Assalamualaikum
wbt dan salam mahabbah.. J
Alhamdulillah,
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Bersyukur kerana
masih dikurniakan nikmat kesihatan nikmat merasai ketenangan dan semua nikmat
yang tidak terhitung.
Alhamdulillah cuaca
hari ini cerah, berangin dan tenang. Setenang hati ini. Allahu Akbar! Tiada lafaz
yang boleh diungkapkan seiring dengan hati untuk menggambarkan betapa gembiranya
dan tenangnya hati ini apabila semua perkara yang berlegar di fikiran terus
hilang dan lenyap.
Pertamanya, syukur
Alhamdulillah kerana telah selesai tanggungjawabku memegang jawatang MT ISM Dak
bagi sem ini. Terlalu banyak pengalaman sepanjang berada dalam organisasi
tersebut. Terutamanya, apabila bekerja dengan ahli MT dan Exco yang begitu
memahami dan saling bekerjasama dan saling membantu. Walaupun pada awalnya AKU
agak janggal dan awkward dengan suasana baru tambahan pula perlu bekerja dengan
orang yang baru kenal. Namun, sepanjang satu sem itulah proses kami mengenali
sahabat-sahabat MT dan Exco dengan lebih lagi. Dan AKU juga bersyukur kerana
AKU berjaya mempraktikkan dalam organisasi ini apa yang telah AKU belajar
semasa zaman diploma dulu. Alhamdulillah. Benar kata orang bahawa pengalaman mematangkan
kita. Apa-apa pun, satu sem sudah selesai bermakna sudah selesai tanggungjawab
kami dalam organisasi tersebut secara zahirnya. Jazakumullahu khairan kathira
dan alfun syukran kepada semua MT dan Exco ISM Dak Sem 3 kerana berjaya
menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik. Sekalung tahniah dan
takziah buat pimpinan baru sem depan atas pelantikan kalian sebagai pengganti
kami. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan lebih baik. Keputusan jawatan
adalah berdasarkan undian dari semua ahli
ISM Dak Sem 3 100%. Bukannya berdasarkan pilihan pihak kami. ISM Dak Sem
3 dalam kenangan.. J
Kedua, AKU bersyukur dan senang hati kerana dapat
memenuhi hajat seorang sahabat AKU. Oleh kerana beliau terlalu menginginkan
sesuatu itu, AKU dan sahabat2 yang lain berpakat membawa beliau ke tempat itu.
Alhamdulillah. Gembiranya beliau membahagiakan diri ini. Terima kasih sahabat
kerana menerima apa yang kami buat ini walaupun hanya simple-simple.
Ketiga, yang inilah yang paling ditunggu-tunggu. Perancangan
masa terdekat antara kami 3 sahabat. Planning sudah pun dibincangkan. Hanya tinggal
permission, set the date and venue saja. Lepas tu, insha Allah proceed!! Tempoh
yang diberikan tidak sampai setahun. Insha Allah jika kita bersungguh-sungguh untuk
realisasikan impian kita, tidak ada istilah angan-angan mat jenin.. Moga kami
dipermudahkan urusan untuk merealisasikan impian kami. Allahumma amiin..