Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, January 6, 2011

Dari Adam Khas Buat Hawa

Salam ukhwah.....

Alhamdulillah...idup lgi kt atas bumi Allah....seperti yg saya janji...nie die surat balas daripada Adam untuk Hawa..

Hawaku,meski aku Adam,gagah pada luaran.Adakalanya aku juga tewas dalam godaan syaitan.Walau aku pemimpin khalifah bagimu,aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku satu,akalku sembilan,namun yang satu iu sering menjadikan aku di luar kawalan.Kadang kala aku juga tewas dalam lautan duniawi,lemas dalam dunia sendiri.Andai aku leka dan alpa,ingatkan aku untuk kembali padaNya,kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki,berdiri seorang wanita.

Hawaku,walaupun aku durjana duniawi,aku juga impikan wania solehah sebagai suri hatiku.Justeru,ingatkan aku agar tingkatkan ibadah.Kelak aku bisa menjadi suami soleh.Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah,agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah.Sedarkan aku agar mengejar keredhaan al-Rahman,agar hidupku sentiasa aman.Bangunkan aku bertahajud bersamamu,agar kelak rahmatNya tiada tandingan untukku.Aminkan doa bacaanku,moga nanti luas syurgamu.Taat dan patuhilah aku,kelak solehah menjadi milikmu.

Hawaku,aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan luas durjana.Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi,sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak.Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi.Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu.Aku lebih suka kata2mu berhemah kerana iu menunjukkan kau wanita berhemah.Aku suka jika kau pandai berdikari,agar kelak kau mampu berdiri sendiri.Lagi indah kalau kau berperibadi mulia,kerana itu sebaik-baik hiasan dunia.Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah,agar harga dirimu tidak terlalu murah.Lebih elok jika kau mampu berfalsafah,kerana iu simbol mar'afatonah.Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi,siramilah hati dengan taqwa sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa.Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah,agar kelak tidak dipandang lemah.Meski kau dicipta daripada susukku yang bengkok,namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.Oleh itu,ingatkan aku Adammu yang sering leka dan lalai.Kelak Hawaku ini bakal menghuni al-Firdausi.

pk2 kan...renung2kan...n selamat beramal....khas untuk para Adam dan Hawa....

No comments:

Post a Comment