Aku Musafir

Aku Musafir

Tuesday, January 4, 2011

Dari Hawa Untuk Adam

Salam ukhwah....

Kehidupanku hari nie bermula dengan deruan air hujan yang gugur membasahi bumi milikNya.Hari nie..saya nak kongsi satu perkara....bacalah n hayati betul2...

Adamku,kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.Jika kau benar,maka benarlah aku.Jika kau lalai,maka lalailah aku.Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan,nafsumu satu.Akal ku satu,nafsu ku beribu.Oleh itu,Adam,pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa,sering tergelincir ditolak nafsu dan konco2nya..

Adamku,aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.Akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku.Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu,agar nanti diberkati Ya Rabb.Kenalkanlah aku pada majlis2 agama.Ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran.Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah.Khabarkan padaku tentang fardhu2 yang patut aku tahu.Bimbinglah aku dengan amar ma'aruf dan nahi mungkar.

Adamku,ajarilah aku agar menjadi isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.Ingatkan aku supaya hormat,tunduk dan patuh padamu setiap waktu.Tolonglah aku Adam,agar aku tidak beku.Bantulah aku agar otakku tidak buntu.Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah.Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon serikandi solehah.Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.Moga aku menjadi secerdik Aisyah Humaira,setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah,sekuat iman umpama taatnya Sumaiyyah,seikhlas dan semurni hati Halimatus Sa'adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela khalifah Allah.Seindah hiasan adalah wanita solehah.Moga aku hiasan terindah hidupmu,Adamku...

xtually,nie merupakan luahan hati seorang isteri solehah....Sape2 yang nak jadik isteri solehah...taatlah kepada suami selagi tidak bercanggah dengan agama...jangan ingat luahan hati seorang hawa tidak terbalas...lain kali plak saya paparkan suara hati daripada Adam buat Hawa plak....just wait....

No comments:

Post a Comment