Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, June 24, 2011

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA!!

Assalamualaikum wbt.....

Dah lama rasanya ana x update blog nie....walau apapun...syukur Alhamdulillah...kerana masih lagi diberi kesempatan buat ana melihat wajah kedua-dua ibu bapa,adik-beradik dan juga melihat semua ciptaanNya yang sangat indah..dan sesungguhnya tidak ada yang seindah ciptaanNya...Allahu Akbar!!3x.....Hari ini ana nak kongsi ilmu yang ana dapat....kali ini ana nak share tentang golongan lelaki atau lebih dikenali sebagai Kaum Adam, yang masuk neraka...

Pertama......

AYAHNYA.......
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,membaca al-Quran dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan duniawi semata-mata maka dia akan ditarik oleh anak-anaknya itu.



Kedua....

SUAMINYA......
Apabila seseorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Suami berdiam diri apabila isteri bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami teapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.Walaupun dia seorang alim (tidak tangguh solat,puasa tidak tinggal),maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.


Ketiga....

ABANG-ABANGNYA......
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat....

ANAK LELAKINYA.....
Apabila seseorang anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya.



Maka kita lihat betapa hebatnya wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.Maka kaum lelaku yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.Firman Allah swt yang bermaksud :
"Hai anak Adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu."

Hai wanita,kasihankan ayah anda,suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.Kasihankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri.Jalankan perintah ALLAH swt dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh keikhlasan.

Akhir kata,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.Harga seorang muslim adalah sangat berharga.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

Wallahu 'alam.....