Aku Musafir

Aku Musafir

Monday, February 17, 2014

Debat Ala Parlimen gitu..

Assalamualaikum dan salam mahabbah.. n_n

Alhamdulillah syukur lillahi ta'ala kerana Allah memberi kekuatan dan peluang kepada diri ini untuk terus berkarya dalam blog tersayang. Hampir dua bulan blog ini terbengkalai tanpa diintai tirainya kerana akhir-akhir sem ini agak sibuk sedikit dengan test, assignment, presentation dan baru-baru ini selesai sesi perdebatan ala parlimen. Dan Insha Allah minggu depan pula sesi pengucapan bakal menghantui kami.

Menyentuh mengenai debat ala parlimen, untuk entri kedua bagi tahun ini dan juga merupakan entri pertama bagi bulan februari, suka saya kongsikan pengalaman pertama saya mengikuti perdebatan. Debat ini merupakan salah satu daripada silibus bagi kursus penulisan, pengucapan dan perdebatan dakwah. Sudah terang lagi bersuluh dengan 'spotlight', setiap pelajar yang mengambil kursus ini perlulah menghadapi ketiga-tiga ini, iaitu penulisan, pengucapan dan perdebatan.

Alhamdulillah, penulisan telah pun sempurna saya dan rakan-rakan sekelas menyiapkannya sebelum cuti tahun baru cina baru-baru ini. Manakala sesi pengucapan pula akan berlangsung minggu hadapan dan pelajara perlu berucap dengan apa yang telah dituliskan sebelum dalam penulisan sebelum ini. Ok, sekarang saya nak fokus pada debat yang mana selama hampir 2+ tahun saya hidup, inilah kali pertama saya melibatkan diri dalam debat. Bukan kerana tidak suka, tapi takut. Tambahan pula, dengan sifat yang cepat gelabah atau istilah yang diguna oleh rakan saya "cemas". Ya , saya akui.hehe

Pada hari ustazah menjelaskan tentang cara perdebatan, ustazah telah membahagikan kami kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu mempunyai seramai 10 orang. Group saya pula terdiri daripada 7 perempuan dan 3 lelaki. Setelah undian dicabut, grup kami perlu menjadi pembangkang kepada isu sekolah campur, wajar atau tidak? Ustazah pula mengkehendaki kesemua orang terlibat, maknanya kesepuluh-sepuluh ahli itu perlu mengutarakan hujah dan perlu terlibat dalam debat. Apalagi, makin 'nervous'lah jadinya. Seminggu selepas task diberikan, kami discuss sebanyak 2 kali dan setelah dicsussion selesai, mereka menlantik saya sebagai KETUA PEMBANGKANG. Dalam hati saya bermonolog, "Best jgak jdi KP, xde orang bidas sgt awal2 nie..hehe..tapi, takut jgak..dah lah first..adoii~~" Akhirnya saya setuju.

Hari perdebatan pun menjelma, kami sepakat memakai hijau bagi perempuan dan kemeja bagi lelaki. Pabila tajuk kami yang akan didebatkan, saya sebagai KP sudah semestinya akan membidas hujah2 Perdana Menteri. Tatkala berada di kerusi KP, hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada waktu itu. Allahu rabbi. Terdetik di hati, "tolonglah jangan tersasul. wat relax jer.. cool jer.." Saya cuba tenangkan hati, tenangkan diri. Tatkala PM selesai mengutarakan apa yang diutarakan itu, saya pula akan membuka hujah yang telah dirancang. Tak dikatakan bagaimana perasaan ketika itu. Allah Allah Allah.. Baru saya tahu, begini rupanya perasaan pendebat2. Kenanangan ini akan tersimpan dan dijadikan kenangan yang takkan dilupakan.. 




No comments:

Post a Comment