Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, April 19, 2013

13 Perkara Perlu Dijaga Wanita Muslim..

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. -Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng


Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau megangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. - Petikan dari Surah An-Nur:31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur zaman jahiliyyah.


3. Wangian


Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal. Kata orang sekarang hidung belang. - Peikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada


Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.- Petikan dari Surah An-Nur: 31.


5. Gigi


Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. - Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani, dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. - Petikan dari Haid Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan Leher


Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil, sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah.


7. Muka dan Tangan


Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata


Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. - Petikan dari Surah An-Nur:31.


Sabda Nabi Muhammad saw, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikut pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram. - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara)


Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. - Petikan dari Surah Al Ahzab: 32.


Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. - Petikan dari Surah An Nur: 31


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. - Hadis Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. - Petikan dari hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. - Petikan dari hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab: 59, bermaksud: Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-permpuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keteranngan: Wanita yang berpakaian nipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam nereka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya. - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.







No comments:

Post a Comment