Aku Musafir

Aku Musafir

Sunday, March 3, 2013

Tautan Hati Kembara Ke Syurga..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Allah masih lagi memberi peluang padaku untuk melihat dunia,mendengar setiap yang berbunyi. Alhamdulillah juga kerana Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk jari jemari ini menari di keyboard netbook milik sahabat untuk enrty kali ini sambil bertemankan lagu 'Mahar Cinta' yang dialunkan oleh salah sebuah kumpulan nasyid anak muda yang amat diminati, Devotees..


Kali ini, ana ingin menceritakan pengalaman baru yang takkan pernah dilupakan, insyaAllah. Pada 1 dan 2 Mac baru-baru ini, ana dan beberapa orang sahabat mengadakan program berbentuk ilmiah kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 di salah sebuah sekolah menengah biasa yang terletak di Kuala Terengganu berhampiran dengan 'bumi ilmu' ana. =)


Pada mulanya ana melangkah masuk ke sekolah tersebut, terdetik di hati ana, "Boleh ke aku handle budak-budak nie?" Itulah soalan pertama yang bermain di fikiran ini. Mana tidaknya, inilah kali pertama program pertama yang diadakan dengan pihak luar yang sebelum ini tidak pernah datang dan tiada hubungan apa-apa.


Pada hari pertama program, ana dan 9 orang sahabat yang lain tiba di sana pada am 7.30 pagi. Melihat adik-adik sedang menunggu kehadiran kami. Selesai sesi pendaftaran, diteruskan pula dengan Ice Breaking dan seterusnya LDK. Ana juga menjadi fasilitator. Alhamdulillah, komitmen adik-adik berikan sangat-sangat membanggakan. Kini terjawab sudah persoalan pertama tadi. 


Mereka terbaiikk!!! Dan apa yang paling ana hormat pada pelajar-pelaar di sini, mereka sangat menghormati kami sebagai kakak-kakak dan abang-abang mereka. Walaupun tidak pernah kenal selama ini, mereka tetap memberi salam dan tersenyum. Jarang sekali ana temui dengan pelajar seperti mereka. Mereka ini sangat sporting. 


Pada hari terakhir program, setelah selesai majlis perasmian penutup oleh pengetua sekolah, kami dihidangkan makan tengahari dan kemudian sesi bergambar bersama fasilitator-fasilitator, AJK-AJK dan uga adik-adik tersayang. Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta, kami bersalaman dan berpelukan sebagai tanda perpisahan kami. Ketika inilah, drama sedih berlaku. Ana mengerti apa yang adik-adik rasakan ketika itu, kerana ana juga pernah merasai detik-detik seperti ini. 


Sayunya hati ini tidak dapat digambarkan. Mereka menangisi 'pemergian' kami. Mereka seperti tidak mahu melepaskan kami. Pada masa itu jugalah, ana dapat rasakan mereka sangat memerlukan kasih sayang. Dek kerana mereka tinggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga, mereka rindukan kasih sayang. Ya,mereka sangat rindukan kasih sayang. Allahu Rabbi.. Ana belajar sesuatu daripada mereka. Ada di antara mereka yang datang dari pulau. Tetapi, mereka tetap inginkan ilmu. Tersentuh hati ini apabila mereka meminta untuk diajarkan tentang ilmu agama.. Allahu Rabbi.. Bangga dengan adik-adik..


Mereka masih berada di anttara peringkat terawal. Mereka masih boleh dibantu. Mereka perlukan sesuatu. Mereka perlukan sesuatu daripada kami. InsyaAllah, kami akan cuba usahakannya.. Akak-akak dan abang-abang takkan tinggalkan adik-adik begitu saja.. InsyaAllah, jika berkesempatan kami akan membuat sesuatu untuk adik-adik dan juga untuk sekolah.


Pesanan akak buat adik-adik THKKS:

* jadilah anak soleh dan solehah

* sentiasa ingat mak ayah 
* belajar bersungguh-sungguh
* berilah kejayaan pada mak ayah 



No comments:

Post a Comment