Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, August 23, 2012

Masihkah Ada Cinta?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Antum dah baca tentang poligami yang ana post beberapa hari lepas? Kali ini ana ada satu kisah yang agak menarik dan tersentuh hati ana. Tapi, sebelum itu ana nak memberitahu kisah yang bakal ana tulis kejap lagi sesuai untuk orang yang dah berkahwin. Mungkin ada antara antum yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin atau bakal berkahwin lagi satu.Untuk orang yang masih muda remaja pun boleh juga kalau nak baca. Kisah ini ada pengajarannya tersendiri. Apa pengajarannya? Tunggu dulu. Antu, kena baca terlebih dahulu. Ok..Jom ambil masa sekejap untuk baca kisah ini. ^_^

............................................................................................................................

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, "Abang ada sesuatu nak beritahu". Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. "Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?". Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. "Mengapa bang? Apa salah saya?". Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina.

Air matanya mula menitis. ku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku, kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakan padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. Sepuluh tahun kami berkahwin tetapi malam ini kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari perceraian kami melainkan tempoh sebulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai seuami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan perceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh satu bulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke bilik pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan semua ini kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu perceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil keawa dan berkata, "Ayah dukung ibu ya". Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya. Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkah cintaku padanya masih ada. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. "Semua baju saya besar". Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas difikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan dihatinya lantaran sikapku selama ini. Tanpa sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata, "Ayah, cepatlah dukung ibu keluar". Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sendiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkarta, "Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman." Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat.  Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia, "Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sudah sedar saya masih cintakan dia."

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua, "Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain." Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan aku tulis, "Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita".

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

...........................................................................................................................

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang antum lakukan adalah sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi, carilah  masa  untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami antum dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain. Binalah halawatul bait antu, Hargailah setiap pengorbanan pasangan antum dan hargailah mereka selagi kita dapat melihat,dapat sentuh dan dapat bergurau senda sebelum semua itu tinggal kenangan yang tidak akan dapat dikembalikan.



Pengajaran daripada kisah di atas, antum boleh fikir sendiri. Bukan ana tidak mahu kongsi, tapi biarlah antum sendiri yang mengetahuinya.

"TIDAK SEMUA PERKARA PERLU DIUNGKAPKAN. KADANG-KADANG IA PERLU DIFAHAMI SENDIRI MELALUI SETIAP PERGERAKAN KITA"









No comments:

Post a Comment