Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan
make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik,
mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia
terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu
dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat
'Isyak "
Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang
menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis
dirosakkan oleh air." Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak
izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang,
mak akan tetap memarahi kamu." Anak perempuannya menjawab:
"Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan
solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana
makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya
berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik
di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "
Sambil
tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya
tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya?
Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi
cantik di mata-Nya "
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada
wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia
memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar
bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau
meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah
yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang
mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan
Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup
beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada
mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi
lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana
umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia
tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik
pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda
berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan
pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan!
Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya?
Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang?
Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia
untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai
tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah
kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
Para Muslimin
sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah
kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih?
keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!
gambar sekadar hiasan
Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan
kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang
baik, amin.
Alhamdulillah bersyukur diri ini ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana diri ini masih lagi dapat bernafas di dunia milik NYA. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala nabi yakni Nabi Muhammad s.a.w dan juga buat keluarga dan sahabat serta para mujahid mujahidah di bumiNYA.
Sudah lama rasanya diri ini tidak mengintai tirai blog kesayangan dek kerana terlalu seronok dapat bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bertemu dan ahli baru pada bulan Mac baru-baru ini. Alhamdulillah, terbinalah sebuah masjid setelah hampir setahun dalam proses 'pembinaan'. Diharap mahligai cinta yang tersergam indah akan terus indah dan bercahaya disirami keimanan seterusnya akan kekal hingga ke syurga cinta yang abadi. InsyaAllah.
Melihat mereka bercinta selepas nikah adalah perkara yang sangat indah dan sangat dituntut dalam agama. Keindahan itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan juga digerakkan jari jemari di keyboard. Tetapi ia hanya bisa dirasai dengan pengalaman sendiri. Diri ini tidak mampu untuk menceritakannya kerana belum menghadapi proses tersebut dan masih belum sampai masanya lagi. Semua itu hanya dapat dirasai individually (ada ke perkataan nie?).
Tamat kisah tu.. (tak nak sentuh banyak2..) ^_^
Hari ini bermulalah kisah sebagai seorang mahasiswi. Baru berpisah dengan keluarga sudah terasa rindu. Rindu yang teramat sangat. Rindukan suara ummi papa,abang2,adik,kakak2 ipar dan juga si comel penyeri keluarga. Terasa berat kaki ini melangkah keluar dari teratak tersayang meninggalkan keluarga walaupun jarak yang memisahkan kami hanya 22km sahaja. Namun, disebabkan amanah yang bakal diri ini pikul, ku gagahi jua demi fardhu ain yang dituntut dalam Islam. Bak kata pepatah Arab yang bermaksud, 'Menuntut ilmu wajib ke atas setiap Muslim.' InsyaAllah diri ini akan buat yang terbaik untuk keluarga tersayang.
Salam Sayang & Salam Rindu buat keluarga tersayang yang jauh mata tetapi dekat di hati.. ^_^
Syukran jazilan buat antum yang sudi membaca luahan kerinduan buat keluarga tersayang..
“Sayang,bangun
sayang.Sayang…,” tenang sahaja suara yang terdengar di telinganya.
Wardatul Shaukah tersedar.Bergegas dia bangun takut dimarahi lagi.
“Ye bang…,”jawabnya ketakutan.Disapunya air mata yang memenuhi kelopak mata
dengan jari-jemarinya,lembut.
“Abang…,”Wardatul Shaukah menggosok-gosok matanya.
Keadaan di dalam bilik itu tidak sama seperti di dalam bilik rumah banglonya
semalam.
“Astaghfirullah haladhzim…,”lantas Wardatul Shaukah meludah tiga kali disebelah
kirinya.
Rupanya ia mimpi semata.Wardatul Shaukah menoleh jam ditangannya.Tepat jam tiga
pagi.Rupa-rupanya suara yang tenang mengejutkannya tadi adalah suara Wildan
suaminya yang sekarang,bukan seperti dalam mimpi.
‘Mungkin doa abang Wildan yang tulus itu hadir mengejutku,terima kasih ya Allah
kerana menyampaikan doa suamiku.,’fikirnya dalam hati.
Wardatul Shaukah bangun dan bersiap untuk mengadap pencipta Agungnya.Dia
bersyukur semua yang terjadi tadi hanya mimpi semata.Dia menangis
sepuas-puasnya di dalam solatnya pagi itu.
***
“Assalamualaikum,sayang abang.Ape khabar?,”sapa Wildan dari arah belakang
Wardatul Shaukah.
“Alhamdulillah,abang sihat.Sayang makin cantiklah abang tengok.Ada orang ngorat
tak ni?,”usik Wildan membuatkan Wardatul Shaukah tersipu malu.
“Segala puji bagi Allah abang.Kalau ade pun,abang saje di hati sayang
bang.Abang yang berhak ke atas sayang.Abang terbaik buat sayang,tak mungkin
sayang pilih yang lain.,”balas Wardatul Shaukah,mengeratkan lagi kasih-sayang
antara mereka suami isteri.
Mereka menggunakan masa menunggu untuk berlepas ke Malaysia sebaik mungkin
dengan bertanya perkembangan sesama sendiri sepanjang empat tahun mereka tidak
bertemu.
***
‘Alhamdulillah,apa yang aku mimpi hari tu tidak terjadi di alam realiti.Malah
sebaliknya,segala keadaan amat baik sekali.’bisik Wardatul Shaukah di dalam
hati.
Wardatul Shaukah dan Wildan baru sahaja tiba dirumah mama dan abah
Wildan.Mereka baru pulang dari menziarah Ummi dan Abi Wardatul Shaukah.Walaupun
masih keletihan,tetapi rindu menyebabkan semua rasa letih hilang sekelip mata.
“Bang Ngah…Kak Ngah…,”jerit Aman dan Amin berlari laju ke arah Wildan dan
Wardatul Shaukah.
“Bang Ngah dan Kak Ngah takut tak naik tinggi-tinggi?Ma cakap Bang Ngah ngan
Kak Ngah terbang pegi belajar.Tak takut ke…?,”tanya Amin ingin tahu.
“Apelah Min ni,pengecut.Mesti la tak takut,dapat terbang tinggi,boleh tengok
pemandangan dari atas.Kan Bang Ngah,Kak Ngah,”kata Aman tidak setuju dengan
pertanyaan Amin sebentar tadi.
Masa cepat berlalu,sekarang umur mereka sudah mencecah 10tahun.
“Iye betul cakap Man tu,tak takutlah Min.Sebagai seorang lelaki,kita tak boleh
rasa takut dengan benda-benda macam ni.Kalau kita takut,macam mana nak
berperang nanti?Macam mana nak selamatkan dunia?Macam mana nak tegakkan
Islam?Nabi kita sungguh berani orangnya.Mesti kita semua nak jadikan beliau
contoh kan.Betul tak?”tanya Wildan.
Wardatul Shaukah berlalu memberi ruang kepada Wildan untuk menyedarkan adik
kembarnya itu.
“Betul,erm..nabi kita berani,macam mana tu Bang Ngah?Bang Ngah ceritelah lama
tak dengar Bang Ngah cerita kan Man kan?,”tanya Amin berkobar-kobar.Mata kedua
adik kembarnya itu langsung tidak beralih dari tadi memandang Wildan.
“A’ah,Bang Ngah citelah..,”rayu Aman pula.
“Baiklah,seperti yang telah diceritakan oleh Ali bin Abi Thalib
Radhiallahu’anhu tentang keberanian Rasulullah S.A.W,beliau mengatakan,apabila
dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kami pun
berlindung di belakang Rasulullah S.A.W, tidak ada seorang pun yang paling
dekat kepada musuh daripada beliau.”,cerita Wildan dengan penuh semangat.
“Wahh..beraninya.Kalau Min,Min mesti duduk belakang sekali.Min tengok dalam tv
yang ramai-ramai darah tu,kena bom,takuttt sangat…kesian kat diorang kan Bang
Ngah.Macam mana Rasulullah terlalu berani ye Bang..erm..Min nak berani macam
Rasulullah juga.,”sayu Amin meluahkan perasaan sebenarnya.
“Erm..itu baru sedikit adikku,semasa perang Uhud, disitulah terjadi peristiwa
besar yang menunjukkan keperkasaan Rasulullah S.A.W dan keteguhan serta
kesabaran beliau atas luka yang diderita pada peperangan tersebut.
Sahal bin Sa’ad telah menceritakan kepada kita tentang luka yang diderita
beliau . Ia berkata: “Demi Allah, aku benar-benar mengetahui siapakah yang
mencuci luka Rasulullah S.A.W, siapakah yang menyiramkan airnya dan dengan apa
luka itu diubati.Katanya lagi, “Fathimah radhiyallahu ‘anha putri beliaulah
yang mencuci luka tersebut, sementara Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu
menyiramkan airnya dengan perisai. Namun ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha
melihat siraman air tersebut hanya menambah deras darah yang mengucur dari luka
beliau, ia segera mengambil secarik tikar lalu membakarnya kemudian membungkus
luka tersebut hingga darah berhenti mengucur. Pada peristiwa itu gigi beliau
patah, wajah beliau terluka dan kepala beliau terkoyak lebar.”cerita Wildan
dengan nada dan gaya yang sesuai agar adik-adiknya dapat memahami dan merasai
sendiri perasaan itu.
“A’aaaaa…sakitnya Bang Ngah.Kesian Rasulullah…isk isk isk..,”luah Aman
tiba-tiba dengan tangisan.Dia sungguh menghayati penceritaan Wildan.Lantas dia
memeluk Wildan.
“Ye Man,Rasulullah berani,berani kehadapan,walaupun tahu akibatnya,demi
Allah,demi memperjuangkan agama Islam tercinta,beliau sanggup,biarlah dirinya
dihina,disakiti,tetapi jangan Allah dihina,jangan agama Islam dikotori.,”Wildan
menyimpulkan semula ceritanya,dan membalas pelukan Aman yang masih terdengar
bunyi esakannya.Dia mengusap lembut kepala adiknya itu.Tangisannya makin berkurang.Amin
melihat abang kembarnya dengan wajah yang sayu.Matanya mula berkaca.
“Man,Min,dah jangan kacau Bang Ngah.Bang Ngah kan baru sampai…,”kata mama
Wildan tiba-tiba dari arah dapur.Dia sudah biasa bila melihat tiga beradik itu
bersama,tentu Wildan menceritakan sirah Nabi memberi pengajaran dan contoh pada
adik-adiknya.Segala tangisan,gelak ketawa,selalu didengarinya.
Lantas Wildan menyalami ibunya.Baru dia tersedar,agak lama dia bercerita pada
adik kembarnya itu,sehingga lupa untuk bertemu dengan Mama dan Abahnya sejurus
pulang tadi.Aman dan Amin beralih menonton rancangan kegemaran mereka yang
ditinggalkan tadi.
“Tak kacaulah Ma,Man dan Min dah baik sekarang.Tak nakal dah.Erm..abah mana
Ma?,”tanya Wildan hairan.
“Abah pergi masjid.Ada program katanya.Kejap lagi balik lah tu.Pergilah mandi
dulu ye,tukar baju tu.”arah mama Wildan sebagai seorang ibu.
“Assalamualaikum…
“Apa?!...”jerit mama Wildan sejurus menjawab panggilan.
“Ma kenape?,”tanya Aman pelik dengan sikap mamanya itu.
“Ma,sape tepon Ma?,”tanya Amin pula.
“Abah..abah accident…,”tergagap-gagap mama Wildan memberitahu perkara sebenar.
“Man,Min,panggil Bang Ngah dan Kak Ngah,kita pergi hospital
sekarang,cepat…!,”kalut mama Wildan,hatinya mula resah,segala kemungkinan boleh
berlaku.Air mata mula berjuraian dipipi.
***
“Alhamdulillah,Encik Wahab dalam keadaan stabil sekarang.,“ujar doktor muda
itu.
“Alhamdulillah,”serentak ahli keluarga Wildan termasuk Wardah
bertahmid,bersyukur insan tersayang selamat.
“Terima kasih doktor,”ucap Wildan dan menyalami doktor muda tersebut.
“Boleh kami masuk?,”tanya mama Wildan.
“Erm,sebaiknya,saya sarankan sorang saja yang masuk.Bagi pesakit rehat
dulu.,”ujar doktor muda itu.
“Ma masuk ye.Bang Ngah dan Wardah teman Man dan Min kat luar ni.,”ujar Wildan
lembut di telinga mamanya yang masih terdengar esak tangisnya.Dia membiarkan
mamanya masuk melihat abahnya yang terlantar di dalam sambil matanya melirik
pada kedua-dua adik kembarnya yang terlena di atas kerusi semasa menunggu tadi.
“Doktor Shah,apa sebenarnya terjadi pada abah kami?,”tanya Wildan dengan
menyebut nama sebenar doktor yang dilihatnya pada tag nama baju doktor muda
itu.
Wardatul Shaukah mula berdebar.Dia terkejut mendengar nama tersebut.Tapi dia
cuba menenangkan dirinya.
”Shah bukan seorang,”hatinya menenangkan.
Dia duduk bersebelahan adik-adik iparnya itu.Telinganya masih menangkap segala
perbualan doktor muda itu dengan suaminya.
“Semasa Encik Wahab dibawa kesini oleh orang awam,seluruh badannya dipenuhi
darah.Katanya accident dengan dua buah kereta di pembahagi jalan.Kepala Encik
Wahab terhentak di atas jalan raya,Alhamdulillah tidak terlalu kuat kerana topi
keledar yang dipakainya.Kakinya pula penuh luka,mujurlah tiada yang patah.Semuanya
selamat.Subhanallah,selalunya kejadian seperti ini,penunggang motorsikal akan
maut,itulah kekuasaan Allah kan.,”cerita Doktor Shah segala yang diketahuinya.
“Subhanallah,Alhamdulillah,”ucap Wardatul Shaukah sambil mengusap kedua-dua
tapak tangannya ke muka.
Doktor Shah dan Wildan berpaling ke arah Wardatul Shaukah.
“Ini isteri saya,dan dua lagi tu adik kembar saya.,”ramah Wildan mempekenalkan
ahli keluarganya.Dia semakin selesa bersama Doktor Shah yang baru dikenalinya
itu.
Wardatul Shaukah terkejut,tidak sedar suaranya menganggu percakapan mereka
berdua.
‘Wardah?Ya Allah..adakah ini Wardah yang aku cari selama ini?Tak mungkin,tak
mungkin,dia dah bersuami.,’monolog Doktor Shah di dalam hati.
“Owh Wardah,saudara nama siapa ye.Dari tadi kita berbual lupa pulak nak tanya
nama.,”ujar Doktor Shah pula bersuara,risau lamunannya membuat orang lain
berfikir negatif padanya.
“Wildan,panggil Wildan saja.A’ah kan,tak sangka pula kita boleh berkenalan
disini.,”
“Betul tu cik Wildan..,”
“Ha..jangan bercik-cik ,panggil saja Wildan.,”
“Owh maaf,cik..eh,Wildan,Wardah.Saya pergi dulu ye,ada kerja
sikit.Assalamualaikum.,”ujar Doktor Shah menamatkan perbualan.
Doktor Shah membuat helah.Hatinya tiba-tiba rasa cemburu terhadap
Wildan.Hatinya mula memikirkan Wardah yang dikenalinya tadi.Sudah sekian lama
dia mencari perempuan yang bernama Wardah,kawan alam mayanya yang mengubah
hidupnya sehingga berjaya menjadi doktor dan imam muda juga.Dia pernah pergi ke
tempat belajar yang diberitahu Wardah pada mulanya,tetapi dia tiada lagi disitu
kerana telah dibuang.Sudah lama dia melupakan perkara itu,tetapi pada hari
itu,kejadian tadi mengembalikan segala ingatannya pada perempuan yang
dikaguminya,Wardah.
***
“Cik Wardah…,”panggil Doktor Shah ketika melihat Wardatul Shaukah keseorangan
didalam bilik pesakit menjaga bapa mertuanya.
“Ye?!,”Wardatul Shaukah tersentak,dibalasnya dengan pertanyaan.Hatinya tidak
tenang berdua sahaja dengan doktor muda itu.Bapa mertuanya masih koma sejak
tadi lagi,belum sedarkan diri.Wildan pula menghantar mama dan adik-adik
kembarnya pulang ke rumah untuk berehat dan akan datang kembali selepas itu.
“Erm..saya ade satu soalan.,”luah Doktor Shah,lupa tugasnya sebagai doktor
disitu.
“Apa nama penuh awak?,”tanya Shah ingin memastikan kenalan mayanya atau
tidak.Dia sentiasa mengingati nama yang indah itu kerana tidak pernah didengari
nama sebegitu sebelum ini.Hatinya tidak keruan sedari tadi kerana memikirkan
hal itu.Harapannya yang didepannya bukanlah Wardah yang dia tercari-cari selama
ini kerana Wardah ini telah berkahwin,tidak sanggup dia menerimanya.
Setiap gadis yang mendampinginya ditolak satu persatu kerana mahu sekuntum
mawar berduri itu.Mummy dan daddynya berkali-kali menasihatinya,langsung tidak
dipeduli.
“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.
“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.
“Assalamualaikum…,”ujar Wildan memasuki bilik itu.Dia langsung tidak mengesyaki
apa-apa bila melihat isterinya bersama doktor muda yang baru dikenalinya tadi
di dalam bilik itu.
“Waalaikumsalam warahmatullah,”jawab Wardatul Shaukah dan Doktor Shah serentak.
“Erm..saya keluar dulu ye.,”Doktor Shah meminta izin keluar,persoalannya masih
juga tidak terjawab.Hatinya mula resah.
“Baiklah,terima kasih banyak doktor.,”Wildan menyambut.
Wildan dan Wardatul Shaukah tidur di sebelah kanan dan kiri katil menjaga abah
mereka.Tanpa mereka sedari,jari-jemari Pak Wahab mula bergerak-gerak.
“Ya Allah,terima kasih kerana selamatkan aku,terima kasih juga ya Allah kerana
Engkau memberikanku anak dan menantu yang baik ini.,”ucap Pak Wahab sayu sambil
mengusap kepala Wildan dan Wardah perlahan-lahan terharu.
Beberapa hari selepas itu…
“Shah,bila abah saya boleh balik?,”tanya Wildan kepada Doktor Shah di
pejabatnya setelah melihat abahnya makin sihat dan cergas semula.
‘Kalau aku bagi keluar awal,bila lagi aku nak jumpa Wardah,bila lagi aku nak
tahu sape dia sebenarnya?Ye,aku patut tahan Encik Wahab dulu sebagai umpan.,”bisik
Doktor Shah dalam hati.
“Erm..insyaAllah minggu depan.,”balas Doktor Shah agak lambat.
“Tapi,bukankah abah saya dah sihat?,”tanya Wildan lagi agak pelik.
“Ye,tapi,Encik Wahab perlu tinggal di sini dulu,kerana ada rawatan khas
untuknya.Supaya lukanya cepat sembuh.,”jelas Doktor Shah tanpa rasa malu
menipu.
“Oh,baiklah,terima kasih Shah.Saya pergi dulu.”
“Sama-sama.,”
Wildan berlalu ke bilik abahnya ditempatkan dengan rasa kesal.Tidak sanggup
membiarkan isteri tersayang menjaga abahnya sendirian.Dia terpaksa bekerja
kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak patut diketepikan.
***
“Sayang,abang minta maaf tak dapat temankan sayang melawat abah.”
“Tak pe,sayang faham abang,abang ada tanggungjawab lain,sebagai isteri,sayang
bertanggungjawab menjaga abah kita.Lagipun tak lama lagi abah dah boleh keluar
kan.,”pujuk Wardatul Shaukah menghilangkan rasa bersalah suaminya.
“Sayang pergi dengan ape nanti?”
“InsyaAllah,sayang dah bincang dengan Ma,mungkin dengan teksi atau bas.,”
“Tak pe ke sayang,abang risaulah.”
“Abang,la takhaf,innallaha ma’ana.Jangan risau ye bang,Allah sentiasa ada untuk
kita berharap di mana saje kita berada.,”
“Ye betul tu,ape pun hati-hati ye.Abang dah mula kerja esok.Ada ape-ape call
abang ye.,”
“Ye abang,selamat malam.”
“Selamat malam sayang.,”
***
“Koh koh,Koh Koh…aduh,sakitnya tekak ni.Koh koh,”keluh Mama Wildan sendiri.
“Kenape Ma?Ma tak sihat ke?,”tanya Wardatul Shaukah menyedari ibu mertuanya itu
terbatuk-batuk sedari tadi.
“Entah la Wardah,tiba-tiba je pagi ni macam nak demam je.Sejuk,sakit tekak
pulak.,”
“Nanti kita pergi hospital kita minta ubat sekali ye.,”
“Eh,tak pelah,Ma tak makan ubat hospital tu.Pahit sangat.Tak pe nanti baik la
tu.,”
“Oh ye ke,kalau macam tu,Ma rehat jelah kat rumah ye.Wardah boleh pergi sendiri
melawat abah.”
“Tak pe,tak pe,Ma kuat lagi nak melawat abah.Koh..koh..,”balas Mama Wildan
terbatuk-batuk tidak mahu mengalah.
“Ma,esoklah ye,Ma tak sihat tu.Esok,kita pergi sekali dengan abang Wildan.Esok
abang janji nak hantarkan sebelum dia pergi kerja.”
“Erm..baiklah,Wardah kirim salam Ma kat abah ye.Jangan cakap Ma sakit,nanti
risau pulak dia.,”pesan Mama Wildan lemah.
“Wardatul Shaukah…!Adakah awak?,”suara itu tiba-tiba kedengaran dari arah
belakang Wardatul Shaukah ketika dia baru mula menjejak kaki masuk ke bilik
bapa mertuanya ditempatkan.
“Iye…saya.Macam mana doktor tahu?,”
“Jadi betullah awak Wardatul Shaukah?Saya Shah.Shah UM.Ingat lagi tak,kita
pernah chatting dulu.,”
‘Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wardatul Shaukah di dalam hati.Tidak
disangka perkara ditakuti berlaku selama ini berlaku juga pada hari itu.
“Ermm..erm..saya ingat.Doktor lupakan saja perkara itu ye.Saya masuk
dulu.,”balas Wardatul Shaukah ingin mengelak.Hatinya tidak keruan,takut
menimbulkan fitnah kerana berduaan saja di situ.
“Kejap!,”jerit Doktor Shah.Dia tidak sanggup lagi menyimpan segala yang
terpendam selama ini.
Wardatul Shaukah berhenti menghadap pintu bilik abahnya ditempatkan..Tidak
sanggup melihat muka sahabat mayanya yang beberapa tahun dahulu ketika dia
melayan nafsu bosannya itu.Rasa berdosa menerjah kembali.
“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Tapi saya dah berkahwin.Saya minta maaf.Tak elok kita berdua di sini.,”
“Tak pe,saya kan doktor,orang akan pandang awak macam patient saya.”
“Ye itu pandangan orang.Tapi Allah?Dia tahu segalanya.Dia tahu isi hati setiap
antara kita.Dia tahu niat kita!,”tegas Wardatul Shaukah.Pandangannya tetap
tidak berganjak.
Doktor Shah tergamam.Tidak pernah perempuan berkata seperti itu kepadanya.Tegas
pendiriannya menjaga ikhtilat.Itu yang membuatkan dia bertambah suka pada gadis
itu.
“Saya minta maaf,saya tahu awak dah berkahwin.Awak dapat suami yang soleh dan
baik yang memang sesuai buat awak.Siapalah saya.Tapi,saya Cuma nak luahkan
segala yang saya pendam selama ni.Saya minta maaf,sebenarnya saya masih simpan
id YM awak.Dan saya susah nak lupakan awak,even saya belum pernah jumpa awak
sebelum ni.Saya rasa awak perempuan yang baik,yang solehah,sebab itu saya
mencari-cari awak selama ni.Saya cari awak di UIA.Saya tak tahu awak belajar
dekat UIA mana,so saya cari dekat setiap cawangan UIA.Rupanya awak di UIA
Nilai,tapi sayangnya awak dah tiada kat situ.,”
Wardatul Shaukah terkedu seketika.Dia terkejut mendengar luahan hati doktor
muda itu.Dia membiarkan doktor itu melepaskan segalanya dahulu.
“Saya tolak semua perempuan yang ingin mendampingi saya.Saya jaga pergaulan
saya.Saya jaga semuanya,saya solat hajat minta awaklah jadi teman hidup
saya,tapi,ternyata,doa saya tak dimakbulkan.Masa mula-mula saya dengar nama
awak Wardah,saya terus teringat sahabat maya saya yang banyak memberi kekuatan
kepada saya untuk menjadi muslim sejati.Tapi,saya tak mengharap sebab awak dah
berkahwin.Saya harap Wardah yang saya tunggu-tunggu selama ini masih solo,masih
anak dara.Tapi…,”
“Tapi,semua perempuan kat luar sana,tak sama dengan awak.Awak solehah,awak
pakai tudung labuh,awaklah ibu yang sesuai untuk mendidik ana-anak saya
nanti.,”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Doktor,doktor kata saya solehah?Doktor tahu dari mana?Doktor tak tahu niat
saya,doktor tak tahu setiap tindakan saya selama ini,jadi jangan judge
macam tu.Tak semestinya orang yang tidak bertudung labuh tu cetek ilmu
agamanya.Kadang-kadang mereka ni lagi terbaik dalam bidang agama.”
“Tapi…saya mengharapkan perempuan solehah yang menemani saya.Susah nak cari
muslimah yang kuat agamanya sekarang,”luah Doktor Shah lagi.Hatinya lembut,suaranya
mula berbaur esakan.Dia betul-betul mahu isteri yang terbaik yang dapat
menasihatinya untuk memperbaiki segala kesilapannya.Dia mengharapkan
keluarganya nanti keluarga yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam.Dia tidak
dapat menerima gadis pilihannya itu sudah terlepas ke tangan orang lain.
“Doktor,doktor jangan mencari tanpa berusaha.Ye,mencari itu adalah satu
usaha.Tapi adakah usaha kita itu mencukupi tanpa pertolongan dari
Allah?Doktor,jika mahu yang terbaik,jadilah yang terbaik.Jika mahu yang solehah,jadilah
seorang yang soleh.Tapi niat ingin menjadi soleh,janganlah kerana ingin
mendapatkan isteri yang solehah semata.Saya menasihati perkara yang saya
cakapkan ini juga untuk diri saya.Perbaiki diri kita,carilah cinta
Allah.Bercintalah dengan Allah,buat segalanya niat hanya kerana
Allah.InsyaAllah,bila tiba masanya,bila tiba saat doktor patut berkahwin,Allah
yang akan menghadiahkan seorang isteri yang juga cintakan-Nya.Alangkah
bertuahnya kita.Tidak rugi bercinta dengan Allah.Dialah pemilik sebenar
cinta.Cintailah Dia,Dialah cinta yang hakiki.,”
Wardatul Shaukah berlalu masuk ke bilik itu.Dia mengucap syukur kerana Allah
telah memberi kekuatan padanya untuk memberi kesedaran kepada lelaki yang
digelar Doktor Shah itu.
“Subhanallah.Cinta Allah.Kenape aku tak pernah terfikir selama
ni.Astaghfirullah haladhzim…,”kata Doktor Shah sendiri.Dia mendengar penuh
khusyuk segala yang dituturkan Wardatul Shaukah sebentar tadi.Dia seperti baru
terjaga dari mimpinya selama ini.Air matanya makin bercucuran.Semua yang berada
disekeliling yang melihatnya tidak dihiraukan lagi,matlamatnya satu,mengejar
cinta Allah.
Lantas dia berlalu ke surau terdekat.Dia mahu meminta ampun kepada
Pencipta-Nya.Dia sedar selama ini,dia mengharapkan cinta dari seorang wanita
yang juga diciptakan dari air mani yang jijik.Sepatutnya Allahlah yang perlu
diutamakan dalam setiap perkara.Perubahan demi perubahan kepada yang lebih baik
telah berlaku dalam diari hidup doktor muda itu.
“Waalaikumussalam,Iqah,ape khabar?Macam mana dengan cucu ummi sihat ke?”
“Ummi…!Alhamdulillah,Iqah sihat,cucu ummi pun sihat.Iqah rindu sangat dekat
Ummi.Ummi sihat?Bila Ummi nak datang Perlis ni?,”
“Alhamdulillah,ummi sihat,batuk sikit je.Ummi pun rindu kat Iqah,tak tahu lah
bila ummi dapat pergi sana,ni abi Iqah ni sibuk sikit.Peperiksaan dah
dekat,sibuk lah buat soalan untuk murid-murid dia tu.Dah lama Iqah tinggal kat
Perlis ye,berapa bulan dah cucu Ummi tu?Ni,Wildan ade tak kat rumah?”
“Oh macam tu,tak pe lah.Nanti bila abang Wildan dapat cuti,Iqah ajak balik
rumah ye.Wildan tak de,pergi kerja,petang baru balik.Cucu ummi ni baru 8
bulan.Dia suka tendang la Ummi.Macam mana la masa Iqah duduk dalam perut Ummi
ye,sian kat Ummi.”ujar Wardatul Shaukah tenang sambil mengusap perutnya yang
makin membesar.
“Nak dekat dah tu.MasyaAllah,cepatnya waktu berlalu ye.Tendang,gerak-gerak tu
biasalah Iqah,masa mengandung ni lah pengalaman yang tak dapat kita lupakan.
Tak sangka kita bawa satu lagi nyawa dalam perut kita bersama kita
sentiasa.Subhanallah kuasa Allah.Jaga baik-baik ye cucu Ummi tu.Ummi doakan
anak Iqah ni sihat dan menjadi seorang yang beriman serta tabah menghadapi
liku-liku kehidupan di dunia ni macam mak dia jugak.Amin.”
Wardatul Shaukah terharu dengan doa yang dilafazkan Umminya.Dia tidak menyangka
banyak hikmah disebalik apa yang telah terjadi dahulu.Sehingga dia rasa bahagia
bersama suaminya sekarang.
‘Syukur Alhamdulillah.Maha suci Engkau ya Allah.Engkau sebaik-baik
perancang.’,doanya dalam hati.
“Amin,terima kasih ummi atas doa ummi.Ummi,Iqah bersyukur sangat,Ummi sentiasa
memberi semangat pada Iqah tak kira susah atau senang.,”ucap Wardatul
Shaukah,matanya mula berkaca.
“Memang tanggungjawab Ummi anakku.Nanti Iqah jadi mak,Iqah tahulah.Dah,jangan
sedih sedih,nanti cucu Ummi pun sedih.Ok lah Iqah,Ummi nak masak dulu,nanti abi
Iqah balik.Kirim salam Ummi kat Wildan dengan lafaz Assalamualaikum.Jaga diri
baik-baik.Kalau ade ape-ape,telefon je Ummi ye.”
“InsyaAllah Ummi,kirim salam Iqah pada abi juga ye.Iqah sayang
Ummi.Assalamualaikum.”
Wardatul Shaukah membuka mesej yang baru sahaja masuk dalam telefon bimbitnya
setelah dia meletakkan ganggang telefonnya.
Assalamualaikum…
Sahabatku Wardatul Shaukah,Jannah rindu sangat kat awak.Awak ape khabar?Kat
Perlis kan?Kenape pindah sana?Dengar kata dah pregnant ye? ~Jannah~
Waalaikumussalam warahmatullah,Alhamdulillah ya ukhti fillah,saya sihat.A’ah
kat Perlis,abang Wildan kena tukar kerja kat sini.Alhamdulillah,kandungan saya
baru sahaja masuk 8 bulan.Macam mana kehidupan Jannah sekarang? ~Wardah~
Ye ker,Alhamdulillah,mesti comel baby tu nanti macam mak dia jugak kan.Dah
dekat tu,nanti jangan lupa bagi tahu ye.Sebenarnya,Jannah nak jemput awak dan
suami ke walimah Jannah dua minggu lagi.4 Julai ni.Jemput datang ye.Jannah ade
pos kad kahwin,minta alamat kat Ummi awak hari tu.InsyaAllah tak lama lagi
sampai la tu. ~Jannah~
Alhamdulillah...Tahniah Jannah,beruntung lelaki tu.InsyaAllah,kalau tak de aral
melintang,saya dan suami mesti pergi.Rindunya kat Jannah,harap sangat dapat
pergi nanti. ~Wardah~
Jazakillah.Jannah tunggu awak dan suami serta baby ye.Ok lah Wardah,jg
diri,Assalamualaikum. ~Jannah~
“Jannah,abang kenal kan.Classmate abang dulu.Dia jemput kita ke walimah dia,4
Julai ni.Abang free tak masa tu?,”tanya Wardatul Shaukah sopan.
“Oh,Jannah,ni kad dia ye.Abang ambil kat luar tadi.Rajin dia pos kat kita
ye.Tak sangka dia dah nak kawin.InsyaAllah abang tak de kerja hari tu,boleh la
kita pergi.”balas Wildan penuh kasih-sayang.
“Alhamdulillah.Oh,kad dia dah sampai rupanya,Shahrul Nidhzom.Erm..ni bakal
suami Jannah ye.Nice name.”puji Wardatul Shaukah jujur.
“Tapi,sayang kena jaga diri tau,due date dah dekat.Anak abi,duduk diam-diam
ye.Jangan tendang-tendang ummi,sian dekat ummi.Nanti kita pergi walimah mak cik
Jannah ye.,”kata Wildan perlahan sambil mengusap perut isteri tersayang.
Wardatul Shaukah tersenyum manja melihat telatah suaminya,mata mereka
bertembung.Cinta mereka makin mekar akan kehadiran orang baru di dalam keluarga
mereka.
***
“Uwekk uwekk…”kedengaran tangisan bayi yang baru lahir dari bilik pembedahan
dijalankan.
“Alhamdulillah.,”ucap seluruh ahli keluarga Wildan dan Wardatul Shaukah yang
menunggu dari semalam lagi sesampai saja dari kampung di hospital sejurus
menerima perkhabaran dari Wildan.Selepas empat jam,baru kedengaran suara
tangisan bayi yang mereka nanti-nantikan.
Manakala Wildan menemani Wardatul Shaukah di dalam bilik pembedahan memberi
semangat pada isteri tercinta untuk terus berjuang,bertarung nyawa selama beberapa
jam tadi.
“Doktor,macam mana dengan dua nyawa di dalam?,”tanya Masyitah sementelah
seorang doktor dan dua jururawat keluar dari bilik pembedahan itu.Semua berdiri
tidak sabar mendengar perkhabaran baik yang keluar dari mulut doktor itu.
Doktor serta dua lagi jururawat itu tunduk dan menampakkan keseriusan di wajah
mereka.
“Kenape doktor?Macam mana dengan anak saya?,”tanya Ummi Wardatul Shaukah
mendesak,tidak sanggup menunggu lebih lama.
Doktor mula tersenyum.
“Bukan sahaja dua nyawa,malah,lima nyawa selamat.Tahniah,Puan Wardah baru
sahaja melahirkan kembar empat.Dua lelaki dan dua perempuan.”ujar doktor
itu.Senyumannya masih berbaki dan memandang ke arah Aman dan Amin yang nyenyak
tidur di atas kerusi panjang berhampiran.
Pujian kehadrat Illahi tidak putus-putus dilafazkan.Mereka semua solat Subuh di
surau yang telah disediakan di hospital itu.Sujud syukur tidak dilupakan.
“Iqah…,”panggil Ummi Wardatul Shaukah sejurus menjejak kaki masuk ke bilik yang
ditempatkan anaknya itu.Wildan tiada disisi Wardatul Shaukah ketika itu.
Semua ahli keluarga yang lain turut masuk melawat Wardatul Shaukah.
“Ummi,Abi,Ma,Abah,Kak Masyitah…rindunya.Eh,Aman dan Amin pun ade.Terima kasih
sudi datang.,”lemah suara Wardatul Shaukah.
Mereka berpelukan melepaskan rindu.
“Kak Ngah,mana baby?Kak Long cakap ade empat baby.Aman nak dua orang.”tanya
Aman sambil menoleh kanan dan kiri mencari sesuatu.
“A’ah,Amin pun nak dua orang.,”
Wardatul Shaukah tersenyum mendengar keinginan adik iparnya itu.
“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dari pintu masuk dengan memangku dua bayi di
kedua-dua belah tangannya.Dan dua lagi dipangku oleh dua orang jururawat
dibelakang Wildan.
“Baby…!,”jerit Aman dan Amin dan berlari ke arah Wildan.
“Eh,Aman,Amin,mari sini.Nanti la,biar Bang Ngah pegang dulu.Nanti kita main
dengan baby tu ye.,”larang Mama Wildan berhikmah.
“Baik Ma..!,”pantas mereka menjawab.Mereka sudah diajar supaya patuh dan hormat
cakap orang yang lebih tua.
Dua jururawat tadi memberi dua bayi itu kepada Wardatul Shaukah yang bersandar
di atas katil.Kedua-duanya dipegang dengan penuh rasa syukur.Hatinya tidak
henti-henti mengungkap syukur dan hamdalah pada yang Esa.Wildan pula berdiri
disamping isteri tercinta.
“Dah bagi nama ke?,”tanya Abah Wildan pula yang duduk di atas kerusi di sebelah
katil Wardatul Shaukah.
“Alhamdulillah.Dah.”jawab Wildan melemparkan senyuman pada isteri
kesayangannya.
“Ni Mohamad Wahiduddin dan Mohamad Wafiuddin,.”beritahu Wardatul Shaukah sambil
menunjukkan bayi di kanan dan kiri yang dipegangnya.
“Dan ni pula,Nur Wajihah dan Nur Wasimah.,”beritahu Wildan pula menunjukkan
bayi yang dipangkunya.
“MasyaAllah,sedap-sedap namanya.”puji Abi Wardatul Shaukah sambil menyambut Nur
Wajihah yang diberi Wildan padanya.
“Meh,nenek nak pegang cucu nenek ni.,”pelawa Mama Wildan menghulurkan tangannya
menyambut Mohamad Wahiduddin dari Wardatul Shaukah.
Mohamad Wafiuddin dan Nur Wasimah pula diberi pada Abah Wildan dan Ummi
Wardatul Shaukah.
Kegembiraan terpancar pada setiap wajah di dalam bilik itu.Wardatul Shaukah dan
Wildan berpandangan dan tersenyum kesyukuran.
“Assalamualaikum…,”satu suara memberi salam dari arah luar pintu.
“Waalaikumussalam warahmatullah.Jannah?Jannah…,”jerit Wardatul Shaukah sedikit
tinggi terkejut dengan kehadiran pengantin baru itu tidak disangka-sangka.
Jannah terus masuk dan memeluk sahabat kesayangannya itu.
“Maaf Jannah,saya tak dapat datang walimah Jannah.,”
“Tak pe,Jannah faham.Awak perlu bertarung di sini.Tahniah,empat sekali
dapat.Subhanallah.,”ucap Jannah terharu.Amat pemurahnya Allah.
“Tu,suami Jannah.,”beritahu Jannah sambil menunjukkan ke arah suaminya yang
baru sahaja masuk ke bilik itu.
“Doktor Shah?,”kata Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.
“Awak kenal?,”tanya Jannah hairan.
“Ye,kami dah kenal Doktor Shah,dia yang merawat abah Wildan satu masa
dulu.,”terang Wardatul Shaukah tenang.Tiada lagi rasa takut,kerana dia yakin
Doktor Shah sudah berubah dan telah bertemu dengan pilihan yang tepat iaitu
Jannah yang mula mengenakan pakaian sunnah yang sopan lagi menutup aurat itu.
“Alhamdulillah.Sungguh rapi perancangan Allah.Dipertemukan kita kembali tanpa
disangka.Pelbagai cabaran,fitnah yang terpaksa awak hadapi,Jannah bangga dengan
awak,tahniah mujahidah solehah…!Sungguh adil Allah,Dia memberikan apa yang
patut pada setiap hamba-Nya.Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir
tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetapi dipendam,sungguhpun pedih tapi
disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.Selamat berjuang sahabat.Perjalanan
kita masih jauh.,”lancar Jannah menunturkan kata yang dihafalnya dari penanda
buku yang pernah dihadiahkan oleh Wardatul Shaukah ketika dapat menjawab
teka-teki satu masa dulu.
“Alhamdulillah sahabat,terima kasih.Yang penting keyakinan pada Allah.Keyakinan
pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang
muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang
lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian
adalah tarbiah dari Allah,semakin dekat bahtera kita kepada-Nya,semakin hebat
taufan melanda.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,esok adalah
harapan,genggam jadi kejayaan.,”tutur Wardatul Shaukah lancar.Air matanya mula
keluar dari tubir matanya itu.Lantas memeluk Jannah,dilupakan rasa sakitnya
ketika itu mengenang kembali perkara-perkara yang terpaksa ditempuhi sebelum
ini.
Semua yang berada di dalam bilik itu juga turut terkena impaknya.
Kegembiraan tadi diganti dengan tangisan kerana bangga dengan seorang mujahidah
yang bermujahadah untuk menetapkan dirinya atas jalan yang diredhai pencipta
dirinya itu.
Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau
tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh
jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung
jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan
berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.