Aku Musafir

Aku Musafir

Saturday, June 9, 2012

Luahan Hati..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah bersyukur diri ini ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana diri ini masih lagi dapat bernafas di dunia milik NYA. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala nabi yakni Nabi Muhammad s.a.w dan juga buat keluarga dan sahabat serta para mujahid mujahidah di bumiNYA.

Sudah lama rasanya diri ini tidak mengintai tirai blog kesayangan dek kerana terlalu seronok dapat bersama keluarga tersayang  setelah sekian lama tidak bertemu dan ahli baru pada bulan Mac baru-baru ini. Alhamdulillah, terbinalah sebuah masjid setelah hampir setahun dalam proses 'pembinaan'. Diharap mahligai cinta yang tersergam indah akan terus indah dan bercahaya disirami keimanan seterusnya akan kekal hingga ke syurga cinta yang abadi. InsyaAllah.

Melihat mereka bercinta selepas nikah adalah perkara yang sangat indah dan sangat dituntut dalam agama. Keindahan itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan juga digerakkan jari jemari di keyboard. Tetapi ia hanya bisa dirasai dengan pengalaman sendiri. Diri ini tidak mampu untuk menceritakannya kerana belum menghadapi proses tersebut dan masih belum sampai masanya lagi. Semua itu hanya dapat dirasai individually (ada ke perkataan nie?). 

Tamat kisah tu.. (tak nak sentuh banyak2..) ^_^

Hari ini bermulalah kisah sebagai seorang mahasiswi. Baru berpisah dengan keluarga sudah terasa rindu. Rindu yang teramat sangat. Rindukan suara ummi papa,abang2,adik,kakak2 ipar dan juga si comel penyeri keluarga. Terasa berat kaki ini melangkah keluar dari teratak tersayang meninggalkan keluarga walaupun jarak yang memisahkan kami hanya 22km sahaja. Namun, disebabkan amanah yang bakal diri ini pikul, ku gagahi jua demi fardhu ain yang dituntut dalam Islam. Bak kata pepatah Arab yang bermaksud, 'Menuntut ilmu wajib ke atas setiap Muslim.' InsyaAllah diri ini akan buat yang terbaik untuk keluarga tersayang. 

Salam Sayang & Salam Rindu buat keluarga tersayang yang jauh mata tetapi dekat di hati.. ^_^



Syukran jazilan buat antum yang sudi membaca luahan kerinduan buat keluarga tersayang..


No comments:

Post a Comment