Assalamualaikum wbt
dan salam mahabbah..
Alhamdulillah Alhamdulillah
thumma Alhamdulillah.. J
Tiada ungkapan yang
mampu di ungkapkan terhadap perasaan ini sekarang. Setelah hampir sebulan lebih
menyepi di Aku Musafir tersayang. Bukan tidak mahu menyelak tirai blog
tersayang, cuma keadaan yang tidak mengizinkan dan ditambah pula dengan
ketiadaan idea dan inspirasi untuk memenuhi tirai Aku Musafir ini. Sebulan lebih
menyepi membawa diri tadabbur alam ciptaan Yang Maha Pencipta, sudah pasti ada
pelbagai cerita dan kenangan yang terukir. Ya! Sangat indah, sangat bahagia. J
Oh ya, rasanya dah
terlalu lewat Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan segala salah silap
tersalah bicara terkasar gurauan yang sedar mahupun tidak. Semoga kita semua
menjadi lebih baik selepas mengharungi madrasah ramadhan selama sebulan. Dan tidak
lupa juga anda yang berpuasa 6 syawal, mabruk ‘alaikum. Untuk Aidilfitri tahun
ini, Aku rasa bertambah bahagia dan lagi bahagia. Suatu kebahagiaan yang Aku
sendiri tak mampu nak gambarkan. Yang pasti, Aku sangat bahagia makin bahagia.
Dan Aku juga yakin seluruh ahli keluarga Aku juga merasa perasaan yang sama.
Alhamdulillah, kami berkongsi perasaan yang sama. Terima kasih Ya Allah, kerna
memberikan kesempatan kepada kami untuk mengukir kenangan-kenangan yang begitu
manis semanis kurma, mungkin. Atau lebih manis lagi. Mungkin semanis madu lebah.
Ok, habis satu
cerita. Sebenarnya Aku nak cerita bab lain. Tapi memandangkan dah lama sangat Aku
tak update apa-apa. Jadi apa salahnya Aku buka 2,3 cerita kan. Sebenarnya, Aku sudah selesai tahun pertama
degree. Insha Allah, masih berbaki 2 tahun. Sepanjang tempoh setahun ini, dapat
classmates baru, pengalaman baru, suasana baru dan macam-macam lagilah. Sudah pasti
berbeza dengan keadaan 4 tahun lepas. Mana tidaknya, selama tiga tahun bersama Sehati Berdakwah zaman diploma dulu. Susah senang, sakit perit, suka duka kami
kongsi bersama. Dengan 40 ahli keluarga Sehati Berdakwah, 40 ragam ada. Ada yang
gila-gila, sporting, baik, pemalu, pendiam, macam-macam lagilah. Tapi 40 ragam inilah yang mencipta warna warni kehidupan Sehati
Berdakwah.
Sungguh, Aku
merindui segala kenangan terindah itu. Namun, Aku hanyalah manusia biasa dan
mustahil untuk putar masa yang berlalu itu kembali lagi. Ya, masa sememangnya
tidak boleh diputar kembali dan kenangan terindah itu tidak mungkin boleh
diukir kembali. Ia sangat istimewa dan tiada dua. Tetapi, tidak mustahil jika
kita dapat mengukir kenangan baru. J
Ok lah.
Sampai sini dulu coretan kali ini. Dah kering idea sebab terlalu banyak
kenangan yang dirindui sehingga tak mampu jari jemari ini menari mengikut irama
bicara hati. Hanya mampu mengukir senyuman apabila fikiran memancarkan semua
yang terjadi sepanjang tiga tahun. Terima kasih untuk segalanya, My Second
Family, Sehati Berdakwah.
cc gambar nie:najmi =)
No comments:
Post a Comment