19 Jun 2014 / 6.30pm
Pagi yang nyaman udara
segar yang masih lagi kedinginan. Pagi tadi terdetik di hati untuk membuka
facebook. Scroll punya scroll.. Tup!! Jari terhenti pada satu status. Berulang2
kali AKU membaca untuk meyakinkan diri bahawa AKU salah baca. Kali ke-3, mata
AKU terhenti pada sebuah nama yang sangat AKU kenali. NUR AISYAH MOHD NOOR.
Kini baru AKU sedar, aku tidak salah baca. Apa yang tertulis itu benar. Luluh
hatiku, sebak di dada dan pipi mulai kebasahan. Sahabatku, Nur Aisyah Mohd Noor
telah dijemput Penciptanya buat selama-lamanya. Akibat daripada kemalangan
jalan raya. Kelu lidahku dan hanya bayangan wajah beliau bermain dimata. Seakan
tidak percaya dengan berita ini. Tidak pernah diduga, insan yang pernah
bekerjasama suatu ketika dahulu telah dijemputNya.
Sepanjang bekerjasama
dengan arwah, arwah merupakan seorang sahabat, ketua yang sangat berdisiplin. Seorang
yang sangat lembut, baik budi pekerti, tenang dalam menegur dan sabar menempuhi
dugaan. Sentiasa tersenyum. Seingat AKU, langsung tidak pernah AKU lihat wajah
marah padanya. Hanya senyuman dan ketenangan yang kulihat. AKU bersyukur sangat
kerana pernah mengenali arwah, pernah bekerjasama dengan arwah.
Alhamdulillah, petang tadi sempat mengucup dan melihat wajah arwah buat kali terakhir. Sebak didada tidak dapat ditahan tatkala melihat saudara arwah membaca doa, melihat abang2 arwah menatap wajah adik mereka buat kali terakhir dan melihat ibu arwah yang juga cikgu sekolah AKU mengucup sekujur tubuh kaku di atas katil.
Peristiwa yang berlaku
hari ini sama dengan peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas, iaitu peristiwa AKU
menerima khabar pemergian Teacher Rosniah akibat kemalangan.
Pertemuan pertama
disambut dengan senyuman manis dan senda gurau. Pertemuan terakhir disambut
dengan tangisan kesedihan dan kucupan terakhir buatmu. Moga dikau tenang di sana
dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.
Telah tiba saat waktu
Kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa
Telah menetapkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau
Janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku
Akanku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah
Terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati....
#NurAisyahMohdNoor
#DalamKenangan
No comments:
Post a Comment