Aku Musafir

Aku Musafir

Tuesday, March 20, 2012

Mujahadah Seorang Mujahidah 2


“Syukran Wardah kejutkan tadi…”kata Jannah yang tempat tidurnya di atas katil Wardatul Shaukah.

“La syukran ‘ala wajib sahabat…memang dah tanggungjawab saya…”jawab Wardah dengan senyuman.

“Surah apa yang awak baca tadi ye?kenapa Solat Subuh 3 rakaat.Maaf tadi Jannah ikut je,tapi tak faham pula..”tanya Jannah sambil tersipu malu.

“Owh…sunnah hari Jumaat untuk kita baca surah as-Sajdah pada waktu Subuh.Tak pe mula-mula Jannah ikut je,insyaAllah nanti akan faham sendiri dan akan dapat hayati dalam diri.”jawab Wardah ringkas."Nanti saya bagi artikel tentangnya pada Jannah ye.",sambungnya lagi.

“Terima kasih Wardah,dah nak pergi kelas ke ni?Baru pukul 7.30,bukan ke kelas pukul 8?”tanya Jannah hairan.

“A’ah pukul 8…tapi saya nak hafal lagi tiga hadis ni sebelum masuk kelas ustaz Yaidi nanti.”jawab Wardatul Shaukah sambil membetulkan tudung labuhnya di cermin.

“Ooooo…pergi dengan sape?Mumtazah ke?”teka Jannah.

“Ya,saya tunggu dia kat bawah nanti.Jannah kelas pukul berapa?”Tanya Wardatul Shaukah pula.

“Pukul 11pagi,lambat lagi la…boring duk dalam bilik ni,awak pula tak de,kelas 3 jam kan,Jannah pergi kelas, baru awak balik.Bencilah…”jawab Jannah manja.

“Untunglah awak Jannah,boleh solat sunat Dhuha,masa yang panjang jangan sia-siakan.InsyaAllah murah rezeki awak nanti.”pujuk Wardatul Shaukah.

“Iye ke?Bila waktunya?Macam mana niatnya?Macam best je.”tanya Jannah penuh semangat. Jannah,yang mengambil jurusan Ekonomi,amat sukakan kebaikan,inginkan pembaharuan dalam dirinya,ingin lebih mendalami ilmu agama.Walaupun masih bertudung selempang,berbaju t-shirt dan berseluar dipakai ke kelas,tapi dia tak malu untuk bertanya.Itulah kelebihan dirinya.

“Solat Sunat Dhuha ni,kita lakukan selepas matahari pagi terbit.Kalau nak kira pun boleh,28minit selepas waktu syuruk.Solat sunat biasanya 2 rakaat,buat lebih pun boleh.Tapi sebagai permulaan,saya syorkan Jannah lakukan dua rakaat dulu.Niatnya dalam bahasa melayu pun boleh,Sahaja aku dirikan solat sunat Dhuha dua rakaat hanya kerana Allah taala. ”terang Wardatul Shaukah.

“Erm…tapi…bahasa melayu?Tak pe ke?”tanya Jannah keliru.

“Boleh…Allah itu Tuhan kita,dia mengetahui segalannya.Dia faham semua bahasa,bahasa Malaysia,Urdu,English,Arab,China,Jepun,Thailand,semuanya Allah faham.Tapi ingat,niat dalam bahasa Melayu ini di dalam hati.”sambungnya lagi.

“Ooo…nak baca surah apa dan doa apa?”
“Jap ye..”jawab Wardatul Shaukah sambil mencari-cari sesuatu di dalam loker.
“Ha…ni buku nya,ada panduan solat sunat Dhuha ni.Disertakan doanya sekali.Nah,gunalah dulu.”jawab Wardatul Shaukah sambil menghulurkan buku kepada Jannah.
“Eh..tak pe ke?Awak tak nak guna?”Tanya Jannah minta kepastian.
“Tak pe,gunalah dulu,nanti kalau saya nak guna,saya bagi tahu ye.Bacalah,mana tahu keluar teka-teki malam ni,”sengaja dikata begitu untuk mengetahui Jannah keluar atau tidak malam ini.Setiap malam Jannah akan keluar dengan kawan-kawannya,makan di cafe Mahallah Abdul Rahman bin ‘Auf yang terbuka tempatnya.

“Malam ni jomla join teka-teki berpantun.Saya rindula jawapan dari Jannah...”pujuk Wardatul Shaukah supaya Jannah batalkan niat ingin makan di blok aspura itu.Supaya dijauhi fitnah.Dia takut pada apa yang digusarkan oleh Rasulullah s.a.w,bahawasanya fitnah terbesar pada akhir zaman ini adalah wanita…!
'Moga Jannah tidak tergolong dalam golongan itu,'hatinya berdoa.

“Erm..tapi…”jawab Jannah serba-salah.’Fetty dan Zack juga kawan aku,Wardah juga kawan aku,semua aku sayang,’Jannah bermonolog sendiri.

“Tak ada tapinya,saya tak kira,malam ni,kalau Jannah tak de,saya tak nak bagi teka-teki lagi.”balas Wardatul Shaukah seperti nada merajuk.Dia tahu Jannah lembut hatinya,cepat kasihan orangnya.

“Baik,baiklah musyrifahku sayang,ha…ni ngomong-ngomong ni,kelas nak pergi ke tak ni?hehehehe”jawab Jannah sambil tergelak kecil di atas kelalaian Wardatul Shaukah untuk pergi awal ke kelasnya tadi.


“MasyaAllah,pukul berape dah ni?”Wardatul Shaukah mengerling telefon ditangannya.
“Pukul 8 tepat?Ha,dua missed call?Ya Allah,kesian Mumtazah,saya pergi dulu ye Jannah,Assalamualaikum.”bergegas Wardatul Shaukah turun ke bawah,handphonenya di'silent'kan lebih awal tadi.

“Waalaikumsalam.. Okey,hati-hati ye,kirim salam kat Mumtazah dan ustaz..”balas Jannah sambil tersenyum nakal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tok tok tok…pintu kelas C-1-06 diketuk,dan dibuka perlahan-lahan.
Assalamualaikum…”serentak Wardatul Shaukah dan Mumtazah memberi salam.
Asif ya ustaz..”Wardatul Shaukah menunduk malu.Malu kerana Ustaz yang masuk dulu,tidak sepatutnya jadi begitu,fikirnya.

Waalaikumsalam.La ba’s.Ijlisaa!”Ustaz Yaidi menjawab dan menyuruh mereka duduk.
Kemudian Ustaz menyambung pengajarannya.

Ustaz Yaidi memang terkenal dengan ke’sporting’annya,beliau tidak kisah jika pelajarnya masuk lambat tapi mesti siap segala kerja yang diberi.

Classmate Wardatul Shaukah ada 25 orang semuanya,hanya dua orang Muslim dan yang lain Muslimah.Bimbang bertamu di hatinya memikirkan salah satu lagi tanda-tanda kecil Hari Kiamat ini.”Bersediakah aku Ya Allah,cukupkah amalan ku ini”katanya dalam hati dengan penuh keinsafan.

Wardah,saya nak pergi tandas jap ye.”minta Mumtazah,mungkin kerana terlalu sejuk duduk 3 jam dalam kelas yang mempunyai penghawa dingin tadi.

Okey,saya tunggu dalam kelas ni ye…”jawab Wardatul Shaukah sambil melihat semula kitab Hadis yang telah di ajar Ustaz Yaidi tadi.

Assalamualaikum…,enti ada kelas ke kat sini sekarang?tanya seorang pelajar lelaki berkopiah dari pintu kelas C-1-06 itu.

Wa..Waalaikumussalam…asifah..tak,baru je habis,kelas kat sini ke?jawab Wardatul Shaukah dalam nada terkejut.

A’ah,kelas kat sini.”jawab lelaki itu lagi tenang.
Baik,maaf ye..”jawab Wardatul Shaukah sambil mengemas barang-barangnya dan bangun keluar dari kelas itu.

Syukran ya ukhti.”balas lelaki tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Eh…nape tunggu sini pulak Wardah???”tanya Mumtazah pelik.
Ada kelas lain nak masuk.”jawab Mumtazah kembali.

Ye ker?baru 10.45,awalnya masuk,mesti budak pandai ni…jom lalu depan kelas tu jap…,”ajak Mumtazah beria-ia.

Tapi…”,Wardatul Shaukah rasa serba-salah.Dia terpaksa juga mengikut kerana tangannya kuat ditarik Mumtazah.

Dia sorang je la,pakai kopiah pulak tu,wah…dia mengaji rupanya,patut la masuk kelas awal…respect la orang lelaki macam ni,jarang dah jumpa sekarang.”kagum Mumtazah.

Alhamdulillah,ada lagi rupanya Muslim sebegini ye,moga saudara kita ni istiqamah..amin”doa Wardatul Shaukah rasa terharu pada apa yang dilihatnya.

Lelaki itu perasan seperti ada kelibat manusia melihatnya dari pintu kelas,dia menoleh dan cepat-cepat menunduk.”Astaghfirullah…”,ungkapnya dalam hati.

Astaghfirullah,”begitu juga dengan Wardatul Shaukah,mata mereka bertembung satu sama lain.Rasa tak keruan dalam hatinya.Takutnya kepada Allah.

Terbayang perintah Allah dalam surah an-Nur ayat 30-31…

" Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."

Mumtazah…jom…jom balik...,ajak Wardatul Shaukah kerana rasa berdosa melihat seorang lelaki ajnabi tadi terlalu lama.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah bergerak singgah ke cafe Mahallah Ummu Salamah(MUSA),blok D dan E yang berada di dalam pagar,yang mana ia lebih selamat dari dimasuki pelajar-pelajar lelaki.Mereka lebih selesa beli makanan di cafe itu dari beli di blok B1 dan B2 MARA walaupun dekat dengan blok mereka,iaitu blok A.Bangunan Blok A MUSA bertentangan dengan Blok B1 MARA,senang diintai,kerana itu,Wardatul Shaukah melarang ahli-ahli biliknya membuka tirai di dalam bilik itu.

Masjid Putra Baru Nilai pula bertentangan dengan bilik study Blok A,dan bangunan Blok C berada di belakang bangunan Blok D MUSA.Bangunan Blok C adalah kelas-kelas yang disediakan untuk semua pelajar-pelajar Asasi di situ.Wardatul Shaukah dan Mumtazah bersyukur walaupun kelas dan cafe jauh,tapi, kebanyakan pejabat,klinik dan library berada di ground floor blok mereka saja.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


No comments:

Post a Comment