Jumaat / 7.11.2014 / 7.00 am
Assalamualaikum
wbt dan salam mahabbah..
Alhamdulillah
Alhamdulilah thumma Alhamdulillah. Syukur lillahi ta’ala AKU masih menjalani
kehidupan dengan izinNya. Moga hari ini dan seterusnya akan lebih baik dari
hari-hari sebelumnya. Sudah sebulan lebih blog AKU MUSAFIR tiada entri. Insha
Allah malam ini entri baru bakal
bertandang pembuka kepada November. Sebulan lebih meninggalkan blog tersayang pasti
ada peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku dalam masa tersebut. Alhamdulillah 2 3 peristiwa menarik berlaku
sepanjang AKU menyepi. Tapi AKU nak share satu jelah.. J
......*****......
11.10.2014
/ Sabtu
Alhamdulillah
pada hari Sabtu 11 November 2014, salah seorang sahabat kami telah selamat
diijabkabulkan dengan pilihan keluarga beliau. Alhamdulillah kami dijemput ke
majlis tautan hati pasangan sama cantik sama padan ini. Sekitar 9.00 pagi,
majlis pertunangan berlangsung dan diikuti dengan majlis akad nikah di rumah
beliau. Sekitar 11.30 pagi kami ke rumah beliau dari homestay. Sebenarnya
sehari sebelum walimah, kami sudah ke rumah beliau (konvoi 6 buah kereta) dan
menginap di 2 buah homestay (homestay lelaki dan homestay perempuan) yang
berbeza arah tetapi terletak tidak jauh dari rumah beliau. Setelah tiba di
rumah beliau, kami bersalaman dengan pengantin dan juga keluarga beliau, dan
yang perkara yang tidak boleh dilupakan adalah cipta memori indah ini. Sakannya
kami bergambar. Maklumlah, ini walimah pertama sahabat perempuan selepas
sahabat lelaki sebelum ini. Selepas itu, kami menjamu selera, sembang-sembang
melepaskan rindu dengan sahabat-sahabat yang telah bekerja. Tepat jam 1.00
tengahari, kami bertolak pulang ke bumi ilmu dan Alhamdulillah selamat sampai
pada 5 .15 petang.
……*****…...
Barakallahulakuma
kepada sahabat kami yang kini bergelar Puan Noor Fatihah dan juga zauj beliau,
Encik Rahim. Semoga perkahwinan mereka kekal till Jannah dan mendapat anak-anak
soleh solehah.
*teringat
kata salah seorang sahabat kami, rais raisah sem 1 sudah..rais raisah sem lain
bila lagi? Haha..(kebetulah rais raisah sem 1 tukar status awal)
p/s: insha Allah, rais sem 3 dan raisah sem 2
bakal disatukan sebulan lagi. Konvoi lagiii!!! J