Mengimbau kembali
kenangan-kenangan 2 sem bersama si dia. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dan
apa yang kami lakukan sepanjang tempoh tersebut. Betapa indahnya AKU rasa
dengan hubungan ini walaupun hanya dua semester tempoh pengenalan kami bermula
dari sebuah peristiwa yang berlaku dan selepas itu Alhamdulillah hubungan kami
makin lama makin akrab, makin kuat, makin utuh dan makin sayang. Keakraban dan
sayang kami terbukti apabila mereka yang lain melihat kami selalu bersama.
Makan bersama, ke kelas bersama, masak bersama dan antara yang paling sweet
kami sedondon. Mana tak sweetnya, boleh dikatakan setiap minggu kami pasti
sedondon tanpa dirancang. Lucu! Tersenyum sendirian mengingatkan kembali semua
yang berlaku antara kami sepanjang setahun itu.
Namun, disebalik
ke’sweet’an ini, sebenarnya telah berlaku sesuatu peristiwa yang sangat pahit,
kelat, sakit dan pedih. Malas untuk AKU menceritakan peristiwa tersebut. Kerna
terlalu sakit untuk diingati dan tidak perlu untuk diingati. Walaupun sudah
setahun lebih, AKU tetap tidak dapat melupakan peristiwa ‘semalam’. Siapa, apa
dan bagaimana.
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH..
Namun begitu, AKU
bersyukur sangat kerana kami pernah diuji sebegitu rupa. Disebabkan ujian
itulah hubungan kami masih kekal sampai sekarang. Tetap teguh. Dan hubungan ini
tidak akan terpisah sampai bila-bila. Bahkan di syurga nanti, kami ingin
bersama. Insha Allah..
Tempoh setahun itu,
belum puas kami mengenali diri masing-masing. Kerana setelah selesai semester 6
(tahun akhir), kami akan membuat haluan masing-masing. AKU masih lagi
menyambung pengajian di bumi ilmu yang sama, manakala dia telah pun bekerja
(insha Allah akan sambung juga). Tipulah kalau kami tak sedih, tetapi
perancangan Allah adalah yang terbaik. Sekarang, walaupun kami terpisah jauh,
hubungan kami tetap kuat. Kami masih boleh berhubung, bertanya khabar,
berkongsi cerita suka duka, kadang-kadang mengimbau kembali kisah-kisah dulu,
kadang cerita masa depan. Semualah.
Pendek kata,
perpisahan kami ini bukanlah satu alasan tidak boleh berhubung suka duka macam
dulu. Cuma yang bezanya, tak nampak di mata.
Maaf! Sebelum anda
fikir jauh, AKU ingin katakan bahawa si dia itu bukanlah suami mahupun tunang
jauh sekali kekasih. Tapi dia ialah …
NUR FATHIRAH BINTI
ARIS
Yup! Sahabat baik
AKU dulu kini dan selamanya. Insan yang selalu memberi kata semangat, yang
selalu mengingatkan AKU padaNYA. Alhamdulillah syukurku atas anugerahMU ini
kerana menganugerahkan AKU seorang insan yang layak digelar SAHABAT.
“Kite harap awak
baca entri nie ea. Amacam jiwang tak entri kali ni. Awak, terima kasih untuk
segalanya. Tiada apa yang mampu kite balas. Hanya Allah yang mampu balas segala
jasa n kebaikan awak. Ungkapan terima kasih nie pun belum tentu cukup untuk
kite balas semua kebaikan awak. Sayang awak Fillah. Moga ukhwwah kita semakin
kukuh kekal n dapat redha Allah. Moga ukhwwah ini terpelihara. Insha Allah..”
Rindu nak masak tomyam n nasik lemak ngn awakkk..
No comments:
Post a Comment