Aku Musafir

Aku Musafir

Saturday, March 31, 2012

Mujahadah Seorang Mujahidah 5

***


“Adalah orang tu kan…ber’dating’ kat hujung sana tadi…,”perli Ashraf.

“A’ah…nampak je baik…tapi…,”sambung Luqman pula.

Ashraf dan Luqman adalah dua kumbang yang sekelas dengan Wardatul Shaukah.Wardatul Shaukah tidak menyedari Ashraf dan Luqman melihat gelagat dia bersama dengan lelaki berkopiah,tetapi tidak mengetahui gangguan Fairul dan kawan-kawannya sebelum itu.

“Pijak semut pun tak mati…tu lah kau Ashraf..suka kat orang tu,tak cek dulu latar belakang dia,tengok luaran je memang la nampak baik,sopan…huh,”

“Korang ni cakap pasal siapa?Macam tak puas hati jer?,”tanya Kamilah.

“Ada la orang tu…,”Ashraf menjuihkan bibirnya menunjukkan kearah Wardatul Shaukah yang khusyuk membaca al-Quran mengumpul kekuatan,kerana masih trauma dengan peristiwa tadi.Ustaz Nahu mereka Ustaz Yunus,datang lewat pula hari itu.Wardatul Shaukah mengambil peluang itu membaca tafsir al-Quran yang sentiasa dibawa bersama.

“Ish korang ni,nak berahsia pulak ngan akak.”balas Kamilah,umurnya tua setahun dari mereka yang lain.Lebih selesa menggantikan diri dengan ‘akak’.

“Ni,Asyraf punye gewe,ingat baik,tak layan lelaki,rupanya ber’dating’ dengan orang lain.Duduk rapat-rapat pulak tu.,”ujar Luqman menuduh tanpa menyelidik.

“Eh..sape yang korang maksudkan ni,tak baik tau tuduh-tuduh,suruh Wardah bagi ayat nanti baru tahu..!,”gertak Kamilah.

“Sape kak?Wardah?Ha dialah…,”Luqman menekankan perkataan Wardah,sengaja ingin melihat reaksi Wardatul Shaukah.Wardatul Shaukah baru sahaja selesai membaca al-Quran dan tidak menyedari dia sedang diumpat oleh rakan sekelas sendiri.

“Kelas cancel,kelas cancel…Ustaz Yunus hantar mesej.”jerit Syafiqah.
“Ustaz kata ada hal.”sambungnya lagi.

“Alhamdulillah,akak balik duluuuuu…,”riang suara Kamilah mendengar berita yang baru diterima itu.Hingga lupa apa yang dibincangkan dengan Asyraf dan Luqman tadi.

“Alah!Ustaz ni…Tak bagi tahu awal-awal,penat je aku bangun awal,sejuk tau mandi pagi-pagi…”,rungut Luqman.

“Tapi tak pe la Luqman,kita dapat tangkap satu kes kan…,”sindir Ashraf.Geram bercampur cemburu kerana buah hati pilihannya ada skandal dengan lelaki lain.Kemudian Ashraf dan Luqman berlalu keluar.

Wardatul Shaukah masih tidak berganjak dari tempat duduknya.Dia mahu menghafal beberapa surah dari juzu’ 30 yang masih belum dia ingat sepenuhnya. Tafsir al-Qurannya dibuka semula.Dia keseorangan di dalam kelas ketika itu.

Tiba-tiba,pintu kelasnya diketuk.

“Tok..tok…tok…,”perlahan saja bunyinya.

Wardatul Shaukah berdebar,bimbang lelaki yang sama yang meminta izin untuk masuk ke kelas satu masa dulu dan yang menyelamatkannya tadi.Dia takut untuk melihat gerangan orang di balik pintu itu.Setiap kelas mempunyai dua pintu.Pintu utama kelas yang diketuk.

‘Tapi tak mungkin,waktu ni masa kelasku,ustaz yang tak datang,so,masa ni,masa pengajianku la,kelas lain tak berhak nak masuk.’,fikirnya dalam hati.

Wardatul Shaukah yakin bukan lelaki berkopiah itu,dia mula mendongak…
“Ya Allah…,”jerit Wardatul Shaukah ketakutan.

“Hai Mawar Berduri…kenapa,terkejut?Mana hero tadi?Huh!berani dia menganggu kemesraan kita!,”kata Fairul tidak malu mengaku sebegitu.

Wardatul Shaukah pantas bangun dan menuju ke salah satu pintu untuk keluar.
Tapi,Bob dan Acap menghalangnya.Wardatul Shaukah mengundurkan dirinya setapak demi setapak.Hingga dia berada di belakang sekali kelas itu.

‘Ya Allah,tolong aku Ya Allah.Aku tak kuat Ya Allah.Jauhi aku dari fitnah ya Allah’

“Antum nak apa dari ana sebenarnya?Kenapa buat macam ni?,”tanya Wardatul Shaukah,benci diperlakukan sebegitu.

“Aku nak kau lah..hahahaha…,”jawab Fairul selamba.Diikuti ketawa Bob dan Acap.

Wardatul Shaukah semakin ketakutan.
‘Tak pe Wardah,la takhaf,innallaha ma’ana’,pujuknya dalam hati.

Fairul,Bob dan Acap semakin menghampirinya.

“Stop!Berhenti!Jangan berani dekati ana…!,”jerit Wardatul Shaukah sambil dipeluknya erat al-Quran kesayangannya.

“Ana ada Allah,ana boleh mengadu pada Allah bila-bila masa saja,kalau tak takut dengan kejian manusia,takutlah dengan azab Allah…!”tegasnya tulus dari hati.

“Hahahahaha…,”Fairul dan kawan-kawannya ambil enteng segala percakapan yang keluar dari mulut Wardatul Shaukah.

Mereka makin menghampiri.Wardatul Shaukah terduduk ketakutan,tidak sanggup dirinya dipegang oleh lelaki-lelaki ajnabi itu.Dia menutup mukanya dengan al-Quran yang dipegang erat.Matanya berkaca,air mata memenuhi kelopak mata beningnya itu.

“Woi…!Apa korang buat tu haa…!"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Mereka makin menghampiri.Wardatul Shaukah terduduk ketakutan,tidak sanggup dirinya dipegang oleh lelaki-lelaki ajnabi itu.Dia menutup mukanya dengan al-Quran yang dipegang erat.Matanya berkaca,air mata memenuhi kelopak mata beningnya itu.

“Woi…!Apa korang buat tu haa…!,”jerit Kamilah berani.Dia tertinggal sesuatu di kelas kerana tergopoh-gopoh untuk pulang sebentar tadi.

“Aku tak buat ape-ape,kami tak buat ape-ape pun.Saje nak tengok dengan lebih dekat mawar berduri idaman lelaki ni.Nak pegang tajam,berduri katakan…hahahaha..”

“Hahahahaha…,”diikuti Bob dan Acap,pengikut setianya.

“Keluar sekarang!Sebelum aku pergi lapor kat lecturer kelas sebelah!Keluar!”

“Alahai orang tua ni,nak ngadu-ngadu pulak…,”balas Fairul kurang ajar.

“Aku kata keluar-keluar je la..!Aku bilang sampai tiga kalau korang semua tak keluar,aku jerit!,”ugut Kamilah tidak takut dengan geng yang memang terkenal dengan ke’samseng’an mereka di kampus itu.

“Satu…Dua….,”

“Okey,okey,kami keluar,tapi jangan ingat korang berdua terlepas…!”balas Fairul dengan ugutan juga.

Kamilah berlari kearah Wardatul Shaukah yang ketakutan.

“Wardah…awak okey?Jangan takut, akak ada.”,pujuk Kamilah sebagai seorang kakak.

Wardatul Shaukah berdiri dan memeluk Kamilah seeratnya.Dia masih ketakutan,tidak pernah didekati lelaki sebegitu dekat sekali.Laju air matanya mengalir terjun.Tidak tertahan lagi.

“Syukran kak,syukran jiddan,tak tahu saya nak balas macam mana.Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa akak.Moga Allah memberkati hidupmu akak.”ucap Wardatul Shaukah terharu dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

‘Terima kasih ya Allah’,detik hatinya memuji Allah atas pertolongan itu.

“Sabar ye Wardah,Allah sedang mengujimu,akak yakin Wardah boleh hadapinya.”ujar Kamilah memberi kekuatan kepada Wardatul Shaukah.Kamilah tidak pernah melihat Wardatul Shaukah menangis sebegitu rupa,hatinya tersentuh,matanya mula digenangi air.Tanpa disedari air matanya membasahi pipi dan baju kurung yang dipakainya.

***

“Wardah tak datang ke?,”tanya Kamilah kerana melihat tempat duduknya kosong.

“Tak,dia pulak yang demam,ganti saya kot,hehehe.”jawab Mumtazah,tidak mengetahui apa yang terjadi semalam,Wardatul Shaukah langsung tidak memberitahunya.

“Demam?Kesian…,”tidak sempat Kamilah menghabiskan kata-katanya,Luqman menyampuk.

“Kesian?Huh!Nak kesian pe nyer,mesti pergi buat date bawah hujan tu,memang la demam…,”sampuk Luqman selamba.

“A’ah,macam tak de tempat lain nak buat date,dah tahu semalam hujan nak dating bawah hujan jugak ke…Owhhhhh,mungkin nak lebih romantik kot,”tambah Asyraf lagi sambil menunjukkan mimik muka sindiran.

”Stop it!Apa yang korang tak puas hati sangat dengan Wardah ni ha?Dia kawan saya,suka-suka hati je kutuk…!Dulu beria-ia sangat nak nombor phone la,alamat lah,sekarang?”luah Mumtazah,geram kawannya diejek.

“Itu dulu,nampak baik je,pendiam,jaga pergaulan,tapi semalam kami sendiri nampak dia dengan Wildan Econs.Duduk rapat pulak tu.Kan Luqman.,”ujar Asyraf berbaur cemburu .

“A’ah betul betul betul,”sokong Luqman.

“Tak mungkin,tentu ada sebabnya…!Saya kenal Wardah,dia takkan menghampiri lelaki,pergaulan sangat dijaganya.”balas Mumtazah menyokong sahabat kesayangannya.

“Korang ni tak baik tau tuduh-tuduh,korang nak tahu tak.Kesian Wardah kelmarin.,”semangat Kamilah memulakan cerita.

“Kelas Ustaz Yunus kan cancel kelmarin, akak excited sangat,nak balik nak sambung tengok disc two citer ‘My Girl’,hehehe.Dah sampai depan pagar blok D baru perasan tertinggal pencil box,ada handphone pulak tu.Dengan kecewanya akak pun berpatah balik.Sampai-sampai je kat kelas,terkejut akak…Wardatul Shaukah dikerumuni Fairul and the geng!Apa lagi,akak gertak diorang nak lapor kat lecturer sebelah kalau tak keluar dari kelas masa tu.Huhu,padahal kat sebelah mana ada orang,hehehe,”cerita Kamilah perkara sebenarnya.

Luqman dan Asyraf terlopong mendengar cerita Kamilah,tidak sangka Fairul dan kawan-kawannya berani menganggu Wardatul Shaukah.

“Kak Kamilah!Boleh caye ke citer akak ni?Or saje nak back up si Wardah tu?,”tanya Asyraf ragu-ragu.

“Hei..please..!Akak bukan macam korang berdua ni yang suka bawa mulut tanpa diperiksa tau!Akak sendiri yang tolong dia,mesti ar akak tahu.Dan cerita ni adalah cerite benar!,”ujar Kamilah sambil menunjukkan jarinya ke arah Asyraf dan Luqman.

“Astaghfirullah,betul ke ni Kak Kamilah?Saya macam tak percaya.Wardah tak citer apa-apa pun kat saya.Salah saya la,tak teman dia pergi kelas kelmarin.Kesian kat Wardah…,”ujar Mumtazah serba-salah atas apa yang berlaku.

“Mungkin,apa yang korang berdua nampak tu salah faham je.Cuba tanya sendiri dengan sape tadi yang korang cakap bersama Wardah?Korang kenal ke lelaki tu?,”tanya Mumtazah lagi.

“Wildan…kenal sangat sangat…!Dia Ketua Unit dakwah MARA,sape tak kenal.Dia la jugak selalu mengadu kat Ustaz Majid macam-macam.Student kesayangan Ustaz katakan…Huh,benci!,”ujar Luqman jujur.

“Wildan…sedap nama dia..hurm..mesti baik orangnya,sesuai la buat Wardah.W and W.Huhu..”,usik Kamilah menguji kesetiaan Asyraf.

“Apa yang sesuainya,langsung tak!A and W,baru best..Asyraf and Wardah,huh!Memang AW la…hahaha..”balas Asyraf sambil menggayakan tangan seperti mak nyah.

“Eeeee..perasan betul…,”kata Kamilah sambil bibirnya dicebik.

Satu kelas mengetahui Asyraf memang ada hati dengan Wardatul Shaukah,tapi tidak dilayan.Dari sem satu lagi dia sudah terpikat dengan kecantikan dan keperibadiannya.Bukan dia saja,tapi ada lagi beberapa orang lelaki yang berminat dengan Wardatul Shaukah.Sehinggakan Fairul dari geng samseng pun berkenan.Rasa tercabar untuk memilikinya.

“Elehhh..piiiraaah…tadi kata tak suka,benci lah..sekejap je dah suka balik,pe ar..”,ejek Luqman.

“Suka hati aku ar,aku rasa dia tak salah la..Wildan tu yang salah!”

“Ye la tu…,”malas Luqman melayan karenah sahabatnya itu.

***


“Woi,sini kau!’,jerit Fairul memanggil Wildan yang sedang ralit bersembang dengan kakaknya di telefon.Dalam bilik studinya.

“Erm,Kak Long,angah ade keje sikit,nanti angah call balik yer.”Wildan menamatkan perbualan,takut kakaknya bimbang jika terdengar suara jerkahan Fairul.

Wildan menoleh ke arah Fairul dan kawan-kawannya.

“Astaghfirullah..kenape ni?!Apa yang antum nak lagi?,”tanya Wildan geram.Geram dengan perangai dan sikap Fairul yang suka membuli dan menganggu orang.

“Ni aku bagi warning kat ko,ko jangan kacau Wardah lagi.Dia aku punya!,”tengking Fairul.

“MasyaAllah,ana tak pernah ganggu dia,hari tu ana cuma…,”percakapannya dipotong.

“Cuma nak tunjuk baik kan…! Biar Wardah sukat kat ko..!,”

Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wildan dalam hati terkejut dituduh sebegitu rupa.

“Ingat yer,jangan dekat dengan Wardah!Kalau tak, kau tahu lah akibatnya.,”ugut Fairul.Bob dan Acap mengangguk sambil menunjukkan genggaman penumbuk,menakutkan Wildan.

“A’aaaaah…ambik kau,ingat amaran aku!Jom balik,”Fairul menolak Wildan sehingga jatuh terjelepok di atas lantai,dan berlalu dari situ bersama dua pengikut setianya.

“Ya Allah!,”jeritnya kesakitan.

“Kenape ni enta?Apa yang dah jadi?,”tanya Iskandar yang kebetulan baru balik dari kelas,sebilik dengan Wildan.

“Tak de papelah Is,Fairul tu,tak puas hati dengan ana.”balasnya tenang.

“Fairul?Ya Allah,bahaya lah,kenape enta cari masalah dengan dia?Enta kan tahu macam-macam dia boleh buat kalau kita halang ape yang dia nak,”Iskandar mula bimbang keselamatan sahabatnya.

“Ana tak cari masalah,tapi hari tu dia ganggu salah sorang akhawat ni.Masalahnya ukhti tu pula berjubah dan bertudung labuh,bukan yang menggedik-gedik tu. Dia hampir terjatuh ditolak Fairul dan kawan-kawan dia tu.Ana sempat sambut dia.Kebetulan ana lalu di situ. Ana tak boleh biarkan.”ujar Wildan menceritakan hal sebenar.

“MasyaAllah…!Kesian kat ukhti tu,enta kenal?Sape dia?,”

“Wardatul Shaukah..,”seluruh tubuh Wildan menggeletar selepas menyebut nama tersebut.

‘Ya Allah,perasaan apakah ini...’,getus Wildan dalam hati.

***


“Tolong…tolong…,peragut!peragut!”jerit seorang perempuan tua berusia dalam lingkungan 50-an.

“Tolong…,”jeritnya lagi makin lemah.

Begnya pantas diragut ketika berjalan menuju ke blok B1,dari kereta yang diparking di tepi jalan itu.Tanpa rasa kasihan,dua peragut itu menarik kasar beg perempuan tua itu,sehingga dia terheret agak jauh dari situ.Perempuan tua itu sudah tidak dapat menahan pegangannya dan melepaskan saja.Dia terjatuh dan kepalanya terhentak sedikit ke jalan raya.

Orang ramai yang mendengar,pantas mengejar motor itu dan kedua-dua peragut itu sempat ditangkap,lagi pula jalan raya sesak waktu itu.Mereka berdua dihantar ke balai polis pada masa itu juga oleh orang ramai selepas dibelasah secukupnya.

“Ya Allah..!Mumtazah,jom kesana,kesian mak cik tu,dia menjadi mangsa ragut…,!”cemas Wardatul Shaukah melihat keadaan perempuan tua itu dan berlari ke arahnya.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah dalam perjalanan ke kelas.Lantas beralih arah bila mana melihat seorang wanita tua terbaring di tepi jalan.

“MasyaAllah,darah?Dahi mak cik berdarah ni.Jom mak cik perlahan-lahan,kita duduk atas tu.”kata Wardatul Shaukah bimbang darah yang mengalir di dahi tua itu.

“A’ah,banyaknya darah,ya Allah..,”ujar Mumtazah simpati.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah memapah perempuan tua itu duduk di kaki lima bangunan berdekatan.

“Ma…,”jerit Aman dan Amin serentak.Mereka berdua berlari-lari ke arah perempuan tua yang terbaring lemah,kepalanya ditumpangkan di atas peha Wardatul Shaukah.

Aman dan Amin kembar seiras berusia 5 tahun.Anak kepada perempuan tua itu.
Mereka duduk di kanan dan kiri ibu mereka.
Perempuan itu makin lemah,dia memejamkan mata keletihan.
“Ma…Ma…bangun Ma…Man janji,Man tak gaduh dah ngan Min,Ma bukaklah mata…”,Aman memanggil ibunya sambil menangis teresak-esak.Mungkin takut melihat darah merah yang mengalir di dahi ibunya.

“Ma…Min pun,Min tak nak degil dah,Ma bangunlah,Ma bangunlah,Min pergi ngaji esok ...Min janji…,”Amin teresak-esak melihat ibunya yang makin lemah.

“Adik,sabar ye dik,mama adik tak ape-ape,dia berehat kepenatan je,lepas ni okeylah.,”pujuk Wardatul Shaukah setia disamping perempuan tua itu sambil menunggu Mumtazah meminta bantuan.

‘Comelnya adik-adik ni,kalaulah jadi adik aku..,’bisik Wardatul Shaukah sendiri.Dia memang suka lihat kembar seiras,lagi pula kanak-kanak sekecil Aman dan Amin.

“Ma tak ape-ape Man,Min..Abah dan bang Ngah mana?,”tanya perempuan tua itu lemah.Risau melihat anak bongsu kembarnya menangis.

“Tak tahu,tadi abah naik kete ngan bang Ngah,Abah suruh datang sini,”jawab Aman tersekat-sekat menahan sedunya.

“Ni Ma,abah ngan bang Ngah hantar orang jahat kat balai polis..!,bang Ngah yang cakap tadi,”balas Amin pula.

“Adik ni sape nama?Terima kasih sudi tolong mak cik.,”ujar perempuan tua itu lemah.

“Owh tak de apelah mak cik,mak cik rehat yer,jangan banyak gerak.Panggil saya Wardah.”

Beberapa minit selepas itu,ambulans UIA tiba di tempat kejadian,dan mereka membawa perempuan tua itu ke Klinik UIA yang berada di Blok A,kerana kecederaannya tidak berapa parah.

***

“Mumtazah,jom pergi ziarah mak cik tadi kat klinik,”ajak Wardatul Shaukah,usai saja kelas Feqahnya bersama Ustaz Razak.

“Tapi,mak cik tu, ade lagi ke kat klinik ?”

“Ntahlah,saya pun tak pasti,tak pe kita pergi tengok dulu ye.”

“Assalamualaikum…,”ucap Wardatul Shaukah dan Mumtazah di depan pintu bilik pesakit yang ditempatkan perempuan tua tadi.

“Waalaikumussalam…,”jawab lelaki dan perempuan tua di dalam bilik itu.

“Wardah,masuklah..ajak kawan sekali…,”ramah perempuan tua itu.

“Macam mana keadaan mak cik,”tanya Wardatul Shaukah sambil menyalami tangan tua itu.Diikuti Mumtazah.

“Alhamdulillah,tambah bertenaga.Terima kasih tolong mak cik tadi.Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.”balas perempuan tua itu.

“Terima kasih ye anak berdua,tolong isteri pak cik tadi.Sape nama anak berdua ni tadi,?”tanya lelaki tua yang berada disamping perempuan tua itu.

“Saya Wardatul Shaukah,panggil Wardah je ,”jawab Wardatul Shaukah sopan.

“Saya Nur Mumtazah,boleh panggil Mumtazah.,”jawab Mumtazah pula.

“Sedap-sedap nama anak-anak ni.Maaf,tadi pak cik nampak anak berdua ni tolong isteri pak cik,sebab tu pak cik tinggalkan isteri pak cik dekat anak berdua,pak cik nak ajar dua orang peragut tadi tu.Alhamdulillah,ramai membantu tadi,budak dua orang tu dah kena tahan pun.”,jelas lelaki tua itu.

“Owh begitu…ermm..anak Pak Cik dan Mak Cik yang kembar tu mana?,”tanya Wardatul Shaukah hairan anak kecil itu tiada di situ.

“Ooo..Aman dan Amin yer,teman bang Ngah dia pergi ambil Kak Long dekat Gombak.Anak berdua ni,belajar kat sini ke?,”tanya lelaki tua itu.

“Ye pak cik.”

“Jadi mesti kenal dengan anak pak cik.Wildan namanya.”tanya lelaki tua itu lagi.

“Owh..Wildan tu anak pak cik…,”ujar Mumtazah terkejut.
Nama itu yang telah difitnah Luqman dan Asyraf dengan sahabatnya.

‘Wildan?Bukan ke Wildan adik Kak Masyitah,’Wardatul Shaukah bermonolog sendiri.

“Erm..pak cik dan mak cik ada berapa anak semuanya?,”tanya Wardatul Shaukah inginkan kepastian.

“Alhamdulillah setakat ni,empat orang baru.,”jawab lelaki tua itu selamba.

“Eh..lain macam je bunyi tu,cukup-cukuplah tu abahnya,saya ni dah tua,patutnya dah dapat cucu tau,”perempuan tua itu membalas merendah diri.

“Hehehe,kalau tak bawah Wildan ada lagi tiga,tapi nak buat macam mana,Allah lebih sayangkan mereka.Alhamdulillah,lepas tu dapat pula Aman dan Amin,itu tandanya,mamanya masih kuat dan masih muda,”jelas lelaki itu berterus-terang.

“Ish,abahnyer,malu la kat Wardah ngan Mumtazah sikit,”ujar perempuan tua itu
tersipu malu.Itulah rahsia keutuhan rumah tangga mereka berpuluh tahun lamanya,iaitu selalu bergurau dan usik-mengusik sesama mereka.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah tersenyum melihat gurauan suami isteri itu.

“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dan Masyitah di muka pintu.

“Ma…abah…,”jerit Aman dan Amin berlari masuk ke bilik.

“Waalaikumussalam,”jawab mereka serentak.

“Kak Masyitah?,”ujar Wardatul Shaukah terkesima sebentar.Dia langsung tidak memandang lelaki di sebelah Kak Masyitah.Pandangan tetap dijaganya.

‘Ya Allah,memang benar apa yang aku fikirkan.Ini keluarga Kak Masyitah.’

“Wardah?Macam mana Wardah boleh tahu ni family akak?”tanya K.Masyitah hairan Wardatul Shaukah berada di situ.

“Sebenarnya,Wardah dan Mumtazah yang tolong Ma tadi Kak long.Mereka yang hantar Ma kat sini.”sampuk perempuan tua itu.

“Ye ke,syukran Wardah,Mumtazah,moga Allah memberkati ukhti berdua.”

“Macam mana keadaan ma?,”tanya Wildan bimbang.

Wardatul Shaukah mendongak sekilas ingin mengenal pasti wajah Wildan yang selalu didengari namanya saja.

Pantas dia menunduk,perasaan dia mula meracau,dia mula berdebar-debar,semakin lama,semakin memuncak.Teringat semasa Wildan memegangnya untuk menyelamatkannya dari terjatuh.Bukan itu saja,dia juga menolongnya dari terus diusik oleh geng Fairul.

‘Ya Allah,beri aku ketenangan ya Allah,tenang Wardah,tenang..tenang… subhanallah,walhamdulillah,walalilahaillallah,wallahuakbar..huh….!’Wardatul Shaukah menarik nafas dalam-dalam dan lepas.Dia cuba menenangkan perasaannya.Digenggam erat jari jemarinya.
***

“Ish,geramnya aku dengan budak Wildan tu…!”jerit Fairul melepaskan satu tumbukan di dinding.

“Rilek ar Irul,tenang-tenang,nanti dengar dek dia,mengadu lak kat Ustaz kesayangan dia tu.”kata Acap risau.

“A’ah.ko marah-marah,tapi dia happy je,rugi ar kita.Apa kata kita kenakan dia nak?!”tambah Bob pula.

“Korang nak wat pe?,”tanya Fairul berminat.

“Kita kenakan si Wildan,kita jatuhkan air muka dia nak?!,”balas Bob semangat.

“Huh,geliga jugak otak kau ek,ape rancangan kau,?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Assalamualaikum…
Wardah,malam ni teman saya pergi kiosk kat blok B ye.Kiosk blok E tak de la benda yang saya nak tu.Tapi kita dua je la,segan dengan kawan Wardah yang lain.Ye…Boleh la,boleh la…plezzzzz..-Kamilah-


~019-544****~

‘Aik,Kak Kamilah?Bukan ke katanya nak balik rumah,mak sakit?Pakai nombor baru ke?Dan satu lagi,kenape guna ‘saya’?Betul ke Kak Kamilah ni?,’getus Wardatul Shaukah di dalam hati,hairan.

‘Wardah… tak baik su’udhzon…,’satu bisikan menerpa.

“Astaghfirullah haladhzim..”pantas dia beristighfar.

Waalaikumsalam…
InsyaAllah boleh,kat mana nak tunggu? Tadi kata nak balik kan,mak sakit?


~Wardah~

Ooo..tak jadi.Mak dah sihat.Tunggu kat belakang bangunan blok B ye,nanti saya datang.Okey,ni mesej last,kredit habis,jumpa malam ni…

~ 019544****~

“Ya Allah,belakang bangunan kan gelap,biar betul Kak Kamilah ni,nak call,kredit pun bersen-sen je lagi,tak cukup ni…,”ujar Wardatul Shaukah bimbang.

***


“Assalamualaikum…ukhti nak jumpa ana?Mana Ustazah Hani?,”tanya Wildan.

“Waalaikumsalam,eh..tak delah,ana tunggu kawan ana.Ustazah Hani?”jawab Wardatul Shaukah pelik,dan tidak selesa berdua di tempat gelap sebegitu.

“Bukan ke enti Wardatul Shaukah?,”

“Ye ana..,”jawab Wardatul Shaukah hairan.Pandangannya tetap di hadapan,langsung tidak berkalih ke belakang.

“Tadi bukan ke enti mesej ana,katanya bawa Ustazah Hani,nak beri sesuatu.Dan enti larang ana bawa kawan ana?,”tanya Wildan pelik.

“Ape?!,Ana…”tersentak Wardatul Shaukah.Baru dia tersedar ini adalah perangkap semata.Wardatul Shaukah melangkah untuk ke tempat lebih terbuka.

Tiba-tiba beberapa lampu suluh dihalakan pada mereka berdua.

“Kami dari Jabatan Agama Islam…,”

“Ya Allah…,”jerit Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.
Tidak sempat Wardatul Shaukah bergerak ke depan,pihak berkuasa sudah sampai dan menangkap mereka berdua dari belakang.

“Eleh..nampak je alim…,berkopiah,berjubah,tudung labuh lagi..!”sindir Bob.

“Huh,buat malu U je,kena tangkap basah kat kawasan U pulak tu!,”perli Acap pula.

“Wildan,Wardah..ish ish ish,korang ni,memang sesuai la.Depan kami semua berlakon baik konon,belakang…,”ujar Fairul pula sambil mengeleng tidak menyangka.Lain pula dalam hatinya,riang tak terkata kerana rancangannya dan kawan-kawannya berjaya untuk kenakan mereka berdua.

“Kahwinkan mereka ustaz,kahwinkan!kahwinkan!,”jerit Bob semangat.

“Ish,ko ni,tak payah la,dia aku punya,kita nak malukan Wildan tu,tapi nak bagi pengajaran kat Wardah,buah hati aku,bukan nak suruh diorang nikahlah bodoh!…,”bisik Fairul menolak siku Bob tanda tidak setuju dengan rancangan itu.

‘Kenape mereka ada kat sini?Jangan..jangan…Astaghfirullah haladhzim…ape aku ni,ya Allah…getus Wildan dalam hati rasa bersalah menuduh Fairul bukan-bukan.

“Ini fitnah encik!Fitnah!Kami tak tahu ape-ape pun..,”Wildan bersuara.


“Ye encik,demi Allah,ini semua fitnah…!,”ujar Wardatul Shaukah menyokong kata-kata Wildan.

Wardatul Shaukah bingung,pelbagai kemungkinan yang dia fikirkan akan berlaku selepas itu.

’Ummi,Abi,Iqah minta maaf,sungguh Iqah tak salah,ini semua fitnah!Ummi,Abi,maafkan Iqah kerana kemungkinan selepas ini,Iqah akan dibuang dari U ini.Maafkan Iqah menghabiskan duit ummi abi dengan cara sebegini.Ummi,Abi Iqah tidak mencontengkan arang di muka ummi dan abi,ini semua fitnah,ini fitnah…,
rintihnya dalam hati.Matanya digenangi air,tidak disangka difitnah sebegini rupa.Selama ini pergaulan sentiasa dijaganya.

Begitu juga Wildan,tidak disangka malam itu menjadi malam yang paling malang dalam hidupnya.

‘Bagaimana pandangan orang padaku sebagai Ketua unit dakwah?
Bagaimana anggapan adik-adik usrahku padaku nanti?
Bagaimana perasaan Ma dan Abah?
Bagaimana perasaan Kak Long?
Ya Allah,sungguh berat ujianMu ini…’,getus hatinya memikirkan kesannya selepas ini.



 
Apa yang berlaku kepada mereka berdua?
Apakah pandangan teman2 mereka berdua?
Bagaimana pula dengan keluarga mereka berdua?
Nak tahu?? 
Nantikan... ^_^

No comments:

Post a Comment