Dah lama tak update,kan. Rindu pula jari jemari ini ingin menari atas keyboard sambil otak memerah idea-idea untuk 'hidangan' kalian. Kali ini, ana ada satu kisah antara seorang ibu dan anak perempuannya,Ina.
Ketika sedang sibuk menyiapkan hidangan tengah hari, mak memulakan bicara memecah kesunyian di dapur.
Mak : Ina, mak ada bagitau ayah pasal anak sulong ustaz Halim. Ina : Ustaz Halim?? Oo..yang Ina cerita kat mak hari tu? Kenapa dengan anak ustaz,mak? Mak : Takde lah. Kan, Ina pernah cerita kat mak yang ustaz Halim nak kenal Ina dulu. Lepas tu, ustaz tanya ayah, kau kat belajar kat mana sekarang. Ina : Ayah cakap apa? Mak : Ayah cakaplah yang Ina dah 'lari' ke universiti. Haha.. Ina : Haha.. Habis tu, apa kaitan dengan anak ustaz? Mak : Ina tau tak, lepas beberapa bulan Ina masuk universiti, ayah nampak ustaz dengan isteri dalam kereta parking tepi pagar rumah Mak Jah (jiran sebelah). Mak rasakan dia nak risik Ina lah. Ustaz kan ada dua orang anak lelaki. Yang sulong tu tua setahun daripada Ina. Yang kedua pula sama umur dengan Ina. Ina : Ish, mak ni. Ke situ pula. Mana mak tau ustaz nak risik Ina. Mungkin dia nak jenguk mak sedara dia. Memandai je mak nie.. Mak : Mak cakap betul. Mak pun sebenarnya berkenan kat anak sulong ustaz tu. Pernah dia datang beraya kat rumah. Dia datang dengan anak Mak Jah. Ingat tak? Ina : Berkenan? Mak mak. Ada- ada je. Entah, Ina tak kenal pun dia. Apa yang berkenan sangat kat dia? Mak : Mak tengok dia tu baik, lembut je. Nampak air muka dia tak garang. Ina : Tu yang mak nampak. Kat dalam kita tak tau,mak. Erm.. Kalu ustaz datang nak minta Ina, mak setuju ke? Mak : Memang lah yang kat dalam tu kita tak nampak. Mak nie orang tua, makan garam dulu pada Ina. Aik? Lain je bunyi soalan. Kenapa? Ina nak ke? Ina : Bukanlah macam tu mak. Saje je nak tau pandangan mak. Mak : Berkenan tu memanglah berkenan. Tapi, kena lihat jugak pekerjaan dia. Mak taknak bagi anak mak pada lelaki yang tak boleh tanggung anak mak. Ina : Yelah mak. Ina serahkan semuanya pada mak dengan ayah. Ina mana tau bab-bab macam nie. Lagipun mak, Ina taknak fikir lagi pasal cinta-cinta nie. Ina nak belajar dulu. Ina nak sambung Master. Paling awal pun, Ina nak kahwin bila dah masuk 27 tahun. Mak : Tak boleh jugak,nak. Ina kena kenal jugak. Tak boleh serah 100% pada mak dan ayah. Kalau orang yang masuk meminang tu orang yang mak tak kenal, macam orang satu universiti dengan Ina. Macam mana mak nak buat keputusan. Orang perempuan tak manis tau kahwin lewat-lewat. Orang lelaki takpe. Sebab diorang kena kerja dulu nak sara anak orang. Ina : Terpulang lah mak. Yang penting sekarang, Ina taknak fikir lagi.
Selesai makan tengah hari, Ina terus ke bilik air untuk berwudhu' dan menunaikan solat Zohor. Usai solat, Ina berfikir sendirian tentang apa yang dibualkan bersama ibunya tadi. Sebenarnya, hati Ina belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Tambahan pula, dia mempunyai misi yang tersendiri yang mesti direalisasikannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Siapakah pula yang menjumpai kunci pintu hati Ina untuk membuka pintu hatinya?Apakah dia layak menjadi isteri solehah untuk suaminya dan ibu yang penyayang untuk anak-anaknya nanti? Semua itu bermain di minda Ina. Namun, Ina hanya mampu berserah padaNya. Jika Ina dijodohkan dengan anak ustaz yang ibunya maksudkan itu, Ina redha. Jika dengan insan lain, Ina juga redha. Apa yang diharapkannya agar bakal zaujnya dapat membimbing dirinya menjadi isteri solehah.
Antum dah baca tentang poligami yang ana post beberapa hari lepas? Kali ini ana ada satu kisah yang agak menarik dan tersentuh hati ana. Tapi, sebelum itu ana nak memberitahu kisah yang bakal ana tulis kejap lagi sesuai untuk orang yang dah berkahwin. Mungkin ada antara antum yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin atau bakal berkahwin lagi satu.Untuk orang yang masih muda remaja pun boleh juga kalau nak baca. Kisah ini ada pengajarannya tersendiri. Apa pengajarannya? Tunggu dulu. Antu, kena baca terlebih dahulu. Ok..Jom ambil masa sekejap untuk baca kisah ini. ^_^
Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, "Abang ada sesuatu nak beritahu". Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. "Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?". Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. "Mengapa bang? Apa salah saya?". Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina.
Air matanya mula menitis. ku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku, kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.
Aku katakan padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. Sepuluh tahun kami berkahwin tetapi malam ini kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari perceraian kami melainkan tempoh sebulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai seuami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan perceraian kami. Aku bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh satu bulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke bilik pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tapi aku tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan semua ini kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.
Semenjak aku menimbulkan isu perceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil keawa dan berkata, "Ayah dukung ibu ya". Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.
Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya. Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkah cintaku padanya masih ada. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. "Semua baju saya besar". Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas difikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan dihatinya lantaran sikapku selama ini. Tanpa sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata, "Ayah, cepatlah dukung ibu keluar". Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sendiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkarta, "Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman." Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia, "Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sudah sedar saya masih cintakan dia."
Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua, "Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain." Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan aku tulis, "Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita".
Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.
Perkara-perkara mudah dan ringkas yang antum lakukan adalah sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi, carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami antum dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain. Binalah halawatul bait antu, Hargailah setiap pengorbanan pasangan antum dan hargailah mereka selagi kita dapat melihat,dapat sentuh dan dapat bergurau senda sebelum semua itu tinggal kenangan yang tidak akan dapat dikembalikan.
Pengajaran daripada kisah di atas, antum boleh fikir sendiri. Bukan ana tidak mahu kongsi, tapi biarlah antum sendiri yang mengetahuinya.
"TIDAK SEMUA PERKARA PERLU DIUNGKAPKAN. KADANG-KADANG IA PERLU DIFAHAMI SENDIRI MELALUI SETIAP PERGERAKAN KITA"
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam aidilfitri..
POLIGAMI!!
Bak kata
sahabat ana, apabila sebut / dengar saja perkataan P.O.L.I.G.A.M.I sudah pasti
kebanyakan kaum hawa akan sensitif. Seperti sahabat ana juga lah. Dia sangat
sensitif bila dengar pasal poligami. Kami pernah ‘bergaduh mulut’ tentangnya.
Dia tak setuju dengan poligami. Dia mempetahankan prinsip hidupnya yang taknak
pada poligami. Kelakar bila dikenangkan kembali. Sebelum ini ana juga tak
pernah terfikir tentang poligami. Langsung tak terlintas difikiran mengenainya,
apatah lagi mengalaminya. Sebelum ini, ada seorang sahabat bertanya pada
seorang hamba Allah, katanya, “Adakah awak setuju dengan poligami?”. Hamba
Allah ini menjawab, “Selagi mana saya hidup dan mampu menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang isteri, suami saya (bakal) tak boleh kahwin lain.” Jawapan
hamba Allah ini membuatkan ana tersenyum dan teringatkan jawapan yang pernah
ana jawab tentang poligami.
Kenapa
tetiba ana bercakap pasal poligami? Semua ini membuka minda ana selepas ana dan
sahabat2 diberi tugasan menyiapkan esei sebanyak 5 helai dan berdasarkan esei
yang kami buat, kami kena buat forum berkaitan dengannya. Kumpulan ana memilih
tajuk di atas. POLIGAMI. Sebelum ini tak
terlintas di fikiran untuk berfikir tentang poligami kerana ana langsung tak
fikir pasal kahwin dan tiada perancangan langsung buat masa sekarang. Biarlah
ianya datang sendiri tanpa diundang. Pasal kahwin pun ana tak fikir, ini kan
pula pasal poligami. Jauh sekali bagi ana untuk memikirkan hal2 sebegini.
Alhamdulillah, dek kerana tugasan yang diberikan lecturer ana buat sedikit
research tentang poligami, banyak ilmu yang ana dapat.
Poligami
ditakrifkan sebagai seorang lelaki atau suami yang berkahwin lebih daripada
seorang isteri. Berdasarkan ayat 3 daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud,“Dan jika kamu takut tidak akan berlaku
adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya),
maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.” Berdasarkan daripada ayat ini, dapatlah
difahami bahawa Islam hanya membenarkan poligami, bukannya menggalakkan. Jika
seorang suami itu tidak mampu berpoligami, memadailah hanya seorang isteri. Bagi
mana2 lelaki yang memasang hasrat untuk membina cawangan satu lagi, haruslah
diingatkan supaya meneliti terlebih dahulu syarat2 poligami dan tanya pada diri
mengapa ingin membuka cawangan baru?
Ana sebagai seorang wanita sangat memahami perasaan kaum sejenis
yang mana sudah pasti setiap isteri yang dimadukan sudah pasti tidak mahu
berkongsi kasih dan cinta suaminya dengan orang lain. Memang itulah fitrah
semulajadi wanita. Namun, jangan salah faham. Bukan bermakna mereka melanggar
syariat Islam dan bukan bermakna mereka menolak terus poligami. Cuma, fitrah
wanita yang mempunyai perasaan cemburu dan perasaan itu juga adalah anugerah
dari Allah. Sebelum ini ana juga pernah ditanya, adakah ana bersetuju dengan
poligami? Jawapan yang ana berikan itu, sebenarnya bukanlah jawapan dari hati
ana sepenuhnya, kadang2 ada jawapan yang tak perlu diungkapkan biarlah ianya tersimpan dan menjadi rahsia diri sahaja. Ana setuju dengan jawapan daripada sahabat ana. Dia berkata, dia tidak
tahu macam mana nak jawab soalan seperti itu kerana dia tidak mempunyai
pengalaman dan dia juga tidak berani
mengeluarkan apa2 pandangan buat masa sekarang kerana setiap manusia boleh
berubah. Mungkin apa yang dia katakan sekarang, tidak sama dengan apa yang dia
bakal kata suatu hari nanti (jika dia dimadukan).
Ana terfikir akan jawapannya. Ada betulnya dan ada logiknya. Tapi,
tak salah juga kan jika kita memberi jawapan berdasarkan pandangan kita. Salah satu jawapan yang ana dapat ( selagi saya masih hidup dan
mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai
isteri, suami saya tak boleh kahwin lain.). Jawapan ini mengelirukan ana,
adakah boleh si isteri berkata begitu dan bolehkah si isteri tidak mengizinkan
suaminya berkahwin lain sedangkan isteri adalah milik suami dan isteri kena
taat dan patuh pada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam? Sebenarnya
banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran ini apabila berbicara soal
kahwin atau pun yang sewaktu dengannya.
Walaupun ana tidak mempunyai pengalaman untuk ke arah itu dan
masih lambat lagi untuk menempuhi pengalaman tersebut, tidak salah kan untuk
ana berkongsi ilmu apa yang ana dapat berdasarkan pemerhatian. Ana mempunyai
mata untuk melihat dan memerhati, mempunyai telinga untuk mendengar kisah2 atau
pengalaman hidup orang lain dan ana mempunyai akal fikiran untuk berfikir
mengenai apa yang lihat dan dengar.
Ok lah, ana pun taknak cerita panjang tentang POLIGAMI kerana ana
tidak arif dalam bab2 ini. Post pada kali ini, ana tujukan pada sahabat2 satu
team BI dengan ana, syukran jiddan atas kerjasama yang diberikan dan juga idea2
yang bernas untuk menjayakan forum kita pada hari tersebut.
Sahabat-sahabatku sekalian. Pertama sekali ana ingin meminta maaaf kerana telah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini. Hampir sebulan (kot) tidak menjenguk keadaan blog. Rasanya tak terlambat lagi untuk ana ucapkan Minal Aidil Wal Faizin..Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat semua pembaca blog ana.
Alhamdulillah, sudah selesai 30 hari kita berada dalam bulan yang penuh barakahNYA. Bulan yang sangat istimewa dimana terdapat satu anugerah/ kurniaan yang sangat tidak terhitung nilaiannya, iaitu Lailatul Qadr. Bagaimana dengan madrasah puasa antum? Adakah antum dapat mentarbiahkan diri sepanjang sebulan berada di Madrasah Ramadhan Karim? InsyaAllah, ana harap kita semua dapat mentarbiahkan diri dan dapat istiqamah dalam mengerjakan ibadat sehingga nyawa bercerai dari jasad. Semoga segala amalan yang telah kita laksanakan pada bulan Ramadhan akan terus kekal dan insyaAllah bertambah baik. InsyaAllah.
Aidilfitri pada tahun ini serba simple. Biskut raya hanya 4 jenis saja yang kami buat. Itupun setelah dipujuk untuk membeli kelengkapan untuk membuat biskut. Kek kegemaran juga tidak dapat dirasa pada tahun ini. Tapi, bukan bermakna kami tidak sambut raya,kan?
Raya!! Apabila perkataan ini disebut, pasti akan tergambar di minda antum ada langsir baru, kuih raya, kemas rumah, balik kampung, berkumpul dengan sanak saudara. Yang pastinya jelas tergambar di wajah, perasaan gembira.
Namun, adakah pernah terfikir bagaimana nasib manusia yang tidak senasib dengan kita? Pagi tadi, ada berlaku kebakaran di sebuah rumah (x ingat kat mana).. Sekelip mata kehidupan mereka sehelai sepinggang. Bagaimana pula mereka yang tetiba kehilangan orang tersayang pada pagi syawal, di saat yang lain sedang bergembira? Pernahkah terlintas di minda kita tentang semua itu? Asif. Bukan bermaksud kita tidak boleh gembira pada hari raya. Namun, jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik.
Tiada kata yang bermain-main di minda untuk menggerakkan jari jemari ini menari di 'keyboard' laptop kesayangan. Hanya sebagai luahan dan sebab nak update blog. InsyaAllah, ana akan kongsikan satu kisah/ cerita benar yang berlaku pada hamba Allah ini. Kisahnya agak menarik dan membuka minda hamba Allah itu untuk berfikir tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran. Nak tahu kisah apa? Nantikan..InsyaAllah.. :)
Di kesempatan ini, ana sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat antum yang sudi menjadi follower, mahunpun yang singgah sekejap di blog ana.
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan
make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik,
mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia
terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu
dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat
'Isyak "
Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang
menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis
dirosakkan oleh air." Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak
izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang,
mak akan tetap memarahi kamu." Anak perempuannya menjawab:
"Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan
solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana
makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya
berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik
di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "
Sambil
tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya
tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya?
Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi
cantik di mata-Nya "
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada
wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia
memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar
bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau
meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah
yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang
mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan
Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup
beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada
mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi
lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana
umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia
tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik
pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda
berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan
pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan!
Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya?
Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang?
Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia
untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai
tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah
kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
Para Muslimin
sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah
kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih?
keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!
gambar sekadar hiasan
Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan
kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang
baik, amin.
Alhamdulillah bersyukur diri ini ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana diri ini masih lagi dapat bernafas di dunia milik NYA. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala nabi yakni Nabi Muhammad s.a.w dan juga buat keluarga dan sahabat serta para mujahid mujahidah di bumiNYA.
Sudah lama rasanya diri ini tidak mengintai tirai blog kesayangan dek kerana terlalu seronok dapat bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bertemu dan ahli baru pada bulan Mac baru-baru ini. Alhamdulillah, terbinalah sebuah masjid setelah hampir setahun dalam proses 'pembinaan'. Diharap mahligai cinta yang tersergam indah akan terus indah dan bercahaya disirami keimanan seterusnya akan kekal hingga ke syurga cinta yang abadi. InsyaAllah.
Melihat mereka bercinta selepas nikah adalah perkara yang sangat indah dan sangat dituntut dalam agama. Keindahan itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan juga digerakkan jari jemari di keyboard. Tetapi ia hanya bisa dirasai dengan pengalaman sendiri. Diri ini tidak mampu untuk menceritakannya kerana belum menghadapi proses tersebut dan masih belum sampai masanya lagi. Semua itu hanya dapat dirasai individually (ada ke perkataan nie?).
Tamat kisah tu.. (tak nak sentuh banyak2..) ^_^
Hari ini bermulalah kisah sebagai seorang mahasiswi. Baru berpisah dengan keluarga sudah terasa rindu. Rindu yang teramat sangat. Rindukan suara ummi papa,abang2,adik,kakak2 ipar dan juga si comel penyeri keluarga. Terasa berat kaki ini melangkah keluar dari teratak tersayang meninggalkan keluarga walaupun jarak yang memisahkan kami hanya 22km sahaja. Namun, disebabkan amanah yang bakal diri ini pikul, ku gagahi jua demi fardhu ain yang dituntut dalam Islam. Bak kata pepatah Arab yang bermaksud, 'Menuntut ilmu wajib ke atas setiap Muslim.' InsyaAllah diri ini akan buat yang terbaik untuk keluarga tersayang.
Salam Sayang & Salam Rindu buat keluarga tersayang yang jauh mata tetapi dekat di hati.. ^_^
Syukran jazilan buat antum yang sudi membaca luahan kerinduan buat keluarga tersayang..
“Sayang,bangun
sayang.Sayang…,” tenang sahaja suara yang terdengar di telinganya.
Wardatul Shaukah tersedar.Bergegas dia bangun takut dimarahi lagi.
“Ye bang…,”jawabnya ketakutan.Disapunya air mata yang memenuhi kelopak mata
dengan jari-jemarinya,lembut.
“Abang…,”Wardatul Shaukah menggosok-gosok matanya.
Keadaan di dalam bilik itu tidak sama seperti di dalam bilik rumah banglonya
semalam.
“Astaghfirullah haladhzim…,”lantas Wardatul Shaukah meludah tiga kali disebelah
kirinya.
Rupanya ia mimpi semata.Wardatul Shaukah menoleh jam ditangannya.Tepat jam tiga
pagi.Rupa-rupanya suara yang tenang mengejutkannya tadi adalah suara Wildan
suaminya yang sekarang,bukan seperti dalam mimpi.
‘Mungkin doa abang Wildan yang tulus itu hadir mengejutku,terima kasih ya Allah
kerana menyampaikan doa suamiku.,’fikirnya dalam hati.
Wardatul Shaukah bangun dan bersiap untuk mengadap pencipta Agungnya.Dia
bersyukur semua yang terjadi tadi hanya mimpi semata.Dia menangis
sepuas-puasnya di dalam solatnya pagi itu.
***
“Assalamualaikum,sayang abang.Ape khabar?,”sapa Wildan dari arah belakang
Wardatul Shaukah.
“Alhamdulillah,abang sihat.Sayang makin cantiklah abang tengok.Ada orang ngorat
tak ni?,”usik Wildan membuatkan Wardatul Shaukah tersipu malu.
“Segala puji bagi Allah abang.Kalau ade pun,abang saje di hati sayang
bang.Abang yang berhak ke atas sayang.Abang terbaik buat sayang,tak mungkin
sayang pilih yang lain.,”balas Wardatul Shaukah,mengeratkan lagi kasih-sayang
antara mereka suami isteri.
Mereka menggunakan masa menunggu untuk berlepas ke Malaysia sebaik mungkin
dengan bertanya perkembangan sesama sendiri sepanjang empat tahun mereka tidak
bertemu.
***
‘Alhamdulillah,apa yang aku mimpi hari tu tidak terjadi di alam realiti.Malah
sebaliknya,segala keadaan amat baik sekali.’bisik Wardatul Shaukah di dalam
hati.
Wardatul Shaukah dan Wildan baru sahaja tiba dirumah mama dan abah
Wildan.Mereka baru pulang dari menziarah Ummi dan Abi Wardatul Shaukah.Walaupun
masih keletihan,tetapi rindu menyebabkan semua rasa letih hilang sekelip mata.
“Bang Ngah…Kak Ngah…,”jerit Aman dan Amin berlari laju ke arah Wildan dan
Wardatul Shaukah.
“Bang Ngah dan Kak Ngah takut tak naik tinggi-tinggi?Ma cakap Bang Ngah ngan
Kak Ngah terbang pegi belajar.Tak takut ke…?,”tanya Amin ingin tahu.
“Apelah Min ni,pengecut.Mesti la tak takut,dapat terbang tinggi,boleh tengok
pemandangan dari atas.Kan Bang Ngah,Kak Ngah,”kata Aman tidak setuju dengan
pertanyaan Amin sebentar tadi.
Masa cepat berlalu,sekarang umur mereka sudah mencecah 10tahun.
“Iye betul cakap Man tu,tak takutlah Min.Sebagai seorang lelaki,kita tak boleh
rasa takut dengan benda-benda macam ni.Kalau kita takut,macam mana nak
berperang nanti?Macam mana nak selamatkan dunia?Macam mana nak tegakkan
Islam?Nabi kita sungguh berani orangnya.Mesti kita semua nak jadikan beliau
contoh kan.Betul tak?”tanya Wildan.
Wardatul Shaukah berlalu memberi ruang kepada Wildan untuk menyedarkan adik
kembarnya itu.
“Betul,erm..nabi kita berani,macam mana tu Bang Ngah?Bang Ngah ceritelah lama
tak dengar Bang Ngah cerita kan Man kan?,”tanya Amin berkobar-kobar.Mata kedua
adik kembarnya itu langsung tidak beralih dari tadi memandang Wildan.
“A’ah,Bang Ngah citelah..,”rayu Aman pula.
“Baiklah,seperti yang telah diceritakan oleh Ali bin Abi Thalib
Radhiallahu’anhu tentang keberanian Rasulullah S.A.W,beliau mengatakan,apabila
dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kami pun
berlindung di belakang Rasulullah S.A.W, tidak ada seorang pun yang paling
dekat kepada musuh daripada beliau.”,cerita Wildan dengan penuh semangat.
“Wahh..beraninya.Kalau Min,Min mesti duduk belakang sekali.Min tengok dalam tv
yang ramai-ramai darah tu,kena bom,takuttt sangat…kesian kat diorang kan Bang
Ngah.Macam mana Rasulullah terlalu berani ye Bang..erm..Min nak berani macam
Rasulullah juga.,”sayu Amin meluahkan perasaan sebenarnya.
“Erm..itu baru sedikit adikku,semasa perang Uhud, disitulah terjadi peristiwa
besar yang menunjukkan keperkasaan Rasulullah S.A.W dan keteguhan serta
kesabaran beliau atas luka yang diderita pada peperangan tersebut.
Sahal bin Sa’ad telah menceritakan kepada kita tentang luka yang diderita
beliau . Ia berkata: “Demi Allah, aku benar-benar mengetahui siapakah yang
mencuci luka Rasulullah S.A.W, siapakah yang menyiramkan airnya dan dengan apa
luka itu diubati.Katanya lagi, “Fathimah radhiyallahu ‘anha putri beliaulah
yang mencuci luka tersebut, sementara Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu
menyiramkan airnya dengan perisai. Namun ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha
melihat siraman air tersebut hanya menambah deras darah yang mengucur dari luka
beliau, ia segera mengambil secarik tikar lalu membakarnya kemudian membungkus
luka tersebut hingga darah berhenti mengucur. Pada peristiwa itu gigi beliau
patah, wajah beliau terluka dan kepala beliau terkoyak lebar.”cerita Wildan
dengan nada dan gaya yang sesuai agar adik-adiknya dapat memahami dan merasai
sendiri perasaan itu.
“A’aaaaa…sakitnya Bang Ngah.Kesian Rasulullah…isk isk isk..,”luah Aman
tiba-tiba dengan tangisan.Dia sungguh menghayati penceritaan Wildan.Lantas dia
memeluk Wildan.
“Ye Man,Rasulullah berani,berani kehadapan,walaupun tahu akibatnya,demi
Allah,demi memperjuangkan agama Islam tercinta,beliau sanggup,biarlah dirinya
dihina,disakiti,tetapi jangan Allah dihina,jangan agama Islam dikotori.,”Wildan
menyimpulkan semula ceritanya,dan membalas pelukan Aman yang masih terdengar
bunyi esakannya.Dia mengusap lembut kepala adiknya itu.Tangisannya makin berkurang.Amin
melihat abang kembarnya dengan wajah yang sayu.Matanya mula berkaca.
“Man,Min,dah jangan kacau Bang Ngah.Bang Ngah kan baru sampai…,”kata mama
Wildan tiba-tiba dari arah dapur.Dia sudah biasa bila melihat tiga beradik itu
bersama,tentu Wildan menceritakan sirah Nabi memberi pengajaran dan contoh pada
adik-adiknya.Segala tangisan,gelak ketawa,selalu didengarinya.
Lantas Wildan menyalami ibunya.Baru dia tersedar,agak lama dia bercerita pada
adik kembarnya itu,sehingga lupa untuk bertemu dengan Mama dan Abahnya sejurus
pulang tadi.Aman dan Amin beralih menonton rancangan kegemaran mereka yang
ditinggalkan tadi.
“Tak kacaulah Ma,Man dan Min dah baik sekarang.Tak nakal dah.Erm..abah mana
Ma?,”tanya Wildan hairan.
“Abah pergi masjid.Ada program katanya.Kejap lagi balik lah tu.Pergilah mandi
dulu ye,tukar baju tu.”arah mama Wildan sebagai seorang ibu.
“Assalamualaikum…
“Apa?!...”jerit mama Wildan sejurus menjawab panggilan.
“Ma kenape?,”tanya Aman pelik dengan sikap mamanya itu.
“Ma,sape tepon Ma?,”tanya Amin pula.
“Abah..abah accident…,”tergagap-gagap mama Wildan memberitahu perkara sebenar.
“Man,Min,panggil Bang Ngah dan Kak Ngah,kita pergi hospital
sekarang,cepat…!,”kalut mama Wildan,hatinya mula resah,segala kemungkinan boleh
berlaku.Air mata mula berjuraian dipipi.
***
“Alhamdulillah,Encik Wahab dalam keadaan stabil sekarang.,“ujar doktor muda
itu.
“Alhamdulillah,”serentak ahli keluarga Wildan termasuk Wardah
bertahmid,bersyukur insan tersayang selamat.
“Terima kasih doktor,”ucap Wildan dan menyalami doktor muda tersebut.
“Boleh kami masuk?,”tanya mama Wildan.
“Erm,sebaiknya,saya sarankan sorang saja yang masuk.Bagi pesakit rehat
dulu.,”ujar doktor muda itu.
“Ma masuk ye.Bang Ngah dan Wardah teman Man dan Min kat luar ni.,”ujar Wildan
lembut di telinga mamanya yang masih terdengar esak tangisnya.Dia membiarkan
mamanya masuk melihat abahnya yang terlantar di dalam sambil matanya melirik
pada kedua-dua adik kembarnya yang terlena di atas kerusi semasa menunggu tadi.
“Doktor Shah,apa sebenarnya terjadi pada abah kami?,”tanya Wildan dengan
menyebut nama sebenar doktor yang dilihatnya pada tag nama baju doktor muda
itu.
Wardatul Shaukah mula berdebar.Dia terkejut mendengar nama tersebut.Tapi dia
cuba menenangkan dirinya.
”Shah bukan seorang,”hatinya menenangkan.
Dia duduk bersebelahan adik-adik iparnya itu.Telinganya masih menangkap segala
perbualan doktor muda itu dengan suaminya.
“Semasa Encik Wahab dibawa kesini oleh orang awam,seluruh badannya dipenuhi
darah.Katanya accident dengan dua buah kereta di pembahagi jalan.Kepala Encik
Wahab terhentak di atas jalan raya,Alhamdulillah tidak terlalu kuat kerana topi
keledar yang dipakainya.Kakinya pula penuh luka,mujurlah tiada yang patah.Semuanya
selamat.Subhanallah,selalunya kejadian seperti ini,penunggang motorsikal akan
maut,itulah kekuasaan Allah kan.,”cerita Doktor Shah segala yang diketahuinya.
“Subhanallah,Alhamdulillah,”ucap Wardatul Shaukah sambil mengusap kedua-dua
tapak tangannya ke muka.
Doktor Shah dan Wildan berpaling ke arah Wardatul Shaukah.
“Ini isteri saya,dan dua lagi tu adik kembar saya.,”ramah Wildan mempekenalkan
ahli keluarganya.Dia semakin selesa bersama Doktor Shah yang baru dikenalinya
itu.
Wardatul Shaukah terkejut,tidak sedar suaranya menganggu percakapan mereka
berdua.
‘Wardah?Ya Allah..adakah ini Wardah yang aku cari selama ini?Tak mungkin,tak
mungkin,dia dah bersuami.,’monolog Doktor Shah di dalam hati.
“Owh Wardah,saudara nama siapa ye.Dari tadi kita berbual lupa pulak nak tanya
nama.,”ujar Doktor Shah pula bersuara,risau lamunannya membuat orang lain
berfikir negatif padanya.
“Wildan,panggil Wildan saja.A’ah kan,tak sangka pula kita boleh berkenalan
disini.,”
“Betul tu cik Wildan..,”
“Ha..jangan bercik-cik ,panggil saja Wildan.,”
“Owh maaf,cik..eh,Wildan,Wardah.Saya pergi dulu ye,ada kerja
sikit.Assalamualaikum.,”ujar Doktor Shah menamatkan perbualan.
Doktor Shah membuat helah.Hatinya tiba-tiba rasa cemburu terhadap
Wildan.Hatinya mula memikirkan Wardah yang dikenalinya tadi.Sudah sekian lama
dia mencari perempuan yang bernama Wardah,kawan alam mayanya yang mengubah
hidupnya sehingga berjaya menjadi doktor dan imam muda juga.Dia pernah pergi ke
tempat belajar yang diberitahu Wardah pada mulanya,tetapi dia tiada lagi disitu
kerana telah dibuang.Sudah lama dia melupakan perkara itu,tetapi pada hari
itu,kejadian tadi mengembalikan segala ingatannya pada perempuan yang
dikaguminya,Wardah.
***
“Cik Wardah…,”panggil Doktor Shah ketika melihat Wardatul Shaukah keseorangan
didalam bilik pesakit menjaga bapa mertuanya.
“Ye?!,”Wardatul Shaukah tersentak,dibalasnya dengan pertanyaan.Hatinya tidak
tenang berdua sahaja dengan doktor muda itu.Bapa mertuanya masih koma sejak
tadi lagi,belum sedarkan diri.Wildan pula menghantar mama dan adik-adik
kembarnya pulang ke rumah untuk berehat dan akan datang kembali selepas itu.
“Erm..saya ade satu soalan.,”luah Doktor Shah,lupa tugasnya sebagai doktor
disitu.
“Apa nama penuh awak?,”tanya Shah ingin memastikan kenalan mayanya atau
tidak.Dia sentiasa mengingati nama yang indah itu kerana tidak pernah didengari
nama sebegitu sebelum ini.Hatinya tidak keruan sedari tadi kerana memikirkan
hal itu.Harapannya yang didepannya bukanlah Wardah yang dia tercari-cari selama
ini kerana Wardah ini telah berkahwin,tidak sanggup dia menerimanya.
Setiap gadis yang mendampinginya ditolak satu persatu kerana mahu sekuntum
mawar berduri itu.Mummy dan daddynya berkali-kali menasihatinya,langsung tidak
dipeduli.
“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.
“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.
“Assalamualaikum…,”ujar Wildan memasuki bilik itu.Dia langsung tidak mengesyaki
apa-apa bila melihat isterinya bersama doktor muda yang baru dikenalinya tadi
di dalam bilik itu.
“Waalaikumsalam warahmatullah,”jawab Wardatul Shaukah dan Doktor Shah serentak.
“Erm..saya keluar dulu ye.,”Doktor Shah meminta izin keluar,persoalannya masih
juga tidak terjawab.Hatinya mula resah.
“Baiklah,terima kasih banyak doktor.,”Wildan menyambut.
Wildan dan Wardatul Shaukah tidur di sebelah kanan dan kiri katil menjaga abah
mereka.Tanpa mereka sedari,jari-jemari Pak Wahab mula bergerak-gerak.
“Ya Allah,terima kasih kerana selamatkan aku,terima kasih juga ya Allah kerana
Engkau memberikanku anak dan menantu yang baik ini.,”ucap Pak Wahab sayu sambil
mengusap kepala Wildan dan Wardah perlahan-lahan terharu.
Beberapa hari selepas itu…
“Shah,bila abah saya boleh balik?,”tanya Wildan kepada Doktor Shah di
pejabatnya setelah melihat abahnya makin sihat dan cergas semula.
‘Kalau aku bagi keluar awal,bila lagi aku nak jumpa Wardah,bila lagi aku nak
tahu sape dia sebenarnya?Ye,aku patut tahan Encik Wahab dulu sebagai umpan.,”bisik
Doktor Shah dalam hati.
“Erm..insyaAllah minggu depan.,”balas Doktor Shah agak lambat.
“Tapi,bukankah abah saya dah sihat?,”tanya Wildan lagi agak pelik.
“Ye,tapi,Encik Wahab perlu tinggal di sini dulu,kerana ada rawatan khas
untuknya.Supaya lukanya cepat sembuh.,”jelas Doktor Shah tanpa rasa malu
menipu.
“Oh,baiklah,terima kasih Shah.Saya pergi dulu.”
“Sama-sama.,”
Wildan berlalu ke bilik abahnya ditempatkan dengan rasa kesal.Tidak sanggup
membiarkan isteri tersayang menjaga abahnya sendirian.Dia terpaksa bekerja
kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak patut diketepikan.
***
“Sayang,abang minta maaf tak dapat temankan sayang melawat abah.”
“Tak pe,sayang faham abang,abang ada tanggungjawab lain,sebagai isteri,sayang
bertanggungjawab menjaga abah kita.Lagipun tak lama lagi abah dah boleh keluar
kan.,”pujuk Wardatul Shaukah menghilangkan rasa bersalah suaminya.
“Sayang pergi dengan ape nanti?”
“InsyaAllah,sayang dah bincang dengan Ma,mungkin dengan teksi atau bas.,”
“Tak pe ke sayang,abang risaulah.”
“Abang,la takhaf,innallaha ma’ana.Jangan risau ye bang,Allah sentiasa ada untuk
kita berharap di mana saje kita berada.,”
“Ye betul tu,ape pun hati-hati ye.Abang dah mula kerja esok.Ada ape-ape call
abang ye.,”
“Ye abang,selamat malam.”
“Selamat malam sayang.,”
***
“Koh koh,Koh Koh…aduh,sakitnya tekak ni.Koh koh,”keluh Mama Wildan sendiri.
“Kenape Ma?Ma tak sihat ke?,”tanya Wardatul Shaukah menyedari ibu mertuanya itu
terbatuk-batuk sedari tadi.
“Entah la Wardah,tiba-tiba je pagi ni macam nak demam je.Sejuk,sakit tekak
pulak.,”
“Nanti kita pergi hospital kita minta ubat sekali ye.,”
“Eh,tak pelah,Ma tak makan ubat hospital tu.Pahit sangat.Tak pe nanti baik la
tu.,”
“Oh ye ke,kalau macam tu,Ma rehat jelah kat rumah ye.Wardah boleh pergi sendiri
melawat abah.”
“Tak pe,tak pe,Ma kuat lagi nak melawat abah.Koh..koh..,”balas Mama Wildan
terbatuk-batuk tidak mahu mengalah.
“Ma,esoklah ye,Ma tak sihat tu.Esok,kita pergi sekali dengan abang Wildan.Esok
abang janji nak hantarkan sebelum dia pergi kerja.”
“Erm..baiklah,Wardah kirim salam Ma kat abah ye.Jangan cakap Ma sakit,nanti
risau pulak dia.,”pesan Mama Wildan lemah.
“Wardatul Shaukah…!Adakah awak?,”suara itu tiba-tiba kedengaran dari arah
belakang Wardatul Shaukah ketika dia baru mula menjejak kaki masuk ke bilik
bapa mertuanya ditempatkan.
“Iye…saya.Macam mana doktor tahu?,”
“Jadi betullah awak Wardatul Shaukah?Saya Shah.Shah UM.Ingat lagi tak,kita
pernah chatting dulu.,”
‘Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wardatul Shaukah di dalam hati.Tidak
disangka perkara ditakuti berlaku selama ini berlaku juga pada hari itu.
“Ermm..erm..saya ingat.Doktor lupakan saja perkara itu ye.Saya masuk
dulu.,”balas Wardatul Shaukah ingin mengelak.Hatinya tidak keruan,takut
menimbulkan fitnah kerana berduaan saja di situ.
“Kejap!,”jerit Doktor Shah.Dia tidak sanggup lagi menyimpan segala yang
terpendam selama ini.
Wardatul Shaukah berhenti menghadap pintu bilik abahnya ditempatkan..Tidak
sanggup melihat muka sahabat mayanya yang beberapa tahun dahulu ketika dia
melayan nafsu bosannya itu.Rasa berdosa menerjah kembali.
“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Tapi saya dah berkahwin.Saya minta maaf.Tak elok kita berdua di sini.,”
“Tak pe,saya kan doktor,orang akan pandang awak macam patient saya.”
“Ye itu pandangan orang.Tapi Allah?Dia tahu segalanya.Dia tahu isi hati setiap
antara kita.Dia tahu niat kita!,”tegas Wardatul Shaukah.Pandangannya tetap
tidak berganjak.
Doktor Shah tergamam.Tidak pernah perempuan berkata seperti itu kepadanya.Tegas
pendiriannya menjaga ikhtilat.Itu yang membuatkan dia bertambah suka pada gadis
itu.
“Saya minta maaf,saya tahu awak dah berkahwin.Awak dapat suami yang soleh dan
baik yang memang sesuai buat awak.Siapalah saya.Tapi,saya Cuma nak luahkan
segala yang saya pendam selama ni.Saya minta maaf,sebenarnya saya masih simpan
id YM awak.Dan saya susah nak lupakan awak,even saya belum pernah jumpa awak
sebelum ni.Saya rasa awak perempuan yang baik,yang solehah,sebab itu saya
mencari-cari awak selama ni.Saya cari awak di UIA.Saya tak tahu awak belajar
dekat UIA mana,so saya cari dekat setiap cawangan UIA.Rupanya awak di UIA
Nilai,tapi sayangnya awak dah tiada kat situ.,”
Wardatul Shaukah terkedu seketika.Dia terkejut mendengar luahan hati doktor
muda itu.Dia membiarkan doktor itu melepaskan segalanya dahulu.
“Saya tolak semua perempuan yang ingin mendampingi saya.Saya jaga pergaulan
saya.Saya jaga semuanya,saya solat hajat minta awaklah jadi teman hidup
saya,tapi,ternyata,doa saya tak dimakbulkan.Masa mula-mula saya dengar nama
awak Wardah,saya terus teringat sahabat maya saya yang banyak memberi kekuatan
kepada saya untuk menjadi muslim sejati.Tapi,saya tak mengharap sebab awak dah
berkahwin.Saya harap Wardah yang saya tunggu-tunggu selama ini masih solo,masih
anak dara.Tapi…,”
“Tapi,semua perempuan kat luar sana,tak sama dengan awak.Awak solehah,awak
pakai tudung labuh,awaklah ibu yang sesuai untuk mendidik ana-anak saya
nanti.,”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Doktor,doktor kata saya solehah?Doktor tahu dari mana?Doktor tak tahu niat
saya,doktor tak tahu setiap tindakan saya selama ini,jadi jangan judge
macam tu.Tak semestinya orang yang tidak bertudung labuh tu cetek ilmu
agamanya.Kadang-kadang mereka ni lagi terbaik dalam bidang agama.”
“Tapi…saya mengharapkan perempuan solehah yang menemani saya.Susah nak cari
muslimah yang kuat agamanya sekarang,”luah Doktor Shah lagi.Hatinya lembut,suaranya
mula berbaur esakan.Dia betul-betul mahu isteri yang terbaik yang dapat
menasihatinya untuk memperbaiki segala kesilapannya.Dia mengharapkan
keluarganya nanti keluarga yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam.Dia tidak
dapat menerima gadis pilihannya itu sudah terlepas ke tangan orang lain.
“Doktor,doktor jangan mencari tanpa berusaha.Ye,mencari itu adalah satu
usaha.Tapi adakah usaha kita itu mencukupi tanpa pertolongan dari
Allah?Doktor,jika mahu yang terbaik,jadilah yang terbaik.Jika mahu yang solehah,jadilah
seorang yang soleh.Tapi niat ingin menjadi soleh,janganlah kerana ingin
mendapatkan isteri yang solehah semata.Saya menasihati perkara yang saya
cakapkan ini juga untuk diri saya.Perbaiki diri kita,carilah cinta
Allah.Bercintalah dengan Allah,buat segalanya niat hanya kerana
Allah.InsyaAllah,bila tiba masanya,bila tiba saat doktor patut berkahwin,Allah
yang akan menghadiahkan seorang isteri yang juga cintakan-Nya.Alangkah
bertuahnya kita.Tidak rugi bercinta dengan Allah.Dialah pemilik sebenar
cinta.Cintailah Dia,Dialah cinta yang hakiki.,”
Wardatul Shaukah berlalu masuk ke bilik itu.Dia mengucap syukur kerana Allah
telah memberi kekuatan padanya untuk memberi kesedaran kepada lelaki yang
digelar Doktor Shah itu.
“Subhanallah.Cinta Allah.Kenape aku tak pernah terfikir selama
ni.Astaghfirullah haladhzim…,”kata Doktor Shah sendiri.Dia mendengar penuh
khusyuk segala yang dituturkan Wardatul Shaukah sebentar tadi.Dia seperti baru
terjaga dari mimpinya selama ini.Air matanya makin bercucuran.Semua yang berada
disekeliling yang melihatnya tidak dihiraukan lagi,matlamatnya satu,mengejar
cinta Allah.
Lantas dia berlalu ke surau terdekat.Dia mahu meminta ampun kepada
Pencipta-Nya.Dia sedar selama ini,dia mengharapkan cinta dari seorang wanita
yang juga diciptakan dari air mani yang jijik.Sepatutnya Allahlah yang perlu
diutamakan dalam setiap perkara.Perubahan demi perubahan kepada yang lebih baik
telah berlaku dalam diari hidup doktor muda itu.
“Waalaikumussalam,Iqah,ape khabar?Macam mana dengan cucu ummi sihat ke?”
“Ummi…!Alhamdulillah,Iqah sihat,cucu ummi pun sihat.Iqah rindu sangat dekat
Ummi.Ummi sihat?Bila Ummi nak datang Perlis ni?,”
“Alhamdulillah,ummi sihat,batuk sikit je.Ummi pun rindu kat Iqah,tak tahu lah
bila ummi dapat pergi sana,ni abi Iqah ni sibuk sikit.Peperiksaan dah
dekat,sibuk lah buat soalan untuk murid-murid dia tu.Dah lama Iqah tinggal kat
Perlis ye,berapa bulan dah cucu Ummi tu?Ni,Wildan ade tak kat rumah?”
“Oh macam tu,tak pe lah.Nanti bila abang Wildan dapat cuti,Iqah ajak balik
rumah ye.Wildan tak de,pergi kerja,petang baru balik.Cucu ummi ni baru 8
bulan.Dia suka tendang la Ummi.Macam mana la masa Iqah duduk dalam perut Ummi
ye,sian kat Ummi.”ujar Wardatul Shaukah tenang sambil mengusap perutnya yang
makin membesar.
“Nak dekat dah tu.MasyaAllah,cepatnya waktu berlalu ye.Tendang,gerak-gerak tu
biasalah Iqah,masa mengandung ni lah pengalaman yang tak dapat kita lupakan.
Tak sangka kita bawa satu lagi nyawa dalam perut kita bersama kita
sentiasa.Subhanallah kuasa Allah.Jaga baik-baik ye cucu Ummi tu.Ummi doakan
anak Iqah ni sihat dan menjadi seorang yang beriman serta tabah menghadapi
liku-liku kehidupan di dunia ni macam mak dia jugak.Amin.”
Wardatul Shaukah terharu dengan doa yang dilafazkan Umminya.Dia tidak menyangka
banyak hikmah disebalik apa yang telah terjadi dahulu.Sehingga dia rasa bahagia
bersama suaminya sekarang.
‘Syukur Alhamdulillah.Maha suci Engkau ya Allah.Engkau sebaik-baik
perancang.’,doanya dalam hati.
“Amin,terima kasih ummi atas doa ummi.Ummi,Iqah bersyukur sangat,Ummi sentiasa
memberi semangat pada Iqah tak kira susah atau senang.,”ucap Wardatul
Shaukah,matanya mula berkaca.
“Memang tanggungjawab Ummi anakku.Nanti Iqah jadi mak,Iqah tahulah.Dah,jangan
sedih sedih,nanti cucu Ummi pun sedih.Ok lah Iqah,Ummi nak masak dulu,nanti abi
Iqah balik.Kirim salam Ummi kat Wildan dengan lafaz Assalamualaikum.Jaga diri
baik-baik.Kalau ade ape-ape,telefon je Ummi ye.”
“InsyaAllah Ummi,kirim salam Iqah pada abi juga ye.Iqah sayang
Ummi.Assalamualaikum.”
Wardatul Shaukah membuka mesej yang baru sahaja masuk dalam telefon bimbitnya
setelah dia meletakkan ganggang telefonnya.
Assalamualaikum…
Sahabatku Wardatul Shaukah,Jannah rindu sangat kat awak.Awak ape khabar?Kat
Perlis kan?Kenape pindah sana?Dengar kata dah pregnant ye? ~Jannah~
Waalaikumussalam warahmatullah,Alhamdulillah ya ukhti fillah,saya sihat.A’ah
kat Perlis,abang Wildan kena tukar kerja kat sini.Alhamdulillah,kandungan saya
baru sahaja masuk 8 bulan.Macam mana kehidupan Jannah sekarang? ~Wardah~
Ye ker,Alhamdulillah,mesti comel baby tu nanti macam mak dia jugak kan.Dah
dekat tu,nanti jangan lupa bagi tahu ye.Sebenarnya,Jannah nak jemput awak dan
suami ke walimah Jannah dua minggu lagi.4 Julai ni.Jemput datang ye.Jannah ade
pos kad kahwin,minta alamat kat Ummi awak hari tu.InsyaAllah tak lama lagi
sampai la tu. ~Jannah~
Alhamdulillah...Tahniah Jannah,beruntung lelaki tu.InsyaAllah,kalau tak de aral
melintang,saya dan suami mesti pergi.Rindunya kat Jannah,harap sangat dapat
pergi nanti. ~Wardah~
Jazakillah.Jannah tunggu awak dan suami serta baby ye.Ok lah Wardah,jg
diri,Assalamualaikum. ~Jannah~
“Jannah,abang kenal kan.Classmate abang dulu.Dia jemput kita ke walimah dia,4
Julai ni.Abang free tak masa tu?,”tanya Wardatul Shaukah sopan.
“Oh,Jannah,ni kad dia ye.Abang ambil kat luar tadi.Rajin dia pos kat kita
ye.Tak sangka dia dah nak kawin.InsyaAllah abang tak de kerja hari tu,boleh la
kita pergi.”balas Wildan penuh kasih-sayang.
“Alhamdulillah.Oh,kad dia dah sampai rupanya,Shahrul Nidhzom.Erm..ni bakal
suami Jannah ye.Nice name.”puji Wardatul Shaukah jujur.
“Tapi,sayang kena jaga diri tau,due date dah dekat.Anak abi,duduk diam-diam
ye.Jangan tendang-tendang ummi,sian dekat ummi.Nanti kita pergi walimah mak cik
Jannah ye.,”kata Wildan perlahan sambil mengusap perut isteri tersayang.
Wardatul Shaukah tersenyum manja melihat telatah suaminya,mata mereka
bertembung.Cinta mereka makin mekar akan kehadiran orang baru di dalam keluarga
mereka.
***
“Uwekk uwekk…”kedengaran tangisan bayi yang baru lahir dari bilik pembedahan
dijalankan.
“Alhamdulillah.,”ucap seluruh ahli keluarga Wildan dan Wardatul Shaukah yang
menunggu dari semalam lagi sesampai saja dari kampung di hospital sejurus
menerima perkhabaran dari Wildan.Selepas empat jam,baru kedengaran suara
tangisan bayi yang mereka nanti-nantikan.
Manakala Wildan menemani Wardatul Shaukah di dalam bilik pembedahan memberi
semangat pada isteri tercinta untuk terus berjuang,bertarung nyawa selama beberapa
jam tadi.
“Doktor,macam mana dengan dua nyawa di dalam?,”tanya Masyitah sementelah
seorang doktor dan dua jururawat keluar dari bilik pembedahan itu.Semua berdiri
tidak sabar mendengar perkhabaran baik yang keluar dari mulut doktor itu.
Doktor serta dua lagi jururawat itu tunduk dan menampakkan keseriusan di wajah
mereka.
“Kenape doktor?Macam mana dengan anak saya?,”tanya Ummi Wardatul Shaukah
mendesak,tidak sanggup menunggu lebih lama.
Doktor mula tersenyum.
“Bukan sahaja dua nyawa,malah,lima nyawa selamat.Tahniah,Puan Wardah baru
sahaja melahirkan kembar empat.Dua lelaki dan dua perempuan.”ujar doktor
itu.Senyumannya masih berbaki dan memandang ke arah Aman dan Amin yang nyenyak
tidur di atas kerusi panjang berhampiran.
Pujian kehadrat Illahi tidak putus-putus dilafazkan.Mereka semua solat Subuh di
surau yang telah disediakan di hospital itu.Sujud syukur tidak dilupakan.
“Iqah…,”panggil Ummi Wardatul Shaukah sejurus menjejak kaki masuk ke bilik yang
ditempatkan anaknya itu.Wildan tiada disisi Wardatul Shaukah ketika itu.
Semua ahli keluarga yang lain turut masuk melawat Wardatul Shaukah.
“Ummi,Abi,Ma,Abah,Kak Masyitah…rindunya.Eh,Aman dan Amin pun ade.Terima kasih
sudi datang.,”lemah suara Wardatul Shaukah.
Mereka berpelukan melepaskan rindu.
“Kak Ngah,mana baby?Kak Long cakap ade empat baby.Aman nak dua orang.”tanya
Aman sambil menoleh kanan dan kiri mencari sesuatu.
“A’ah,Amin pun nak dua orang.,”
Wardatul Shaukah tersenyum mendengar keinginan adik iparnya itu.
“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dari pintu masuk dengan memangku dua bayi di
kedua-dua belah tangannya.Dan dua lagi dipangku oleh dua orang jururawat
dibelakang Wildan.
“Baby…!,”jerit Aman dan Amin dan berlari ke arah Wildan.
“Eh,Aman,Amin,mari sini.Nanti la,biar Bang Ngah pegang dulu.Nanti kita main
dengan baby tu ye.,”larang Mama Wildan berhikmah.
“Baik Ma..!,”pantas mereka menjawab.Mereka sudah diajar supaya patuh dan hormat
cakap orang yang lebih tua.
Dua jururawat tadi memberi dua bayi itu kepada Wardatul Shaukah yang bersandar
di atas katil.Kedua-duanya dipegang dengan penuh rasa syukur.Hatinya tidak
henti-henti mengungkap syukur dan hamdalah pada yang Esa.Wildan pula berdiri
disamping isteri tercinta.
“Dah bagi nama ke?,”tanya Abah Wildan pula yang duduk di atas kerusi di sebelah
katil Wardatul Shaukah.
“Alhamdulillah.Dah.”jawab Wildan melemparkan senyuman pada isteri
kesayangannya.
“Ni Mohamad Wahiduddin dan Mohamad Wafiuddin,.”beritahu Wardatul Shaukah sambil
menunjukkan bayi di kanan dan kiri yang dipegangnya.
“Dan ni pula,Nur Wajihah dan Nur Wasimah.,”beritahu Wildan pula menunjukkan
bayi yang dipangkunya.
“MasyaAllah,sedap-sedap namanya.”puji Abi Wardatul Shaukah sambil menyambut Nur
Wajihah yang diberi Wildan padanya.
“Meh,nenek nak pegang cucu nenek ni.,”pelawa Mama Wildan menghulurkan tangannya
menyambut Mohamad Wahiduddin dari Wardatul Shaukah.
Mohamad Wafiuddin dan Nur Wasimah pula diberi pada Abah Wildan dan Ummi
Wardatul Shaukah.
Kegembiraan terpancar pada setiap wajah di dalam bilik itu.Wardatul Shaukah dan
Wildan berpandangan dan tersenyum kesyukuran.
“Assalamualaikum…,”satu suara memberi salam dari arah luar pintu.
“Waalaikumussalam warahmatullah.Jannah?Jannah…,”jerit Wardatul Shaukah sedikit
tinggi terkejut dengan kehadiran pengantin baru itu tidak disangka-sangka.
Jannah terus masuk dan memeluk sahabat kesayangannya itu.
“Maaf Jannah,saya tak dapat datang walimah Jannah.,”
“Tak pe,Jannah faham.Awak perlu bertarung di sini.Tahniah,empat sekali
dapat.Subhanallah.,”ucap Jannah terharu.Amat pemurahnya Allah.
“Tu,suami Jannah.,”beritahu Jannah sambil menunjukkan ke arah suaminya yang
baru sahaja masuk ke bilik itu.
“Doktor Shah?,”kata Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.
“Awak kenal?,”tanya Jannah hairan.
“Ye,kami dah kenal Doktor Shah,dia yang merawat abah Wildan satu masa
dulu.,”terang Wardatul Shaukah tenang.Tiada lagi rasa takut,kerana dia yakin
Doktor Shah sudah berubah dan telah bertemu dengan pilihan yang tepat iaitu
Jannah yang mula mengenakan pakaian sunnah yang sopan lagi menutup aurat itu.
“Alhamdulillah.Sungguh rapi perancangan Allah.Dipertemukan kita kembali tanpa
disangka.Pelbagai cabaran,fitnah yang terpaksa awak hadapi,Jannah bangga dengan
awak,tahniah mujahidah solehah…!Sungguh adil Allah,Dia memberikan apa yang
patut pada setiap hamba-Nya.Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir
tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetapi dipendam,sungguhpun pedih tapi
disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.Selamat berjuang sahabat.Perjalanan
kita masih jauh.,”lancar Jannah menunturkan kata yang dihafalnya dari penanda
buku yang pernah dihadiahkan oleh Wardatul Shaukah ketika dapat menjawab
teka-teki satu masa dulu.
“Alhamdulillah sahabat,terima kasih.Yang penting keyakinan pada Allah.Keyakinan
pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang
muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang
lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian
adalah tarbiah dari Allah,semakin dekat bahtera kita kepada-Nya,semakin hebat
taufan melanda.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,esok adalah
harapan,genggam jadi kejayaan.,”tutur Wardatul Shaukah lancar.Air matanya mula
keluar dari tubir matanya itu.Lantas memeluk Jannah,dilupakan rasa sakitnya
ketika itu mengenang kembali perkara-perkara yang terpaksa ditempuhi sebelum
ini.
Semua yang berada di dalam bilik itu juga turut terkena impaknya.
Kegembiraan tadi diganti dengan tangisan kerana bangga dengan seorang mujahidah
yang bermujahadah untuk menetapkan dirinya atas jalan yang diredhai pencipta
dirinya itu.
Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau
tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh
jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung
jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan
berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.
Wardatul Shaukah dan Wildan membuka satu-persatu hadiah-hadiah yang telah
diberikan siang tadi di depan ahli keluarga mereka.
Tit…tit..tit..
Menandakan mesej baru telah masuk.
Assalamualaikum..
Akak, Fana minta maaf tak dapat hadir walimah akak,
Fana tak de transport.Akak tahniah tau.Akak,ingat lagi tak pasal abang yang
Fana kagum tu?Fana pernah citer kat akk.Dia lah abg Wildan.Suami akak.Allah
Maha Adil.Memang akak amat sesuai dengan abg Wildan kak.Semoga akak dan suami
bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.Amin.
~Fana~
Waalaikumussalam warahmatullah…
La ba’sa adikku…
Jazakillah atas ucapan dan doa Fana.Moga Fana juga mendapat suami yang soleh
dan berkekalan hingga akhirnya.Bila berkesempatan jemput ziarah rumah ye.
~Kak Wardah~
Masa terus berlalu.Wardatul Shaukah berdebar-debar,makin lama makin kencang.Dia
malu untuk berhadapan dengan suami tercinta berdua sahaja nanti.
Masa terus berlalu.Wardatul Shaukah berdebar-debar,makin lama makin kencang.Dia
malu untuk berhadapan dengan suami tercinta berdua sahaja nanti.
“Erm…abang…,”Wardatul Shaukah mula bersuara setelah sekian lama menyepi di
dalam bilik sendiri.
“Ye sayang…,”balas Wildan berani.Dia baru sahaja selesai membersihkan diri.
‘Ya Allah,terlalu cepat dia melontar kata seperti itu.,’monolog Wardatul
Shaukah sendiri.Mukanya menahan merah malu dipanggil begitu.
“Erm..tak de ape-ape.”balas Wardatul Shaukah.Malu masih bersarang di dalam
hatinya.Diam seribu bahasa.
Wildan memahami situasi isteri tercinta,dibiarkan isterinya melayan perasaan
sendiri untuk menyesuaikan diri.
Hari berganti hari,cinta mereka mula berputik,berkembang dan makin mekar
mengharum. Mereka sudah merancang tidak mahu menerima cahaya mata dalam waktu
terdekat kerana ingin belajar dahulu.Lagipun umur mereka masih muda remaja.
Hari dinanti sudah pun tiba.
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia telah pun diumumkan.
Wardatul Shaukah dan Wildan telah dipilih dari sepuluh orang lagi yang mendapat
Mumtaz kesemuanya menjadi pelajar contoh di sekolah itu.
“Mabruk ‘alaiki sayang.”ucap Wildan dan mengucup lembut dahi isterinya.
“Jazakallah ya habibi,mabruk ‘alaika aidhan.”balas Wardatul Shaukah melemparkan
senyuman yang paling menawan pada suaminya.
***
Selama empat tahun di Mesir,Wardatul Shaukah dan Wildan tidak berjumpa.Hanya
telefon dan internet penghubung mereka.Mereka mengambil jurusan berlainan dan
ditempatkan di tempat berlainan juga.Masing-masing mengambil jurusan Syari’ah
Islamiah dan Usuluddin.
Masa cuti mereka dimanfaatkan untuk bertalaqqi bersama sheikh-sheikh yang tidak
dapat mereka jumpa di Malaysia nanti.Mereka menggunakan peluang itu sebaik
mungkin.
Assalamualaikum ya habibati…
Keifa halik?Abg rinduuu sgt nak jumpa syg.Syg buat pe ni? ~Wildan~
Waalaikumussalam warahmatullah ya habibi..
Alhamdulillah ana bikhair.Syg pun rindu sgt kat abg.Bru usai solat Isyak.Esok
kita jumpa kan.Tak sabar nak balik,nak jumpa parents kita. ~Wardah~
A’ah,masa cepat berlalu kan syg,dah 4 tahun kita duduk sini.Dan 4 tahun juga
kita xberjumpa kan.Abg pun xsbr nak jumpa ma dan abah.Tak lupa juga ummi dan
abi syg.
Ok lah,kita jumpa esok.Jgn lupe spt biasa,kita sama2 berdating dgn Allah
pencipta kita ye syg.Assalamualaikum. ~Wildan~
Ye abg,jazakallah ats ingatan..Pasti kita kena mengadap Allah,Tuhan kita,Dia yg
memberi ketenangan dan kebahagiaan kpd kita. Syg mungkin tidur lambt sikit mlm
ni,ade kerja perlu disiapkan.Abg kejutkan syg melalui doamu ye.Lailatun
Sa’idah.Waalaikumussalam warahmatullah. ~Wardah~
***
“Ya Allah,abang?Kenape ni?Abang sakit ke?,”ujar Wardatul Shaukah terkejut
dengan perubahan fizikal suaminya.Badannya makin susut,mata cengkung dan
mukanya tidak setenang dahulu.
“Mana ade sakit.Abang biasa je.Maybe terlalu penat.Itu saja.Sayang tak perlu
risau ye.”balas Wildan dengan senyuman seperti dibuat-buat.
“Tapi bang,abang nampak kurus sangat ni.”
“Sayang salah tengok kot dulu.Abang memang kecik ni je.Mungkin sebab dah lama
kita tak jumpa kan.”
“Tapi…,”
“Tak de tapi tapi lagi...dah jomlah flight dah sampai tu.”
‘Ya Allah,kenape dengan suamiku ni.Ya Allah,kenapa perubahan fizikalnya terlalu
ketara,tak mungkin aku salah tengok.Dan…kelakuan suamiku juga berubah.Ye!Adakah
orang lain menyamar jadi suamiku?,”getusnya sendiri.
“Astaghfirullah haladhzim…apa aku ni,su’udhzon pada suami sendiri.”ujar
Wardatul Shaukah tersedar atas kekhilafannya sebagai isteri.
“Sayang jom…,”Wildan menarik tangan Wardatul Shaukah kasar.Beg yang digalasnya
hampir saja terjatuh.Wildan tidak mempedulikannya langsung.
‘Ya Allah.Kenape ni?Apa yang terjadi dengan suamiku ini ya Allah.’,ngadu
Wardatul Shaukah terkilan dengan perubahan sikap suaminya itu.
Wildan dan Wardatul Shaukah duduk bersebelahan di dalam kapal terbang.Mereka
diam seribu bahasa.Wildan memejamkan mata dan mengangguk-ngangguk melayan lagu
dari telefon bimbitnya.Langsung tidak dilayan Wardatul Shaukah disebelah.
Dia mengintai lagu yang dimainkan suaminya pada telefon bimbit yang dipegangnya
kemas.
‘Mungkin nasyid ataupun kalamullah.,’fikirnya.
“Ya Allah.Abang…!,”jerit Wardatul Shaukah terkejut sambil menutup mulut tidak
percaya dengan perubahan suaminya.Langsung tidak menyangka.Lagu yang dimainkan
suaminya adalah lagu dari barat,’yang bertajuk Umbrella’ dinyanyikan Rihanna.
‘Padahal abang Wildan amat benci dengan lagu barat,lagi pula dari orang
kafir.Mereka mempunyai banyak maksud tersirat yang kita orang Islam terutamanya
melayu tidak memahami.Begitulah yang pernah abang cakap dulu.Tapi
sekarang…,’Wardatul Shaukah bermonolog sendiri.
Tiada respon yang diberi.Wildan seperti tidak sedarkan diri.Asyik melayan muzik
tersebut.
“Abang…,”panggil Wardatul Shaukah lagi.
“Ape?!Jangan ganggu akulah.,”jerkah Wildan kuat.Semua penumpang mengalih
perhatian pada mereka berdua.Wildan menyambung semula aktivitinya sebentar
tadi,benci diganggu.
“Abang?!,”Wardatul Shaukah tersentak dengan perubahan drastik suaminya itu
setelah empat tahun mereka tidak bersama.
Mukanya merah menahan malu,matanya mula digenangi air.
‘Ya Allah,ujian apakah ini?Kenape dengan abang Wildan.Ya Allah,peliharalah dia
ya Allah.,’rintih hati seorang isteri.
“Assalamualaikum Ummi,Abi,Iqah rindu sangat dengan Ummi dan Abi.,”ungkap
Wardatul Shaukah memeluk Ummi dan Abinya yang hadir menjemputnya dari Perak ke
Kuala Lumpur setibanya mereka di KLIA.
“Kami pun rindu sangat kat Iqah.Empat tahun kami tak beraya dengan anak
kesayangan kami ni.”luah ibu Wardatul Shaukah sebak bercampur gembira,tiga
beranak itu berpelukan melepaskan rindu yang terpendam.
Wildan juga menyalami mentuanya.Mama dan abahnya tidak menghadirkan diri kerana
kereta mereka rosak,hanya salam yang telah dikirimkan.
“Abang,sayang naik atas dulu ye.Sayang nak rehat sekejap,rasa penat sangat
ni.,”ujar Wardatul Shaukah sopan meminta izin dari suami tercinta.Mereka baru
sahaja sampai ke rumah banglo mereka.Wardatul Shaukah sendiri tidak tahu bila
suaminya membeli rumah itu untuk mereka berdua.
Ummi dan Abi Wardatul Shaukah telah dihantar pulang kerumah sebelum itu.
“Tak boleh!Awak pergi dapur sekarang,masak untuk abang,se..ka…rang…!,”tengking
Wildan memberi arahan.
Tersentak Wardatul Shaukah.Panggilan dari ‘sayang’ sudah bertukar.Dia menurut
sahaja kehendak suaminya itu walaupun dalam keletihan yang amat.
“Erm..Maaf bang.Baik,sayang pergi dapur dulu.,”patuh Wardatul Shaukah bergegas
ke arah dapur.
Hatinya menangis,doa tidak putus-putus dari hati suci itu.Wardatul Shaukah
menerima keadaan itu secara terbuka sebagai ujian buat dirinya.
“Ish…masin!Apa ni ha…pandai masak ke tak?!,”tengking Wildan,menolak pinggan
yang berisi nasi itu ke lantai.Pecah.
“Au,ya Allah!,”Wardatul Shaukah terjerit kecil.Serpihan kaca pinggan yang pecah
itu terkena kakinya,berdarah.
“Huh,aku nak keluar,makan kat luar lagi bagus…!,”jerkah Wildan dan berlalu
keluar.Langsung tidak dilayan isterinya yang cedera itu.Tiada belas kasihan.
“Abang…,”sayu suara Wardatul Shaukah memanggil suami tersayang.Rasa bersalah
bersarang di hati.
“Sayang minta maaf…,”rintihnya sendiri.
Wardatul Shaukah mula bergegas mendirikan solat Asar sendirian.Sebelum
ini,suaminyalah menjadi peneman.Luka pada kakinya tidak lagi dilayan,yang
penting perasaan suaminya.
Wardatul Shaukah setia menanti suaminya sehingga tengah malam.Wildan tidak juga
pulang.Wardatul Shaukah bangun mendirikan solat sunat taubat dan solat sunat
hajat.Dia mengadu segalanya pada Allah.Dia rasa amat berdosa pada suami
tercinta.Segala kesedihan dilepaskan ketika itu.Habis lenjun telekung yang
dipakainya.
Wardatul Shaukah terlelap di atas sejadahnya kerana terlalu letih dari siang
tadi lagi.Air matanya masih tersisa.