Alhamdulillah. Hampir 3 minggu AKU
training netball tiap2 petang untuk berjuang menaikkan nama kos kami dalam
persada sukan. Walaupun hanya di peringkat fakulti, tapi AKU rasa puas kerana
dapat mengaplikasikan ‘ilmu netball’ yang telah AKU pelajari sewaktu di tahun 6
dulu. Pada awalnya, aku tidak mendapat keizinan untuk mewakili sekolah dalam
perlawanan ini kerana bimbang terlalu penat dan akan menggangu pelajaran. Memandangkan
selepas tamat waktu persekolahan, semua pelajar Tahun 6 perlu menghadiri kelas
tambahan seperti yang biasa dilakukan oleh semua sekolah di Malaysia sebagai
persediaan UPSR. Selepas selesai kelas tambahan, semua pelajar pulang ke rumah
masing-masing kecuali semua pemain-pemain netball yang menjadi penghuni padang
yang luas terbentang bersama-sama guru yang akan melatih kami.
Bagi setiap pemain netball, bengkak
di jari itu adalah perkara biasa. Akibat daripada tersalah tangkap bola atau
bola yang dilempar itu terlalu kuat. Dan AKU pernah mengalaminya ketika
training. Pengalaman pertama bengkak jari memang sakit. Sehinggakan tidak dapat
fokus semasa training. Bengkak itu dibiarkan selama 2 hari. Dan hari ketiga
barulah AKU dibawa untuk diurut jari ini. (AKU x bagitau parents pun jari nim
bengkak) Alhamdulillah bengkak semakin surut hari demi hari cuma lambat sedikit
kerana AKU tetap training. Sejurus selepas kejadian itu, AKU sebenarnya hampir
dihalang untuk meneruskan training ini. Walaubagaimana pun, AKU tetap teruskan
dan aku mampu buktikan walaupun hanya mewakili sekolah. Akan tetapi, ia
merupakan suatu ilmu dan pengalaman baru yang AKU dapat.
Pada alam menengah, aku ‘berehat’
dari menyertai mana-mana aktiviti kesukanan terutamanya perlawanan netball
samaada peringkat rumah sukan mahupun peringkat sekolah. Kerana ketika itu, AKU
banyak melibatkan diri dalam persatuan (sengaja xnak join sukan dh). So,AKU
tiada banyak pengalaman sebagai pemain, hanya pemerhati.
Di alam u pula, AKU kembali aktif
(xlah aktif mne pun) dalam dunia bola jaring. Bermula dengan perlawanan
persahabatan anjuran kos AKU sendiri. Kemudian, AKU cuba dibawah anjuran
fakulti pula. Dan peristiwa yang paling AKU tak dapat lupa adalah 2 perlawanan
bola jaring yang berbeza penganjurnya tetapi dalam masa yang sama. Tempat yang
berbeza. Antara kedua2 tempat tersebut tidaklah terlalu jauh. Setelah selesai sesi
pertama perlawanan antara fakulti, AKU terus ke perlawanan di antara batch (memandangkan
pengajur kos AKU sendiri). Terasa penat tidak terkata. Walaubagaimana pun,
batch kami menjadi juara dalam perlawanan antara batch. Alhamdulillah. Rasa berbaloi
dengan kepenatan yang AKU alami. Dan buat kali pertama, AKU menyertai
perlawanan bola jaring yang diadakan pada malam hari (lupa penganjurnye). Dan malam
itu jugalah sekali lagi tercipta satu sejarah berulang dimana jari AKU sekali
lagi menjadi mangsa bola. Ya, jari yang sama sewaktu di Tahun 6 dulu. Alhamdulillah,
kerana sakit dijari ini tidaklah seteruk Tahun 6 kerana AKU urutnya sendiri
(sebab dah ada pengalaman sakit tuh). Namun begitu, sakit kali ini juga
tidaklah terasa sakitnya kerana AKU lebih merasai manisnya ukhwwah kami sebagai
satu pasukan dan juga rakan2 yang hadir memberi sokongan walaupun pada malam
hari.
Dan kali ini pada tahun 2015, sekali
lagi sejarah berulang buat kali ketiga pada jari yang sama. Ia terkena sewaktu
training untuk perlawanan yang bakal diadakan beberapa hari saja lagi. Syukur Alhamdulillah
bengkak dijari tidaklah mengambil masa yang terlalu panjang untuk surut. Hanya 2
hari sahaja walaupun sekarang masih lagi terasa kesannya. AKU harap pasukan
kami menjadi juara bagi perlawanan kali ini, insha Allah. AKU akui ada pasukan
yang jauh lebih hebat dari pasukan kami, tetapi ia bukanlah suatu alasan untuk
kami berputus asa. Kami akan meneruskan perjuangan kami. Walaupun kami tidaklah
begitu hebat seperti yang lain, namun sedikit sebanyak dapat menaikkan nama kos
kami dalam dunia sukan dan juga membuka mata insan-insan lain bahawa
pelajar-pelajar seperti kami juga boleh bersukan.
Sepanjang latihan, apa yang aku dapat
lihat hubungan kami menjadi semakin erat walaupun berbeza kos. Itulah kemanisan
yang perlu ada dalam hubungan.
Aku akan teruskan dengan dunia netball insha Allah.. =)
No comments:
Post a Comment