Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah…
Alhamdulillah.. Tidak lain yang disyukuri melainkan kerana masih
bernafas dan diberi kesihatan.. Insha Allah.. Jari jemari ini seperti mahu ‘menari’
tetapi ketandusan idea plak.. Kejap menari kejap berhenti.. Memikirkan apa yang
ingin dikongsi dengan sahabat2.. Oh ye, sebelum jari ini menari lebih lama,
suka saya umumkan mulai hari ini saya akan bahasakan diri saya sebagai “AKU”. (macam
besar je pengumuman tuh.. ==” )
“AKU” mewakili nama blog
ini.. AKU MUSAFIR.. Ok, berbalik kepada isu semasa yang ingin diperkatakan,
yang mana sedang berlaku sekarang, iaitu MISTERI KEHILANGAN MH370..
Sebelum sahabat2 semua salah faham, suka AKU tegaskan bahawa apa
yang bakal AKU tuliskan di bawah sama sekali TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG DENGAN
UNSUR POLITIK.
Pesawat MH370 Kuala Lumpur- Beijing sepatutnya telah mendarat di
Beijing pada jam 6.30 pagi pada 8 Mac 2014. Namun, ia tidak dapat dikesan pada
jam 2.40 pagi hari yang sama. sejak hari itu, pelbagai spekulasi yang dibuat
masyarakat. Ada yang buat lawak bodoh dan tidak kurang juga yang ingin meraih perhatian
orang. Tak payahlah buat lawak2 itu semua, fikirkan perasaan ahli keluarga
mangsa. Senang citer, bayangkan jika kita ditempat mereka. Apakah kita boleh
nak buat lawak bodoh tu? Tepuk dada tanya iman lah..
Pada 24 Mac baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengadakan press
conference pada jam 10 malam dan mengumumkan bahawa pesawat MH370 BERAKHIR di
Lautan Hindi.
Pada malam PC tu, AKU tak tonton sangat sebab PM speaking, pastu
takde translate.. So, tak paham sangat.. Lagi pun malam tu, ada kerja sikit. Keesokan
harinya, AKU mengadaplah tv dan tunggu berita. Ok, baru tahu apa yang PM
sampaikan. Apa yang menjadi tarikan semua pihak berdasarkan apa yang dikatakan
oleh PM adalah “Pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi.”
Suka AKU memberi pandangan terhadap apa yang difahami masyarakat
tentang isu ini. PM mengatakan pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi.. Kenapa
AKU besarkan perkataan BERAKHIR tu?? Sebab perkataan inilah yang menjadi salah
faham dunia sekarang. Kenapa AKU berkata begitu?? Sebab pada mulanya AKU juga
salah erti apa yang dimaksudkan BERAKHIR itu. Apa yang menjadi pemerhatian AKU,
ramai yang samakan perkataan BERAKHIR itu dengan TERHEMPAS.. Tak samalah. Perkataan
BERKAHIR itu tidak membawa maksud TERHEMPAS.. Kita tidak boleh membuat andaian
dan spekulasi sendiri dengan perkataan BERAKHIR. Tambahan pula, tiada bukti
yang mengatakan pesawat itu terhempas. Macam2 boleh jadi yang terbatas di
pemikiran manusia. Jangan salahkan sesiapa kerana ia takkan dapat kembalikan
mereka sebaliknya mencari mereka (pihak yang berwajiblah kan..takkan rakyat
biasa ditugaskan mencari..hehe) dan berdoa agar mereka semua baik2 saja dan
dilindungi serta selamat walhal kita tidak tahu keadaan mereka. Sungguh hanya Allah
yang mengetahui setiap sesuatu walaupun sekecil zarah. Serahkan pada-NYA
disamping berdoa dan berusaha.
AKU berpegang, SELAGI TIDAK JUMPA SELAGI ITU AKU YAKIN MEREKA MASIH
HIDUP!!
Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. AKU
berharap agar ahli keluarga mangsa pesawat MH370 sentiasalah bersabar dan
berdoa keselamatan mereka. Dan jika ditakdirkan mereka telah pergi, moga mereka
diberi kekuatan dan redhailah pemergian mereka. Dan yakinlah bahawa setiap yang
berlaku PASTI ada hikmah sebaliknya. Sekali lagi AKU tegaskan bahawa setiap
pandangan pendapat dan semua yang sahabat2 baca kat atas tadi adalah hanya
PENDAPAT PERIBADI dan TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR POLITIK dan bukanlah
untuk meraih femes,ok!!
Di bawah ini suka saya berkongsi doa yang telah dibaca oleh Hafiz
Hamidun. Maaf.. Tak ingat bila dan di mana beliau membaca doa ini.
Bismilllahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbil ‘Alamin
Wassolatu wassalamuala asyrafil anbiya’I walmursaliin
Wa’ala alihi wasohbihi ajmain.
Astaghfirullahal ‘azim (3x)
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau
permudahkan
Wa anta taj ‘alul hazna idza syi’ta sahla
Dan Engkau menjadikan kesulitan, jika Engkau
kehendaki pasti akan dipermudahkan.
Di atas ujian ini, kami menadah tangan kepadaMu Ya
Allah
Berikanlah petunjuk di atas musibah yang berlaku
Berikanlah kekuatan kepada semua sanak saudara
yang terlibat
Berikanlah ketabahan kepada semua yang berusaha
Berikanlah kelapangan dada kepada semua yang
berdoa
Sekiranya rahmatMu berada di langit, Engkau
turunkanlah kepada kami
Sekiranya rahmatMu berada di lautan, Engkau
timbulkanlah kepada kami
Sekiranya rahmatMu berada di daratan, Engkau
tunjukkanlah buat kami
Sesungguhnya kami lemah untuk menanggung ujian ini
La hawla wa la Quwwata illabillahi Aliyil Adzim
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah Yang Maha Besar
Robbana aatina minladunka rahmataw wahayyi’ lana
min amrina rosyada (Al-Kahfi:10)
Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami
dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.
Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati
hasanah, waqina azabannar.
KeepPrayingForMH370
No comments:
Post a Comment