Aku Musafir

Aku Musafir

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfirti..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sahabat-sahabatku sekalian. Pertama sekali ana ingin meminta maaaf kerana telah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini. Hampir sebulan (kot) tidak menjenguk keadaan blog. Rasanya tak terlambat lagi untuk ana ucapkan Minal Aidil Wal Faizin..Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat semua pembaca blog ana.

Alhamdulillah, sudah selesai 30 hari kita berada dalam bulan yang penuh barakahNYA. Bulan yang sangat istimewa dimana terdapat satu anugerah/ kurniaan yang sangat tidak terhitung nilaiannya, iaitu Lailatul Qadr. Bagaimana dengan madrasah puasa antum? Adakah antum dapat mentarbiahkan diri sepanjang sebulan berada di Madrasah Ramadhan Karim? InsyaAllah, ana harap kita semua dapat mentarbiahkan diri dan dapat istiqamah dalam mengerjakan ibadat sehingga nyawa bercerai dari jasad. Semoga segala amalan yang telah kita laksanakan pada bulan Ramadhan akan terus kekal dan insyaAllah bertambah baik. InsyaAllah.

Aidilfitri pada tahun ini serba simple. Biskut raya hanya 4 jenis saja yang kami buat. Itupun setelah dipujuk untuk membeli kelengkapan untuk membuat biskut. Kek kegemaran juga tidak dapat dirasa pada tahun ini. Tapi, bukan bermakna kami tidak sambut raya,kan? 

Raya!! Apabila perkataan ini disebut, pasti akan tergambar di minda antum ada langsir baru, kuih raya, kemas rumah, balik kampung, berkumpul dengan sanak saudara. Yang pastinya jelas tergambar di wajah, perasaan gembira. 

Namun, adakah pernah terfikir bagaimana nasib manusia yang tidak senasib dengan kita? Pagi tadi, ada berlaku kebakaran di sebuah rumah (x ingat kat mana).. Sekelip mata kehidupan mereka sehelai sepinggang.  Bagaimana pula mereka yang tetiba kehilangan orang tersayang pada pagi syawal, di saat yang lain sedang bergembira? Pernahkah terlintas di minda kita tentang semua itu? Asif. Bukan bermaksud kita tidak boleh gembira pada hari raya. Namun, jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. 

Tiada kata yang bermain-main di minda untuk menggerakkan jari jemari ini menari di 'keyboard' laptop kesayangan. Hanya sebagai luahan dan sebab nak update blog. InsyaAllah, ana akan kongsikan satu kisah/ cerita benar yang berlaku pada hamba Allah ini. Kisahnya agak menarik dan membuka minda hamba Allah itu untuk berfikir tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran. Nak tahu kisah apa? Nantikan..InsyaAllah.. :) 

Di kesempatan ini, ana sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat antum yang sudi menjadi follower, mahunpun yang singgah sekejap di blog ana.


No comments:

Post a Comment