Assalamualaikum
dan salam mahabbah..
Alhamdulillah
syukur lillahi ta’ala kerna diriku masih boleh update blog yang telah lama
bersawang nie dan sahabat-sahabat semua masih mampu membaca entri-entri blog
serba simple ini. Lama menyepi dek kerana agak sibuk dengan rutin harian sebagai
pelajar. Malam nie tetiba jari jemari nie ringan pulak nak menari atas keyboard
nie. Lagipun, skang nie cuti midsem jadinya adalah juga masa nak luang dengan
blog tersayang nie..
Tatkala
bermulanya cuti midsem, maka bermulalah satu seminar yang telah diadakan di
salah sebuah IPT di Pantai Timur nie. Aku join jugaklah sebabnya satu negeri je
pun. Tambahan pulak, sahabat-sahabat Aku pun join jugak. Seminar nie berlangsung
selama 3 hari, Jumaat hingga Ahad. Hari pertama pendaftaran peserta dan
jalan-jalan ke tempat pelancongan. Oleh disebabkan Aku dah memang terlalu biasa
dengan tempat-tempat pelancongan yang akan dibawa oleh urusetia, jadi Aku
mengambil keputusan untuk daftar pada esok hari, iaitu hari Sabtu. Sepanjang seminar
hari Sabtu, Aku dapat mengetahui sesuatu yang baru. Pengetahuan baru. Seminar pada
hari Sabtu ditangguhkan pada pkul 4.30 petang. Usai seminar ditangguhkan, Aku
dan sahabat-sahabat ke masjid IPT tersebut untuk solat Asar. Usai solat Asar,
Aku terus menuju ke kereta. Namun, aku diuji. Kereta tidak boleh start. Mula-mula
blur, minta tolong seorang hamba Allah nie tolong tengokkan. Tapi tak berhasil.
Dipendekkan
cerita, lepas beberapa insan berhati mulia membantu Aku termasuk ustaz Aku
sendiri, datanglah En.Keselamatan dengan hiluxnya. Alhamdulillah kereta hidup
selepas jumping dengan hilux. Aku terus balik ke rumah. Setibanya di sebuah
jambatan besar yang menjadi laluan utama penghuni daerah itu, sekali lagi
kereta mati tetiba. Mujurlah aku agak tidak panik. Aku cuba start semula. Memang
tak boleh. Lampu kecemasan pun tak boleh pasang.. Kejadian ini berlaku betul2
semasa azan Maghrib. Ketika itu, Aku berada dilorong kanan, seorang diri dan
kereta dijalan memang banyak tak terkira. Dalam hati, Aku mohon moga ada insan
yang sudi membantu. Alhamdulillah tak smpai 5 minit, ada 2 insan yang sudi
membantu. Seorang jumping dengan hiluxnya, dan seorang lagi jaga lalu lintas. Alhamdulillah,
hanya sekali cuba kereta berjaya dihidupkan. Kata si pemuda hilux tadi, dia
akan follow Aku hingga ke tempat aku nak tuju kerana destinasi kami sama. Baru beberapa
saat, sekali lagi Aku diuji. Kereta mati tetibe buat kali ke-3. Kali ini, si
pemuda tadi, tidak dapat berbuat apa-apa kerana kereta begitu banyak. Aku hanya
memandang kosong hilux itu. Aku pandang ke belakang untuk melihat seorang lagi
pemuda yang jaga lalu lintas, pun sama. Langsung tidak nampak bayangan dia. Entah
kemana dia tuju. Aku buntu. Hanya ada satu cara, Aku call parent. Katanya otw. Aku
tunggu parent datang di dalam kereta. Aku sangat takut untuk keluar dari
kereta. Lagi-lagi dalam keadaan gelap walaupun banyak kereta yang lalu disitu.
Selang
beberapa minit, Aku call parent, Aku call roommate nak maklumkan apa yang
berlaku. Baru sekejap Aku bercakap dengan dia, kedengaran bunyi rempuhan. Ya,
rempuhan kereta telah berlaku dan Aku lihat dengan mata Aku sendiri, cermin
lampu (mungkin) berterabur di atas jalan betul2 depan kereta Aku. Masa itu, Aku
tak fikir lain melainkan kereta ini.
“Diorang
langgar kereta aku ke?”
“Kereta
aku kena langgar ke?”
“Siapa
langgar kereta aku?”
3
persoalan ini yang bermain-main di fikiran. Aku tak fikir apa yang akan berlaku
lepas ni. Aku terus keluar pergi ke depan dan belakang kereta nak cari
kepastian. Kereta aku tidak ada apa2. Aku terlihat 2 buah kereta berhenti
beberapa meter di hadapanku. Aku syak, mereka berlanggar sesame sendiri. Aku tak
tahu apa yang berlaku. Saat aku buntu, datang seorang lelaki dengan motor besarnya
bertanya tentang apa yang berlaku. Aku ceritakan hal sebenar. Tak lama selepas
itu, kelihatan sepasang manusia datang kea rah aku. Ya, mereka adalah pemilik
kenderaan yang berhenti di hadapan Aku tadi. Rupan-rupanya kereta si A
terlanggar kereta si B kerana ingin mengelak kereta Aku. Ya, Allah aku taka pa lagi
ujian yang datang. Aku hanya pasrah. Mujur lelaki bermotor tadi back-up Aku. Memang
sudah jelas bukan salah Aku. Aku bukannya suka2 hati nak berhenti tengah2 jalan
dengan berates-ratus kereta waktu itu tanpa pasang emergency signal. I’m not
crazy,ok! Aku nampak lar muka frust budak lelaki muda yang bawa kereta tadi tu.
Dia pun tak boleh nak marah aku. Tak lama lepas tu, datang seorang lagi insan
berhati mulia sudah berumur mungkin 40-an. Dia pun sama2 membantu Aku, katanya
dia dari pusat Bandar dan berpatah semula apabila terlihat kereta tersadai
begitu sahaja dan ada seorang budak perempuan di dalam kereta tersebut. Budak
lelaki tadi ambil gambar kereta Aku katanya nak buat report sebab menghalang
laluan. Aku tak boleh nak kata apa. Yang pasti bukan salah Aku. Lepas itu,
budak itu pun terus pergi macam itu tanpa sepatah kata. Aku kini tinggal
bertiga disitu menunggu parents dalam perjalanan.
Selepas
beberapa minit menunggu, parents Aku tiba. Tak boleh berbuat apa-apa, terus
call AAM. Sambil tunggu AAM, mereka bertiga buat keputusan untuk menolak kereta
ke bahu jalan memandangkan kami berada di tengah-tengah jalan dan memang bahaya
untuk kami berada di situ. Tambahan pula kereta berpusu-pusu datang ada. Lagilah
bertambah jem. 2 insan berhati mulia tadi, yang menolak kereta Aku sementara
Aku yang bawa, parent Aku pula follow dari belakang. Beberapa minit selepas
berada di bahu jalan, wakil AAM tiba dan memulakan tugasnya yang sudah
termaktub. Setelah semuanya selesai, Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan
seperti biasa. Aku fikir, bila semuanya sudah selesai kami boleh pulang. Namun,
sangkaanku meleset apabila insan2 mulia tadi cakap ada pihak polis tiba. Iya..
2
orang anggota polis tiba kerana mereka mendapat aduan ada kereta menghalang
laluan. Mujurlah bukan budak muda itu yang report. Anggota polis mengambil
keterangan kami. Katanya, memang salah si A kerana terus melulu masuk ke
sebelah kiri. Syukur Alhamdulillah. Tapi, pada masa yang sama, Aku tidak boleh
terlalu gembira. Aku mesti waspada dan bersedia sebarang kemungkinan jika pihak
polis panggil. Setelah pihak polis beredar, kami sekeluarga mengucapkan terima
kasih kepada insan berhati mulia tadi dan memberi mereka sedikit penghargaan
yang tidak seberapa. Pada awalnya, mereka menolak. Namun, Aku tetap berkeras
memberinya. Akhirnya mereka terpaksa akur dan mengambilnya. Dengan tenang dan
senang hati, kami masing-masing membawa haluan sendiri.
Dari pkul
7.30 malam hingga 9.45 malam..2 jam 15 minit Aku berada di atas jambatan. Bukan
duduk dalam kereta, bukan kerana jem tapi kerana kereta tak boleh hidup. Pengalaman
baru buat Aku.
JUTAAN
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA INSAN YANG BERHATI MULIA YANG
DIHANTAR ALLAH. BAIK DI MASJID MAHUPUN DI ATAS JAMBATAN, KHUSUSNYA PADA 2 ORANG
INSAN YANG SUDI MENEMANI AKU DAN MEMBANTU DARI AWAL HINGGA AKHIR. AKU TIDAK
TAHU NAMA MEREKA TAPI AKU AKAN INGAT WAJAH-WAJAH YANG MENOLONG AKU. SUNGGUH,
JASA MEREKA TIDAK DAPAT AKU BALAS. HANYA ALLAH SAJA YANG MAMPU MEMBALAS. SEMOGA
INSAN2 HEBAT INI SENTIASA MENJADI INSAN2 YANG SUDI MEMBANTU DAN DIBANTU..
TERIMA
KASIH SEKALI LAGI :
> 2 SAHABAT,
> 4 ADIK,
> USTAZ,
> EN.KESELAMATAN,
> EN.HILUX,
> EN.BERKACAMATA,
> ENCIK2 MOTOR
> EN.AAM..
> 2 SAHABAT,
> 4 ADIK,
> USTAZ,
> EN.KESELAMATAN,
> EN.HILUX,
> EN.BERKACAMATA,
> ENCIK2 MOTOR
> EN.AAM..
TIDAK
LUPA JUGA BUAT INSAN TERSAYANG.. MY PARENTS..
MOGA
ALLAH MELINDUNGI KALIAN DARIPADA PERKARA2 YANG TIDAK DIINGINI.. AMIIINNNNN