Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam aidilfitri..
POLIGAMI!!
Bak kata
sahabat ana, apabila sebut / dengar saja perkataan P.O.L.I.G.A.M.I sudah pasti
kebanyakan kaum hawa akan sensitif. Seperti sahabat ana juga lah. Dia sangat
sensitif bila dengar pasal poligami. Kami pernah ‘bergaduh mulut’ tentangnya.
Dia tak setuju dengan poligami. Dia mempetahankan prinsip hidupnya yang taknak
pada poligami. Kelakar bila dikenangkan kembali. Sebelum ini ana juga tak
pernah terfikir tentang poligami. Langsung tak terlintas difikiran mengenainya,
apatah lagi mengalaminya. Sebelum ini, ada seorang sahabat bertanya pada
seorang hamba Allah, katanya, “Adakah awak setuju dengan poligami?”. Hamba
Allah ini menjawab, “Selagi mana saya hidup dan mampu menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang isteri, suami saya (bakal) tak boleh kahwin lain.” Jawapan
hamba Allah ini membuatkan ana tersenyum dan teringatkan jawapan yang pernah
ana jawab tentang poligami.
Kenapa
tetiba ana bercakap pasal poligami? Semua ini membuka minda ana selepas ana dan
sahabat2 diberi tugasan menyiapkan esei sebanyak 5 helai dan berdasarkan esei
yang kami buat, kami kena buat forum berkaitan dengannya. Kumpulan ana memilih
tajuk di atas. POLIGAMI. Sebelum ini tak
terlintas di fikiran untuk berfikir tentang poligami kerana ana langsung tak
fikir pasal kahwin dan tiada perancangan langsung buat masa sekarang. Biarlah
ianya datang sendiri tanpa diundang. Pasal kahwin pun ana tak fikir, ini kan
pula pasal poligami. Jauh sekali bagi ana untuk memikirkan hal2 sebegini.
Alhamdulillah, dek kerana tugasan yang diberikan lecturer ana buat sedikit
research tentang poligami, banyak ilmu yang ana dapat.
Poligami
ditakrifkan sebagai seorang lelaki atau suami yang berkahwin lebih daripada
seorang isteri. Berdasarkan ayat 3 daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud, “Dan jika kamu takut tidak akan berlaku
adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya),
maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.” Berdasarkan daripada ayat ini, dapatlah
difahami bahawa Islam hanya membenarkan poligami, bukannya menggalakkan. Jika
seorang suami itu tidak mampu berpoligami, memadailah hanya seorang isteri. Bagi
mana2 lelaki yang memasang hasrat untuk membina cawangan satu lagi, haruslah
diingatkan supaya meneliti terlebih dahulu syarat2 poligami dan tanya pada diri
mengapa ingin membuka cawangan baru?
Ana sebagai seorang wanita sangat memahami perasaan kaum sejenis
yang mana sudah pasti setiap isteri yang dimadukan sudah pasti tidak mahu
berkongsi kasih dan cinta suaminya dengan orang lain. Memang itulah fitrah
semulajadi wanita. Namun, jangan salah faham. Bukan bermakna mereka melanggar
syariat Islam dan bukan bermakna mereka menolak terus poligami. Cuma, fitrah
wanita yang mempunyai perasaan cemburu dan perasaan itu juga adalah anugerah
dari Allah. Sebelum ini ana juga pernah ditanya, adakah ana bersetuju dengan
poligami? Jawapan yang ana berikan itu, sebenarnya bukanlah jawapan dari hati
ana sepenuhnya, kadang2 ada jawapan yang tak perlu diungkapkan biarlah ianya tersimpan dan menjadi rahsia diri sahaja. Ana setuju dengan jawapan daripada sahabat ana. Dia berkata, dia tidak
tahu macam mana nak jawab soalan seperti itu kerana dia tidak mempunyai
pengalaman dan dia juga tidak berani
mengeluarkan apa2 pandangan buat masa sekarang kerana setiap manusia boleh
berubah. Mungkin apa yang dia katakan sekarang, tidak sama dengan apa yang dia
bakal kata suatu hari nanti (jika dia dimadukan).
Ana terfikir akan jawapannya. Ada betulnya dan ada logiknya. Tapi,
tak salah juga kan jika kita memberi jawapan berdasarkan pandangan kita. Salah satu jawapan yang ana dapat ( selagi saya masih hidup dan
mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai
isteri, suami saya tak boleh kahwin lain.). Jawapan ini mengelirukan ana,
adakah boleh si isteri berkata begitu dan bolehkah si isteri tidak mengizinkan
suaminya berkahwin lain sedangkan isteri adalah milik suami dan isteri kena
taat dan patuh pada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam? Sebenarnya
banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran ini apabila berbicara soal
kahwin atau pun yang sewaktu dengannya.
Walaupun ana tidak mempunyai pengalaman untuk ke arah itu dan
masih lambat lagi untuk menempuhi pengalaman tersebut, tidak salah kan untuk
ana berkongsi ilmu apa yang ana dapat berdasarkan pemerhatian. Ana mempunyai
mata untuk melihat dan memerhati, mempunyai telinga untuk mendengar kisah2 atau
pengalaman hidup orang lain dan ana mempunyai akal fikiran untuk berfikir
mengenai apa yang lihat dan dengar.
Ok lah, ana pun taknak cerita panjang tentang POLIGAMI kerana ana
tidak arif dalam bab2 ini. Post pada kali ini, ana tujukan pada sahabat2 satu
team BI dengan ana, syukran jiddan atas kerjasama yang diberikan dan juga idea2
yang bernas untuk menjayakan forum kita pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment