Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, September 9, 2011

UNTUK RENUNGAN PARA ISTERI [1]

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya." Sayidina Aisyah bertanya, "Mengapa,wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

--> Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesushan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

--> Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Wanita,apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki." (Riwayat Ahmad,Ibnu Hibban,Thabrani dan Anas bin Malik)
 
-->  Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada Hari Akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."

--> Imam Thabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menlaknya.

--> Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila lari wanita dari rumah suaminya,tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)."(Riwayat Hassan)

--> Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: "Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

--> Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan,kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

-->  Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah,tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar,mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tirmizi)

No comments:

Post a Comment