Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, June 26, 2014

❤ Hero Kita ❤

KERANDA UNTUK AYAH

Di sebuah kampung, tinggal seorang lelaki tua bersama isteri dan anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan dia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.

Tapi, itu cerita lama.
      
Kini dia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, dia tidak lagi bekerja. Dia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil.

Ayah, Iwan nak main benda ni, ayah tarik Iwan ye! Laung Iwan, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.

Boleh.. kejap ye. Ayah nak tebas semak ni dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Iwan ye, jawab si ayah, penuh kasih sayang.
            
Alaa.. Iwan nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah! pujuk Iwan yang berusia 11 tahun sambil menghentak-hentak kakinya.
           
“Ok, ok. Iwan duduk, ayah tarik.
          
Yeyey!! Ayah tarik laju-laju tau,gembira benar bila hajatnya dituruti. “Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Iwan turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti,” arah Iwan, sambil jarinya menunjuk ke hujung hutan.
            
“Ya Allah!” jerit si ayah, dia merasakan kakinya terpijak sesuau. Duri, barangkali. Mungkin juga kaca.
           
“Alaaa… Kenapa ayah berhenti ni? Iwan belum puas lagi. Tarikhlah lagi.”
           
Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Iwan lapar dan mengajak pulang unuk makan.
               
 **********-------------------------***********

Sesekali Iwan melihat kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, “Tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja,” ngomel si anak. Geram benar dia meliha ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa selain makan.
       
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Iwan membuat satu keranda kayu untuk ayahnya.
            
“Ayah! Masuk dalam ni,” tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
           
Iwan menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuah ceruntinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk membuang keranda yang berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan dia dan keluarganya.
           
Sampai di cerun, sebelum sempat Iwan menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.
            
“Hidup lagi rupanya,” bisiknya di dalam hati dan membuka keranda. “Hah, ayah nak apa lagi?”
            
“Ayah tahu Iwan nak buang ayah dari cerun ni. Iwan ank buang ayah, Iwan buanglah. Tapi Iwan janganlah buang keranda cantik yang Iwan buatkan ni. Mungkin anak Iwan perlukan keranda ni nanti.”
           
Terus melutut Iwan dengan berjurai airmata.

Hargai dan sayangilah ayah anda selagi nyawa dia dikandung badan.
Jika telah tiada, janganlah putus mendoakan kesejahteraannya di sana.

Kerana tanpa insan bernama ayah, tiada wujud kamu di dunia ini.

cc: http://panduanislam.com/blog/2011/04/keranda-ini-untuk-ayah/

*******--------------*******



27 Jun 2014 / 1.30am

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

Alhamdulillah. Masih dapat merasai nikmat kehidupan. Dapat mendengar melihat dan bertutur seperti biasa. Semua ini kerana kekuasaanNya. Kita tiada apa tiada daya tiada kekuatan dan tiada kesempurnaan. Entri kali ini agak berbeza. Cerita dulu baru muqaddimah. Takpe lah. Ada kelainan sedikit,kan. 

Sebenarnya dah lama AKU nak mengisi ruangan blog ini tentang lelaki bernama ayah. Namun tidak berkesempatan, tambahan pula tiada idea untuk memulakannya. Alhamdulillah pagi2 buta nie baru dapat idea. Itupun selepas jari jemari nie teringin explore situ sini, dan terjumpa pula artikel ini (di atas). 

Ayah!! Lelaki pertama yang kita dengar suaranya. Suara merdu itu melaungkan azan dan iqamat setelah kita dilahirkan. Insan ini jugalah lelaki pertama paling gembira menyambut kelahiran kita di dunia. Kebahagiaan dan senyumannya tidak pernah lekang saat melihat kita buat kali pertama. Bahagianya lelaki ini.

Lelaki ini jugalah yang membesarkan kita tanpa pernah rasa jemu. Lelaki inilah yang tidak pernah kenal penat lelah mencari nafkah demi sesuap nasi. Lelaki inilah kakinya berdarah kerana meredah lumpur dan pokok2 demi melihat perut kita kenyang. 



Tatkala kita berjauhan darinya kerana menuntut ilmu, lelaki inilah yang sering merindui kita. Lelaki inilah yang sentiasa basah bibirnya mendoakan kita tiap usai solat. Lelaki inilah yang paling gembira apabila kita pulang ke teratak. Lelaki ini pada zahirnya kita lihat seperti tiada sedikit pun rasa rindu, namun batinnya kerinduan yang tidak terungkap. Semua itu kita dapat lihat jika perhatikan dengan teliti.



Apabila usianya semakin bertambah, kita pula sudah mempunyai keluarga sendiri, rumah sendiri, tiada lain yang dipintanya melainkan kepulangan kita ke teratak kita dibesarkan. Memandang wajah dan dapat meluangkan masa bersama kita, itu sudah cukup mengubati kerinduan lelaki ini. Ya! Hanya itu saja yang dipinta. Wang dan material lain langsung tidak dipandang.

Ya!! Lelaki ini ialah ...

Papa! Abah! Abi! Ayah! Walid! Babah! Daddy!



Wira dan heroku dunia akhirat..

Ingatlah anak2, apabila mereka sudah tua mereka hanya ingin bersama dengan insan2 yang mereka cintai, sayangi dan kasihi. Oleh itu, bagi anak2 yang berjauhan dengan mereka pulanglah jika berkesempatan. Sentiasalah hubungi mereka. Jangan sampai terlewat..


Sayangilah Hargailah Kasihilah Cintailah Ayah..



No comments:

Post a Comment