Aku Musafir

Aku Musafir

Monday, April 9, 2012

Mujahadah Seorang Mujahidah 6

Wardatul Shaukah dan Wildan dibuang serta-merta dari pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu tanpa usul-periksa.Kerana bimbang mencemarkan nama baik universiti itu,rayuan mereka dipandang enteng oleh pihak atasan.Mereka bimbang,kerana nila setitik,habis susu sebelanga,itu saja alasan yang diberi.Satu kampus heboh tentang tangkapan pada malam itu.Lagi pula orang yang ditangkap orang yang tidak disangka-sangka.Bermulalah gosip terhangat tentang Wildan dan Wardatul Shaukah.

Kes mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.Mereka telah bersepakat bersama ahli keluarga masing-masing untuk tidak meneruskan dengan ikatan perkahwinan,dengan alasan masih menuntut. Mereka tidak mahu ibu bapa masing-masing dimalukan kerana perbuatan yang tidak mereka lakukan itu.Jika mereka meneruskan perkahwinan ketika itu,terbukti mereka bersalah.Mereka tiada bukti kukuh untuk menuduh sesiapa,mereka hanya berserah pada Tuhan pencipta alam ini.Mereka pasrah.

“Kami percaya dengan awak Wardah,awak jangan sedih ye,Allah tahu sape betul sape salah…,”pujuk Suhaila.

Semua ahli bilik A-3-2,berkumpul di katil Musyrifah mereka yang sedang ralit mengemas barang untuk di bawa pulang keesokannya oleh keluarga tersayang.

“Jangan risau Wardah,Allah akan dedahkan juga kebenaran satu hari nanti,”tambah Auni pula.

“Kak Wardah,Anis percaya dekat akak,Anis nak tolong akak,tapi Anis tak de bukti…”

“Ye akak,betul,Syikin pun percaya dekat akak,ada orang yang jeles ni,eeee…kalau Syikin dapat,siaplah orang tu..!,”

“Terima kasih semua,maafkan saya,saya tak mampu jadi Musyrifah terbaik untuk semua,saya redha dan pasrah apa saja yang Allah telah tentukan untuk saya.Saya tidak mahu berdendam dengan sesiapa,biarlah Allah saja yang menghukum mereka yang menfitnah.Saya akan jalankan hidup seperti biasa.Hajat doa semua.”ujar Wardatul Shaukah sebak.

“Wardah,terima kasih atas segalanya,Jannah bersyukur dapat sahabat seperti awak.Jannah minta maaf sekiranya ada Jannah terguris perasaan awak dalam sedar atau tak.Maafkan Jannah,Jannah harap kita akan berjumpa lagi nanti,jika tidak di dunia ini,kita jumpa di syurga nanti,insyaAllah…,”sayu Jannah tidak sanggup kehilangan sahabat baiknya itu.

“Akak…Anis,sedihlah…,”esak Anis tiba-tiba.

“Nanti…sape yang nak teka-teki dengan kami lagi?Sape yang nak kongsi cerita-cerita nabi dengan kami lagi…,sape nak jadi imam kami,sape nak nasihat kami,kami sayang akak…,jangan tinggalkan kami kak…”esakan Anis makin kuat kedengaran.

Semua di sekeliling turut sedih mengenangkan apa yang akan berlaku selepas Wardatul Shaukah meninggalkan mereka.

Wardatul Shaukah menghampiri Anis dan memeluknya erat.Dia juga rasa berat untuk meninggalkan sahabat-sahabatnya.

“Anis,akak pun sayang Anis,akak sayang semua sahabat-sahabat akak,akak minta maaf,akak kena pergi,akak perlu teruskan hidup akak.Anis jaga peribadi ye.Jadi wanita solehah.InsyaAllah nanti ada rezeki,pasti kita jumpa lagi.Anis jangan sedih ye.,”pujuk Wardatul Shaukah,turut menangis setelah agak lama menahan air mata suci itu dari terkeluar.Dia tidak mahu menangis kerana fitnah itu.Tapi apakan daya,dia juga manusia,akhirnya dia turut melepaskan segala kesedihan yang ditahan dari malam semalam pada malam itu.

***

Sebulan selepas itu…

Assalamualaikum…
Kaifa haluki?
Ukhti Masyitah,ana minta maaf tentang kejadian hari tu.
Sungguh,ana tidak tahu ape2 pasal pertemuan tu.
Maafkan ana kak.

~Wardah~

Waalaikumslm w.b.t..
Ya ukhti fillah,akak br saje nak hantr mesej kat Wardah td.Erm…Wardah jgn rasa bersalah,semua perkara yg terjd ini,tentu ada hikmah yg kita tidak thu.Akak faham Wardah,akak yakin Wardah dan Wildan tak bersalah,akak kenal Wardah,akak juga kenal Wildan adik akak.Dia terlalu menjaga pergaulannya.Akak yakin kamu berdua tak salah.Tapi,akak nasihatkan,janganlah berdendam dgn org yg menfitnah kamu,kerana jika adik berdendam,dosa adik same sahaja dengan dia.Ape perancangan Wardah sekarang?Studi or kerja?Erm,akak lupa nak bagi tahu akk dan family dah pindah ke Sitiawan,Perak.Abah akak kena tukar kat sini.Wardah tinggal dekat perak dekat mna?Mana thu,kita boleh jumpa kan.

~K.Masyitah~

Alhamdulillah,dekat je lah,ana tinggal kat Sri Manjung,memang dekat sangat.Tak sabar ana nak jumpa akak.InsyaAllah,nnt ana bg alamat ana.Ana rancang nak ambik STAM kat sekolah dulu,tapi lambat lagi,sekarang bulan Ogos,bulan Januari baru pergi sana,maybe tinggal kat asrama.Sekarang ni duduk rumah je,abi tak bagi kerja.Hajatnya lepas tu nak ke Mesir,teringin nak belajar dibumi anbiya’.InsyaAllah.
~Wardah~

Alhamdulillah,lambat lagi tu kan.Adikku Wardah..adik akak Wildan pun katanya nak sambung STAM,dia minat agama,dia tak kisah lagi kos Econs yg dia ambik dulu.Katanya nak mula kehidupan baru.Tapi tak tahu lagi sekolah mana,sebab kan tempat baru,so harap boleh Wardah tolong akak ye.Tak pun,dia sekolah sekali dengan Wardah,boleh?Erm..sebenarnya akak nak sampaikan hajat seseorang.

~K.Masyitah~


Wardatul Shaukah mula berdebar-debar tika membaca nama ‘Wildan’ didalam inbox mesejnya.Kenape K.Masyitah gembira lambat lagi aku masuk STAM?Hajat?Hajat siapa?,monolongnya sendiri.

InsyaAllah boleh,nanti ana bagi alamat sekolah yang ana nak daftar masuk tu.Ermm,hajat siapa?

~Wardah~

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Begini,akak mewakilkan adik akak,Wildan untuk merisik mawar berduri yang kembg mekar disana.Adik akak nak melamar Wardah menjadi sayap kiri perjuangannya.Akak faham,Wardah nak masuk STAM kan,tapi sebagai tanda ikatan sebelum dipetik org lain,Wildan dan kami sekeluarga sudah berbincang untuk mengikat dengan pertunangan dahulu.Sepanjang pertunangan itulah masa suai kenal korang berdua.Akak akan sampaikan apa saja yg Wardah ingin tahu.Wardah,Wardah istikharahlah dulu,fikir,dan bincang dengan ummi dan abi Wardah,jika sudah bersedia,inform dekat akak ye.Kirim salam dekat ummi dan abi Wardah dengan lafaz ‘Assalamualaikum.’Akak menantimu memanggil akak sebagai Kak Long bukan Kak Masyitah lagi.Assalamualaikum.Uhibbuki fillah.
~K.Masyitah~


Ya Allah,secepat inikah?Wildan?Sudah lama aku rasa terbuka untuk menerimanya selepas beristikharah semasa kali pertama bertentang mata dengannya.Ya Allah,Kau sebaik-baik perancang,Kak Masyitah seperti betul-betul mengharap… Alhamdulillah
.’ungkap Wardatul Shaukah syukur.

***


“Alhamdulillah,jadi kedua-duanya dah setuju ye?,”tanya Pak Cik Wahab ayah kepada Wildan memastikan.

Wildan dan Wardatul Shaukah mengangguk tanda setuju untuk meneruskan ikatan pertunangan mereka.

“Alhamdulillah,”semua yang hadir mengungkap syukur kerana majlis berjalan lancar pada pagi itu seperti yang diharapkan.


***


“Ummi,Abi,Iqah minta maaf pasal kes…,”belum sempat kata-katanya ingin diluahkan,Mak Cik Naemah memotong.Dia sudah biasa menggunakan nama manjanya ‘Iqah’ sebagai pengganti diri di depan Ummi dan Abinya.

“Shh…Iqah,Iqahlah satu-satunya anak kami.Kami yang bela Iqah dari kecil sampai sekarang ni.Ummi bangga dapat anak solehah macam Iqah.Ummi kenal Iqah,kenal lebih dari pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam tu,mereka main serbu je tanpa usul periksa.Iqah,jangan ungkit lagi hal yang dah lalu ye,jangan minta-minta maaf lagi.Sekarang teruskan hidup Iqah,InsyaAllah Ummi lihat Wildan tu baik sekali adab dan penampilannya.Sejuk mata memandang. Iqah dah jadi tunang orang,Iqah kena bersedia dari sekarang,bersedia untuk menjadi isteri solehah,Iqah tak boleh sedih-sedih depan suami nanti ye,kita kena jaga hati suami.Lagi satu,sepanjang ikatan pertunangan ni,ummi harap Iqah menjaga pergaulan dan hati dari mengingati Wildan.Iqah kena mujahadah betul-betul,kalau ada ape-ape,gunalah orang tengah ye.Masyitah kakak Wildan pun ade kan.Tak lama pun,lepas exam STAM,Iqah dan Wildan akan disatukan.Ummi Cuma mengingatkan,ummi tahu Iqah faham semua ni.Iqah,pasal kes dulu,Iqah jangan lah fikir sangat,kita tahu Allah mengetahui segalanya,Allah tahu Iqah tak salah,so Iqah kena tenang,kita hidup untuk dapat keredhaan Allah kan..,”pujuk Mak Cik Naemah berbaur sebak,tidak sanggup melihat anak kesayangannya difitnah sebegitu rupa walaupun perkara itu sudah sebulan berlalu.

“Ye Iqah,betul cakap Ummi tu,Abi bersyukur sangat,walaupun abi dapat seorang saje anak,tapi yang seorang ni sangat bernilai bagi kami.Sangat berharga,Alhamdulillah.Abi bangga,Abi bangga Iqah,Abi bangga Iqah tabah mengharungi hidup ni,tidak mudah putus asa.Abi harap,dekat asrama nanti,Iqah tumpu betul-betul pelajaran,Iqah jangan rindu bakal suami Iqah lebih dari penciptanya ye,”Pak Cik Arif meluahkan segala yang terbuku di hatinya,dan memberi peringatan kepada anak kesayangannya.

Wardatul Shaukah berasa sangat terharu,air matanya mengalir laju menuruni pipinya sehingga membasahi telekung yang masih dipakainya selepas solat Maghrib berjemaah dengan Ummi dan Abinya.Pada keesokannya ,Wardatul Shaukah akan mendaftar untuk masuk ke tingkatan enam Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad al-Tarbiah al-Islamiah yang berada di Trong.

“Terima kasih ummi,abi, Iqah juga bersyukur kerana mendapat ibu bapa yang betul-betul menjaga dan membesarkan Iqah dengan penuh kasih sayang dan dengan segala didikan agama.Iqah akan ingat segala nasihat dan pesanan ummi,abi.Iqah faham,sebagai hamba Allah,Iqah tidak boleh mencintai seseorang lebih dari Allah s.w.t.Terim kasih atas peringatan ummi dan abi. Iqah ingat lagi Ummi,Abi,masa Iqah darjah enam,semasa Kem Motivasi Pelajar,Iqah dan kawan-kawan menyanyikan sebuah lagu nasyid dari kumpulan Aeman,tajuk dia ‘Wahai ayah dan ibu’.Kami tujukan kepada semua ibu bapa kami,agar mendidik kami dengan didikan agama yang sebenar.Termasuk ummi dan abi Iqah,”suara Wardatul Shaukah makin tenggelam dalam esakan.Dia melantunkan bait-bait lirik lagu tersebut dalam keadaan teresak-esak memeluk ibu kesayangannya.

Dia mengenang kembali lagu yang paling menyentuh hati kedua ibu bapanya pada saat dia bersama kawan-kawan yang lain menyanyikannya untuk majlis penutup Kem Motivasi Pelajar itu.Rentaknya sungguh syahdu dan seperti sangat mengharapkan didikan seperti itu daripada kedua ibu bapa masing-masing.

Wahai ayah dan ibu...
Dengarlah rintihan anakmu
Pimpinlah diriku ini
Dijalan penuh berduri

Berilah ilmu mengenal Tuhan
Pencipta diri ini
Selamatkan dari tipuan dunia
Menuju alam yang abadi

Ilmu akhirat wajib dipelajari
Bekalan untuk bertemu Illahi
Ilmu duniawi boleh dicari
Panduan hidup untuk berbakti

Ayah dan Ibu ini impianku
Ingin menjadi anak yang soleh
Menolong ayah membantu ibu
Terus berbakti di negeri abadi

Oh Tuhan beri kekuatan iman
Pada kedua Ayah dan ibuku
Kau ampunkan segala kelemahan
Sentiasa dalam bimbingan-Mu

Setiap detik setiap saat
Berada dalam redha-Mu
Jalan yang lurus ditunjukki
Tuhan jadi sahabat sejati


Ketiga-tiga beranak itu hanyut dengan tangisan masing-masing,mereka semua berpelukan,kasih-sayang antara mereka makin mekar hanya kerana Allah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Tengok tu,tuuuuuuu…,”kata Mona sambil menghala jari telunjuknya kearah Fana.

“Nape wei?Sape?,”balas Ella ingin tahu.

“Alah kau ni Ella,takkan tak nampak,kawan kita lagi sorang tu la,sejak abang presiden kita tu masuk,asyik termenung je tau.Ape lah kau ni,tak tahu perkembangan semasa langsung!,”jelas Fika pula.

“Owhhhh…pasal tu..aku tahulah..Fana tu,nampak je tomboi,tapi bila nampak laki hensem…ish ish ish kita pun tak dilayannya.Adoyai!,”ujar Ella sambil menepuk tangan ke dahi.

“Assalamualaikummm…amboi amboi ambai,eh,macam Azwan Ali la pulak.Huhu…,Amboiiii….mengumpat aku nampak?Sampai tak sedar aku datang…ade yang nak kena penerajangan aku ni…!,”sampuk Fana dari arah belakang mereka bertiga dengan mimik muka bengang dan mencekak pinggang.

“Woo woo wooo,relaks relaks…kami bukan ngumpat,kata je…,”ujar Mona gurau.

“Kata belakang orang kira mengumpat la tu,kau tahu tak,orang mengumpat ni,kat akhirat nanti,dia kena makan daging orang yang dia umpat tu.Korang bertiga nak makan daging aku ke?Sanggup?,”ugut Fana semangat.

“Ala tak nak la,kami gurau je.Tak de la,kau tu,asyik sangat tengok orang tua tu,dengan geng sendiri pun tak layan..pe ar punya kawan..,”kata Fika dengan nada merajuk.

“Eh..hello..correction…bukan orang tua k..Wildan..W.I.L.D.A.N,huhu,name pun hensem that’s why dia hensem…kalaulah aku dapat duduk sebelah dia…,hihihi,”senyum Fana sehingga ke telinga.

“Ish dia ni,berangan pulak dah…hei,dengar ni,dia tu form six,Presiden MPP sekolah kita,yang kau tu pulak,pelajar biasa,form five,form five k…beza tuu…lagi pula geng kita ni suka wat kes…macam polis dengan pencuri la…sedar ye kawanku..,”ujar Ella menepuk-nepuk pipi Fana.

“Eleh,jeles katalah jeles…aku Fana lah,semua laki suka kat aku punya,termasuk abang kesayanganku itu,aku dah tak buat kes macam dulu,aku dah jadi baik tau.”kata Fana bangga.

“Ooo..patutlah…baru aku perasan,dia bagi salam kan tadi,lagi pula bagi tazkirah pulak pasal mengumpat,a’ah la,Fana kita dah jadi baik..huyyo bravo bravo..,”ujar Fika sambil menepuk tangan.

Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggg…..

Loceng berbunyi menandakan berakhirnya waktu rehat mereka.

“Jom masuk kelas,sat gi,Ustaz Am masuk,tak pasai pasai kena denda…jom ar..,”ajak Fika bimbang.

“Jap ar,aku nak tengok buah hatiku ni…erm,abangku,aku makan tak lena,tidur tak basah,mandi tak kenyang…ooohh..bila lagi dapat berjumpa…,”ujar Fana menggedik.

“Wei kau ni Fana,nak jiwang pun bertempatlah sikit,kat kantin pun boleh ke…dahlah ayat tonggang terbalik,dengaq di Ustaz Ramli,mesti kena piat telinga tu…,”kata Mona dengan menggayakan tangannya.

“Ok ok..jom…!,”ajak Fana selepas buah hatinya berlalu,hilang dari pandangannya.


***


“Alamak…Ustaz Am dah masuk…duh…abis la kita..,”kata Fika sebelum sampai di depan pintu kelas.Kedengaran suara Ustaz Am mengajar Sejarah di dalam kelas mereka berempat.

“A’ah la,macam mana ni,nak masuk tak?Takut la.Malu wei,asyik kena denda je,ni Fana ar punya pasal!,”balas Mona bengang.

“Nape aku pulak,sape suh tunggu,aku tak suruh pun…,”jawab Fana ego.

“Ish..kau ni..,dah buat tak ngaku pulak..,”balas Mona pula.

“Bukan salah aku..,”balas Fana pula dengan suara mengada.

“Wei korang ni,boleh tak jangan bertekak masa ni,kalau Ustaz Am dengar nanti…,”belum sempat Ella menghabiskan kata-katanya.

“Masuk..!Maaasuk!Ape korang berempat buat kat luar ni?Nak kena denda?,’’jerkah Ustaz Am tiba-tiba.Mungkin mendengar keriuhan sebentar tadi.

“Ambik meja dan kerusi masing-masing,susun beratur kat luar..pergi sekarang!,”arah Ustaz Am tegas.Sudah biasa mereka dengar jeritan dari Ustaz Am,alah bisa tegal biasa.Lagi pula Ustaz Am juga guru disiplin sekolah mereka.Mereka kerap berdepan dengan Ustaz Am kerana ponteng kelas,makan luar dari asrama,dan macam-macam lagi.

Semua guru di sekolah itu digelar ustaz dan ustazah,tidak kira apa yang diajar mereka,Sejarah,Bahasa Malaysia,Matematik,Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris juga.

“Baik ustaz,”serentak mereka menjawab.

“Alamak malunya,kau lah ni Fana,”geram Fika sambil mencucuk Fana yang berada dihadapannya.

Fana berada di bahagian depan sekali,diikuti Fika,Mona dan Ella.

“Alah.sorry sorry..lain kali kita masuk awal k..ampun…,”

“Ha macam tu la..ngaku dong..,”sampuk Mona pula.

“Ok..aku ngaku,maaf k,nanti aku belanja korang.”pujuk Fana.
Mereka semua bercakap antara satu sama lain,tapi mata melihat ke arah Ustaz Am yang sedang mengajar.Cover line.

“Wei,korang kat luar ni leh diam tak?,bagitahu ustaz nanti…,”Farhan mengugut,perhatiannya terganggu dengan kebisingan mereka berempat yang berada di sebelah luar tingkap Farhan.

“Okeh okeh,kami diam,”jawab Fana mewakilkan.

‘Alamak..nape dia lalu pulak kat sini,adoi..malunye,’bisik Fana sendiri bila mana melihat kekasih hatinya menuju ke arahnya.

Kelas diorang kan kat bawah,adoyai…sorok-sorok.’,sambungnya lagi sambil memegang tinggi buku teks Sejarah menutup mukanya.

Selepas lalu saja kekasih hatinya itu,perlahan-lahan Fana menurunkan bukunya.
Huh,lega,dia tak nampak aku kot.’getus hatinya.

“Mak nenek kau…!Ustaz…!terkejut saya...,”jerit Fana melatah.Tiba-tiba sahaja terpancul kepala Ustaz Am dibalik buku sejarahnya.

“Hahahahahaha …,”satu kelas ketawa melihat telatahnya dari awal lagi.

“Ooo terkejut…yang kamu tu berangan kenape?Tak dengar ape yang saya ajar…!Bermain je dari tadi.Ingat kamu tu SPM,SPM faham..!Kamu bertiga masuk!Biar dia sorang duduk kat luar ni.”arah Ustaz Am lagi.

Fana mencuka.

“Ta…Fana..hehehe…,”ujar Fika ketawa kecil melihat Fana ditinggalkan keseorangan diluar kelas sambil melambaikan tangannya.Begitu juga dengan Mona dan Ella.

‘Huh!Ustaz kejam!Tak adil!Benci!,’monolong Fana sendiri.
***


Sementara di dalam kelas tingkatan 6 STAM...

“Dan…ape ek nama penolong kau,maksud aku penolong MPP…,?”soal Azam buat-buat tidak tahu.

“Erm,Wardah…kenape?,”balas Wildan pelik.

‘Takkan dia tahu Wardah tunang aku?Tak mungkin,tak mungkin.,”bisiknya dalam hati.

Hal pertunangan mereka langsung tidak diketahui sahabat-sahabat mereka,kecuali Ustaz Halim dan Ustazah Hasyimah yang menjadi orang tengah mereka.Sepasang suami isteri itu dijadikan platform mereka bersuai kenal juga perbincangan mereka jika ada sebarang aktiviti.Mereka tidak pernah berjumpa berduaan kerana tugas,ikhtilat sangat dijaga.Mereka menggunakan tempoh pertunangan mereka itu sebaik mungkin mengenal sesama sendiri disamping tidak melupakan batasannya.

“Tak delah,dia tu nampak baik lah,sopan,pendiam,tengok tu rajin lagi,dia sorang je study,yang lain….bersembang je,mengumpat la tu,ermm kagum aku ngan dia tu.,”puji Azam ikhlas,matanya melirik kepada Wardatul Shaukah yang khusyuk menghafal sesuatu.

Wildan menarik nafas sedalam-dalamnya.Dan melepaskannya.Seperti terlalu sukar untuk membalas pengakuan Azam sebentar tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Wildan menarik nafas sedalam-dalamnya.Dan melepaskannya.Seperti terlalu sukar untuk membalas pengakuan Azam sebentar tadi.

Ya Allah,tak pernah aku rasa secemburu ni.Ya Allah jauhilah hatiku dari cemburu buta ini.Perasaan ku ini hanya layak padamu ya Allah.Ya Allah berilah aku kekuatan…,’
Doanya dalam hati.

“Ye ker,Alhamdulillah,bagus kita kagum dengan seseorang,tapi kita ambil ape yang terbaik dari orang itu,jangan kita lalai kerana mengingati dia.Lagi pula dia bukan sejenis dengan kita.Dia wanita,wanita ni fitnah terbesar bagi lelaki pada akhir zaman ni.Ini Nabi sendiri yang cakap.Maksudnya ia sangat penting.,”jelas Wildan bimbang dengan sikap sahabatnya itu.

“Owh..tak de la sampai macam tu,tapi aku macam syok ar kat dia,nampak sempurna je dimata aku.Hehehe.Tapi syaitan ke yang buat macam tu?,”tanya Azam minta kepastian.

“Iye,tak dinafikan juga.Disebalik seorang perempuan ada syaitan menyerupai mereka.Syaitan itu yang menjadikannya kelihatan cantik dan sempurna pada mata lelaki,sebab itu kita kena jaga pandangan.Tapi ingat, bila kita tengok perempuan tu biasa-biasa je,kira bukan idaman kebiasaan lelaki la,jangan terlalu ego,kita kata kita takkan suka dia,sebab syaitan boleh buat dia sangat-sangat cantik di depan kita.Dengan izin Allah juga.Jadi betapa pentingnya perintah menundukkan pandangan,ye sahabat..!,”terang Wildan mengharapkan kefahaman Azam.

“Ooohh ye ke,astaghfirullah…sampai macam tu sekali,jahatnya syaitan..!,”ungkap Azam istighfar seperti baru tersedar akan kesilapannya tidak menjaga pandangan.Tetapi perasaan ingin mencintai tetap disimpan di dalam hati tanpa bermujahadah dari diselaputi zina hati.

***


Wardatul Shaukah dilantik sebagai ketua umum di Asrama Baitul Nur Aliah(ABNA)
kerana dia yang paling berusia di dalam asrama.Ketika mula dia memasuki asrama,banyak pertanyaan tentang dirinya dibangkitkan.

“K.Wardah kenape masuk lambat tingkatan 6?”

“Akak sebelum ni belajar mana?Kenape umur akak 21?”

“Akak tahfiz ke?”

Jawapan Wardatul Shaukah senang sahaja.

“Akak peralihan…peralihan dari matrik ke STAM,”perlahan saja Wardatul Shaukah menyebut ‘peralihan dari matrik ke STAM’.

Wardatul Shaukah tidak menipu,tetapi membuat helah.Dia tidak mahu jika memberitahu perkara sebenar keadaan menjadi kacau-bilau.

Wardatul Shaukah membuat helah,kerana Rasulullah s.a.w juga pernah berbuat begitu.

Tika mana satu hari Rasulullah berjalan-jalan,tiba-tiba seorang pemuda lari ketakutan melepasi beliau.Tidak lama selepas itu,ada seorang lelaki bertanya,
“Masa awak duduk kat sini tadi,ada nampak orang lari tak?”

Rasulullah bergerak sikit kebelakang dan menjawab,
“Ketika saya di sini,saya tidak nampak.”

Begitulah bijaknya Rasulullah,beliau tidak mahu terlibat menolong orang lelaki itu kerana takut pemuda tadi dicederakan.Beliau tidak menipu,tetapi menggunakan helah.
Wardatul Shaukah membuat banyak pembaharuan di asrama yang mempunyai tiga blok itu.Blok A,B, dan C,semuanya bersambung panjang.Di awal bilik,ada sebuah bilik kecil untuk Ketua dan beberapa Ajk asrama.Dan di hujung sekali bilik,bilik air serta tandas ditempatkan.Manakala di bahagian luar,dinding bercantum dengan blok,disediakan tempat untuk solat,panjang hingga ke pintu keluar.

Wardatul Shaukah telah memutuskan banyak perkara setelah berbincang dengan penolong dan semua ajk-ajk yang lain.

1- Setiap waktu solat mesti berjemaah,kecuali keuzuran.
2- Baca al-Ma’thurat berjemaah setiap kali selepas Subuh dan Asar,termasuk yang
ma’zurah.
3- Setiap minggu bergotong-royong di kawasan asrama.
4- Berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
5- Membaca surah al-Mulk sebelum tidur dan meminta maaf kepada sahabat-sahabat
terdekat.
6- Qiamullail.
7- Solat sunat dhuha.
8- Tazkirah selepas Subuh dari wakil setiap blok pada pagi Subuh dan Ahad.
9- Menghormati sahabat-sahabat yang lain ketika waktu apa pun.
10- Hafal 5 surah-surah lazim yang akan ditasmi’ semasa halaqah.
11- Riadhah selepas aktiviti ibadah pada pagi sabtu.
12- Muhasabah diri pada setiap minggu akhir sebelum balik ke rumah.
13- Berzikir,ketika masa terluang.
14- Memakai kain batik di siang hari dan seluar panjang di malam hari.
15- Bersopan dan berakhlak dimana saja berada.
16- Tidak dibenarkan bergelak ketawa secara melampau,lebih-lebih lagi di waktu senja.

*Peraturan ini terbuka pada semua penghuni-penghuni ABNA.
*Dilakukan dengan niat hanya kerana Allah s.w.t.
*Jika rasa terpaksa,tidak perlulah anda semua mengikutinya.
*Buat sekadar termampu.
“DUNIA MENYEDIAKAN JALAN KEPADA ORANG YANG PUNYA TUJUAN.BILA TUJUAN SEORANG HAMBA MENUJU ALLAH,PASTI AKAN DITUNJUKKAN-NYA MENERUSI SUNNAH!”


Begitulah helaian kertas yang telah ditampal di dinding setiap blok di ABNA.

Wardatul Shaukah tidak mahu memaksa perkara-perkara sebegitu untuk dilakukan,kerana bimbang menimbulkan pergaduhan dan rasa tidak puas hati segelintir pelajar.

Pada mulanya,penyertaan ahli-ahli ABNA amatlah sedikit,hanya dua tiga orang sahaja.Wardatul Shaukah hanya mampu mengadu dan berdoa kepada Rabbnya agar Allah melapangkan hati-hati adik-adiknya yang lain menerima kebenaran.Dia tidak marah,tetapi kerap didekati ahli-ahli asramanya itu,bertanya tentang ahli keluarga dan masalah-masalah lain agar ukhwah yang terjalin kerana Allah itu akan berkekalan hingga akhirnya.Itu membuatkan penghuni-penghuni ABNA selesa dengannya.Kerap dia menjadi kaunselor bagi adik-adiknya itu.Sehingga sekarang boleh dikatakan hampir semua penghuni-penghuni ABNA mengikuti peraturan serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Hanya Mona,Fana,Fika dan Ella sahaja masih belum terbuka untuk menyertainya.Bagi mereka itu tidak penting.

Wardatul Shaukah tidak lupa untuk merancang sesuatu yang boleh menarik perhatian penghuni ABNA mematuhi segala peraturan dan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Dia mengarahkan setiap ketua blok membuat satu jadual,ditulis nama setiap ahli blok,peraturan dan aktiviti-aktiviti,dan akhir sekali ruang untuk gambar bintang dilekatkan setiap hari oleh Ketua blok masing-masing sebagai anugerah kerana menyempurnakan segala aktiviti-aktiviti tadi.

Setiap akhir bulan,bintang-bintang yang memenuhi ruangannya,akan diberikan ganjaran oleh Wardatul Shaukah.Selalunya dia akan membuat nama yang dililit benang di atas batang aiskrim khas buat adik-adiknya itu.
***


“Kak Wardah,ceritalah dekat kami tentang hati.Esya rasa tak tenang la sejak kebelakangan ni.Macam mana nak bagi semangat balik?Hati ni macam tengah sakit je,” tanya Aleesya mengharap.

Beberapa penghuni asrama itu mengerumuni Wardatul Shaukah di musolla ABNA ketika dia baru usai membaca al-Quran selepas solat Maghrib.

“Ha?!Hati pun sakit ke?,”tanya Khadijah pelik,tidak pernah didengarnya pula.

“Baik adik-adik.Sebelum tu,akak nak bagi tahu yang hati ni diibaratkan seperti raja yang memerintah semua bala tenteranya iaitu pancaindera.Seluruh pancaindera adalah dibawah arahan dan kuasanya.Ia boleh membawa pancaindera berjalan di atas jalan yang lurus atau menyimpang ke jalan yang bengkok.Hati juga dipertanggungjawab sepertimana pancaindera yang lain.Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud:

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota ini tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada jasad itu ada segumpal darah,jika ianya baik,maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak,maka rosaklah keseluruhannya.Sesungguhnya ia adalah hati.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Semakin lama semakin ramai yang berminat mendengar tazkirah yang tidak dirancang itu.Mereka semua khusyuk mendengar dan bertanya sekiranya ada soalan.

“Sebelum akak menjawab pertanyaan Aleesya dan Khadijah,akak nak bagi tahu jenis-jenis hati.Siapa tahu?,”

“Erm,hati lembu?,”jawab Solehah selamba.

“Hati batu kot.”jawab Nurin pula.

“Eh,bukanlah,hatiku milikmu,hehehe,”ujar Khaliesah pula turut membuat orang disekeliling ketawa kecil.

“Apa yang adik-adik cakap itu betul,tapi bukanlah jenis yang akak ingin cakapkan sekarang.Sebahagian ulamak telah membahagikan hati kepada tiga jenis.Pertama,hati yang sejahtera,kedua,hati yang mati,dan yang ketiga hati yang sakit.”

“Owhh..baru tahu,ada juga ek macam tu,macam kehidupan seharian kita juga.Kita sihat,sakit dan mati.,”kata Khadijah membuat kesimpulan apa yang difahaminya.

“Macam mana nak tahu hati kita sakit atau sihat kak?,”tanya Khadijah ingin tahu.

“Alamat atau petanda hati yang sakit ialah,tuannya tidak terasa sakit dengan turihan-turihan maksiat,tidak terasa sakit tentang kejahilannya terhadap hak dan kebenaran.Sebaliknya hati yang sejahtera akan terasa sakit dengan adanya keburukan dan kejahatan.Di antara petanda-petanda hati yang sakit ialah penolakannya terhadap ‘makanan-makanan hati’ yang manfaat,sebaliknya sedia menerima makanan-makanan hati’ yang memudaratkan.Tiada makanan ynag lebih bermanfaaat daripada iman dan ubat yang paling mujarab daripada al-Quran.

Petanda-petanda hati yang sihat pula ialah dia meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di alam akhirat,cintanya hanya kepada Allah SWT mengatasi segala kecintaannya kepada yang lain,apabila berada dalam solat,hilang segala kerungsingan terhadap runtunan-runtunan keduniaan,tidak tenang kalau tidak menyebut nama Allah SWT .Dan banyak lagi sebenarnya.”

“Erm..akak,Kinah kelirulah,apa maksud akak yang meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di dalam akhirat?Maksudnya dia tak keluar rumah ke?Asyik solat je.Macam tu?,”tanya Sakinah keliru.

“Bukan begitu,maksud di sini,manusia datang ke dunia ini sebagai ‘pendatang’ atau penumpang lalu sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dari ‘Abdullah ibn ‘Umar yang bermaksud:

“Jadikan dirimu di dunia ini seolah-olah kamu hanya pendatang atau penumpang lalu sahaja”.Riwayat al-Bukhari.

Jadi maksudnya kita jangan terlalu leka di dunia ni,di sini bukan tempat sebenar kita,kita kena menyediakan bekal untuk akhirat sana,iaitu tempat kita yang sebenar dan kekal.Contohnya,kita ni ibarat orang Malaysia belajar di Mesir.Mesir tempat sementara je untuk kita,kita asing di situ…,”belum habis kata-katanya dipotong.

“Ooowh..akak,akak Kinah faham.Maksudnya,Mesir tu ibarat dunia kan.Dan Malaysia pula akhirat,begitu?,”jawab Sakinah semangat dan tersenyum bangga dengan jawapan yang diberinya.

“Na’am ya ukhti Sakinah…Alhamdulillah.Semangat beginilah yang kita mahu.”

Sakinah tersenyum malu di atas pujian yang diberikan.

“Hehehe,syukran kak.Biasa-biasa je.,”

“Adik-adik semua tahu tak apa dia racun-racun yang merosakkan hati?Ermm…,”uji Wardatul Shaukah kepada penghuni ABNA yang makin ramai mengelilinginya.

“Entah kak,tak tahu.Apa dia kak?Macam bahaya je.,”tanya Solehah sambil merenung tepat kearah Wardatul Shaukah.

“Ya,memang bahaya.Jika tidak dijaga sakitlah hati dan boleh jadi matinya hati-hati kita ni.Racun-racun tersebut mengikut al-Quran dan as-Sunnah ialah,cakap yang berlebih-lebihan,memandang secara berlebih-lebihan,makan minum secara berlebih-lebihan,dan bergaul secara berlebih-lebihan.Jadi semua tentu faham kenapa kita kena sederhana dalam setiap keadaan kan.Dan ingat,jangan bayak ketawa,tapi banyakkanlah menangis.Kerana ape?Kerana bila kita banyak ketawa,matilah hati.”lancar Wardatul Shaukah menerangkan satu persatu ilmu yang telah dibacanya mengenai hati.

“Ooo faham-faham kak.Patutla.Rasa tak tenang je.Semuanya Esya berlebih-lebihan.Terutamanaya ketawa kak. Pastu macam mana nak hidupkan hati ni semula kak?,”tanya Aleesya lagi.



“Akak ringkaskan ye,hampir masuk waktu Isyak ni.Baiklah,kita hidup perlukan makanan,nak hidupkan hati juga perlukan makanan.Apakah makanan-makanan itu?,”pertanyaannya yang tidak mengharapkan jawapan.

“Makanan-makanan yang akak maksudkan di sini ialah,zikrullah,membaca al-Quran,istighfar,berdoa,selawat,qiamullail,bezuhud di dunia dan banyak lagi.”

“Zuhud macam mana Kak Wardah?,”tanya Nurin.

“Zuhud yang benar ialah memahami hakikat dunia, lalu meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, agar kita tidak sedih ketika gagal mendapatkan sesuatu di dunia ini. Zuhud tidak semestinya kita kaya mahupun miskin. Tapi berpada dengan apa yang ada. Walaupun kita berharta, kita tidak nampak macam orang kaya. Kita boleh menjadi kaya, tapi hakikatnya, di hati kita, akhirat adalah fokus kita yang utama dan yang sebenarnya. Dalam dunia yang materialistik hari ini, tidak mudah untuk kita menjadi manusia yang zuhud. Toleh kanan toleh kiri, manusia berlumba-lumba mengejar dunia sehingga sanggup merasuah dan diberi rasuah. Yang miskin pula, rela mencuri dan merompak demi meraih kesenangan hidup di dunia. Semoga Allah memelihara diri kita agar dunia ini jauh untuk kita letak di hati. Wallahu’alam,”terang Wardatul Shaukah makna sebenar ‘Zuhud’ mengakhiri perkongsian ilmu pada malam itu.

Azan mula berkumandang menandakan sudah masuk waktu Isyak.Wardatul Shaukah mengimamkan solat pada malam itu.

“Wei cepat-cepat masuk.Diorang tengah solat tu.,”bisik Mona menolak Ella yang berada di depannya masuk ke blok mereka.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Wei cepat-cepat masuk.Diorang tengah solat tu.,”bisik Mona menolak Ella yang berada di depannya masuk ke blok mereka.

Mereka menyelinap masuk bagaikan pencuri kerana baru sahaja keluar tanpa minta kebenaran dari Ketua Umum,warden apatah lagi.

“Ye la ye la,kejap…,”Ella pula bersuara.

“Korang masuk je,jangan cakap leh?Rilek ar nak takut pe?,”Fana pula menyampuk selamba.

“Aku bukan takut,tapi tahu je lah mulut si Aqilah tu,mentang-mentang la Ajk Disiplin,berlagak giler.Kak Wardah pun tak macam tu.Huh!,”keluh Mona.

“Woi!Korang berempat di sana…!Mari sini..!,”jerkah Aqilah sambil mencekak pinggang dengan muka yang merah menahan marah.Aqilah,pelajar tingkatan 5 sains yang cukup tegas dan garang muak melihat muka yang sama membuat kesalahan.

“Ha..kaulah sebut nama dia sangat, kan dah datang..aduh!,”kata Fika pula menyalahkan Mona.

Malam itu Wardatul Shaukah tidak membiarkan 4 sekawan itu terlepas begitu sahaja.Dia sengaja mahu melihat mereka berempat berbuat apa yang mereka mahu terlebih dahulu.Pada malam itu,Wardatul Shaukah memanggil empat sekawan itu masuk ke biliknya.

Lampu ditutup,hanya sinaran bulan yang menerangi bilik itu.Suasana sunyi sepi.Jauh dari keriuhan suara-suara penghuni yang lain kerana waktu itu adalah waktu prep di kelas.Di Asrama Baitul Nur Aliah hanya tinggal mereka berlima.Wardatul Shaukah sengaja memilih waktu itu untuk muhasabah diri.

Sunyi sepi.Cuma kedengaran bunyi cengkerik dan katak berselang-seli.Hujan makin lebat membasahi bumi.Suasana sejuk dan nyaman dirasai.Tenang sekali.Subhanallah!

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…,”

“Waalaikumussalam Kak Wardah.,”jawab mereka serentak.

“Adik-adik tahu kenape akak panggil ke sini malam ni?,”

“Tahu kak,kami kuar tanpa kebenaran.Tapi kenape akak baru panggil kami malam ni?Mesti budak becok tu yang mengadu kan…,”tuduh Fana ditujukan kepada Aqilah.

“Tidak Fana,tidak sama sekali.Malam ni,akak sendiri yang memanggil kalian semua.Tiada kaitan dengan yang lain.”

“Akak,hukum je kami kak,kami sanggup terima hukuman dari akak dari si mulut becok tu,”ujar Fana ikhlas.

“A’ah kak,betul betul betul,”sokong Mona,Fika dan Ella.Mereka berempat lebih selesa dengan Wardatul Shaukah,walaupun mereka tidak melakukan segala aktiviti yang ditetapkan,mereka sangat menghormati beliau sebagai Ketua Umum di situ.

“Baiklah,sebagai hukumannya,akak nak adik-adik semua pejamkan mata.,”

“Eh,akak macam nak bagi hadiah je ni,hehe romantiknya rasa.Dahla gelap,pejam-pejam mata pulak,hihi,”Ella bersuara.

“Ish kau ni,leh diam tak.Kita tengah kena hukuman ni,mana boleh happy happy.Shhh…,”bisik Fana menolak bahu Ella yang berada di sebelahnya.

“Dan semua kena diam,tidak dibenarkan bercakap.Ikut saja apa yang akak cakap k..,”arah Wardatul Shaukah sopan berbaur ketegasan.

“Pejamkan mata…
Kosongkan fikiran…
Hilangkan segala masalah yang membelenggu di dalam kepala…
Bayangkan wajah yang paling anda semua sayang…
Terutama emak dan ayah kalian…
Bayangkan kasih sayang yang telah mereka curahkan..
Hilangkan segala kebenciaan dari dalam diri kepada mereka…
Kenang segala pengorbanan mereka buat adik-adik…
Renungkan,ketika mana ibu bapa adik-adik memanggil,

Fana…
Fana…
dimana kamu Fana…
mak rindukan Fana…

Ella…
di mana kamu nak…
abah nak jumpa kamu…
belajar betul-betul nak…

Fika…
mak dan ayah sangat-sangat sayang pada Fika…
Belajar sungguh-sungguh nak…
Jadi orang berguna…

Mona…
ayah nak kamu berjaya nak…
Jangan kecewakan ayah..
Monalah harapan ayah…
Bantulah keluarga kita nak…,”Wardatul Shaukah bernada sayu.Dia tahu Ella dan Mona kehilangan seorang ibu ketika masih kecil.Manakala Fana pula kehilangan ayah.Cuma Fika sahaja yang masih mempunyai kedua-duanya.

“Bayangkan adik-adik,saat ini,ibu bapa adik-adik sangat rindukan adik-adik…mereka memanggil nama adik-adik,mereka sentiasa berdoa kebaikan adik-adik…
Dalam fikiran mereka,mereka hantar adik-adik ke sini,untuk berubah menjadi anak yang solehah,remaja beradab,hamba yang patuh kepada Tuhannya…

Pernah tak Fana buat dosa dekat ibu?
Pernah tak Ella menengking abah?
Pernah tak Fika memarahi ibu dan ayah Fika?
Dan pernah tak Mona menderhakai ayah?

Renungkan adik-adik,ingat balik apa dosa yang telah adik-adik lakukan pada ibu bapa adik-adik,adakah sempat kita meminta maaf pada mereka?Adakah sempat?…,”suara Wardatul Shaukah berbaur tangisan.

Esakan adik-adik di depannya mula memecah kesunyian,semakin lama semakin kuat.Seperti melawan bunyi guruh yang berdentum saat itu.

Fana,Fika,Ella dan Mona menghayati segala yang ditutur oleh Wardatul Shaukah satu persatu.

“Fana,Fika,Ella,Mona,bila?Bila adik-adik nak mohon maaf pada mereka semua?Macam mana kalau Allah tarik nyawa mereka sebelum adik-adik balik hujung minggu ni?Macam mana?SPM tidak lama lagi.Apa harapan mak ayah adik-adik?Mereka semua mengharapkan yang terbaik dari adik-adik semua.
Fana jawab soalan akak ye.

Fana ada buat salah dengan mak tak?”,

“Ada kak…ba..banyak…isk isk isk…,”tersekat-sekat Fana menjawab,esakannya semakin memuncak.

“Bila Fana nak minta maaf pada mak Fana,?”

“Cuti hu…jung minggu ni kak…,”

“Fana…tika mana Fana bertekad,hujung minggu ni,Fana nak mintak maaf pada mak.Fana sayang mak.Fana cinta mak.Sampai saja Fana di depan pintu pagar rumah.

Eh,kenape ramai sangat orang ni?kenape banyak sangat kereta ni?Mak…mak…!
Fana berlari masuk ke dalam rumah.Sekujur tubuh dibaluti kain putih terbaring di atas hamparan tikar mengkuang.Dikelilingi jiran-jiran membaca Yassin untuk si mati.

Perlahan-lahan Fana mendekati tubuh itu,perlahan-lahan menyelak kain putih itu ingin mengecam siapakah dia…tiba-tiba…,”Wardatul Shaukah melakonkan watak Fana pada saat itu dengan penuh penghayatan.Tiba-tiba kalamnya dipotong.

“Tak nak kak..tak nak…!Akak…Fana tak sanggup kak,Fana dah kehilangan ayah,Fana tak sanggup kehilangan mak pula.Fana sayang mak walaupun Fana selalu marah mak sebab tak ikut kemahuan Fana.Fana tak nak mak mati,Fana tak nak jadi yatim piatu kak,Fana nak minta maaf kat mak,Fana nak minta maaf sekarang kak,Fana nak belajar sungguh-sungguh,Fana tak nak main-main dah,Fana nak buktikan kat mak,Fana boleh,Fana nak bantu mak,tapi jangan ambil nyawa mak Fana,Fana sayang mak….,”jerit Fana teresak-esak dan tersedu-sedan menahan tangisan.Betul-betul menyesal atas perbuatannya.

Wardatul Shaukah,Mona,Fika dan Ella,terharu mendengar pengakuan Fana.Tidak pernah dilihat dia menangis sebegitu rupa.

“Fana…pergilah..pergilah telefon mak Fana sekarang,selagi belum terlambat.”lembut Wardatul Shaukah mencadangkan kepada Fana.Telefon awam memang telah disediakan di sebelah luar asrama mereka,iaitu di tempat solat mereka.

Pantas Fana bangun dan berlari ke bloknya mengambil syiling untuk menelefon ibunya di rumah.

“Mak…,mak…Fana minta maaf mak..,”

“Fana?Kenape ni?Fana tak buat salah pun dengan mak.Kenape nangis macam ni?”

“Mak,maafkan Fana..maafkan Fana mak.Fana banyak kali buat mak sakit hati,Fana selalu marah-marah mak.Fana akan belajar betul-betul.Fana akan bantu keluarga kita.”

“Ye Fana,ye,mak tak simpan dalam hati nak,mak sayang semua anak-anak mak.Mak maafkan segala kesalahan Fana,Mak pun sayang Fana…”,Mak Cik Salmi juga terkesan dengan tangisan anaknya.Tidak sanggup dia mendengar anaknya menangis sebegitu.Akhirnya mereka berdua tenggelam dek tangisan kasih-sayang.

Habis sahaja Fana bercakap dengan ibunya,Fika,Ella,dan Mona menyusul.Masing-masing meminta maaf dan menyesal atas kelalaian mereka selama ini.Mereka baru sedar bahawa,hidup bukan sahaja ada kawan-kawan,bukan sahaja untuk bergembira,tapi harapan mak dan ayah adalah sangat penting untuk ditunaikan.


***

No comments:

Post a Comment