Dan ENGKAU mahu terima taubatku
Terimalah taubatku



p/s: jom dengar lagu nim.. =)



Tuesday, February 3, 2015

Walimah Lagiiii

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Lamanya AKU tak update dalam blog kesayangan. Alhamdulillah, AKU masih bernafas dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Yang pasti AKU jua akan kembali kepada Pemilik Mutlaq diri ini. Last update tahun lepas. Sekarang dah masuk tahun baru. Sudah 3 hari kita berada di tahun baru. Dan ini juga bermakna sudah 3 helai lembaran diari kita pada tahun ini. Alhamdulillah. Moga semuanya baik2 belaka dan mendapat redha Allah. Insha Allah..

Ok, update terakhir tahun lepas pasal walimah sahabat aku aka 2nd family. Hari nie, AKU nak update blog tersayang nie tentang seorang lagi 2nd family AKU yang telah membina sebuah masjid. Alhamdulillah.. 

Sahabat AKU ini adalah classmate daripada zaman diploma dulu hingga ke zaman ijazah sekarang. Dan pada 5 Disember 2014, sahabat AKU ini telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya yang juga merupakan classmate kami. Tapi, dukacita sebab AKU tak dapat melihat sahabat aku ketika dia diijabkabulkan kerana AKU perlu pulang ke rumah untuk membantu family untuk majlis keesokan harinya. 

Alhamdulillah 3 orang sudah. Yang lain pula bakal menyusul. Cuma tidak tahu bila masa dan hari itu. Apa2 pun, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga. Amiin..