Aku Musafir

Aku Musafir

Sunday, April 7, 2013

Epilog Seorang Teman...

* Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhwwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak duri
Hanya ketabahan dan keimanan 
Di hatiku mengatasi segalanya

* Ku cuba memahami dirimu 
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah yang satu

Agarmu disinar peribadi
Madah indah mu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

* Ya Allah oh tuhan kami
Seiringkanglah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasihMu
Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya



p/s : "*" antara apa yang ingin disampaikan. Namun, jauh dari sudut hati ini rasa bersyukur sangat2 kerana Allah mengurniakan diri ini sahabat yang sangat memahami diri ini. Terima kasih sahabat kerana sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu.. insyaAllah, akan ku tanami,sirami,bajai dan jagai ikatan ukhwwah ini agar ia membuahkan halawatul ukhwwah yang ku idamkan selama ini... Allahumma amiin... 


No comments:

Post a Comment