Pertemuan kita
di suatu hari
Menitikan
ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku ke
hadrat Ilahi
Di atas
jalinan yang suci
Namun kini
perpisahan yang terjadi
Dugaan yang
menimpa diri
Bersabarlah di
atas suratan
Ku tetap pergi
jua
Kan ku utuskan
salam ingatanku
Dalam doa
kudusku sepanjang waktu
Ya Allah,
bantulah hambaMu
Mencari
hidayah daripadaMu
Dalam
mendidikkan kesabaranku
Ya Allah
tabahkan hati hambaMu
Di atas
perpisahan ini
Teman, betapa
pilunya hati menghadapi perpisahan ini pahit manis perjuangan telah kita rasa
bersama semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini teruskan
perjuangan
Kan ku utuskan
salam ingatanku
Dalam doa
kudusku sepanjang waktu
Ya Allah,
bantulah hambaMu
Senyuman yang
tersirat di bibirmu
Menjadi
ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan
bersimpul padu
Kenangku di
dalam doamu
Semoga Tuhan
berkatimu..
~ Doa
Perpisahan By Brothers ~
Assalamualaikum
wbt dan salam mahabbah..
Tiada
yang lain yang perlu ku ucapkan syukur melainkan hanya pada Allah Yang Maha
Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
AKU
juga bersyukur kepadaNya kerana masih dikurniakan kenikmatan hidup dan kekuatan
untuk meneruskan permusafiran yang sudah pasti tidak akan berhenti sehingga
maut menjadi noktahnya. Alhamdulillah hari ini juga jari jemari ini dapat
menari riang di keyboard seperti ada sesuatu yang ingin dicurahkan ke tirai
blog tersayang.
Sebentar
tadi sahabat2 telah pun membaca bait2 Doa Perpisahan yang telah disampaikan
oleh kumpulan nasyid Brothers. Apa yang AKU faham berdasarkan bait2 tersebut,
lagu ini menceritakan tentang saat perpisahan sahabat dengan sahabat yang mana
ukhwwah mereka terbina kerana Allah. Betapa manisnya jika ukhwwah itu kerana
Allah.
Lagu
ini berjaya membuat sesiapa saja yang memahami setiap bait kata itu mengalir
airmata. Masihku ingat sewaktu pertama kali AKU mendengar lagu ini yang
disampaikan oleh dua orang guru praktikal dan ketika itu AKU berusia 9 tahun.
Dan masihku ingat lagi raut wajah serta nama mereka dan kini masih AKU dapat
bayangkan suasana ketika mereka mengalunkan Doa Perpisahan ini. AKU juga masih
ingat suara tangisan sahabat yang berada di hadapan meja AKU, dialah student
pertama yang mencurahkan airmata. Pertemuan kami dengan guru2 praktikal selama
3 bulan berakhir dengan tangisan perpisahan. Masihku ingat, Cikgu Z memperkenalkan
aku kepada dunia sajak, dan sehingga kini masih AKU masih simpan. Masihku
ingat, CIkgu R yang pada awalnya kami dimaklumkan beliau berasal dari Sarawak
dan akhirnya ia terungkai selepas kami mengetahui perkara sebenar. Cikgu R
jualah mengajar kami sesuatu yang sangat berbeza. Kami enjoy dengan teknik
beliau mengajar yang berjaya menarik perhatian kami. Perpisahan ini merupakan
perpisahan pertama bagi AKU.
“Cikgu,
terima kasih untuk sepanjang tiga bulan pertemuan kita. Terima kasih kerana
mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih kerana tidak jemu melayan kerenah
dan kenakalan kami. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat. Terima kasih
untuk pengalaman baru. Terima kasih untuk segalanya. Cikgu, walaupun kita telah
lama loss contact, saya sentiasa ingat setiap detik yang bermakna sepanjang
cikgu mengajar kami. Semua memori masih kekal tersimpan. Cikgu, setiap kali
lagu ini kedengaran pasti saya akan teringat kenangan2 yang dilakar. Saya harap
cikgu sentiasa sihat dan sentiasa berada di dalam rahmatNya, insha Allah.
Terima kasih cikgu.”
Untuk
kali kedua, lagu ini dipasang ketika AKU
berusia 17 tahun bersama lagu KAU SAHABAT KAU TEMAN daripada Hijjaz. Ok, AKU
taknak cerita panjang sejarah ini.
Untuk
kali ketiga, lagu ini sengaja dipasang oleh salah seorang My Second Family
ketika AKU dan sahabat melangkah keluar dari “United Kingdom” pada 22 Mac 2014.
Gudjob sahabat kerana melajukan lagi tangisan kami bertiga. Boleh dikatakan 2
hari berturut-turut kami ‘bermain’ dengan airmata tatkala seorang demi seorang
sahabat pulang ke teratak masing2 selepas mencipta berjuta-juta kenangan suka
dan duka. Ya, merekalah keluarga keduaku yang tiada ganti. Walaupun sepanjang
tiga tahun kami bersama, pasti ada salah faham. Namun sebenarnya ia makin
mengeratkan silaturrahim antara kami. Tiada sesuatu di dunia yang sempurna,
pasti ada kelemahan. Dan jika timbul kelemahan, kami akan tampung dengan
kelebihan lain. selepas pertemuan tiga tahun, masing2 ada pilihan sendiri. Tapi
itu bukanlah alasan untuk kami tidak berhubung. Hubungan pasti manis dan
bermakna jika kerana Allah. Apa2 pun, insha Allah jika ada jodoh ketemu lagi.. J
Bila
ada perpisahan, Doa Perpisahan ini jualah yang akan kedengaran. Dan AKU harap
itulah kali terakhir AKU dengar lagu itu untuk perpisahan..