Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, April 13, 2012

Mujahadah Seorang Mujahidah 7

Sejak kejadian pada malam itu,Fana,Fika,Ella dan Mona betul-betul berubah.Mereka mengikuti segala program dan aktiviti yang dijalankan di ABNA.Mereka makin bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM beberapa bulan lagi.Akhlak serta percakapan mereka juga makin berubah,sedikit demi sedikit.Mereka terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang telah dikongsi di dalam aktiviti-aktiviti di dalam asrama itu.

Cuma Wildan masih melekat di dalam hati.Fana memendam sahaja perasaannya itu.Dia tidak tahu bagaimana mahu menyingkirkan perasaan sebegitu di dalam hatinya.Kerana ketiadaan ayah sejak kecil,dia tidak pernah merasai kasih-sayang seorang lelaki dewasa lain.Perasaan itu membuak-buak tika melihat Wildan.
Cuba dilawan rasa sayang itu...tetapi itu fitrah,susah dielakkan.Hanya mujahadah saja yang boleh dilakukannya.

“Kak Wardah,nanti lepas habis gotong-royong ni,Fana nak jumpa akak ye.Fana ada sesuatu nak tanya.”ujar Fana ketika aktiviti gotong-royong diadakan.

“InsyaAllah dik.Boleh.Nanti kita cakap kat musolla ye.,”balas Wardatul Shaukah sopan.

“Thanks kak…,”




***


“Akak,salah ke kalau Fana suka kat seorang lelaki ajnabi sebagai abang?”

“Tak salah,itu fitrah.Cuma cara kita menghadapi fitrah itu kenalah mengikut syariaat dalam Islam.”

“Erm…tapi kak,Fana bukan nak kawin,cuma nak rasa kasih-sayang seorang abang.Fana tak pernah dapat rasa kasih-sayang ayah.Fana tak de abang.Fana ada jumpa abang yang Fana kagum kat sini.Fana dapat rasa kalau dia jadi abang Fana kan best.Tapi Fana tak pernah cakap kat dia.Fana tahu,Fana dan dia macam langit dan bumi kak.Dia terlalu baik dan dihormati.Sesuai dengan akak.Fana seronok dapat rasa kasih-sayang akak kat sini.Terima kasih kak,sebab sedarkan Fana dan kawan-kawan.
Tapi Fana nak sangat rasa kasih-sayang dari seorang lelaki,”luah Fana jujur.Selama ini walaupun dia seorang yang nakal,tidak pernah dia bercinta dengan lelaki.Hanya dipandang dari jauh dan diceritakan pada kawan-kawannya.

Wardatul Shaukah tersenyum sendiri.Dia cuba mencari jawapan yang sesuai dengan pertanyaan Fana.

“Fana,Fana nak kawin tak?,”

“Mestilah nak kak.Tapi bukanlah sekarang.”

“Fana nak rasai kasih-sayang seorang lelaki,seorang abang kan.Bersabarlah sekarang adikku,tahanlah perasaan itu dulu.Jangan Fana rasa sayang yang membuak-buak pada lelaki ajnabi yang belum tentu menjadi suami Fana.Bukankah membuang masa namanya.Bila tiba saat Fana berumah tangga,masa itulah Fana luahkan segala kasih-sayang yang dipendam selama ni.Baru best,dia halal untuk kita sayangi,halal untuk kita rindui dan halal juga untuk kita bersentuhan…best kan..,”

“Ye kak,betul,tapi macam mana nak elak kak,Fana dah lama perhatikan dia,,dari dunia jahiliyyah Fana kak…,”

“Dengan sebab itulah Fana kena bermujahadah.Maksudnya,Fana kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dari perkara mungkar itu.Fana sibukkan diri Fana dengan aktiviti-aktiviti,ceramah-ceramah agama,banyakkan beribadah.InsyaAllah Fana akan rasa kelainannya.Sikit-sikit sayang itu akan hilang.InsyaAllah.Fana,sekarang dan sampai bila-bila pun,cinta kepada Allah kita patut dahulukan.Selepas itu barulah Rasulullah,agama,ilmu,ibu bapa dan lain-lain.
Apa-apa yang kita buat niat mestilah hanya kerana Allah.Kita cintai seorang lelaki,kita kata kerana Allah,tapi adakah kita mengikut syariaat yang telah digariskan?Akak sarankan disini adikku,belajarlah dulu,ilmu lagi penting dari lelaki itu k.Adik bersabarlah sekarang ni sahaja,tidak rugi.Bila adik tahan dari sekarang,rasa kasihkan suami nanti sangat-sangat indah.Kasih ayah,abang bercampur sekali.Sungguh nikmat dik.”

“Subhanallah,terima kasih kak.Fana tak terfikir pulak sampai macam tu.Ye,Fana akan bermujahadah sungguh-sungguh.Fana nak cintakan Allah sebab Dia yang buat hati Fana tenang sekarang.Dia yang ketemukan Fana dengan akak,dengan lelaki yang Fana suka tu.Baik kak,thanks a lot.Fana pergi mandi dulu ye,Fana nak solat sunat Dhuha.Fana nak mengadap kekasih Fana.Sayang akak.,”

Fana bangun dan terus ke bloknya.Wardatul Shaukah bersyukur atas perubahan itu.Dia tidak menyangka perasaan untuk berubahnya terlalu tinggi.Maha suci Allah.

‘Siapa lelaki yang terlalu Fana kagumkan itu?Erm..tak pe tak penting itu semua.,’getusnya dalam hati.

Wardatul Shaukah berlalu meninggalkan musolla dan bersiap untuk mendirikan solat sunat Dhuha.
***


“Ummi,abi buat ape ni?,”tanya Wardatul Shaukah tika mana melihat ibu bapanya sibuk mengira sesuatu.Dia baru saja sampai kerumah menaiki bas dari asramanya sempena cuti pertengahan tahun.

“Iqah..ni bajet untuk hantaran Iqah nanti.Ummi dan Abi nak asingkan,takut terguna pula.,”jawab ibunya tenang.

“Ye ummi,abi,terima kasih sangat,Iqah tak sangka secepat ni Iqah akan kawin.Iqah tak sanggup berpisah dengan Ummi dan Abi.”

“Tapi Iqah,selepas Iqah kawin,Iqah lebih berhak ke atas suami Iqah.Masa tu syurga di bawah keredhaan suami nak…,”ujar ayahnya pula.

“Ye,Iqah faham.Erm...ummi,abi,doakan Iqah ye,STAM makin dekat,ada beberapa bulan lagi.Iqah harap Iqah dapat sambung ke Mesir.”

“InsyaAllah,Abi dan Ummi sentiasa doakan Iqah.Lega hati kami,masa tu Iqah dah ade suami disisi,jadi kami tak perlu bimbang lagi tika Iqah di Negara orang,”usik ayah Wardatul Shaukah.

“Ape lah abi ni.,”mukanya kemerahan menahan malu.Tidak dapat membayangkan akan berkahwin beberapa bulan lagi.

“Semua persiapan kami dah siapkan,saudara-mara pun banyak membantu,Iqah jangan risau ye,Iqah belajar betul-betul,kejar apa yang Iqah nak.Kami sentiasa menyokong dan mendoakanmu nak.”

“MasyaAllah,Iqah bersyukur,Iqah bangga Ummi dan Abi jadi ibubapa Iqah.Terima kasih ya Allah,terima kasih.,”

Wardatul Shaukah memeluk erat kedua ibu bapanya yang tersayang.Dia terharu atas segala pengorbanan mereka buatnya.
***


“Ustaz,Fana nak jawab.”

Semua pelajar kelas 5 Jauhar berpaling kearah Fana yang berdiri di mejanya.Mereka semua sangat pelik dengan perubahan ketara Fana.Begitu juga Ustaz Am.Sejak Fana dan kawan-kawannya berubah,Ustaz Am selalu memuji mereka kerana keberanian mereka dan kepantasan mereka menjawab soalan darinya.Juga kesungguhan mereka untuk memahami subjek itu.

“Bagus Fana.Kamu semua ni,patut contohi Fana ni.Dia betul-betul belajar.Dia dan kawan-kawan dia selalu datang bilik saya.Bertanya apa yang tak faham.Bukan diam membisu je kalau tak faham.Jangan jadi bodoh sombong!.Kamu semua dengar tak?Apa yang kamu semua patut lakukan?!,”

“Jadi macam Fana…,!”serentak pelajar-pelajar lain menjawab.

“Ye lah…kena buat ape?,”

“Kena buat macam Fana ustaz…,”

“Ya Allah..!Kamu semua ni ingat,mambang tanah mambang air ke?pastu cobaan,hai mambang tanah,cobaan…gi tu?Jawab dengan semangat!,”tengking Ustaz Am

“Tanya ustaz kalau tak faham..,”selamba pelajar-pelajar 5 Jauhar menjawab seperti tidak takut lagi dengan jerkahan Ustaz Am.

“Haih…kamu semua ni..macam bertukar personaliti dengan Fana dan geng-geng dia pulak..Macam-macam la kelas kamu ni.Baik,ustaz keluar dulu.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam Ustaz Am.,”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Fana..Fana…,”bisik Mona.

“Ape?,”

“Tengok tu,abang kau.Dia tengah solat la.”beritahu Mona apa yang dilihatnya dari kantin tempat mereka rehat,kearah musolla yang terbuka pintunya di tepi pagar sekolah.

“Abang Wildan?Solat sunat Dhuha kot.Jangan panggil abang Fana lagi.Fana tak nak,kalau Fana suka kat dia,harap dia jadi abang Fana,Fana sendiri yang akan sengsara nanti.Fana nak tumpu pada pelajaran dan Fana nak kejar cinta Allah,Fana tak nak fikir lagi pasal cinta sesama lelaki ajnabi ni.Walaupun sebagai abang.”matang Fana berbicara.

“Maaf,maaf terlupa pulak pendirian baru Fana.Baik saya tak buat dah.Jom,saya belanja,nak makan ape?,”pandai Mona mengubah topik perbualan.

“It’s ok.Laksa je lah.Ella dan Fika mana?,”

“Dalam library,tak nak makan,diorang buat kerja Math yang Ustazah Robiah bagi tadi.,”

“Owh..alhamdulillah.Ya Allah aku bersyukur ya Allah.Tak sangka kan Mona,kita-kita semua jadi macam ni.Sungguh,Fana macam tak caye Fana boleh berubah sebegini.Dan hati Fana rasa tenang sangat Mona.Ya Allah terima kasih atas nikmat ini.,”
***


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia baru sahaja berlalu.Semua penghuni-penghuni Asrama Baitul Nur Aliah masih tidak berganjak pulang.Ada kejutan yang ingin dirancang.

“Assalamualaikum Kak Wardah,macam mana imtihan tadi?,”tanya Fana yang baru pulang dari menduduki kertas terakhir SPM di sekolah.

“Waalaikumussalam warahmatullah,alhamdulillah,Allah permudahkan.Fana macam mana?,”tanya Wardatul Shaukah pula.

“Alhamdulillah juga gak,akak doakan Fana ye.”

“InsyaAllah sama-sama kita doakan.”

“Erm…akak balik bila?”

“Jumaat ni.Lagi tiga hari.Fana bila?,”

‘Alhamdulillah,masih sempat.’bisik Fana dalam hati.

“Sama kak.Jumaat.Ok akak,Fana nak masuk dulu ye.Fana nak rehat jap.,”

“Ok,rehat ye.Nanti kita solat Zohor sekali.,”

“Baik kak.,”

***


“Kak Wardah,jom pergi musolla.”ajak Fana sambil menarik tangan Wardatul Shaukah.

Ada ape ye?,”tanya Wardatul Shaukah sambil menanggalkan telekungnya,baru saja usai membaca al-Quran selepas solat Isyak berjemaah bersama adik-adiknya tadi.
“Jom la.Akak akan tahu sendiri nanti.,”ujar Fana berahsia.

“Ooo ada rahsia ye.Jom.,”

Tiba-tiba kedengaran sajak dideklamasikan oleh Nurin yang memang berbakat.
Setiap bait dilontar dengan penuh penghayatan.Kelihatan semua penghuni ABNA bekumpul di situ.Mereka semua memandang ke arah Wardatul Shaukah dengan wajah yang sayu.

Nurin semakin mendekati Wardatul Shaukah.Dia masih berdiri di muka pintu musolla.Dia tergamam.Fana sudah mengambil tempat.
“Wardatul Shaukah,
Nama yang cukup indah,
Seindah peribadi orangnya,

Wardatul Shaukah,
Ketua kami di ABNA,
Ketua yang memahami hati-hati kami,
Seorang yang sabar dan berbudi pekerti,

Wardatul Shaukah,
Sentiasa menjaga kami,
Menjaga segala amalan kami di sini,
Tidak pernah mengamuk lagi pula membenci.

Ya Allah…
Kami sayang dia,
Kami cinta dia,
Eratkan ukhwah kami ya Allah,
Kukuhkanlah ikatan antara kami,

Ya Allah,
Berikan dia kejayaan,
Kurniakan dia suami dan anak-anak yang soleh.
Jauhilah kami dari membencinya,
Kami mahu dia bahagia.


Habis sahaja sajak itu,Semua yang berada di situ menyanyikan lagu ‘Doa Perpisahan’ dari kumpulan Brothers.Lagu itu membuatkan bulu roma Wardatul Shaukah meremang.Amat tersentuh dengan nyanyian yang tulus dari hati adik-adiknya itu.
Wardatul Shaukah dibawa ke tengah,mereka semua ,mengelilinginya.
Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukurku kehadrat Illahi,
Di atas jalinan yang suci.

Namun kini,
Perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas suratan,
Ku tetap pergi jua.

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kuduskan sepanjang waktu,
Ya Allah,bantulah hambamu.

Mencari hidayah daripadamu,
Dalam mendidikkan kesabaranku,
Ya Allah tabahkan hati hambamu,
Di atas perpisahan ini.

Kini Fana pula ke hadapan mendeklamasikan sajak di dalam lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga menitis air matanya.
Teman…
Betapa pilunya hati ini…
Menghadapi perpisahan ini…
Pahit manis perjuangan,
Telah kita rasa bersama,
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini.
Teruskan perjuangan.

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kuduskan sepanjang waktu,
Ya Allah,bantulah hambamu.

Senyuman yang tersirat dibibirmu,
Menjadi ingatan setiap waktu,
Tanda kemesraan bersimpul padu,
Kenangku di dalam doamu,
Semoga…
Tuhan berkatimu…

Wardatul Shaukah sebak,dia juga mengikuti adik-adiknya itu menyanyi.Matanya mula berair.Akhirnya tumpah juga kebumi.Mereka semua saling berpelukan.Lagu itu amat terkesan dihatinya.Esok adalah hari yang amat menyedihkan buat mereka semua.Mereka akan berpisah dengan kakak dan adik-adik kesayangan mereka di asrama itu.Ukhwah mereka indah,kembang mekar,sungguh erat,kerana, ukhwah itu fillah.

***


“Ummi,Iqah takutlah,Iqah rasa tak sedia.Iqah macam tak percaya esok hari bersejarah untuk Iqah.”ngadu Wardatul Shaukah pada ibunya ketika dia melihat cetakan kad perkahwinannya yang telah siap diedarkan.

“Iqah,jangan takut ye.Mula-mula memang macam ni.Sebelum Ummi kawin dengan Abi Iqah,Ummi pun takut sangat.Malam nak akad tu,Ummi tak boleh tidur,sebab takut punya pasal.Tapi Iqah,lepas akad dilafazkan,setelah tinggal bersama Abi Iqah,Ummi rasa nikmat tu,masyaAllah.Tak pernah Ummi rasa semasa Ummi anak dara.Sehinggakan nak berpisah sekejap pun,Ummi tak sanggup.,”luah ibu Wardatul Shaukah memberi kekuatan pada anak tersayang.

“Sampai macam tu Ummi?Tapi tak mustahil kan Ummi,jika kita bercinta selepas berkahwin,rasa rindu,angau,masa bercinta tu,akan rasa lagi indah selepas berkahwin.,”sokong Wardatul Shaukah.

“Ye betul tu.Cuba kita fikir,orang muda sekarang ni,hangat bercinta,setiap hari berjumpa,setiap saat dengar suara,setiap minit melafazkan cinta,bersentuhan sa-sama suka,aurat terdedah sini-sana.Jadi,apa beza selepas kahwin dengan sebelumnya?Sama sahaja.Tapi,kasihan,selepas kahwin makin pudarlah semua nikmat yang dirasai masa bercinta dahulu.Tiada lagi rindu hendak berjumpa,rindu mendengar suara,rindu mengadap muka,sebabnya,semua itu sudah diluahkan masa bercinta dulu.,” jelas ibu Wardatul Shaukah tentang beza bercinta selepas dan sebelum berkahwin.

“Ya Ummi,Iqah sokong cakap Ummi 200 peratus.,”ujar Wardatul Shaukah tersenyum rasa terpujuk dan terus memeluk ibunya yang tercinta.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Tahniah Wardah,cantik awak hari ni…,”ucap Suhana ketika datang ke walimah di rumah pengantin perempuan bersama-sama sahabat-sahabat lain dari Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia,Nilai dengan menempah sebuah bas.

Wardatul Shaukah mengenakan jubah ala-ala moden bersama tudung labuhnya yang berwarna biru lembut dihiasi kain lapisan sedondon warna dengan suaminya. Mereka berdua amat padan sekali,berkulit cerah menyerlahkan lagi keanggunan mereka di hari yang bahagia itu.

“Ye Wardah,tahniah,akhirnya awak berkahwin dulu.Bilalah pulak Jannah ye.Wardah,tak payahlah risau pasal kes khalwat dulu ye.Sebab,segalanya dah terbukti,awak tak bersalah Wardah.Satu kampus dah tahu,semua ni perancangan Fairul dan kawan-kawan dia.”ulas Jannah sambil memegang lembut kedua-dua belah tangan Wardatul Shaukah.

“Ape?Fairul?Macam mana Jannah tahu?Betul ke Fairul ade kena mengena?,”tanya Wardatul Shaukah bertalu-talu.Terkejut dengan berita yang sudah lama cuba dilupakan dibangkitkan semula.

“Sebenarnya,baru-baru ni,kalau Jannah tak silap dua bulan lepas,ibu Fairul meninggal sebab kanser.Seminggu lepas tu,ayah dia pula pergi menghadap Ilahi kerana serangan jantung.Ada orang cakap,ayah dia terkejut sebab syarikat diorang muflis.Bankrap.So,sekarang dia anak yatim piatu,lagi pula dia ni anak tunggal.Semua rumah,kereta mak ayah dia kena sita.Nak harap saudara-mara,sorang pun tak tunjukkan muka.Alhamdulillah,ada Iskandar.Dia yang offer Fairul tinggal bersama dia kat banglo mewah dia tu.Lagi pula,ayah dan ibu Iskandar ni pemurah,mereka yang tanggung segala pembelajaran dan makan minum Fairul.Mereka tak nak terlepas dari membantu anak yatim,pahala besar tu.Bob dan Acap pula langsung tak layan Fairul dah lepas dia jatuh miskin.Diorang dah cari geng lain pula.Beberapa minggu selepas itulah,Fairul mengumumkan pasal rancangan diorang dulu kenakan awak dan Wildan.Semua terkejut,dia buat announcement kat post guard.Suasana yang bising giler,jadi sunyi sepi tau.Dia menangis-nangis masa tu,kami semua terharu jugak.Ye lah kan,bagai jatuh ditimpa tangga.Satu-satu terjadi pada dia.Mungkin Allah nak bagi kesedaran dekat dia atas segala perbuatan dia.Dia pun datang ni.Mungkin pergi jumpa Wildan.”

“MasyaAllah…sampai begitu sekali.Innalillahi wainnailaihi raji’un.Kesiannya dekat Fairul.Alhamdulillah ada juga yang sebaik Iskandar ye.Tapi siapa dia?”

“Orang panggil dia Is,sebilik dengan Wildan.Kalau tak silap kawan baik dia.,”

“Ye ke,Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah atas pertolongan-Mu.”

“Allah itu Maha Adil.Kebenaran akan menang juga akhirnya.Moga awak bahagia Wardah.Awak telah memilih jodoh yang terbaik bagi diri awak.”ucap Jannah lantas memeluk Wardatul Shaukah dengan air mata yang ditahan terharu dengan kesabaran sahabatnya selama ini.

“Kak Wardah…,”laju Anis dan Syikin berlari ke arah Wardatul Shaukah tanpa segan silu.Wardatul Shaukah masih setia berdiri di depan pagar rumah menyambut tetamu yang hadir.Manakala Wildan pula berada di bawah khemah Muslimin bersama ahli-ahli usrahnya dan sahabat yang lain.

“Jannah pergi makan dulu ye.”ujar Jannah mengundur diri.

“Baik.Silakan sahabat.Syukran sudi datang.”

“Afwan Wardah.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam warahmatullah.”

“Cantiknya akak…tahniah kak.Rindunya kat akak.,”puji Anis dan terus memeluknya.

“A’ah kak,akak cantik sangat.Akak,kami rindu pantun akak.”luah Syikin.

“Iye?Baiklah kalau macam tu,akak bagi pantun khas buat adik-adik akak ni ye.Tapi bukan teka-teki.”

“Nak kak,nak..asalkan pantun kak.,”balas Anis bersemangat.

Ada yang melihat gelagat mereka bertiga terharu dengan keakraban dan ukhwah yang terjalin di antara mereka.

“Sebuah bas parking di tepi lori,
Rupanya mereka kawanku di CFS yang tak dapat diganti,
Terima kasih kerana hadirkan diri,
Kirim salam dekat semua sekali nanti.

Raja sehari rasa bahagia tidak terperi,
Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang berbudi,
Sungguh akak amat terharu sekali,
Moga ukhwah kita akan sentiasa kekal abadi.

Makan nasi dalam loyang,
Makan pula bersama kari,
Syikin dan Anis adik yang akak sayang,
Jaga peribadi jagalah diri.
”penuh penghayatan dilontarkan satu persatu tiap bait pantun itu sambil mengenggam erat tangan Anis dan Syikin.

“Akak dengar kami pula ye.Syikin dulu.

Wardatul Shaukah nama diberi,
Kami panggil dia Kak Wardah,
Hari ini dia jadi raja sehari,
Cantik,anggun dan sangat indah.

Kak Wardah memang cantik,
Walaupun dia tidak didandan,
Hari ini kita makan betik,
Sebab Kak Wardah kahwin dengan Abang Wildan.

Haram perempuan menampakkan rambut,
Ketika diluar rumah juga bersukan.
Salam dikirim kami menyambut,
InsyaAllah kami akan sampaikan
.
”Syikin tersenyum sendiri dengan pantun yang diberikan.

Macam tak jadi je..hehehe,’fikirnya sendiri.

“Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,jazakillah ukhti”ucap Wardatul Shaukah.

“Anis pulak…
Wahai kakakku yang ku hormati,
Terima kasih atas nasihat yang diberi,
Doakanlah kami dan sematkanlah dihati,
InsyaAllah kami akan menjaga diri dan peribadi

Anis berlari sehingga terluka,
Syikin datang sapukan cuka,
Kita bersama ketika suka,
Begitu juga ketika duka.

Anis dan Syikin hanya mewakilkan,
Kerana kami serasi berdua,
Sepanjang perkenalan melakukan kesalahan,
Maaf dipinta dari kami bilik A-3-2.
.”balas Anis lancar.Mereka bertiga berpelukan.

Semua yang berada disekeliling menepuk tangan.Gemuruh.Semua terharu melihat persahabatan mereka.

Wardatul Shaukah,Anis dan Syikin terkejut dan memandang sesama sendiri.Mereka tidak menyangka ramai yang melihat gelagat mereka bertiga dari mula lagi.Mereka tersenyum sendiri dan memeluk kembali,air mata mula jatuh membasahi bumi.Persahabatan itu sangat indah sekali.

 gambar sekadar hiasan
***

Alhamdulillah Wardah dan Wildan selamat mendirikan sebuah masjid. Ramai yang hadir pada majlis perkahwinan mereka berdua antaranya sahabat-sahabat Wardah dan juga sahabat-sahabat Wildan. Namun, ada seseorang yang tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka.
Siapakah 'dia' itu?
Adakah 'dia' itu kecewa kerana pujaan hatinya telah dimiliki?
Mengapakah 'dia' tidak hadir?

Persoalan-persoalan ini bakal terjawab pada siri ke-8 insyaAllah...
Nantikan sambungannya..  ^_^

No comments:

Post a Comment