Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, February 21, 2014

Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan salam mahabbah.. ^_^

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Bertemu lagi di tirai أحلا وسحلا ومرحبا بكم ini. Moga sahabat2 sihat dan berada dibawah lindungan dan rahmat Allah. insha Allah. Alhamdulillah, Allah bagi masa dan ruang untuk jari jemari ini menari bagi mencoret sesuatu untuk entri kali ini. 


Alhamdulillah, apa yang dihajati dan diimpikan selama ini tercapai walaupun tidak semua. Namun bersyukur dengan kurniaan ini. Alhamdulillah. Taknak berceloteh panjang kali ini. Cukuplah sekadar hanya meluahkan sedikit sahaja dalam tirai ini. Selebihnya biarlah DIA yang mengetahui dan mengatur segalanya. 


Tukar topik~~


Oh ye, semalam pun gudnews jugak sebab kami di bumi ilmu ini dihiburkan oleh sebuah kumpulan nasyid yang terkenal dan juga merupakan top 5 yang saya minati. Siapa lagi kalau bukan MESTICA. Siapa tak kenal dengan Mestica,kan. Dan juga seorang lagi yang tak kurang femes jugak, iaitu Mr.Bie yang sangat terkenal dengan lagu2 parody nya tu. Konsert nasyid ini diadakan pada malam majlis penutup Karnival Mahasiswa Islam 4 atau ringkasannya KAMI4 yang berlangsung selama seminggu (kalau x salah). 


Pada saya, berhibur tidak ada salahnya selagimana mematuhi syariat dan hiburan yang mengingati Allah bukannya kelalaian dan lagha. Opss, saya tidak mahu komen banyak tentang hiburan ini sebab saya pasti dan yakin sahabat2 sekalian juga tahu bagaimana bentuk hiburan dalam Islam yang dibenarkan syara'. 


Apa2 pun, syukran jazilan kepada MESTICA dan Mr.Bie kerana sudi memeriahkan karnival ini dan sudi hadir ke bumi ilmu di pantai timur ini. 

Kat bawah nie ada sedikit gambar sepanjang konsert nasyid. n_n



 Persembahan pertama Mestica

Persembahan daripada Mr.Bie 

Gabungan Mestica dan Mr.Bie menyampaikan lagu Kerana Cinta 

Kenangan bersama VIP 



Kalaulah ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
Mestica n Mr.Bie datanglah lagi.

No comments:

Post a Comment