Aku Musafir

Aku Musafir

Wednesday, October 24, 2012

Bersediakah Aku?

Assalamualaikum wbt..

Dah lama tak update,kan. Rindu pula jari jemari ini ingin menari atas keyboard sambil otak memerah idea-idea untuk 'hidangan' kalian. Kali ini, ana ada satu kisah antara seorang ibu dan anak perempuannya,Ina.

...............................................................................................................

Ketika sedang sibuk menyiapkan hidangan tengah hari, mak memulakan bicara memecah kesunyian di dapur.

Mak : Ina, mak ada bagitau ayah pasal anak sulong ustaz Halim.

Ina : Ustaz Halim?? Oo..yang Ina cerita kat mak hari tu? Kenapa dengan anak ustaz,mak?


Mak : Takde lah. Kan, Ina pernah cerita kat mak yang ustaz Halim nak kenal Ina dulu. Lepas tu, ustaz tanya ayah, kau kat belajar kat mana sekarang. 


Ina : Ayah cakap apa?


Mak : Ayah cakaplah yang Ina dah 'lari' ke universiti. Haha..


Ina : Haha.. Habis tu, apa kaitan dengan anak ustaz?


Mak : Ina tau tak, lepas beberapa bulan Ina masuk universiti, ayah nampak ustaz dengan isteri dalam kereta parking tepi pagar rumah Mak Jah (jiran sebelah). Mak rasakan dia nak risik Ina lah. Ustaz kan ada dua orang anak lelaki. Yang sulong tu tua setahun daripada Ina. Yang kedua pula sama umur dengan Ina. 


Ina : Ish, mak ni. Ke situ pula. Mana mak tau ustaz nak risik Ina. Mungkin dia nak jenguk mak sedara dia. Memandai je mak nie..


Mak : Mak cakap betul. Mak pun sebenarnya berkenan kat anak sulong ustaz tu. Pernah dia datang beraya kat rumah. Dia datang dengan anak Mak Jah. Ingat tak?


Ina : Berkenan? Mak mak. Ada- ada je. Entah, Ina tak kenal pun dia. Apa yang berkenan sangat kat dia? 


Mak : Mak tengok dia tu baik, lembut je. Nampak air muka dia tak garang.


Ina : Tu yang mak nampak. Kat dalam kita tak tau,mak. Erm.. Kalu ustaz datang nak minta Ina, mak setuju ke?


Mak : Memang lah yang kat dalam tu kita tak nampak. Mak nie orang tua, makan garam dulu pada Ina. Aik? Lain je bunyi soalan. Kenapa? Ina nak ke?


Ina : Bukanlah macam tu mak. Saje je nak tau pandangan mak.


Mak : Berkenan tu memanglah berkenan. Tapi, kena lihat jugak pekerjaan dia. Mak taknak bagi anak mak pada lelaki yang tak boleh tanggung anak mak.


Ina : Yelah mak. Ina serahkan semuanya pada mak dengan ayah. Ina mana tau bab-bab macam nie. Lagipun mak, Ina taknak fikir lagi pasal cinta-cinta nie. Ina nak belajar dulu. Ina nak sambung Master. Paling awal pun, Ina nak kahwin bila dah masuk 27 tahun.


Mak : Tak boleh jugak,nak. Ina kena kenal jugak. Tak boleh serah 100% pada mak dan ayah. Kalau orang yang masuk meminang tu orang yang mak tak kenal, macam orang satu universiti dengan Ina. Macam mana mak nak buat keputusan. Orang perempuan tak manis tau kahwin lewat-lewat. Orang lelaki takpe. Sebab diorang kena kerja dulu nak sara anak orang.


Ina : Terpulang lah mak. Yang penting sekarang, Ina taknak fikir lagi.


Selesai makan tengah hari, Ina terus ke bilik air untuk berwudhu' dan menunaikan solat Zohor. Usai solat, Ina berfikir sendirian tentang apa yang dibualkan bersama ibunya tadi. Sebenarnya, hati Ina belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Tambahan pula, dia mempunyai misi yang tersendiri yang mesti direalisasikannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Siapakah pula yang menjumpai kunci pintu hati Ina untuk membuka pintu hatinya?Apakah dia layak menjadi isteri solehah untuk suaminya dan ibu yang penyayang untuk anak-anaknya nanti? Semua itu bermain di minda Ina. Namun, Ina hanya mampu berserah padaNya. Jika Ina dijodohkan dengan anak ustaz yang ibunya maksudkan itu, Ina redha. Jika dengan insan lain, Ina juga redha. Apa yang diharapkannya agar bakal zaujnya dapat membimbing dirinya menjadi isteri solehah.




2 comments: