Aku Musafir

Aku Musafir

Sunday, March 20, 2016

TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan salam mahabbah.. 

Alhamdulillah syukur lillahi ta’ala kerna diriku masih boleh update blog yang telah lama bersawang nie dan sahabat-sahabat semua masih mampu membaca entri-entri blog serba simple ini. Lama menyepi dek kerana agak sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar. Malam nie tetiba jari jemari nie ringan pulak nak menari atas keyboard nie. Lagipun, skang nie cuti midsem jadinya adalah juga masa nak luang dengan blog tersayang nie..

Tatkala bermulanya cuti midsem, maka bermulalah satu seminar yang telah diadakan di salah sebuah IPT di Pantai Timur nie. Aku join jugaklah sebabnya satu negeri je pun. Tambahan pulak, sahabat-sahabat Aku pun join jugak. Seminar nie berlangsung selama 3 hari, Jumaat hingga Ahad. Hari pertama pendaftaran peserta dan jalan-jalan ke tempat pelancongan. Oleh disebabkan Aku dah memang terlalu biasa dengan tempat-tempat pelancongan yang akan dibawa oleh urusetia, jadi Aku mengambil keputusan untuk daftar pada esok hari, iaitu hari Sabtu. Sepanjang seminar hari Sabtu, Aku dapat mengetahui sesuatu yang baru. Pengetahuan baru. Seminar pada hari Sabtu ditangguhkan pada pkul 4.30 petang. Usai seminar ditangguhkan, Aku dan sahabat-sahabat ke masjid IPT tersebut untuk solat Asar. Usai solat Asar, Aku terus menuju ke kereta. Namun, aku diuji. Kereta tidak boleh start. Mula-mula blur, minta tolong seorang hamba Allah nie tolong tengokkan. Tapi tak berhasil.

Dipendekkan cerita, lepas beberapa insan berhati mulia membantu Aku termasuk ustaz Aku sendiri, datanglah En.Keselamatan dengan hiluxnya. Alhamdulillah kereta hidup selepas jumping dengan hilux. Aku terus balik ke rumah. Setibanya di sebuah jambatan besar yang menjadi laluan utama penghuni daerah itu, sekali lagi kereta mati tetiba. Mujurlah aku agak tidak panik. Aku cuba start semula. Memang tak boleh. Lampu kecemasan pun tak boleh pasang.. Kejadian ini berlaku betul2 semasa azan Maghrib. Ketika itu, Aku berada dilorong kanan, seorang diri dan kereta dijalan memang banyak tak terkira. Dalam hati, Aku mohon moga ada insan yang sudi membantu. Alhamdulillah tak smpai 5 minit, ada 2 insan yang sudi membantu. Seorang jumping dengan hiluxnya, dan seorang lagi jaga lalu lintas. Alhamdulillah, hanya sekali cuba kereta berjaya dihidupkan. Kata si pemuda hilux tadi, dia akan follow Aku hingga ke tempat aku nak tuju kerana destinasi kami sama. Baru beberapa saat, sekali lagi Aku diuji. Kereta mati tetibe buat kali ke-3. Kali ini, si pemuda tadi, tidak dapat berbuat apa-apa kerana kereta begitu banyak. Aku hanya memandang kosong hilux itu. Aku pandang ke belakang untuk melihat seorang lagi pemuda yang jaga lalu lintas, pun sama. Langsung tidak nampak bayangan dia. Entah kemana dia tuju. Aku buntu. Hanya ada satu cara, Aku call parent. Katanya otw. Aku tunggu parent datang di dalam kereta. Aku sangat takut untuk keluar dari kereta. Lagi-lagi dalam keadaan gelap walaupun banyak kereta yang lalu disitu.

Selang beberapa minit, Aku call parent, Aku call roommate nak maklumkan apa yang berlaku. Baru sekejap Aku bercakap dengan dia, kedengaran bunyi rempuhan. Ya, rempuhan kereta telah berlaku dan Aku lihat dengan mata Aku sendiri, cermin lampu (mungkin) berterabur di atas jalan betul2 depan kereta Aku. Masa itu, Aku tak fikir lain melainkan kereta ini.

“Diorang langgar kereta aku ke?”
“Kereta aku kena langgar ke?”
“Siapa langgar kereta aku?”

3 persoalan ini yang bermain-main di fikiran. Aku tak fikir apa yang akan berlaku lepas ni. Aku terus keluar pergi ke depan dan belakang kereta nak cari kepastian. Kereta aku tidak ada apa2. Aku terlihat 2 buah kereta berhenti beberapa meter di hadapanku. Aku syak, mereka berlanggar sesame sendiri. Aku tak tahu apa yang berlaku. Saat aku buntu, datang seorang lelaki dengan motor besarnya bertanya tentang apa yang berlaku. Aku ceritakan hal sebenar. Tak lama selepas itu, kelihatan sepasang manusia datang kea rah aku. Ya, mereka adalah pemilik kenderaan yang berhenti di hadapan Aku tadi. Rupan-rupanya kereta si A terlanggar kereta si B kerana ingin mengelak kereta Aku. Ya, Allah aku taka pa lagi ujian yang datang. Aku hanya pasrah. Mujur lelaki bermotor tadi back-up Aku. Memang sudah jelas bukan salah Aku. Aku bukannya suka2 hati nak berhenti tengah2 jalan dengan berates-ratus kereta waktu itu tanpa pasang emergency signal. I’m not crazy,ok! Aku nampak lar muka frust budak lelaki muda yang bawa kereta tadi tu. Dia pun tak boleh nak marah aku. Tak lama lepas tu, datang seorang lagi insan berhati mulia sudah berumur mungkin 40-an. Dia pun sama2 membantu Aku, katanya dia dari pusat Bandar dan berpatah semula apabila terlihat kereta tersadai begitu sahaja dan ada seorang budak perempuan di dalam kereta tersebut. Budak lelaki tadi ambil gambar kereta Aku katanya nak buat report sebab menghalang laluan. Aku tak boleh nak kata apa. Yang pasti bukan salah Aku. Lepas itu, budak itu pun terus pergi macam itu tanpa sepatah kata. Aku kini tinggal bertiga disitu menunggu parents dalam perjalanan.

Selepas beberapa minit menunggu, parents Aku tiba. Tak boleh berbuat apa-apa, terus call AAM. Sambil tunggu AAM, mereka bertiga buat keputusan untuk menolak kereta ke bahu jalan memandangkan kami berada di tengah-tengah jalan dan memang bahaya untuk kami berada di situ. Tambahan pula kereta berpusu-pusu datang ada. Lagilah bertambah jem. 2 insan berhati mulia tadi, yang menolak kereta Aku sementara Aku yang bawa, parent Aku pula follow dari belakang. Beberapa minit selepas berada di bahu jalan, wakil AAM tiba dan memulakan tugasnya yang sudah termaktub. Setelah semuanya selesai, Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan seperti biasa. Aku fikir, bila semuanya sudah selesai kami boleh pulang. Namun, sangkaanku meleset apabila insan2 mulia tadi cakap ada pihak polis tiba. Iya..

2 orang anggota polis tiba kerana mereka mendapat aduan ada kereta menghalang laluan. Mujurlah bukan budak muda itu yang report. Anggota polis mengambil keterangan kami. Katanya, memang salah si A kerana terus melulu masuk ke sebelah kiri. Syukur Alhamdulillah. Tapi, pada masa yang sama, Aku tidak boleh terlalu gembira. Aku mesti waspada dan bersedia sebarang kemungkinan jika pihak polis panggil. Setelah pihak polis beredar, kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada insan berhati mulia tadi dan memberi mereka sedikit penghargaan yang tidak seberapa. Pada awalnya, mereka menolak. Namun, Aku tetap berkeras memberinya. Akhirnya mereka terpaksa akur dan mengambilnya. Dengan tenang dan senang hati, kami masing-masing membawa haluan sendiri.

Dari pkul 7.30 malam hingga 9.45 malam..2 jam 15 minit Aku berada di atas jambatan. Bukan duduk dalam kereta, bukan kerana jem tapi kerana kereta tak boleh hidup. Pengalaman baru buat Aku.

JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA INSAN YANG BERHATI MULIA YANG DIHANTAR ALLAH. BAIK DI MASJID MAHUPUN DI ATAS JAMBATAN, KHUSUSNYA PADA 2 ORANG INSAN YANG SUDI MENEMANI AKU DAN MEMBANTU DARI AWAL HINGGA AKHIR. AKU TIDAK TAHU NAMA MEREKA TAPI AKU AKAN INGAT WAJAH-WAJAH YANG MENOLONG AKU. SUNGGUH, JASA MEREKA TIDAK DAPAT AKU BALAS. HANYA ALLAH SAJA YANG MAMPU MEMBALAS. SEMOGA INSAN2 HEBAT INI SENTIASA MENJADI INSAN2 YANG SUDI MEMBANTU DAN DIBANTU..

TERIMA KASIH SEKALI LAGI :
> 2 SAHABAT, 
> 4 ADIK, 
> USTAZ, 
> EN.KESELAMATAN, 
> EN.HILUX, 
> EN.BERKACAMATA, 
> ENCIK2 MOTOR
> EN.AAM..

TIDAK LUPA JUGA BUAT INSAN TERSAYANG.. MY PARENTS.. 


MOGA ALLAH MELINDUNGI KALIAN DARIPADA PERKARA2 YANG TIDAK DIINGINI.. AMIIINNNNN  

No comments:

Post a Comment