Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, April 1, 2011

Disebalik April Fool!!

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah wa syukran lillah kerana bley lgi ana menaip sebarang ilmu untuk perkongsian kite sume...Tanpa kuasaNya,sudah pasti ana x mampu utk menulis coretan dalam blog nih...Alhamdulillah jugak kerana hari nie dah masuk bulan ke-4 bgi tahun 2011...bermkna dah 4 bulan ana menikmati anugerah kurniaanNya pda thun nih...Alhamdulillah...
Hari nie,1 April 2011...kebiasaanya kalau kalau first day utk bulan 4 nih,mesti sesetengah manusia yg sedang asyik mengusik atau pun mengenakan kawan2nya dengan niat hanya untuk ber"APRIL FOOL"...Oh yer,sebut pasal April Fool nih,ana ader satu cerita yg mmg ana perlu kongsi....Kisahnyer juga berkait tentang April Fool..
Ikuti kisah disebalik A.P.R.I.L. F.O.O.L.
......................................................................................................

Setiap kali menjelang 1hb April,sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa2 untuk dipermain-mainkan.Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.Yang penting,mereka puas melihat muka mangsa2 mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun,tanpa mereka sedari,kadang kala lawak2 biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.Sewaktu zaman sekolah dahulu,penulis pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini.Seorang suami yang jahil tentang agama,telah mengucapkan "Aku ceraikan kau dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untuk melawak.Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'.Selepas itu,giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera2 Kristian.Penduduk2 Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 Islam dari Sepanyol.Penduduk2 Muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan.

Orang2 Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokannya harinya (1hb April),mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan kemudian membakar rumah2 penduduk Islam.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki,perempuan dan anak2 kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan,orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
(Petikan daripada Risalah Fikrah upmu-unimas)
......................................................................................................

Wassalam.........

No comments:

Post a Comment